April 27, 2006

2 MULUT 2 KEPALA

Salam sejahtera,

Tarik nafas...kosongkan fikiran anda dan baca dengan fikiran terbuka :
  1. Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.
  2. Bersikap cerewet dalam keadaan tertentu itu baik, tetapi janganlah terlalu cerewet dalam semua hal yang boleh menimbulkan kebencian lelaki.

~dipetik.

Hal menarik yang boleh kita bincangkan dalam isu ini dan pasti mengundang banyak kontra dari pro. Tidak dinafikan antara lelaki dan wanita berpotensi untuk cerewet, tetapi kalau ia dirujuk kepada siapa yang lebih? Maka jawapannya adalah merujuk kepada satu gender dan saya tidak bercadang untuk menghuraikan secara lebih lanjut.

`tak letih ker,.. selangkah bejalan,.. nk kena berprasangka???` -Arianna.

Sememangnya kita digalakkan untuk bersangka baik kepada sesiapa sahaja sebagaimana saranan mantan TPM kita satu ketika dulu. Tetapi prejudis juga perlu. Prasangka baik ataupun prasangka buruk itu sebenarnya sama tidak baiknya. Prasangka baik akan menimbulkan kekecewaan jika realitinya tidak baik. Prasangka buruk akan menimbulkan sebaliknya pula pada hal yang mungkin realitinya baik.

Atau mungkin kita juga boleh berkata begini;
Prasangka baik akan menimbulkan kegembiraan pada hal yang realitinya benar2 baik dan seterusnya... (sebaliknya).


`so, d conclusion is lelaki ke, pompuan ke... sesiapa pun bole jd cerewet. so it was an unfair statement la lau nak tuding jari kat pompuan je. umpama, satu jari menuding kesilapan org lain, 4 jari lagi menuding diri sendiri` dan kenyatan berikut :

`pada sy awk kurang normal kalau senantiasa bersikap prejudis nih` -Arianna.

Satu jari Arianna menuding saya 'kurang normal' dan selebihnya 4 jari menuding kepada siapa? Dalam banyak perkara saya cuba belajar untuk menuding dengan cara 3 jari menunjuk kepada orang lain dan 2 jari kepada diri sendiri (ala-ala simbol rockerzzz) dengan setiap satu jari secara simboliknya mewakili i love, i care dan i cure...yang membawa maksud sedia membantu atas dasar persahabatan dan kemanusiaan dan bukan menuding.

Dalam apa jua tanggapan kita perlu rasional, bukan emosional. Wanita sering di kaitkan dengan emosi untuk menguasai keadaan sehingga membelakangkan rasional. Kalau tidak kita akan jadi syimal! :D Krisis tanggapan disebabkan oleh dominasi akal pada diri kita.

`its how u define ***** itself` - Masy.


Sehingga timbul pendapat yang mengatakan bahwa apabila emosi menguasai diri terabailah didalamnya unsur kejiwaan iaitu rasional. Dominasi salah satu pihak secara berlebihan akan mengakibatkan kelumpuhan psiko dan terjebak dalam ketidak seimbangan mental. Secara score psikologinya, markah 50-50 adalah manusia yg paling ideal...

`;) so be positive...` - Arianna.

Wassalam.

April 21, 2006

PERCAYALAH


Percayalah
biar segagah mana sekalipun
biar sebongkak mana sekalipun
seorang lelaki

Pada suatu ketika nanti
ia akan rebah juga
di pangkuan seorang perempuan

Percayalah
biar sezalim mana sekalipun
biar sekejam mana sekalipun
seorang Sharon

Pada satu saat nanti
kau akan maut juga
hilang lenyap dari bumi
Israel bersama hanyir darah
bersama hitamnya sejarah!

April 14, 2006

SEMUT DAN BELALANG



Pader satu hari tu kan, ader belalang dan ader semut tao. Belalang nie kan, dia lompat saner lompat sini, kira hepi lah kan. Abih tu kan, si semut nie kan, dia sibuk angkat makanan masuk ke dalam sarang dia.

Melihat si semut nie bukan main tekun sekalik bekerjer, si belalang pun sound ah,

"Eh Mot!, Engko nie tak tahu nak rikek ye? Asek sibuk je aku tengok ko...marilah main main dgn aku"

"Tak buleh ah Lang, aku kener simpan makanan makanan nie sumer" jawab si semut.

"Yek elehhhhhhhhh...rileklah...bot per ko nak simpan? Biler time ko lapa ko pi cariklah...nak simpan simpan bot aper? Waste karen je ko nie"

"Eh aku mesti standby, nanti kalao musim salji tiba aku tak perlu penik...engko pon kener simpan jugak tao Lang" balas si semut.

"Tak kuaser aku nak penat-penatkan diri pi simpan simpan nie sumer, lebih baik aku main main dulu...ko nak simpan ko simpan lah Mot, aku nak lompat nie..babai" lalu lompatlah si sang belalang.

Semut nie memang rajin orgnyer....eh salah....semut nie memang rajin binatangnyer. Dia sediakan payung sebelom ujan. Tak macam si belalang...pemalas. Hari berganti hari, minggu berganti minggu..musim salji tak kunjung kunjung tiba...si semut masih lagik terus mencarik dan menyimpan makanan. Si belalang kebetulan ternampak si semut tu lagik.

"Aik Mot? Kao maseh kerjer lagik? I tot u dah simpan makanan makanan tu dulu? Maner perginyer?"

"Memang aku dah simpan....tapi dah basi dah, musim salji tak sampai sampai lagik nie....sekarang kener carik makanan baru.." jawab semut sambil mengeluh.

"Eh Mot.....ko tak terpikiag ke yg kat Mesia nie takder musim salji?" tanyer belalang.

"Ah????????" semut terperanjat sambil menepuk dahinyer (eh semut ader dahi ke?)

SEKIAN

~dipetik.

Moral: Kalao nak buat kejer tu jgn main teba je....pakai kepaler hotak tu dulu work smart don't work hard .



April 11, 2006

KEPUTERAAN

Kejadian luar biasa susuli kelahiran Muhammad.

KELAHIRAN Nabi Muhammad SAW, sudah diketahui Nabi Isa sebelum Baginda dikandung ibunya melalui wahyu daripada Allah bahawa akan lahir seorang rasul ke dunia dan dialah nabi terakhir.Pada saat kelahiran Muhammad, keadaan di sekeliling amat luar biasa. Suasana persekitaran sungguh tenang dan indah.Tanpa rasa sakit, ibu Nabi Muhammad, Siti Aminah berjaya melahirkan Baginda dengan selamat disaksikan bidan.

Pada malam Aminah melahirkan Muhammad, tiada sebarang tanda pada dirinya yang menunjukkan beliau akan melahirkan anak. Hal itu menyebabkan beliau menyangka bahawa anaknya lambat lagi dilahirkan.Bagaimanapun secara tiba-tiba saja pada Subuh hari berkenaan, Muhammad pun dilahirkan.Biasanya, bayi yang baru lahir akan menangis tetapi Baginda diam saja walaupun bidan menepuk tubuhnya beberapa kali. Baginda kelihatan seolah-olah seperti sedang berfikir dan matanya bersinar-sinar bagaikan melihat sesuatu.


“Luar biasa sungguh anakmu ini, dia tidak menangis, tetapi matanya kelihatan liar seolah-olah merenung sesuatu di atas," kata bidan kepada Aminah yang terbaring dengan wajah kegembiraan.Ketika itu Siti Aminah berasa dirinya bagaikan mendapat segunung emas.

“Luar biasa anak ini,” ulang bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu.

“Apa yang luar biasa?” tanya Aminah.

Jawab bidan: “Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi dia tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun baru dilahirkan.”

Kisah keganjilan Muhammad diceritakan oleh bidan kepada jirannya yang turut hairan dengan keadaan bayi itu.Bagaimanapun, sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu berubah berseri dipandang serta menjadi tumpuan ramai.Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun ada kalanya bulan gelap.Wanita pula amat suka ke rumah Aminah untuk melihat Aminah serta anaknya yang baru lahir seolah-olah ada tarikan tersendiri pada bayi berkenaan sehingga ada yang datang berkali-kali.


Kisah keistimewaan Muhammad tersebar di merata tempat menyebabkan orang semakin ramai datang, malah orang yang tidak mengenali Aminah pun turut datang untuk melihat Muhammad.

“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.

Kelahiran Muhammad memberi cahaya kepada penduduk kota Makkah di mana keadaan di situ tiba-tiba bertukar wajah.Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur manakala ternakan yang dulunya kurang biak tiba-tiba membiak dengan banyaknya.

~dipetik