September 15, 2006
APA KHABAR?
September 06, 2006
...(?)
Sebuah catatan tengeng dari alam mimpi di bawah sedar...
Aku ingin pergi jauh, jauuuuuh sekali. Aku ingin merentas batas dunia, ke suatu tempat dimana aku boleh membelah dadaku, lalu ku cuci bersih, kusambung kembali dan hidup semula dengan nafas baru...
Hari ini berakhir sudah sebuah mimpi tentang cinta. Hatinya seperti gelas pecah! Lalu dikutipnya serakan kaca, disusunnya semula menjadi gelas...
Hanya untuk dijatuhkan lagi.... ....hari ini.
Ada apa dengan mimpi? Mungkin mimpi adalah mekanisma yang membolehkan kita meneruskan kehidupan yang menarik ini biarpun badan sedang diistirahatkan. Walaupun kita tidur tetapi kita terus hidup di alam mimpi . Itulah kesistimewaan mimpi. Kita boleh bertemu orang-orang yang kita sayangi dan juga yang kita benci tanpa mampu dipisahkan oleh dimensi.
Apakah aku terlalu sukar untuk difahami? Padahal aku selalu ada asas di sebalik semua tindakan saya secara suratan atau lisan. Asas yang menurut aku logik, walau tidak bagi mereka. Mengapa semua yang 'lazim' lantas dianggap benar? Pemikiran saya tidak 'lazim'.... lalu saya salah? mengapa harus ada benar dan salah?
Apakah aku terlalu sukar untuk dimengerti? ataukah aku yang sukar untuk mengerti mereka? Entah...
August 30, 2006
NEGARAKU
Ada satu budaya baru yang melanda anak-anak merdeka negara ini apabila idola mereka seolah-olah diangkat daripada program realiti walaupun ada yang kurang senang dengan senario ini.
Kemerdekaan yang diperoleh, akan hancur jika generasi muda lalai dan mengejar cara hidup glamor yang belum tentu menjanjikan masa depan yang cerah. Adakah mereka akan menjadi kuasa penggerak kepada pembangunan negara dengan menceburi bidang hiburan semata-mata. Negara perlukan generasi muda yang memiliki ketahanan minda untuk terus maju.
ini tidak bermakna kita menolak hiburan. Ia adalah salah satu medium untuk memenuhi keperluan psikologi manusia. Idea program realiti ini yang di cedok dari Barat adalah satu bentuk penjajahan baru yang mengongkong kemerdekaan kita!
NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP
BERSATU DAN MAJU
RAH...
...Masihkah kita mengingati senikatanya?
August 23, 2006
31 OGOS
Hari Kemerdekaan Negara kita diraikan setiap kali menjelangnya 31 Ogos yang melambangkan semangat patriotism, unity and rejoicing by Malaysias of all races and creeds. (dengan izin).
Sambutan yang gilang gemilang ini biasanya disambut di Dataran Merdeka ataupun di Putrajaya atau mungkin di lokasi-lokasi lain. Yang Di Pertuan Agong dan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan are joined by amammoth croud in witnessing the parade. (dengan izin)
Jalur Gemilang dengan bangganya berkibar di bangunan-bangunan pejabat, premis perniagaan, rumah, pusat pendidikan malahan juga kenderaan…Meriah!Untuk memeriahkan lagi sambutan pada malamnya pancaran bunga api bergemerlapan di udara diiringi dengan stage shows, competitions and exhibitions are held in the various states. (dengan izin lagik). Cumanya tahun ini harap-harap tidak ada lagi yg berkemban dengan bendera Malaysia, macam tahun lepas!
Setelah 49 tahun negara merdeka, satu pertanyaan kepada kita yang aku perturunkan melalui sajak ini ;
49 tahun kita merdeka
setelah lebih 400 tahun kita dijajah
sambutannya masih sama
malam berkonsert
siang berarak
beli bendera
kibar bendera..
pernah kah kita
buat bendera
jual bendera (?)
August 16, 2006
AMANI VS RAIS
Prakata
Sorry...Web that u surf is under constructions. Please try test cuba again tomorrow, lusa, tulat, next week, next month or may be next year...Har! Har! Har!....
...boleh la.
(i)
‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.’’
“If the film (Gubra) mencemar budaya, let’s do it more often’’
‘‘Apa yang saya maksudkan ialah saya ingin bertutur dalam bahasa Inggeris kerana tidak fasih berbahasa Melayu, nanti buruk bunyinya. Sharifah Amani kelihatan gabra (hi..hi..hi..) ketika menerima anugerah sehingga mencetuskan salah faham banyak pihak.
(ii)
“Saya kesal dengan apa yang telah dikatakan oleh bintang berkenaan. Kalau dia tidak suka (bahasa Melayu) saya tidak kisah.
“Tetapi jangan cakap di khalayak ramai. Itu yang saya susah untuk maafkan. Saya harap dia tidak buat lagi,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut yang berlangsung di PWTC. ~Dr. Rais Yatim
August 10, 2006
AWAS BLOGGER!
Jaleh Lanang, yang memulakan laman blog bagi mereka yang meminati sastera sejak setahun lalu, berkata beliau terkejut dengan kebimbangan kerajaan. “Jangan hanya kerana segelintir anasir negatif ini keseluruhan masyarakat blogging mendapat nama buruk sedangkan manfaatnya jauh melebihi kemudaratan,” katanya.
...under fire !
Seorang lagi blogger, Kamaludin yang baru 16 bulan memulakan laman blog berpendapat, kita tidak boleh menghalang bloggers untuk mengutarakan pandangannya. Pembaca perlukan pendidikan dan maklumat. Rata-rata rakyat Malaysia bijak memilih berita benar & palsu dan mereka juga perlu belajar menerima pandangan yg berbeza walau ia melibatkan isu2 sensitif seperti politik dan agama. Blogging is a true communication tool tetapi pemantauan dan undang-undang ke atasnya tetap perlu!
August 02, 2006
24 JAM ; CUKUPKAH?
Mengapa sehari hanya 24 jam. Aku hanya perlu sedikit waktu rehat (minda) dan boleh tidur di waktu yang normal dengan pengurusan waktu yang efektif.
Kita berasa lelah atas kesibukan-kesibukan yang di hadapi. Kesibukan benar-benar menyita waktu ku. Dua puluh empat jam sehari terasa tidak cukup untuk melakukan segala aktiviti. Kadang-kadang terfikir juga dan berandai-andai, sekiranya aku boleh mengubah putaran waktu sehari dari 24 ke 30 jam atau mungkin lebih. Mustahil ke? Pada aku boleh! Apa kata kita tukarkan sahaja per minitnya bukan lagi 60 saat tetapi dikurangkan kepada 30 saat per minit. Amacam ?
Namun ternyata ada sesuatu yang harus difikirkan di sebaliknya. Kita tahu bahawa semua orang itu sama. Iaitu sama-sama hidup 24 jam sehari, 60 minit satu jam, dan 60 saat seminit. Biar sesibuk mana sekalipun kita hanya ada 24 jam sehari!
Dengan kesamaan ini ternyata pengurusan waktu adalah berbeza-beza. Ada yang merasakan kalau sehari 24 jam itu terlalu panjang waktunya bahkan ada pula yang merasakan sebaliknya. Kita refleksi kepada diri sendiri, apa yang kita dapat lakukan dalam 24 jam? Mungkin hanya sedikit ini dan sedikit itu... (?)
Tetapi jika melihat orang-orang yang hebat mengatur waktu, meskipun diberikan waktu yang sama, tetapi produktivitinya berbeza. Ada yang dapat melakukan banyak ini, itu, ini-ini dan itu-itu...
Sekian untuk kali ini, aku nak kembali menyibuk!
July 27, 2006
AIR MATA
Anda pernah menangis? Pasti pernah, paling tidak sekali seumur hidup kita pernah menangis, iaitu saat kita dilahirkan. Ketika kita dilahirkan menangis, namun orang-orang di sekeliling kita tertawa gembira saat menyambut kelahiran kita. Sebaliknya orang-orang yang kita tinggalkan menangis pilu saat kita di penghujung usia...Al fatihah untuk arwah saudara Hani Mohsin.
Lalu, apakah air mata itu sinonim dengan kelemahan, kesedihan atau mungkin juga kegembiraan? Mungkin ya, tapi mungkin juga tidak. Air mata boleh juga menjadi sangat berharga atau mungkin sebaliknya (?)
Beberapa hari lepas seperti rutin biasa (sehingga hari ini), rejim laknat Yahudi menggempur Lubnan dengan nafsu serakus Saruman dan yang menjadi mangsa dari pelbagai peringkat umur adalah rakyat Lubnan.
July 19, 2006
SARUMAN YAHUDI
Seperti biasa Media Barat tidak melapurkan keganasan Saruman Israel ini yang disokong sepenuhnya oleh Bush malahan Si Bangsat ini menganggap apa yg berlaku di Asia Barat sebagai 'the shit' sambil mengunyah roti semasa makan tengahari di St. Petersburg!
July 12, 2006
GOLF
Kita tidak perlu berlari-lari hingga berpeluh satu badan, apalagi harus sampai "kepancitan nafas". Maka ramai lah yang menggelarkan permainan ini satu permainan Golongan Orang Lemah Fizikal. dan banyak lagi istilah lain. Any idea please... ?
Dari aspek sosial, golf biasanya dilakukan dengan penampilan mewah dan bertaraf five star. Sukan ini mahal, golf sukan untuk orang kaya dan elit . Bermain golf akan meningkatkan status sosial individu dalam masyarakat dan bermacam lagi anggapan yang tak tercapai dek imaginasi masyarakat kelas marhaen.
Dalam dunia serba moden ini kita tidak perlu lagi untuk berbelanja besar dari segi kos, tenaga dan masa untuk menikmati apa juga jenis permainan. Sukan golf juga boleh di bawa sehingga ke tempat tidur tidak perlu berpeluh, tidak perlu berpanas dan tidak memerlukan kos yang tinggi. malahan aku juga mampu menewaskan Tiger......Perghhhhh ! Dahsyat tuh!
Satu ketika dulu, aku pernah menonton satu theater dan salah satu dialognya menyimpulkan permainan golf sebagai sejenis permainan dalam mana bola yang tidak bergerak dipukul ke arah lubang yang tidak bergerak oleh orang-orang yang tidak berapa bergerak! aku setuju sangat.
July 05, 2006
CAKAP CAKAP BOLA III
'Tidak, kerusi sebelah ni memang kosong'
'Pelik! Takkan dalam satu perlawanan akhir World Cup yang terunggul di dalam dunia ini, di mana seluruh peminat bola tidak melepaskan peluang untuk menontonnya. Apatah lagi kita dapat menontonnya di dalam stadium ini tetapi masih ada lagi kerusi kosong?'
'Sebenarnya kerusi sebelah ni saya dah beli tiket untuk isteri saya. Kami bercadang untuk menonton bersama... tapi dia dah meninggal dunia... dan inilah World Cup final yang pertama kami tidak dapat menonton bersama sepanjang kami berkahwin'
'Oh! Maafkan saya dan saya amat bersimpati. Kenapa awak tak cari orang lain...kawan atau saudara mara awak untuk menggantikan tempatnya?'
June 28, 2006
PASSWORD PLEASE !
Kata laluan atau ‘password’ bukan lagi sesuatu yang asing bagi masyarakat bermaklumat. Menjelangnya alaf baru, aktiviti harian pada hari ini hampir kesemuanya memerlukan ‘kunci’ bagi membolehkan kita menjalankan kerja-kerja dengan lancar.
Apa yang menjadi persoalan di sini ialah mampukah kita mengingat semua kata laluan untuk melakukan pelbagai aktiviti tersebut? Jika kita mempunyai satu atau dua aplikasi sahaja, ia mungkin tidak akan menjadi masalah. Tetapi bagaimana jika ada lebih daripada 10 kata laluan perlu diingat?
Mungkin kita boleh meletakkan kata laluan yang sama untuk semua aplikasi. Tetapi adakah ia selamat?
Hampir setiap hari kita akan memeriksa e-mel, keluar masuk bilik khas, buat transaksi atas talian, menggunakan mesin mengeluarkan wang dan macam-macam lagi yang melibatkan komputer dan kata laluan.
June 21, 2006
CAKAP-CAKAP BOLA II
Riuh satu stadium
riuh satu dunia
permainan sudah selesai
perburuan tetap belum selesai
bendera sepanduk sampah
bertaburan di pinggir arena
ribuan penonton pulang meninggalkan stadium
yang kalah dan yang menang bertukar jersi dan bola
Aku tidak berjanji untuk datang ke arena itu
walau aku nampak bahagia bersamamu di arena itu
tapi aku tidak berjanji akan datang ke sana
Maafkan aku yang tidak faham bahasa bola
bagai sukarnya memahami dua perasaan
ingin sekali aku masuk ke dalam bola
tidur dan baring di dalamnya
June 15, 2006
CAKAP-CAKAP BOLA
Mengikut teori sains, planet bumi ini bulat. Dalam tempoh 30 hari ini juga bola yang sifatnya bulat juga menjadi topik hangat perbualan seluruh dunia. Demam World Cup 2006 melanda dunia untuk siri yang ke berapa entah (?).
Media elektronik paling aktif berperanan memanaskan kehangatan sukan bolasepak terunggul dan tertua dalam sejarah sukan dunia ini.
Melihat apa juga jenis iklan yang berkaitan atau dikaitkan secara langsung kepada sukan ini kadang-kadang agak melucukan. Pelbagai produk makanan, minuman , komunikasi, elektrik, apatah lagi produk sukan berlumba-lumba mencipta imaginasi masing-masing dengan tag line atau slogan yang kreatif. Kesemuanya dengan matlamat mempromosi produk untuk keuntungan bersempena World Cup fever ni...
June 08, 2006
KITA MEMANG ANEH
Kita menuntut orang lain untuk membuat kita selesa tapi kita tidak pernah menanyakan apa yang membuat orang lain selesa bersama kita.
...belum pernah sampai lokasi ni, tapi ini ole-ole dari Pangkor. Aneh kan?
May 31, 2006
31 Mei- TANPA ASAP
Salam sejahtera,
Hari Tanpa Tembakau Sedunia (World No Tobacco Day) yang diperingati setiap menjelangnya 31 Mei mungkin ramai yang menyedari atau pun ramai yg tak menyedari. Kempen kesihatan ini disambut baik di seluruh dunia baik oleh perokok mahupun bukan perokok. Bermula 1 Jun ini kerajaan Malaysia mengarahkan pengedar rokok hanya membekalkan rokok kotak besar sahaja sbg langkah pengawalan penjualan dan pastinya menjurus kpd kempen kesihatan, tanpa rokok!
Memang terbukti bahawa merokok boleh mengakibatkan pelbagai penyakit terutama sekali batuk kering dan barah paru-paru. Memang terbukti juga laporan perubatan tentang bahayanya rokok terhadap kesihatan tidak dapat menghalang begitu ramai orang daripada terus merokok.
Hakikatnya, setelah sekian banyak amaran, peringatan, nasihat, kempen dan bermacam-macam aktiviti anti merokok, hasilnya tidaklah membanggakan. Di ofis-ofis besar biasanya tertera larangan merokok di merata tempat, apatah lagi di tempat-tempat awam yg telah diwartakan sbg zon larangan merokok. Perokoknya hanya selayaknya 'berasap' di jamban! Hina sangatkah perokok?
Kempen anti merokok dengan “Tak Nak” yang menelan belanja beratus juta Ringgit belum juga menampakkan sebarang perubahan yang nyata di kalangan perokok. Yang nyata mereka yang terlibat dalam pembikinan iklan telah mendapat keuntungan yang besar...(?)
Justeru itu, kadang aku terfikir juga di samping keburukan ada juga kebaikan ;
- Bukan perokok lebih berisiko untuk dihinggapi barah daripada perokok , maka untuk mengurangi risiko tersebut aktiflah merokok. Faktanya...sekitar 30% orang meninggal didunia adalah perokok.70%-nya bukan perokok.
- Berbuat amal kebaikan. Kemungkinan kita boleh meminjamkan lighter @ mancis api kpd perokok lain atau mungkin juga untuk kegunaan lain.
- Meramaikan lagi sahabat. Secara tak langsung kerana sebatang rokok kita boleh menambah koleksi sahabat yang mungkin boleh membawa kpd keuntungan besar dalam bidang perniagaan atau mungkin boleh saling membantu dalam hal-hal lain.
- Keakraban; Kita juga boleh bertukar-tukar rokok dari jenama & produk rokok dr negara lain barangkali sambil berborak mesra. Takkan la tiap kali jumpa member nak hulur duit? Boleh rabak poket tuh...
- Memberikan kerja bagi pekerja kilang tembakau, pembekal, penjual, kilang pencetak, doktor, perusahaan ubat batuk dan banyak lagi yang berkaitan dengannya.
- Menghilangkan bau wangi-wangian atau bau busuk yang kurang di senangi. Contohnya seperti di dalam toilet yang tak pernah bercuci !
- Anti Theft! Waktu perokok terbatuk di malam hari dgn sangkaan tuan rumah belum tido.
- Awet muda karena kununnya orang yang merokok belum sampai tua telah mati awal kerana kanser paru-paru.
dan lain-lain lagi.... (?)
Akhir kata, aku mohon yang amat sangat apa yang aku tulis di atas hanyalah dari pengalaman & refleksi pemikiran aku sahaja dan jauh sekali untuk bertujuan mempengaruhi atau membawa satu fahaman baru. Tiada satu pun yang boleh menghalalkan cara untuk risiko kesihatan dan selamat menjalani gaya hidup yang sihat.
May 24, 2006
ADA APA DENGAN NOMBOR (?)
Pembangkang bagaimanapun membuat kejutan besar dalam tempoh 19 tahun dengan meraih sembilan kerusi berbanding hanya dua pada pilihan raya negeri 2001. Pada 1987, pembangkang memenangi 20 kerusi, berbanding 28 BN.
May 17, 2006
USAHAWAN BURGER
`Mari-mari brader…burger special! Ayam ada, daging ada, rusa punya daging pun ada…banjo…hot dog…bla..bla..`
`Dah lama berniaga bang?`
` Alaaa baru jer…lebih kurang dalam 3 bulan`
`Macamana income?`
`Bole la takat nak bayar van buruk tu bulan-bulan. Abang nak burger apa bang?`
‘Bagi saya burger belacan…letak dua keping`
`Ello brader! Lu jangan la buat lawak, gua banyak order ni!`
`Amboiii Zack..serius nampak…ko tak kenal aku ke?`
`Hahahaha !! Laila haillallah..macamana aku bole tak kenal ko? Sengkuang betul ..!!`
`Ye laa..sekarang dah jadi ahli perniagaan, lain la aku, kuli…`
`Dah ko jgn nak buat drama kat sini pulak. Pi duduk amik air sendiri jap lagi order ni setel kita sambung borak..pi duduk dulu baca paper, kawan setongkang punya pasal aku bagi free je hari ni`
`Alahh aku naik boring la baca paper…balik-balik cerita CT dah ada teman istemewa lah… CT akan umum bila sampai waktu lah…Hati CT sudah dipunyai…hati CT sedang berbunga-bunga lah…CT nafi bertunanglah…ko tak boring ke?`
`Alaaaa…biasa la depa kan artis, takkan nak citer pasal aku – anak muda yang dulunya stock broker, now dah jatuh lingkup bukak kedai burger! Tak komersial laaa`
`Tuh la malangnya nasib ko, tapi depa tu pi mancing pun nak kecoh, pi mancing dengan sape…pakai umpan apa? Joran dia berapa kaki laa…`
`Masa dia mancing kentut berapa kali laaa……kah kah..kah !!! `
Kami pun ketawa berdekah-dekah ~ dedicate to my friend yang dah jadi usahawan burger. Tahniah!
May 09, 2006
SEPERTI AIR
Tuangkan air ke dalam gelas, maka ia akan berbentuk menyerupai gelas. Walau air dimasukkan ke dalam berbagai bentuk sekalipun, iapun akan membentuk seperti bentuk bekasnya ~Bruce Lee.
Namun air tetap air, biarpun berbentuk persegi atau bulat, tempat kecil atau besar, ia tetap berbentuk cair. Seperti air, dimanapun berada hendaknya kita mampu beradaptasi dengan lingkungan dan ketentuan yang berlaku.
Air sentiasa mengalir kemana celah dan ruang, ia pasti mencari jalan mengalir. Air sukar dibendung! Tertutup satu jalan, ia akan berusaha mencari jalan lain dan terus mengalir. Air tak pernah mensia-siakan lubang bocor ia akan mengalir dengan deras menuju kebebasan bergerak.
Seperti air, tidak seharusnya manusia menyerah pasrah dan putus asa setiap kali berdepan halangan bahkan harus terus meraih cita-cita. Seperti air jangan pernah mengabaikan sekecil apapun kesempatan yang terbuka untuk secepat kilat menerjahnya kerana mungkin itu satu-satunya jalan meraih kejayaan.
Justeru itu, mengalirlah seperti air ....
May 03, 2006
BURUH
Ada sebuah cerita mengenai semut dan cengkerik. ceritanya lebih kurang sama dengan entri sebelum ini 'semut dan belalang' tetapi kali ini ada kaitan rapat dengan buruh bersempena hari buruh yang di sambut setiap kali menjelangnya 1 Mei.
Si semut selalu rajin bekerja untuk kepentingan Ratu dan koloninya sedangkan si cengkerik bekerja untuk dirinya sendiri dan kemudian asyik berdondang sayang & bernyanyi. Semut dan cengkerik boleh juga di andaikan sbg seorang pekerja yang komited dan berdaya maju.
Semut setiap hari sibuk dan sibuk bekerja untuk memenuhi tuntutan semua koloni termasuk Ratu dan larva semut, Sifatnya boleh di andaikan seperti kita seorang pekerja atau buruh yang terus sibuk bekerja untuk memenuhi keuntungan atau memperkaya Ratu (Bos kita). Semut akan terus bekerja sampai mati, tidak pernah ada waktu untuk bersenang-senang sama sekali.
Tetapi sebaliknya sang cengkerik bekerja untuk keperluannya sendiri, setelah itu dia akan menikmati waktu luangnya untuk bersenang-senang. Senang ceritanya dia bekerja untuk dirinya sendiri tanpa bos.
Oleh kerana kita adalah seorang pekerja atau buruh yang bekerja untuk orang lain dianggap tidak mandiri, lantas bos akan membuat agar buruh selalu berfikiran sempit sehingga selalu bergantung pada tempatnya bekerja, dan akan terus bekerja untuk memperkayakan bosnya... (?)
Apakah Anda tidak ingin menjadi seperti seekor cengkerik yang bisa menikmati hidupnya sendiri tanpa ada gangguan dari Bos?
Bekerja untuk orang lain, tidak ada yang salah dengan hal ini, begitu juga bekerja untuk diri sendiri. Perbezaannya adalah, bekerja bagi orang lain akan membawa kebahagiaan bagi orang lain, memberi manfaat kepada orang lain adalah suatu kebaikan. Apabila kita memilih untuk bekerja dan menghidupi orang lain, tentulah manfaat yang kita berikan akan lebih besar lagi.