April 17, 2014

R.I.P Mr. Karpal

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini. 

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez. 

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah. 

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN 

April 14, 2014

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam...(?)

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam
 
Ashit Desai , seorang jurugambar berasal  dari India berkunjung ke Vietnam . Ia menemui adanya sebuah laluan keretapi yang menembusi sebuah penempatan padat penduduk di Vietnam dan mengabadikannya ke dalam gambar - gambar yang menakjubkan .

Apabila kita perhatikan pada gambar - gambar di bawah ini , nampak bahawa beberapa persempadanan masih tanpa palang keretapi. Bahkan masih menggunakan tenaga manusia untuk menjaga perlintasan kereta api .

Kerajaan Vietnam sendiri kini telah memperuntukkan dana kira - kira 1 bilion dollar untuk memperbaiki dan meningkatkan kemudahan keretapi mereka . Tercatat Vietnam mempunyai lebih daripada 3200 kilometer laluan keretapi .

April 07, 2014

Polis Memang efisyen, cepat & betul...(?)

Siapa kata Polis tak efisyen, cepat & betul...(?)

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

“Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya hari ini.

Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” memuat naik status dan sekeping gambar cebisan daging dan wajah Rosmah yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu.

“Syed Saifullah” ditahan

Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah".

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya.

Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama