June 08, 2015

PWTC lokasi bahaya...(?)


PWTC sudah tidak selamat?

Banyak kawan saya dari Perlis yang datang ke PWTC semata-mata untuk mengikuti program dialog Nothing To Hide Jumaat lalu begitu kecewa kerana dibatalkan oleh polis pada saat-saat akhir. Ketika diumumkan pembatalan itu kata mereka, semua orang memenuhi kerusi dalam dewan. 

Sebagai makluman, sebahagian besar orang yang hadir ialah penyokong UMNO, tetapi tidaklah sebanyak yang datang semasa Perhimpunan Agong UMNO setiap tahun. 

Mengikut kenyataan polis, program itu terpaksa dibatalkan kerana faktor keselamatan. Sebelum ini kawan-kawan saya hanya menganggap di Perlis sahaja yang sudah tidak selamat apabila ada banyak kubur besar di Wang Kelian, penjahat boleh keluar dan masuk tanpa sekatan. Rupa-rupanya di PWTC pun tidak selamat. Kalau mengikut jumlah kehadiran, sebenarnya jauh lebih kecil berbanding setiap tahun PWTC "ditawan" oleh para perwakilan dan pemerhati UMNO yang datang dari seluruh negara. 

Maka timbul persoalan, kenapa semasa Perhimpunan Agong UMNO tidak bahaya tetapi kali ini yang juga dihadiri oleh orang UMNO bertukar menjadi bahaya? Saya tidak mempersoalkan kepakaran pihak polis yang mampu mengesan sesuatu tempat itu memberikan ancaman kepada keselamatan atau di sebaliknya. 

Cuma saya menganggap PWTC mencatatkan tahap keselamatan yang rendah berbanding Jalan Petaling (China Town) atau di Brickfield (Little India).

Sebabnya di kedua-dua tempat ini belum ada program yang diadakan di situ dibatalkan kerana faktor keselamatan walaupun kerap berlaku kejadian ragut dan pergaduhan. Sepatutnya polis beritahu kenapa tidak selamat di PWTC Jumaat lalu..


 -dipetik-