June 20, 2007

SMART FLOOD

Salam Sejahtera,

Seminggu yang lepas Kuala Lumpur porak-peranda lagi. Kenderaan tenggelam, premis dilimpahi air dan keadaan trafik yang tiba-tiba “mati” akibat banjir selepas hujan lebat selama tiga jam. Ini entah kali yang ke berapa bandar raya yang dicanang sebagai maju ini dilanda banjir kilat sekali gus memusnahkan harta benda warga kota.

Sejak dua dekad lalu, banjir kilat adalah “mercu tanda” Kuala Lumpur dan bukanlah suatu yang mengejutkan. Harus di ingat banjir ini bukan acara Tahun Melawat Malaysia kerana lorong-lorong, kaki lima dan longkang memberikan bau hapak dan hanyir yang meloyakan ini memang boleh menarik perhatian orang.

DBKL @ Datuk Bandar tidak perlulah memberi penjelasan bahawa banjir Ahad lalu bukan saja limpahan Sungai Klang tetapi sungai-sungai lain sekitar Kuala Lumpur. Untuk apa? Warga Kuala Lumpur yang menjadi mangsa banjir tidak perlu tahu sungai mana yang melimpah. Itu bukan urusan mereka. Mereka hanya mahu banjir kilat selepas hujan tiga jam tidak berulang lagi.





Lantas ada yang mengaitkan banjir besar melanda ibu kota dengan keberkesanan terowong SMART yg bernilai hampir 2 billion. Ramai bertanya apa sudah jadi dengan terowong SMART yang digahkan sebagai penyelesai kepada banjir kilat di Kuala Lumpur.

Sebenarnya, terowong itu masih belum berfungsi sebagai saluran air bah. Yang beroperasi sekarang hanyalah laluan kenderaan denagn kadar tol RM2 sahaja sehala. ia dijangka siap satu persatu antara hujung bulan ini sehingga pertengahan 2009. Ingat! 2009 baru berfungsi sepenuhnya.

Nampaknya, terpaksalah penghuni KL terus bergelut dengan banjir kilat bagi tempoh yang belum kelihatan penghujungnya. Sebuah akhbar tempatan hujung minggu lepas juga turut melapurkan kurangnya kenderaan yg menggunakan laluan SMART setelah operasi tol dibuka dan laluan tanpa tol masih sesak seperti biasa. Maka kedengaranlah sosek sosek, rakyat Malaysia memang bermental subsidi! Tapi ada logiknya juga kenapa perlu membayar RM2 sedangkan terowong masih belum siap sepenuhnya.

Di sebaliknya kita perlu berfikir terowong SMART belum beroperasi sepenuhnya, hanya utk laluan kenderaan sahaja dan pengguna dikenakan tol sebanyak RM2. Jika beroperasi sepenuhnnya sebagai laluan kenderaan, laluan air dan mencegah kebanjiran air, maka rasionallah kadarnya perlu lebih dari RM2
(?).




10 comments:

Masy said...

SMART yang blom berapa nk 'smart'~

Semut Api said...

masy,
sekali lalu RM2, tak smart ke tu?

arianna adrizal said...

teringat kartun dalam majalah ujang masa kecik dulu..

'2 ringgit bos..'

;)

Acid (mojiah709) said...

deanz,

apakah ini tandanya akan terjadi lagi banjir yg lebih besar.

Semut Api said...

arianna,
saya raswa despatch tu kena minta up lagi dengan bos dia..MTUC pun dah buat piket.. :D

Semut Api said...

GM,
lebih besar, lebih luas dan lebih tinggi kosnya...tak pe la GM nanti aku boleh kaya... :D

Acid (mojiah709) said...

babg deanz, maksud saya...apakah akan datang lagi malapetaka yg lebih besar. ish jauhkan lah, mari sama sama kita berdoa pada Illahi agar semua diselamatkan.

AbGJaS said...

Salam Deanz,
Sepatutnya benda belum siap tk perlu dikenakan 'tol'..
Tu kira 'utg sebelum urusniaga' tu..

Tp kami di sini lain pulak masalahnya - bekalan air yg asyik terputus sejak hampir 10 tahun.

Dah muak dgr alasan YB...

Semut Api said...

GM,
Moga kita dilindungi.

Abg jas,
kira tu wang deposit yg hangus la... :D

next election pastikan buka paip keluar air bukan air liur YB. Siapa 7MP yg bakal digugur di sana(?)

Semut Api said...
This comment has been removed by the author.