April 05, 2005

Talipinggang!


'Assalamualaikum!'

'Wa'alaikum salam...'

'Selamat pagi Encik'

'Selamat pagi...'

'Boleh tengok I.C dan lesen memandu Encik?'

'Boleh..boleh..nah.."

'Dari mana ni?'

'Ohhh dari ......., nak ke.....'

'Ooo...maafkan saya, saya nak bagi tahu yang encik telah melakukan satu kesalahan lalulintas iaitu tidak memakai talipinggang keledar ketika memandu'

( Aduh! macamana ni? apa nak bagi alasan nih! )

'ermmm...macam ni bang, saya baru je isi minyak kat petrol pump belakang tu, tak sempat nak pakai talipinggang nih...'

'Itu tak boleh dijadikan alasan encik, sepatutnya setiap kali sebelum memulakan pemanduan encik kena pastikan talipinggang keledar telah dipakai! Adalah menjadi satu kesalahan di bawah aAkta....bla...bla...bla...'

( ambik aku..tak pasal kena kuliah undang-undang )

'Saya tau la bang...tapi tolong lah sekali ni jer...'

'Alaaah awak pun bukan selalu kena saman, sekali-sekali apa salahnya....'

( eh eh! ikut suka suki dia jer brader ni cakap..dah lapan kali tau aku kena saman...adusss! )

'Lagi pun saya baru jer renew Roadtax, Insurans...habis riban-riban bang, bukan sikit duit tuh!...tak caya abang pi tengok roadtax tuh!'

'Itu masalah awak! bukan masalah saya....'

( ishh! tak friendly la brader nih! )

'Please bang, lain kali saya tak buat lagi, bagi jalan dah la...saya insaf dah!'

'Tak boleh Encik! awak faham tak? Lagipun bos saya dok perati jer tu..nanti kalu dia tanya no. pendaftaran ni kereta pasal tak kena saman..apa saya nak jawab?'

( Alaah! susah apa..cakap jer la..ada kucing nak bersalin ke, Siti Nurhaliza buat konsert kat Albert Hall ke...gempa kat pulau Nias ke...apa-apa je la... )

'Jangan la marah bang...'

'Awak ni dah melambatkan kerja saya tau tak? Apa nak susah dalam tempoh 30 hari dari tarikh saman ni awak boleh buat rayuan di mana-mana balai polis berhampiran kalau tak bayar juga awak akan dikenakan tindakan undang-undang, faham! Dah, tanda tangan sini'





( 'Encik bil telekom bole bayar sini tak?'
' Ikut saya pergi balai boleh la..' ) ~ iklan jap...heee..


'Eh! yang ni saman ke kompaun encik?'

'Oh! maafkan saya, yang ni tawaran kompaun tapi kalau tak bayar dalam masa 30 hari awak boleh di kenakan saman'

( hehehe terkena jugak brader ni... )

'Ooo macam tu...nah, saya dah sign'

'o.k, selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya...'

Vrommm! Vrooooooooooooooooooooooooommm !

'Aduh! kopak duit aku bulan ni....cisss ! '


4 comments:

Semut Api said...

Kita dah cukup sopan dah tau....meh tolong bayar. Ada berani ka?

Anonymous said...

tu ler.... meh sini ajar aku ckit.

lain kali masa hulur lesen and ic tu selit duit RM30.

konpem setel nye..
aku dah selalu buat. ekekeke

kalau takde RM10 pun jadi la...
brader tu saje je tanye ko banyak2. tapi ko je yang tak paham2.

Semut Api said...

kesimpulannya ..patuhilah unde-unde lalulintas....

Semut Api said...

kira kes kantoi gak latu Amy...tp ada sesetengah tu, hulur sekotak rokok pun jadi..apara?