March 19, 2007

LATAR BELAKANG

Salam Sejahtera,

Latar belakang pada skrin komputer aku biasanya sama dengan gambar dalam fotopages. Tiada yang spesifik dan selalu berubah-ubah mengikut tahap menyampah aku pada gambar di skrin. Kalau aku rasa bohsan aku tukar yang lain. Selain dari fotopages aku juga sering membackgroundkan foto-foto dari filem kegemaran aku...Matrix, LOTR, Infernal Affair, X-file, Dark Water...sebagai contoh laa...

Aku rasa ia tak begitu menggambarkan apa-apa serlahan attitude atau pun psikologi (bagi aku laa..) cumanya ia mengambarkan tahap kebosanan aku pada benda yang klise dan tidak berubah-ubah. Untuk memenuhi tuntutan tag dari Cik Mas, latar belakang pada skrin komputer aku buat masa ini adalah seperti di bawah. Lawa tak gigi rimau belaan ni?



Sekian.

March 12, 2007

lasam sejtahera,

aad suesatu ynag mraneik dlaam e mial ynag saay tariem diar soernag kaawn utunk kait baac, runegni dan faahmi dlaam fsara di bwaah. Olny gerat midns can raed tihs. Tihs is wiedr, but intrseetnig!

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can. i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.

The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm.



Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

So, kadepa pnegomne ynag misah stiea hraap jgua dpata menilus komne seraca pleik sepreti di asta. adkaah adna mimeliki phaonmneal pweor of mnid? miar kiat cbua. tq.

February 26, 2007

TAG DARI WAN

Aku tak tau sama ada ia pelik atau tidak...(?) Tapi bagi aku ia sesuatu yang bukan luar biasa bahkan orang lain mungkin juga melakukannya. Apabila ia menjadi kebiasaan dan merutin maka ia menjadi tidak pelik pada pelakunya. Maka adalah normal sekiranya ia pelik bagi orang lain tapi tidak pada diri kita. Kepada Wan yang mengetag, here u are ;
  • Membaca sambil 'membuang'.

Aku rasa jamban adalah salah satu tempat paling privacy yg aku boleh perolehi. Daripada membuang masa duduk melangu menikmati bau dan mendengar bunyi 'benda' jatuh kedalam lubang adalah lebih baik aku membaca akhbar harian tanpa sebarang gangguan dan minta maaf ler kalau ada orang di luar yang terpaksa menunggu lebih lama sebab aku tengah baca gosip sensasi artis glam Erra Fazira...

  • Tak suka potong rambut.

Ini satu situasi yang amat membosankan aku. Bayangkan anda hanya mampu duduk dengan badan berselimut dengan pergerakan yang cukup terhad. Nak goyang kepala takut silap-silap Encik Barber terpotong telinga...so, terpaksa control macho! Sebenarnya aku lebih rela potong rambut di kepala sendiri, at least aku bole buat aktiviti sendiri iaitu "memotong rambut sendiri".

  • ...dan kuku.

Ini satu lagi aktiviti yang menuntut kosentrasi lebih! Apa yg kita bole buat bila kita sedang memotong kuku? Paling kuat pun hanya boleh menonton tv, itu pun tak leh nak kosentret. Silap hari bulan bukan kuku saja yg terpotong tapi dengan daging kuku sekali. Tak ke haru di buatnya.


  • Suka bertanya (?)

Walau pun aku nampak pendiam tapi sebenarnya aku suka bertanya dan bertanya. Kadang-kadang aku bertanya benda yg nampak simple dan remeh tapi sebenarnya penting. Apa yang peliknya aku hanya suka bertanya tapi memang tak suka menjawab! So, minta maaf ler kepada mana-mana individu yang masih terhutang jawapan dengan aku...mohon halalkan. Tetapi harus diingat dalam setiap pertanyaan aku sebenarnya ada jawapan (?). Dan sememangnya aku dilahirkan untuk bertanya bukan untuk memberi jawapan...

  • Pantang jumpa!

Ini habit yang aku sendiri tak tau entah dari mana aku tersampuk. Aku sememangnya pantang jumpa...(jangan ingat bukan-bukan) kedai elektrik! Berjalanlah kemana saja, lalu depan kedai elektrik aku mesti singgah, melihat , membelek, study dan mengambil maklum terutama perkembangan terkini teknologi audio visual. Aku begitu teruja dengan kecanggihan teknologi terutama produk dari sebelah timur Asia sehingga kadang-kadang towkey kedai tak dapat nak terang apa yg aku nak tau. Penyudahnya dia tanya aku balik.

  • Aku tak tau apa lagi yang pelik pada diri aku, orang lain boleh menilai kottt...

Seperti mana yang di Rules & Regulations kan, each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. At the end, choose 6 people to be tagged and list their names. So now I am tagging ;

  1. Ariel Sharon (are u still alive?)
  2. GW Bush
  3. Mr. John Howard
  4. Forest Whitaker
  5. Osama Laden
  6. Nordin Mat Top

Gua permisi dulu...

February 14, 2007

VIRUS V-DAY

Salam sejahtera,

Paderi St. Valentino adalah merupakan seorang paderi yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting bersama barua-baruanya menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Alkisahnya, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan sudah melanggar tabi'i kepaderiannya apabila menjalin hubungan dengan dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Satu persoalan yang boleh mengundang kebengongan apabila Paderi bernafsu untuk bercinta dan berkasih...(?) Tersampuk virus juga barangkali.

Lantas Ratu Isabella bertanya apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Keadaan ini telah menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin!

Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Walaubagaimanapun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.



...dan pada kali ini, sama ada sekadar suka-suka hati atau mungkin ada agenda tertentu utk mengingati V-Day dengan apa cara sekalipun, para pengguna komputer peribadi dinasihatkan berhati-hati ketika menerima mesej Hari Kekasih kerana disyaki mengandungi virus yang boleh meluluhkan sistem komputer.

“Pengguna perlu berwaspada apabila menerima mel elektronik sebegini yang kebanyakannya berniat jahat,” kata firma keselamatan PandaLabs selepas berjaya mengesan peningkatan cecacing yang digelar Nurech.A. Mel yang mengandungi cecacing tersebut antaranya berbunyi: “Together You and I,” (Kita sentiasa bersama) dan “Til the End of Time Heart of Mine” (Kau di hatiku hingga ke akhirnya).

Penerima yang membuka fail yang disertakan seperti postcard.exe akan menyebabkan virus itu menyerang komputer. Firma Keselamatan Symantec pula berkata, mereka berjaya mengesan ‘spam’ berskala besar dalam mel elektronik termasuk kuda ‘Trojan,’ satu program yang mengandungi virus.

Maka di mana kewajarannya ramai yg turut meraikan budaya Barat ini secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu dan virus apa yang bakal menyerang komputer anda!


...from ijok to SA with idea.

February 05, 2007

BUKAN MANUSIA



Salam...

Kalau kita tidak pernah berbuat salah, itu namanya bukan manusia. Kalau kita tak pernah menyusahkan orang lain, itu namanya bukan manusia. Kalau kita tidak pernah menyakiti atau disakiti juga namanya bukan manusia... Kamu sendiri manusia atau bukan (?)

January 26, 2007

SKETSA HARI LAHIR

'Okey, kita ramai-ramai nyanyi lagu happy birthday untuk Ija…1, 2,3 !’

‘Happy birthday to youuuuu… happy birthday to youuuuu… happy birthday to youuuuu…’

‘Yeaaaaa….!!!’

(ting..tong)

‘Hah sapa tu?’

‘Assalamualaikum semuaaa..!!! hai sayang happy birthday...’

‘Hah! Abang datang yahoooooooooooooooooo….ada bawak hadiah untuk Ija tak?’

‘Ermmmm…..’
‘Tak de la tu….huh! nyampah! Benci ! Tak nak geng lah kalau macam ni…’

‘Sorry la..abang lupa, esok abang belikan teddy bear besar untuk adik. O.k?’

‘Ye la tuh….Janji tau!’

‘Sumpah! Jom kita makan kek dulu..lapar nih!’

(nyam..! nyam..! nyam!…erkkk! alhamdulillah ..kenyang)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(Esok pagi)….

‘Selamat pagi mak!’

‘Ishh..amendenya pagi! Tengok kat luar tu….kan dah tengahari..’

‘Ye ke? Pukul 12.45..bukan kira pagi lagi ke? He he he…’

‘Lantak engkau la Long…’

‘Mak lepas ni along nak kuar cari hadiah Ija’

‘..dan hadiah awek sekali kan?’

‘Mana ada awek mak…RM pun ada ciput je ni…’

‘Ye la tu..pi minum dulu..nasik goring tu pun dah naik sejuk…’

‘Baik mak’… (……….erk..!! Alhamdulillah !)

‘O.k mak kita pergi dulu..’

‘Baik-baik bawak motor…jangan nak merempit jer..’

(Vroooom…!!! Vroooooooooooooooooooooooooooooooommm!!!) ………………………………………! …………………….

‘Mana kedai hadiah ni…?’

‘Hah! Tu pun…’

(Skreeeeeeeeeeeeeeeethhh..!!!)



(dalam Kedai)

‘Mak oiii!… banyak nya teddy bear’

‘Hai…bole saya bantu?’

(ishh! ni aku rimas ni..belum apa2 salesgirl ni dah nyibuk!)

‘ermmm ..nak cari hadiah birthday untuk adik..’

‘Ooooo..yang belah ujung tu sesuai bang…..macam-macam bentuk ada, dalam berbagai gaya , fesyen , warna…bla..bla..bla…’

(ishh! Bagi la chan aku pilih sendiri….aku bukan buta warna , duit aku, aku punya hal lah!..)

‘Yang ni memang sesuai untuk bebudak, last stock, lepas ni dah tak order lagi…’.

(last stock ? tak tanya pun. Nak bankrup ke kedai ni? He hehe..)

‘Eermmm..biar saya buat pilihan sendiri..o.k?’

‘Hah! saya nak yang ni…..’

‘Satu je bang ?’

‘Dua, lagi satu… jap saya cari lagik…’

‘Beli lebih lagi bang…bole dapat diskaun, untuk birthday tahun depan sekali….’

(Hah! Ni yang aku tak suka mula la nak merapu minah ni….buat lawak bodo lak dia..)

‘Hah lagi sekor yang tu…yang color hijau tu…muka pun dekat sama macam awak…’

‘Hehehe abang ni kelakar la, pandai buat joke..’

(sapa lak buat joke…aku serius ni..memang muka dia macam teddy bear….keh..keh,,keh)

‘O.k masuk kotak elok-elok …balut cantik-cantik, paham!..

‘Garang la abang ni…yang lagi satu ni untuk sapa bang?’

‘Yang ni saya nak sedekah kat mangasa banjir…’

‘Ala sekor mana cukup bang…ni mesti nak bagi awek ni….’

‘Eh yang awak ni tanya macam-macam, apa kes? Kang aku tak jadi beli padan muka kau…hah! bape RM?’

‘Abang punya pasal kita bagi murah..RM….jer….’

(Minah ni..nak berkenalan cakap jer la….)

‘O.k thanks…bye…’

(Vrooom!…….Vrooooooooooooooooooooooooooommmm!!!!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


(Dalam perjalanan balik)

‘Mana public phone ni?……haaaa…tu pun…’

tut…tuuut….tut…….tuuut...

‘Hello… bole cakap ngan Lina?’

‘Lina…ermmm Lina mana?’

‘Takkan Lina Hangat kooot…..’

‘Abis tu Lina mana?’

‘Haslina, Haslina alias POYO! Ada tak?’

‘Dia tak de!’

‘Baru sat-sat ni saya dengar suara dia…’

‘Itu suara dia! Ni suara saya..faham? O.k, ini ada mesej untuk awak..dengar!’

(ishhh! Minah mana lah yang getik sangat ni?)

‘Haslina @ POYO dah tak nak kawan ngan awak lagi! Sebab awak takde kereta Wira Limited Edition macam balak baru dia…ada paham? Hubungan awak dengan dia putus sebaik sahaja saya abih bercakap…keputusan adalah muktamad! Disahkan oleh para juri dan hakim!…..’

(betulkah apa yang aku dengar? Ataupun ini hanya gurauan semata tapi memang sedari dulu telah ku duga)

‘Ello minah jap..jap..awak tolong cakap dengan dia. Takat Wira Limited Edition tuh! Aku tak heran! Dia tak tau aku ni versi jejaka Malaya Special Edition tau! Kat Malaysia ni ada sorang je orang macam aku! Kalau dia tak nak aku pun tak hingin!!!’

Tuuuuuuut…….!!!!

‘Huh puas ati aku! Baik aku balik bagi teddy bear ni satu kat birthday girl, satu lagi kat mak aku, dah sure mak aku ketuk pala aku he he hehe……’

(Vrooomm!!!………………..Vroooooooooooooooommmmmmmm!!!! Vroooooooooooooooooooooooooooooooooommmmm!!)

Skreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeth !!! GEDEGANG !!!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhh !!! . . .

...Wing Wong Wing Wong! Wing …wong ! …



Al fatihah…..


~Selamat ulang tahun kelahiran kepada yang meraikannya pada 28 Januari~

January 16, 2007

DI SEBALIK AIR MATA BUSH

Salam sejahtera,

Macam tak percaya apabila Presiden Amerika, GW Bush menangis semasa satu upacara penganugerahan Medal of Honour kepada askar AS, Koperal Jason Dunham di White House.

Benar, dalam majlis penganugerahan sebegitu, apa lagi jika mengenang jasa seseorang, air mata sememangnya tidak mampu ditahan daripada mengalir. Tetapi bagi seorang yang sangat dikenali kerana berhati kering, kalau di Malaysia golongan berhati kering ini hanya sinonim dengan peragut dan perempit jalanan! Maka tidak silap kalau aku menyamakan Bush hanya setaraf mereka.

Tapi kalau kita menyamakan taraf sebaliknya pula, maka peragut & perempit (P&P) ini telah tinggi nilai setatusnya...segah Presiden Amerika @ Polis Dunia. Fuh! Dahsyat tuh. Patut la P&P ni semakin glamour. Kalau dulu setakat senator yg memberi perhatian, tapi sekarang Menteri pun dah mula ambik pot.

Maka tidak nampak keperluan atau kejujuran Bush menitiskan air matanya yang mahal itu. Apalagi selepas apa yang dilakukan di Iraq hampir empat tahun lalu. Namakan apa sahaja kesan perang di Iraq - rakyat sengsara, negara damai bertukar neraka manakala pertelagahan berlaku di sana sini dengan musuh atau rakan tidak lagi dikenali identitinya!

Lebih memualkan lagi, sehari sesudah bersedih, wajah, aksi dan tindakan Bush bertukar rupa. Dalam ucapannya semasa mendedahkan akan menghantar tambahan lebih 20,000 anggota tentera ke Iraq, Bush turut membayangkan ‘gertak’ kepada Iran dan Syria pula dengan berkata, dua negara di rantau Timur Tengah itu melindungi pengganas. Jadi kenapa Bush perlu menangis jika di dalam kepala hotaknya telah ada strategi untuk membelasah Iran dan Syria pula selepas ini?

Apalah sangat hanya kerana nyawa seekor beruk tambatannya maut, Bush sanggup melelehkan air matanya dan sebagai orang waras fikirannya, simpan sahaja air mata berharga itu, bukan mensia-siakannya untuk satu nyawa yang telah melayangkan banyak nyawa orang lain!

*Selamat menyambut tahun baru Hijrah.


Sumber: Utusan Malaysia

January 09, 2007

HUJAN ITU INDAH

Mari kita raikan hujan. Butir-butiran segar yang turun menyiram bumi. Setelah sekian lama rerumput kekuning-kuningan, dedaunan luruh. Setelah mendung gelap berlalu...

Semalam hujan luruh mencurah deras sepanjang hari. Membasahi bumi, merayap ke setiap ruang dan celah. Angin menggoyang kencang cabang-cabang pokok, daun-daun, ranting-ranting menari bersama. Mari kita raikan hujan.


Duduklah sebentar di beranda ini bersamaku. Kita menyanyi berdua. Lagu kesukaan kita, yang lama tidak kita dendangkan. Kita bersimpuh di sini. Menghitung kodok-kodok yang melompat dan bernyanyi memanggil hujan. Cukuplah biar mereka sahaja yang bernyanyi, makanya kita tidak perlu melolong memanggil hujan lagi! Cukuplah selatan, timur dan Sabah sahaja yang kelimpahan air...

Marilah kita raikan hujan sambil mendengar bunyi air yang turun dari cucur atap. Membiarkan wajah menyegar disapa angin basah, bersama daun-daun, ranting-ranting, pohon-pohon, rumput-rumput, kodok-kodok, tanah basah, deru angin. Bersama kita meraikan hujan bersama musibah untuk alam penuh kesyukuran...

December 22, 2006

HUJUNG TAHUN AWAL TAHUN

Selembar lagi kalender dikoyak dan menghuni tong sampah. Tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki tarihk keramat 1 Januari 2007, sehari selepas kita merayakan Hari Raya Aidil Adha. Bermulanya tahun baru juga memaksa kita mencampakkan kalender lama yang sarat dengan semua kenangan yang tersimpan di setiap tarikhnya. Zalim kan kita? Kalau lah semudah itu juga kita mampu membuang semua kenangan mual tahun 2006 semudah memuntahkan isi perut kedalam tong sampah, pastinya tahun mendatang akan penuh dengan flora fauna keriangan seindah mimpi di taman kayangan.

Tapi hidup ini bukan sekadar kalendar. Setiap tarikh yang berlalu perlu di corakkan seindah mungkin. Itu mimpi kita... Bahkan setiap dari kita juga mentafsir tahun baru, merayakan tahun kedatangan tahun baru dengan berbagai cara juga berbagai azam.


Seperti juga bandar-bandar besar di seluruh dunia yg lain KL Metropolis juga mewarnai panorama malam hari sarat dengan pesta flora...bla..bla..bla (malas la nak sebut satu-satu) mendenyutkan nadi kotanya! Pusat-pusat hiburan menggeriap, menawarkan pakej hiburan malam meracuni generasi muda dengan gaya hidup metropoliszzz...kununnya. Poket towkey kelab sendat dengan RM, generasi muda bersepah moral bagai letupan bunga api di ruang udara KLCC! Dan, malam tahun baru, seperti yang sudah-sudah, biasanya merupakan puncak pesta bagi mereka yang mencanduinya.

Malam penggantian tahun kali ini sehari sahaja selepas kita menyambut Aidil Adha, Selamat hari raya kepada semua rakan blogger, pembaca budiman, dan juga pelawat-pelawat sekelian. Boleh saja kalau kita jadikan malam tahun baru sbg malam retrospeksi untuk gaya hidup masa depan, celebrate...celebrate jugak la...

Tapi, apa pun, ia adalah sebahagian dari kehidupan kita yang senantiasa berdenyut, mengharu biru penuh gejolak. Suka ataupun tidak. Itulah adanya...

December 13, 2006

TERJATUH KERANA CINTA

Sudah saatnya mungkin, memang anda boleh terjatuh kerana cinta, bukan jatuh cinta, tapi terjatuh kerana cinta. Terjatuh kerana yang anda inginkan menjadi bahagia tidak kesampaian. Terjatuh kerana kenaifan kita sendiri. Terjatuh kerana tidak berjaya memiliki? Terjatuh kerana kita berani berkorban? demi dia? atau demi cinta? Terjatuh kerana kita semua orang bodoh? atau memilih untuk dibodohi? Terjatuh kerana kita seharusnya percaya, bahawa cinta kadang merasuk semuanya, bahkan logik akal sekalipun!


Jika anda rasakan telah bertemu The One dan terpaksa melepaskannya demi prinsip, nama, etika dan norma atau jika kamu rasakan tidak mampu lagi mencintai orang lain sebagaimana kamu pernah mencintai dia, sebaik, seindah, setinggi apapun kualiti penggantinya itu...Jika sesaat kamu pernah berasa separuh jiwamu hilang ketika dia pergi meninggalkanmu untuk mengejar apa yang menjadi mimpinya, kemudian mendapatkan kamu semula yang masih tetap utuh dan mampu setia kepadanya. Sebenarnya anda sedang merasakan salah satu anugerah terbesar dari Nya...

November 27, 2006

ROKOK




Di Parlimen menteri merokok
di pejabat pegawai merokok
di Mahkamah Agung Hakim merokok
di rumah mak bapak merokok
di masjid Tok Imam merokok

di hospital doktor merokok
di simpang jalan polis trafik merokok
di sawah petani merokok
di ladang tembakau peladang merokok
di perkuburan sebelum masuk kubur orang merokok

makanya…
di tandas sekolah murid-murid mencuri merokok
di kampus mahasiswa merokok
di bilik guru cikgu-cikgu juga merokok

Di antara jari telunjuk dan jari hantu
terselit sebatang rokok putih warnanya

duduk-duduk dengan perokok
boleh tersampuk penyakit jantung

rupa-rupanya asap rokok lebih jahat
dari kuman hiv aids...

November 15, 2006

BODOHKAH KITA?

Salam Sejahtera,

Sebenarnya kita sangat kekurangan alias bodoh sebagai manusia di atas muka bumi ini. Ini bukan ungkapan ironis yang semata-mata mencari sensasi agar kita tersenyum sinis melihat aksi lawak Senario.

Ungkapan ini benar adanya. Bahawa kita adalah orang bodoh. Begitu mungkin bahasa kasarnya. Di sebaliknya kita perlu berfikir, pernahkah dalam sehari kita tidak bertanya? Apa, siapa, ke mana,di mana, kenapa, yang mana, bagaimana, berapa, bila dan banyak lagi pertanyaan itu sentiasa kita ucapkan dalam keseharian kita. Kita merasakan seperti setiap saat ada saja kekurangan akal dan nafsu yang belum terpenuh di dalam diri.

"Kenapa Altantuya dibunuh sebegitu kejam? Mengapa perlu PM menghadkan kesabarannya? Perlukan bendera Umno diberi nama baru? Mengapa golongan Mat Rempit kelihatan semakin tinggi status sosialnya? Mampukah parti Republikan kekal di AS? Adakah Sharon masih berdegup jantungnya ketika ini? Berapa banyak nyawa lagi harus melayang di bumi Iraq?"


Sekarang, cuba kita berfikir dan merenung kembali, berapa banyak persoalan yang bergentayangan dalam benak kita telah terungkai sekaligus menemui jawapan (?) Justeru ketika kita menemui jawapannya sekalipun, akan terus bertanya lagi...dan lagi. Oleh itu kita perlu menerima hakikat bahawa sesungguhnya, DIA maha kaya.

Lantaran itu, Apabila dunia semakin maju kita sebenarnya semakin bodoh. Yang akan terus berhadapan dengan masalah-masalah dan segala macam rencah persoalan, yang akan terus berfikir dengan pertanyaan, yang akan terus bertahan hidup dengan bertanya...

November 07, 2006

IKHLAS KAH?

Salam Sejahtera,

Kita masih lagi di dalam mood Hari Raya. Disaat kita bersosial, bekerja, melangsungkan perjalanan hidup, kadang-kadang kita lupa menyelitkan sekelumit rasa ikhlas yang mendalam pada setiap segi kehidupan. Aidilfitri menuntut kita bermaafan setulus iklhlas bukan sekadar berjabat tangan tapi di hati masih lagi menggumpal seketul darah hanyir penuh nista yang zahirnya tidak kelihatan.


hipokritnya melangkaui batas kebinatangan...

Kita kan manusia biasa, semua masalah yang kita hadapi pasti selalu dibuntuti oleh emosi dan nafsu. Keinginan untuk meluapkan rasa marah, cacimaki dan nafsu serakah untuk membalas dendam masih tidak seiring dgn ungkapan maaf di bulan Syawal ini. Kenapa kita sering tidak konsisten di antara perbuatan dengan keikhlasan?

October 16, 2006

AIDILFITRI PALING ISTIMEWA DI DUNIA

Aidilfitri adalah perayaan paling istimewa di negara ini bahkan di seluruh dunia Islam. Di dunia Islam lainnya Lebaran hanya sekadar habis berpuasa, bencana perang juga melenyapkan kemeriahan mereka menyambut Syawal. Bagi negara kita segala-galanya meriah ;

  • Tradisi pulang kampung untuk berkumpul dengan seluruh keluarga dan bersilaturahmi saling memaafkan kesalahan masing-masing.
  • Sudah menjadi tradisi pula kita saling kunjung mengunjung dengan teman, handai taulan dan juga jiran tetangga.
  • Kita mengenakan pakaian baru untuk menyambut Syawal yang seolah-olah Tahun Baru dengan Resolusi Baru.
  • Kita juga tidak melupakan jasa-jasa nenek-moyang dengan berziarah ke makam-makam orang tua dan membersihkannya sekaligus.
  • Lemang, ketupat rendang, berbagai jenis juadah kueh mueh dihidangkan kepada keluarga dan para tetamu.

Demikianlah sebahagian dari tradisi menyambut Aidilfitri masyarakat Islam di negara kita. Biar bagaimana meriah sekalipun kita perlu mensyukuri keamanan ini. Buat akhirnya kepada semua pengunjung blog ini, baik yang pernah bersua muka mahupun yg belum pernah bersua dan mungkin juga pernah terlanggar bahu tapi tidak saling mengenali, berhati-hati ketika memandu ke destinasi masing-masing kerana kepulangan kita untuk di rai bukan untuk ditangisi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf lahir-batin.

October 11, 2006

A.S.A.P !

Bulan Puasa ni kadang-kadang malas nak menulis. Tapi nampaknya seperti ada perasaan yang melonjak-lonjak memaksa aku untuk menulis. Hari ini, genap 18 hari aku berpuasa. Waktu-waktu siang dilalui tanpa makanan dan minuman dan sebarang aktiviti yg boleh membatalkan puasa. Bagi aku tiada masalah besar untuk menahan lapar dan dahaga kerana aku bukan jenis orang yg buruk pelantak tapi still maintain 'every body'...

Bagi penagih tegar rokok, inilah masanya untuk mengurangkan aktiviti berasap yang tidak bermoral terhadap kesihatan ini....sangat tidak sesuai untuk kesihatan fizikal jantung anda! Hah! Apa aku tulis tadi? 'Berasap' !

Ya! Asap alias jerebu sedang melanda negara tanah tumpahnya darahku ini, bumi Malaysia yang tercinta. Walau pun ketika berita ini aku tulis indeks IPU sudah semakin menurun tapi kesannya masih jelas kelihatan. Semenjak kebalakangan ini juga tahap kesihatan tekak aku agak merosot, perit, pedih dan rasa nak minum air. Aku yakin amat, indeks kesihatan aku menurun bukan kerana amalan puasa aku, tapi disebabkan jerebu yang melanda negara kita.

Jerebu di senja hari yg melanda negara baru-baru ini- fp Kari.


Jerebu yang terhasil dari pembakaran terbuka di Indonesia dan akhirnya menyampuk juga ke Malaysia. Di sebabkan kerakusan manusia mengeksploitasi alam, maka akhirnya manusia juga yang menerima padahnya!. Dan aku, akhirnya terpaksa membazirkan masa dan duit Raya ku untuk membeli ubat batuk. Dengan sape aku boleh claim?

Dan jumlahnya bukan aku sorang yang mengalami, bahkan jutaan lagi makhluk bernyawa dan tidak bernyawa yg menjadi mangsa jerebu tak bermata ni. Di Indonesia sendiri rata-ratanya masyarakat di sana tidak senang dengan apa yang berlaku dan beberapa siri demonstrasi telah ditunaikan tetapi kabut tetap bergentayangan ke seluruh alam semesta Asia Tenggra ini. Dan selepas ini kemana hala tuju laskar jerebu ini?



Masalah ini berulang dan berulang saban tahun dan setiap kali itu juga berbagai isu dan dana untuk menangani jerebu kembali di perkatakan dan pastinya ia melibatkan angka juta-juta RM atau Rupiah. Perbincangan meja bulat, bujur, empat segi dan sebagainya berlangsung dengan keputusan sebulat suara untuk menangani masalah kabut ini dan komitmen serta tanggungjawab di beri keutamaan tapi hasilnya saban tahun masih sama...Asap, Jerebu, Kabut tetap melanda. Apa dah jadi?

Secara rasionalnya kita akan merasa capek dan bosan kalau terus-terusan dihidang dengan alasan dan masalah yang sama. Namun, aku cuba untuk terus optimis. Masih banyak lagi perkara-perkara indah yang akan berlaku dalam dunia ini. Aku sudah jelak dengan perangai manusia yang membosankan! Syukur lah sekurang-kurangnya aku masih boleh bernafas untuk esok walau dalam kabur jerebu dan berharap kehidupanku akan lebih menyeronokkan…


October 04, 2006

KEMANUSIAAN VS KEBINATANGAN

Ceritera i

Umum mengetahui buaya adalah seekor reptilia dua alam yang ganas, rakus, zalim dan tidak berperi kebinatangan! Dalam kejadian pada 3 September lalu, Mohamad Azuan Hatta, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bako yang sedang mandi di sungai bersama rakannya diserang seekor buaya pada kira-kira pukul 3.30 petang. Salam takziah...


Setakat ini empat ekor buaya telah berjaya diumpan dan diperangkap oleh penduduk Kampung Bako sebagai reflek dari kemarahan dan dendam! Reptilia ini di bunuh dan dibedah siasat. Aktivis alam sekitar, Datuk Dr. Salleh Mohd. Nor berkata, ini kerana buaya merupakan antara spesies hidupan liar terancam yang perlu dilindungi. Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berkata, adalah tidak wajar untuk memburu seekor buaya yang menyerang manusia dengan membunuh semua buaya yang ditemui.

‘‘Kita perlu kaji kenapa buaya menyerang manusia sebelum kita ambil tindakan memburu haiwan itu,’’ katanya. Lantas reptilia-reptilia ini mula kebingungan dan mungkin dalam mesyuarat tergempar komuniti buaya ini, masing-masing kebingungan dan usul yang menjadi isu penting mereka adalah "Do we live in the wrong world?"





Ceritera ii

Seorang kanak-kanak lelaki sedang berjalan menyusuri tepi sungai. Dia melihat seekor buaya yang terperangkap dalam suatu jaring. Buaya itu berkata,

"Hai budak! Adakah kamu mengasihani aku dan mahu melepaskan aku? Sifat ku memang buruk, tetapi ini bukan kesalahanku, kamu tahu bahwa aku diciptakan Tuhan seperti ini. Tetapi walaubagaimana pun penampilan luarku, aku mempunyai kelembutan hati dan sifat kasih seorang ibu. Pagi ini aku sedang mencari makan untuk anak-anakku dan terperangkap disini!"

"Ah, jika aku melepaskanmu dari perangkap ini, kamu pasti akan menangkapku dan membunuhku."

"Apakah kamu fikir bahawa aku akan berbuat seperti itu kepada orang yang sudah menolong dan membebaskanku?"

Kanak-kanak itu termakan pujukan untuk melepaskan buaya itu dari perangkap. tetapi tidak semena-mena sepantas kilat sang buaya menerkamnya! Ketika kanak-kanak itu tersepit diantara dua rahang buaya, dia berkata seraya menjerit,

"Jadi inikah yang kudapat dari perbuatan baikku?"

Dan buaya itu menjawab,"Sudahlah, jangan dipikirkan terlalu serius, sememangnya fitrah ku begini, Allah menjadikan aku buas sebegini. Ini adalah aturan dunia, hukum alam, hukum kehidupan. Seharusnya kamu lebih prejudis dan menghindarkan diri dari spesis kami. Aku hanya mahu hidup mengikut fitrah ku! "

Lalu menjeritlah si kanak-kanak sekuat hatinya, sayup dan semakin sayup....

September 28, 2006

SMS RAMADHAN

Salam Sejahtera,

Dunia hari ini adalah dunia revolusi maklumat. Maklumat dalam beberapa saat daripada seluruh dunia boleh disebarkan dengan mudah, sama ada melalui email, ataupun menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan kemudahan ini, berita boleh disampaikan dengan cepat, boleh disebarkan dengan begitu mudah sekali.

Hampir setiap hari kita menggunakan kemudahan sms dan sudah menjadi trend terkini untuk kita berkomunikasi. Ada kala menggembirakan, menginsafkan, menyedihkan dan tidak kurang juga menyakitkan hati.

Menjelangnya Ramadhan baru-baru ini, saya juga menerima beberapa sms yang bertemkan bulan mulia ini yg mungkin boleh di jadikan pedoman ;

i
"jika semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya, jika seluruh umur adalah dosa maka taubatlah ubatnya, jika seluruh hari adalah nista maka Jumaatlah pensuciannya & jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan lah pemutihnya. Marhaban ya Ramadhan. Selamat mengerjakan ibadah puasa"

ii
"SELAMAT BERPUASA" -Pengirim tidak di kenali.

iii
"A'kum. Selamat b'puasa"

iv
"Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seindah Ramadhan. Salam Ramadhan al mubarak dan selamat berpuasa" -Pengirim tidak di kenali.


v
"Kalau terasa nak buat jahat dlm bulan puasa, tanyalah iman. tentu iman kata tak boleh! Jgn tanya Aiman, nanti dia kata...Aiman tak kisah...Selamat menyambut Ramadhan"


vi
"Syaaban dah lopeh, ramadhan lah pulak, syawal sebulan lai, poso jgn miss, nanti tak buleh ghayo. SELAMAT BERPUASA SEBULAN RAMADHAN ALMUBARAK"

vii
"Same goes to you n family. Hv a bless full ramadhan"

viii
"Selamat menyambut Bulan ramadhan dan semoga di berkati"

Terima kasih kepada semua yang sudi mengirim mesej via telefon bimbit aku. Semoga anda semua beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini dengan satu pertanyaan bila nak top up credit telefon bimbit aku? Via sms pun tak pe. Kita makmurkan lagi kemudahan teknologi ini untuk tujuan sedekah (kepada aku). Moga murah rezeki selalu...

Amin...

September 20, 2006

REMP-IT UMNO!

Salam sejahtera,

Ada satu program baru untuk Mat dan Minah Rempit (MMR) yang tidak melanggar peraturan dan undang-undang anjuran Putera Umno Malaysia. Status MMR telah di upgrade dan anda jangan sesekali memandang rendah terhadap MMR! Tetapi dalam pada itu Polis Diraja Malaysia (PDRM), tidak bersetuju dengan cadangan Putera Umno yang mahu mengumpulkan kira-kira 50,000 mat rempit dari sekitar Lembah Klang di Bukit Jalil November ini yang dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri sendiri.

Pegawai Perhubungan Awam Cawangan Trafik Pasukan Bukit Aman, Asisten Superintendan Ismail Munajat, berkata ia kerana PDRM tidak puas hati dengan rekod Putera Umno ketika menganjurkan ekspedisi mat rempit, minggu lalu. Katanya, PDRM menyifatkan Putera Umno gagal mengawal tingkah laku hampir 8,000 mat rempit termasuk 350 minah rempit yang menyertai Ekspedisi Merdeka Putera Bermotor Kuala Lumpur-Teluk Batik 2006, pada 9 dan 10 September lalu.“Jika sekitar 8,000 peserta pun susah mereka nak kawal, macam mana nak hadapi 50,000 mat rempit?” katanya.

Macam kenal jer MMR nih...


Wartawan sebuah akhbar tempatan yang menyertai ekspedisi berkenaan melihat sendiri risiko yang terpaksa ditanggung peserta, selain sempat merakam beberapa aksi berbahaya peserta sepanjang perjalanan ke Teluk Batik. Malah, Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, sendiri mengakui kegagalan pihaknya mengawal konvoi MMR ini. Selain itu, beliau turut mengesahkan sekurang-kurangnya 300 saman dikeluarkan polis trafik atas pelbagai kesalahan kepada peserta. Itu belum termasuk sosek-sosek masyarakat sekeliling...

Sekarang ni aku rasa macam nak merempit jugak, maklum la dah ada program kembara sambil merempit dengan penaja khas lagik...dan pastinya akan ada orang yang berkata :
"Engko kalau sekadar nak mengutuk memang senang! Tetapi engko ada ke buat apa-apa untuk setel isu yang dah bernanah ni?"

Pada aku masih ada cara pemurnian lain yang tidak melibatkan kos tinggi tetapi lebih berkesan. Banyak para graduan Sains Kemasyarakatan dalam negara ni yang sanggup menyumbangkan buah fikiran dan rela membantu generasi pelapis yang nampak hilang arah ni!

Sekian sahaja, Majulah rempit untuk negara! Dan selamat menyambut bulan Ramadhan al- Mubarak.


Sumber; Berita Harian.

September 15, 2006

APA KHABAR?


'Assalamualaikum...Selamat pagi, apa khabar? Harap awak sihat'

Sambil tersenyum, setulus ikhlas. Sehingga kadang-kadang kita lupa perkhabaran diri kita sendiri...

Sekian.

September 06, 2006

...(?)

Sebuah catatan tengeng dari alam mimpi di bawah sedar...


Aku ingin pergi jauh, jauuuuuh sekali. Aku ingin merentas batas dunia, ke suatu tempat dimana aku boleh membelah dadaku, lalu ku cuci bersih, kusambung kembali dan hidup semula dengan nafas baru...

Hari ini berakhir sudah sebuah mimpi tentang cinta. Hatinya seperti gelas pecah! Lalu dikutipnya serakan kaca, disusunnya semula menjadi gelas...

Hanya untuk dijatuhkan lagi.... ....hari ini.



Ada apa dengan mimpi? Mungkin mimpi adalah mekanisma yang membolehkan kita meneruskan kehidupan yang menarik ini biarpun badan sedang diistirahatkan. Walaupun kita tidur tetapi kita terus hidup di alam mimpi . Itulah kesistimewaan mimpi. Kita boleh bertemu orang-orang yang kita sayangi dan juga yang kita benci tanpa mampu dipisahkan oleh dimensi.

Apakah aku terlalu sukar untuk difahami? Padahal aku selalu ada asas di sebalik semua tindakan saya secara suratan atau lisan. Asas yang menurut aku logik, walau tidak bagi mereka. Mengapa semua yang 'lazim' lantas dianggap benar? Pemikiran saya tidak 'lazim'.... lalu saya salah? mengapa harus ada benar dan salah?

Apakah aku terlalu sukar untuk dimengerti? ataukah aku yang sukar untuk mengerti mereka? Entah...