April 27, 2006

2 MULUT 2 KEPALA

Salam sejahtera,

Tarik nafas...kosongkan fikiran anda dan baca dengan fikiran terbuka :
  1. Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.
  2. Bersikap cerewet dalam keadaan tertentu itu baik, tetapi janganlah terlalu cerewet dalam semua hal yang boleh menimbulkan kebencian lelaki.

~dipetik.

Hal menarik yang boleh kita bincangkan dalam isu ini dan pasti mengundang banyak kontra dari pro. Tidak dinafikan antara lelaki dan wanita berpotensi untuk cerewet, tetapi kalau ia dirujuk kepada siapa yang lebih? Maka jawapannya adalah merujuk kepada satu gender dan saya tidak bercadang untuk menghuraikan secara lebih lanjut.

`tak letih ker,.. selangkah bejalan,.. nk kena berprasangka???` -Arianna.

Sememangnya kita digalakkan untuk bersangka baik kepada sesiapa sahaja sebagaimana saranan mantan TPM kita satu ketika dulu. Tetapi prejudis juga perlu. Prasangka baik ataupun prasangka buruk itu sebenarnya sama tidak baiknya. Prasangka baik akan menimbulkan kekecewaan jika realitinya tidak baik. Prasangka buruk akan menimbulkan sebaliknya pula pada hal yang mungkin realitinya baik.

Atau mungkin kita juga boleh berkata begini;
Prasangka baik akan menimbulkan kegembiraan pada hal yang realitinya benar2 baik dan seterusnya... (sebaliknya).


`so, d conclusion is lelaki ke, pompuan ke... sesiapa pun bole jd cerewet. so it was an unfair statement la lau nak tuding jari kat pompuan je. umpama, satu jari menuding kesilapan org lain, 4 jari lagi menuding diri sendiri` dan kenyatan berikut :

`pada sy awk kurang normal kalau senantiasa bersikap prejudis nih` -Arianna.

Satu jari Arianna menuding saya 'kurang normal' dan selebihnya 4 jari menuding kepada siapa? Dalam banyak perkara saya cuba belajar untuk menuding dengan cara 3 jari menunjuk kepada orang lain dan 2 jari kepada diri sendiri (ala-ala simbol rockerzzz) dengan setiap satu jari secara simboliknya mewakili i love, i care dan i cure...yang membawa maksud sedia membantu atas dasar persahabatan dan kemanusiaan dan bukan menuding.

Dalam apa jua tanggapan kita perlu rasional, bukan emosional. Wanita sering di kaitkan dengan emosi untuk menguasai keadaan sehingga membelakangkan rasional. Kalau tidak kita akan jadi syimal! :D Krisis tanggapan disebabkan oleh dominasi akal pada diri kita.

`its how u define ***** itself` - Masy.


Sehingga timbul pendapat yang mengatakan bahwa apabila emosi menguasai diri terabailah didalamnya unsur kejiwaan iaitu rasional. Dominasi salah satu pihak secara berlebihan akan mengakibatkan kelumpuhan psiko dan terjebak dalam ketidak seimbangan mental. Secara score psikologinya, markah 50-50 adalah manusia yg paling ideal...

`;) so be positive...` - Arianna.

Wassalam.

April 21, 2006

PERCAYALAH


Percayalah
biar segagah mana sekalipun
biar sebongkak mana sekalipun
seorang lelaki

Pada suatu ketika nanti
ia akan rebah juga
di pangkuan seorang perempuan

Percayalah
biar sezalim mana sekalipun
biar sekejam mana sekalipun
seorang Sharon

Pada satu saat nanti
kau akan maut juga
hilang lenyap dari bumi
Israel bersama hanyir darah
bersama hitamnya sejarah!

April 14, 2006

SEMUT DAN BELALANG



Pader satu hari tu kan, ader belalang dan ader semut tao. Belalang nie kan, dia lompat saner lompat sini, kira hepi lah kan. Abih tu kan, si semut nie kan, dia sibuk angkat makanan masuk ke dalam sarang dia.

Melihat si semut nie bukan main tekun sekalik bekerjer, si belalang pun sound ah,

"Eh Mot!, Engko nie tak tahu nak rikek ye? Asek sibuk je aku tengok ko...marilah main main dgn aku"

"Tak buleh ah Lang, aku kener simpan makanan makanan nie sumer" jawab si semut.

"Yek elehhhhhhhhh...rileklah...bot per ko nak simpan? Biler time ko lapa ko pi cariklah...nak simpan simpan bot aper? Waste karen je ko nie"

"Eh aku mesti standby, nanti kalao musim salji tiba aku tak perlu penik...engko pon kener simpan jugak tao Lang" balas si semut.

"Tak kuaser aku nak penat-penatkan diri pi simpan simpan nie sumer, lebih baik aku main main dulu...ko nak simpan ko simpan lah Mot, aku nak lompat nie..babai" lalu lompatlah si sang belalang.

Semut nie memang rajin orgnyer....eh salah....semut nie memang rajin binatangnyer. Dia sediakan payung sebelom ujan. Tak macam si belalang...pemalas. Hari berganti hari, minggu berganti minggu..musim salji tak kunjung kunjung tiba...si semut masih lagik terus mencarik dan menyimpan makanan. Si belalang kebetulan ternampak si semut tu lagik.

"Aik Mot? Kao maseh kerjer lagik? I tot u dah simpan makanan makanan tu dulu? Maner perginyer?"

"Memang aku dah simpan....tapi dah basi dah, musim salji tak sampai sampai lagik nie....sekarang kener carik makanan baru.." jawab semut sambil mengeluh.

"Eh Mot.....ko tak terpikiag ke yg kat Mesia nie takder musim salji?" tanyer belalang.

"Ah????????" semut terperanjat sambil menepuk dahinyer (eh semut ader dahi ke?)

SEKIAN

~dipetik.

Moral: Kalao nak buat kejer tu jgn main teba je....pakai kepaler hotak tu dulu work smart don't work hard .



April 11, 2006

KEPUTERAAN

Kejadian luar biasa susuli kelahiran Muhammad.

KELAHIRAN Nabi Muhammad SAW, sudah diketahui Nabi Isa sebelum Baginda dikandung ibunya melalui wahyu daripada Allah bahawa akan lahir seorang rasul ke dunia dan dialah nabi terakhir.Pada saat kelahiran Muhammad, keadaan di sekeliling amat luar biasa. Suasana persekitaran sungguh tenang dan indah.Tanpa rasa sakit, ibu Nabi Muhammad, Siti Aminah berjaya melahirkan Baginda dengan selamat disaksikan bidan.

Pada malam Aminah melahirkan Muhammad, tiada sebarang tanda pada dirinya yang menunjukkan beliau akan melahirkan anak. Hal itu menyebabkan beliau menyangka bahawa anaknya lambat lagi dilahirkan.Bagaimanapun secara tiba-tiba saja pada Subuh hari berkenaan, Muhammad pun dilahirkan.Biasanya, bayi yang baru lahir akan menangis tetapi Baginda diam saja walaupun bidan menepuk tubuhnya beberapa kali. Baginda kelihatan seolah-olah seperti sedang berfikir dan matanya bersinar-sinar bagaikan melihat sesuatu.


“Luar biasa sungguh anakmu ini, dia tidak menangis, tetapi matanya kelihatan liar seolah-olah merenung sesuatu di atas," kata bidan kepada Aminah yang terbaring dengan wajah kegembiraan.Ketika itu Siti Aminah berasa dirinya bagaikan mendapat segunung emas.

“Luar biasa anak ini,” ulang bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu.

“Apa yang luar biasa?” tanya Aminah.

Jawab bidan: “Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi dia tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun baru dilahirkan.”

Kisah keganjilan Muhammad diceritakan oleh bidan kepada jirannya yang turut hairan dengan keadaan bayi itu.Bagaimanapun, sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu berubah berseri dipandang serta menjadi tumpuan ramai.Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun ada kalanya bulan gelap.Wanita pula amat suka ke rumah Aminah untuk melihat Aminah serta anaknya yang baru lahir seolah-olah ada tarikan tersendiri pada bayi berkenaan sehingga ada yang datang berkali-kali.


Kisah keistimewaan Muhammad tersebar di merata tempat menyebabkan orang semakin ramai datang, malah orang yang tidak mengenali Aminah pun turut datang untuk melihat Muhammad.

“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.

Kelahiran Muhammad memberi cahaya kepada penduduk kota Makkah di mana keadaan di situ tiba-tiba bertukar wajah.Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur manakala ternakan yang dulunya kurang biak tiba-tiba membiak dengan banyaknya.

~dipetik

March 30, 2006

60 TAHUN RTM

Salam Sejahtera,

Pada 1 April ini RTM menyambut ulang tahun ke-60. Enam dekad berlalu RTM menjadi stesyen penyiaran pertama dan terulung di negara ini. Syabas dan tahniah!

Tidak dinafikan RTM sememangnya memikul satu tanggungjawab sosial yg cukup besar kpd rakyat sebagai stesyen tv kerajaan. RTM sebenarnya terus berpengaruh sekalipun sistem rating mengatakan RTM berada di tangga bawah sekali. Usia 60 tahun bukan satu usia remaja jika dimanusiakan. Ia satu usia yg cukup matang dan berpengalaman. Satu usia warga emas yg sentimental dan sensitif. Satu usia di mana tahap monopause atau mungkin nyanyuk. Dalam kenyataan RTM baru-baru ini, RTM berazam dan bertekad mahu kelihatan muda walau telah mencecah usia emas adalah amat membanggakan.
Dalam memenangi persaingan, RTM kadang-kadang kelihatan tenat. Sebagai badan penyiaran terulung kerajaan bukan populariti yg di cari tapi pengisian maklumat untuk rakyat itu yg paling utama dan menjadi tanggungjawab penting RTM.

Menyentuh tentang tanggungjawab, Sikap bias boleh menghakis profesionalisme etika profession kewartawanan. Sikap bias melulu para petugas media massa memutarbalikkan fakta sehingga tampak bagai benar dan sebaliknya amat memualkan.

Sebuah stesyen tv swasta yang begitu popular pada 12 Mac lalu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah menjadi perintis mengubah penggunaan Karnival Sure Heboh kepada Karnival Jom Heboh. Keputusan itu adalah sejajar dengan usaha memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu selaras dengan saranan kerajaan. TV3 juga dengan rela hati dan tulus ikhlas memohon maaf secara terbuka kerana dengan tidak sengaja menyiarkan semula imej karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dalam segmen berita masing-masing. Permohonan maaf TV3 itu dibuat menerusi segmen Buletin Utama.


Pada 22 Mac lepas (walau agak terlambat dan tak sepatutnya terlambat) Kementerian Penerangan membuat keputusan mengubah slogan TV1 daripada `Saluran Infotainmen Anda' kepada Inforia mulai 1 April ini bersempena ulang tahun ke-60 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Menterinya, Datuk Zainuddin Maidin berkata, "RTM wajar untuk memulakan langkah menggunakan bahasa Melayu yang betul melalui siaran-siarannya. Kalau kita sendiri tidak mampu menggunakan bahasa yang betul bagaimana mahu mengajak rakyat untuk melakukannya,'' kata beliau.

Dan sekali lagi kita ternanti-nanti kenyataan maaf daripada RTM mengenai penyiaran karikatur Nabi Muhammad yang telah tersiar dalam slot berita TV2 masih tidak terlafaz atau mungkin telah terlepas pandang, terlepas dengar atau dah tak panas lagi...tewas dek kepanasan Hot fm barangkali... :D

Tetapi kita yakin masih ramai lagi rakyat negara ini yang masih ternanti-nanti hasil soal siasat kerajaan terhadap kerajaan mengenai isu bagaimana RTM sendiri tersiar karikatur Nabi Muhammad. Orang kedua negara juga berjanji akan menyiasat perkara tersebut ketika isu itu hangat diperkatakan dan dipertikaikan seluruh dunia. Setakat entri ini ditulis belum ada info yg saya terima mengenai kenyataan maaf RTM, sekiranya saya terlepas info tolong beritahu.

60 tahun RTM, aku masih keliru...



*Blog ini tidak bertuan untuk tempoh beberapa waktu, selamat membaca kepada semua pengunjung.

March 24, 2006

SEROJA

Ini adalah lirik lagu SEROJA by Amy Search yang menjadi latar muzik kepada blog aku. Kepada sesiapa yg berminat untuk test halkum, silakan....


Terpancar sejalur cahaya
Di kelopak nya seroja
Bak gemilang samarenda
Memukau mata hati ini seketika

Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri

Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

Puteri Seroja...

...dan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada yang menyambutnya hari ini...

March 21, 2006

JAWAB TAG

Tag yang aku terima dari Maya, Sorry ek lewat sikit jawab. Maklum la kan....

1. perkataan yg slalu korunk sebut...
Standard la tuuu...


2. 3 perkara yg korunk lakukan sblm tido...
Off handset, Off lampu, On kipas


3. pemandangan yg korunk suke lihat?
Sungai di belakang rumah setinggan (?)


4. ape akan korunk lakukan sekiranye tersesat di dlm hutan?
Cari jalan keluar laa..apa lagik..


5. 3 artis lelaki/perempuan yg korunk nak ajak gi tgk wayang?
Aaliyah, Marilyn Monroe, Meg Ryan

6. 3 barang wajib yg mesti ade dlm handbag korunk?
Sorry, tak de handbag


7. 3 jenis sukan yg korunk minat?
Bola sepak, Badminton, Volley ball


8. barang pemberian seseorang yg korunk simpan hingga kini...
Sijil tadika...cikgu tu dah meninggal, dia baik dgn aku.

9. 3 lagu yg menjadi kenangan wat korunk...
Tepuk amai-amai, Enjit-enjit semut api, Can malican


10. mimpi ngeri yg pernah korunk lalui?
Tidur sekali dengan Bush dalam semak...eeeeeiii !!!


11. salah satu keinginan korunk?
Hidup di zaman kesultanan Melayu Melaka


12. kalau korunk artis, korunk nak jadi mcm siapa? dan kenapa?
Jadi diri sendiri laaa. Kenapa? Perlu ke tiru orang lain(?)

13. kelemahan korunk?
Rahsia!


14. siapa yg korunk teringin sgt nak jumpa?
Hang Jebat

15. moto hidup korunk?
Not easy to be me and not easy to be u too...

*Special tags goes to :

KARI & MYSHA a.k.a ANIS ...jawab!!


March 16, 2006

KEJAYAAN & KEGAGALAN

KANGAR 13 Mac
Seorang pelajar perempuan yang dipercayai kecewa dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya hari ini, terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di sekolahnya. Pelajar terbabit, anak bongsu daripada tiga beradik, bertindak demikian sebaik sahaja mengambil keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis, dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi.

Dia mengalami cedera parah di bahagian dalaman badan selain patah tulang pinggang, kedua-dua tangan dan kaki serta cedera di mulut akibat tindakannya itu.
"Saya selalu menasihatkan dia supaya terima saja sebarang keputusan dan jangan terlalu memikirkannya. Saya tidak sangka dia akan bertindak sedemikian,'' kata bapanya ketika ditemui di wad kecemasan HTF di sini.

~Utusan Malaysia.

Kemenangan bukanlah hanya ketika kita berjaya mengalahkan lawan di suatu pertandingan. Dan bukan hanya ketika kita berhasil mencapai prestasi terbaik. Bahkan, bukan hanya ketika kita berhasil mendapatkan semua yang kita inginkan dalam hidup ini.

Tapi, kemenangan adalah saat di mana kita dapat melawan suatu kegagalan. Saat di mana kita dapat mengatasi musibah. Saat di mana kita dapat bangkit dari suatu keadaan yang menyedihkan. Dan saat di mana kita merasa sangat tewas namun kita mampu berjuang menghancurkan semua cabaran.



Kemenangan adalah saat di mana kita dapat menjadikan kegagalan sebagai pertanda betapa sayangnya Maha Pencipta kepada kita. Saat dimana kita menyedari betapa kita dapat belajar banyak dari semua kegagalan yang kita alami.

Kemenangan adalah saat di mana kita melangkah begitu mantap dan yakin bahawa kita begitu hebat untuk melawan suatu kegagalan. Saat dimana kita dapat mengalahkan diri kita sendiri, sehingga kadang-kadang kita merindukan sebuah kegagalan. Kerana kegagalanlah yang membuat kita sedar di mana kita berada.


Tahniah kepada yang gagal dan berjaya dan selamat menjadi dewasa...


March 13, 2006

PERMOHONAN MAAF

Salam Sejahtera,

Stesen televisyen TV3 dan ntv7 telah memohon maaf secara terbuka kerana dengan tidak sengaja menyiarkan semula imej karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dalam segmen berita masing-masing pada 3 Februari lalu. Permohonan maaf TV3 itu dibuat menerusi segmen Buletin Utama.

Manakala ntv7 berbuat demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media.Dalam kenyataan masing-masing, kedua-dua stesen televisyen itu menyatakan rasa amat kesal kerana secara tidak sengaja menyiarkan semula imej karikatur berkenaan dalam segmen berita mengenai kemarahan sejagat berhubung isu terbabit. Sehubungan itu katanya, ntv7 & tv3 memohon maaf kepada semua penonton, terutama sekali umat Islam, yang mungkin tersinggung dengan kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Stesyen tv itu juga menjelaskan sudah menulis surat kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik untuk memohon maaf atas kesilapan itu dan berjanji akan lebih komited dan bertanggungjawab serta akur terhadap apa juga keputusan diambil kerajaan berhubung perkara itu.

Persoalannya, siapa yang belum memohon maaf (?)

March 07, 2006

SETAHUN TELAH BERLALU

Salam Sejahtera,

7 March 2005, setahun telah berlalu. Blog semutzapi ni aku bangunkan. Jutaan terima kaseh yg tak terhingga kepada semua yang sudi melawat. Seperti biasa, dari pemerhatian aku, ada beberapa kategori pelawat yang datang berkunjung ;
  • Ada yang melawat sekadar membaca then terus blah...(lepas tu dia datang lagi ke tidak aku tak tau) Melihat kepada counter side pelawat, kategori ini yang paling ramai melawat. Tinggalkan ler jejak senang aku nak trace korang...;-)
  • Ada yang melawat, membaca dan meninggalkan komen tapi tak memperkenalkan diri. (malu kooott...)
  • Ada yang melawat, membaca, mengomen dan memperkenalkan diri serta mempelawa melawat ke blognya... (terima kaseh...Salam ukhwah dari aku)
  • Ada yang melawat dan menghalkum sekali...( juga berbanyak terima kaseh, meriah cbox aku)
  • Ada yang langsung tak melawat...kesian aku :-(
  • Ada satu lagi kategori..'Pencari maklumat'. Golongan ini biasanya secara tak sengaja tersurf blog aku. Mungkin dari kalangan student dan mungkin juga dia sememangnya seorang Pencari Maklumat.

Terima kasih juga kepada Extremetracking.com yang membantu mengesan para pelawat luar negara dan dalam negara. Terima kasih juga kepada beberapa kenalan blogger di luar negara samada menetap atau study disana, begitu juga rakan blogger dari negara-negara jiran.

Seperti juga penulis lain samada professional atau amatur, media perdana atau picisan, penulis blog juga akan mempunyai satu naluri, iaitu mahu orang membaca tulisannya. Blogger juga tidak secara tidak langsung tidak boleh lari dari satu tanggungjawab untuk membimbing massa kepada satu arah yang boleh memberikan satu pandangan yang kritis dan membuka minda pembaca.

Sepanjang setahun berblog ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengkritik. Rata-rata kritikan yang membina terus datang ke email saya. Pandangan yang berbeza itu lumrah arus pemikiran manusia. Terima kasih sekali lagi.

Ada juga yang mengkritik secara tidak bermaruah dan pengkritik tidak menyerang tulisan aku sebaliknya lebih kepada benda-benda remeh dan langsung tidak membantu penulisan dalam blog atas rasa tidak puas hati kerana kesilapan dan kedangkalan sendiri. Maaf la kalau ada yang terkasar bahasa dan tercarut kata di kalangan rakan-rakan aku kerana bahasa yang beliau (pelawat sesat) gunakan dalam klasifikasi 18SX serta 18PL dan ianya melibatkan maruah dua buah negara.


Pujian dan kritikan adalah dua hal yang berbeza, pujian merupakan suatu sanjungan, simpati, salute, dan hal-hal yang bernilai positif. Sedangkan kritikan adalah suatu tanggapan, komen ataupun sanggahan dengan tujuan agar yang dikritik berubah haluan, berubah pandangan.

Pujian tanpa di sedari atau tidak, dapat membuat diri berbangga hati, ataupun yang paling parah adalah membuat hati sombong dan ujub. Memang sudah lumrah manusia bahawasanya manusia itu lebih suka dipuji. Berbeza dengan kritikan, sehalus manapun kritikan itu disampaikan, ia akan membuatkan kita sedikit upset meskipun kritikan itu baik untuk jangka panjang. Secara fitrahnya, mungkin manusia tidak suka dikritik.


Melihat kepada realiti angka pelawat sehingga jam 8.50 a.m (8 March 2006)bayangkan kalau setiap pelawat menderma RM1.00 kepada aku dengan jumlah seramai 22,166 pelawat, tak ke jadi RM22,166.00 . Lumayan kan? Alah sehinggit...apa ada haaaal...hulur je laaa... SMS Mawi pun boleh cecah 1/2 juta sms ...berapa nilai dia tu?

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang selama ini sudi untuk membaca blog semutzapi dan menyokong blog ini yang kebanyakan hasil penulisannya adalah sangat amatur dan menyengalkan! Selamat hari jadi kepada Semutzapi.blogspot.com, semoga dunia penulisan online memberi nafas baru kepada semua. Selamat menulis...

Sekian sahaja ucapan saya...Wassalam.


March 03, 2006

SEJARAH ATAU TRAGEDI ?

Salam Sejahtera,

28 Februari 2006 satu tarikh bersejarah atau mungkin tragedi bagi pembeli petrol di negara ini, Malaysia tanah tumpahnya darahku... Pagi sebelum berlepas ke lokasi kerja seperti biasa aku mendengar berita di TV3 sambil bersiap. 'Minyak naik 30 sen lagi' Aku tak ambik pot sangat, maklumlah pepagi kadang sistem pendengaran kurang berkesan. Negara lain barangkali bukan Malaysia. Off TV then chow!

Sampai di ofis untuk kepastian sambar paper, memang sah! bukan fantasai tetapi realiti. Harga minyak naik 30 sen! Kalau kaunter saham naik 30 sen ramai yang suka hati tapi harga petrol naik (?) Apa reaksi.... (?) Kenapa secara mendadak dan dengan kadar yang tinggi?

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataannya memberitahu, kenaikan harga bahan bakar itu dilakukan bagi menangani kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia selain membendung peningkatan subsidi yang ditanggung kerajaan. ``Kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini,'' kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi, walaupun kerajaan menaikkan harga petrol, diesel dan LPG namun harga bahan bakar itu masih lagi rendah berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Brunei.

Kenaikan yang diumumkan itu merupakan yang tertinggi setakat ini dalam tempoh 15 tahun lepas dan tertinggi dalam sejarah kenaikan harga petrol. Pada malamnya aku ternanti-nanti apa reaksi pengguna, persatuan pengguna dan NGO dalam slot berita utama, tapi sedikit hampa apabila ia seperti kurang mendapat perhatian media walau kenaikan mengejut dan tinggi ini memeranjatkan jutaan rakyat Malaysia (?)


Perdana Menteri pula dalam satu jawabannya kpd wartawan berkata, penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak pada tahun ini akan `dipulangkan semula' secara tidak langsung kepada rakyat dan dilabur semula seberapa segera bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia, syukur Alhamdulillah...

Kenaikan harga petrol akan memberi kesan besar kpd kenaikan harga barangan dan juga perkhidmatan. Itu sudah pasti! Mana mungkin peniaga hanya memandang sepi kepada tragedi ini....oppss ! Maaf, Teori ekonomi juga tidak pernah menyebut sebaliknya. Kenaikan pasti berlaku!


Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) Kuala Lumpur akan meningkatkan kegiatan risikan bagi memantau kenaikan harga barang keperluan di pasaran berikutan kenaikan harga runcit petrol dan diesel. Penjelasan yang srtandard seiring dengan setiap kali berlakunya kenaikan harga petrol.

Dalam satu penjelasan berhubung isu kenaikan harga petrol yang disiarkan secara langsung di TV, TPM menyarankan agar rakyat menukar gaya hidup, berbelanja secara berhemah, berjimat cermat, tidak membazir serta mengutamakan perbelanjaan penting. Selama ni pun aku cukup berjimat dan berhemah…makan pagi merangkap makan tengahari atau sebaliknya kadang-kadang tak makan pun..petang baru makan. So, gaya hidup yang bagaimana nak ubah? Apapun terimakasihlah kepada TPM atas penjelasan beliau...sekurang-kurangnya aku tau dimana logiknya kenaikan harga minyak..

Okey lah aku jadi letih dan lali dengan alasan dan jaminan... (Actually I tengah marah ni! ~ meminjam kata2 seorang mangsa banjir di S.Alam ketika di temu ramah oleh TV3)

Sekian.


February 27, 2006

SIAPA YANG JAHIL?

Senario I.
Segalanya bermula apabila Morgenavisen Jyllands-Posten sebuah akhbar bodoh Denmark menyiarkan karikatur mempersenda Nabi muhammad. Kartunis jahil yang melukis pula hanya dibayar 800 kroner (RM483) dan tidak mendapat sebarang imbuhan apabila lukisan kontroversi mereka diterbitkan semula oleh berpuluh-puluh penerbitan lain. Bayaran ini bukanlah nilai yang sepadan kepada kerosakan, kemarahan dan kebencian yang ditimbulkan gara-gara 12 siri kartun yang jelas menghina dan mencerca agama Islam dan Nabi Muhammad bahkan nyawa mereka juga terancam!

Senario II.
Di Malaysia isu ini telah mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak tetapi dalam pada itu akhbar Sarawak Tribune yang telah berusia 61 tahun seakan tertidur lena di bawah tempurungnya, terbangun dan menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad. Klimaks dari keterlanjurannya Penasihat Editorial Sarawak Tribune, Senator Datuk Idris Buang dalam satu kenyataannya "Walaupun arahan penggantungan permit penerbitan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri adalah sehingga tarikh yang akan ditetapkan kelak, tetapi mungkin tidak akan ada lagi Sarawak Tribune selepas ini,'' Lanjutan dari itu akhbar ini tinggal sejarah!


Senario III.
Isnin lalu, negara dikejutkan sekali lagi apabila akhbar New Straits Times (NST) menyiarkan lakaran kartun yang dikatakan mengaitkan isu karikatur mempersenda Nabi Muhammad SAW dalam ruangan ‘Coffee Break’ di sisipan Life & Times.

Dengan alasan kesilapan berpunca dari faktor manusia akhbar itu telah memohon maaf dan juga memaklumkan sudah menjawab surat tunjuk sebab kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, yang menjelaskan bagaimana lakaran kartun itu boleh tersiar iaitu kartun itu bukan satu daripada 12 karikatur oleh kartunis Denmark yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Senario IV.
Pada 3 Februari yang lalu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi siaran Berita Mandarin di saluran TV2 juga menayangkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW . Dalam berita mengenai reaksi bantahan orang ramai berhubung isu itu, siaran berita RTM pada hari berkenaan secara jelas menunjukkan seorang lelaki membaca akhbar asing yang menyiarkan karikatur itu.TV2 turut memfokus dan merakamkan gambar karikatur itu secara dekat sebanyak tiga kali selama 28 saat. CNN sebuah stesen televisyen Amerika Syarikat juga menunjukkan siaran yang sama tetapi mengaburi karikatur terbabit sebagai menghormati sensitiviti umat Islam.

RTM, stesen televisyen di sebuah negara Islam seharusnya lebih berhati-hati. Sebagai sebuah saluran berita milik kerajaan orang ramai masih tetap boleh mempersoalkan. Tetapi hakikatnya kesilapan manusia berlaku. RTM bukan dengan sengaja menyiarkan karikatur itu. TPM berjanji akan menyiasat perkara tersebut dan kita tunggu hasil siasatannya (?).

Senario V

Dalam reaksi yang kesal bekas PM mencadangkan pengarang New Straits Times (NST) patut digantung untuk tempoh “dua hingga tiga bulan” kerana menyiarkan dua kali kartun berkaitan kontroversi karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Dr Mahathir juga menyifatkan NST tidak sensitif kerana menyiarkan semula kartun itu, “Mereka sungguh tidak sensitif dan mereka sepatutnya sensitif kerana mereka tahu cerita ini bukanlah sesuatu yang secara tiba-tiba timbul.“Jadi kenapa dia siarkan? Ia menunjukkan dia kurang faham dengan sentimen orang Islam. Mereka siarkan sekali lagi semalam seolah-olah menyoal apa sangatlah benda ini, tak ada apa pun,” katanya.

Senario VI
Mufti Perak pula dalam satu kenyaannya, Masyarakat Islam dan bukan Islam perlu diberi penjelasan bahawa dalam agama Islam penjelmaan semula imej Nabi Muhammad dalam bentuk lukisan mahupun secara lisan merupakan perkara yang diharamkan.

Wallahua'alam.

February 23, 2006

TAG FOR (four)...

Saya yang menurut perintah,

4 Jobs before
  1. Kilang - Cheras
  2. Sekolah - Pandan
  3. Perkapalan - Port Klang @ Sg Way
  4. now, then & forever...insyaallah.

4 movies

  1. Lion of the desert - Filem yg boleh menganjakkan paradigma, ada roh & pemangkin.
  2. Storm riders - Aku suka karakter watak-wataknya, jalan cerita yg mudah tapi menarik.
  3. When a man loves a women - Meg oh Meg and the cool actor.
  4. Tangkuban perahu - cinta tragis & terlarang!

4 places i have lived

  1. Selangor - Tanah tumpahnya darah ku..
  2. WP
  3. Selangor
  4. WP - Sebahagian hidup aku membesar di sini & carik rezeki sekali...

4 tv show

  1. X Files - siapa ada DVD movie dia? plsssssss....
  2. CSI - versi lama, versi baru tak minat / bole study mcmana nak cilok (?)
  3. The Professional - detektif yang selambaaaa & coool walau nyawa di hujung peluru.
  4. PCK - smart, intelligent , comidiannnzz...

4 places i've been on vacations

....Dulu dah tulis kan... (ape daaa!)

4 mangoes

4 Blog i visit daily

  1. Semutz - dah semestinya laa...
  2. N32 - Simple, menarik , kritikal
  3. Lim kit siang - kadang-kadang macam saja-saja je dia ni...
  4. Tan seng Giaw - (?)

4 fav. food

  1. Telur goreng - Bau dia pun buat aku tak keruan.
  2. Roti canai - Like father like son.
  3. Tomyam - Soupyyyy...
  4. Mcd - aku rasa kenyang dan mengenyangkan.

4 palaces i'd rather be

  1. depan pc - aku tak dapat bayangkan hidup tanpa capaian internet...arghhhhh!!!
  2. depan tv - dont disturb..plssss.
  3. depan paper @ surat khabor - tengah makan also.
  4. dalam toilet - baca paper tak de sape kacau.

4 albums i cant live without

  1. kitaro - Earth song
  2. Kenny G - fresh & mendamaikan
  3. Aris & Rahim - dah lama daaahhh
  4. Ebiet - Kenny versi Asia

4 vehicles i owned... (pernah)

  1. BDT 11??
  2. ?? 713
  3. WGU ?9?5
  4. ?LK 6??7

Next 4 tags goes to...

  1. Masy - coz dia punya tak lengkap!!
  2. Kluang Man
  3. Goofy
  4. Donald

Sekian, dimaklumkan. kronik ke aku?

February 21, 2006

SEDARKAH?

Salam Sejahtera,

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan, kerana seharusnya kita melihat apa yang ada di depan, melihat apa yang benar dan yang batil agar lebih fokus tentang masa depan.

Kita lahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari kedua sisi, menangkap pujian maupun kritikan, nasihat serta pandangan.

Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala, sehingga bagaimanapun miskinnya kita, kita tetap kaya dengan ilmu yang kita ada. Tak seorang pun yang dapat mencuri isi otak kita, yang lebih berharga dari segala permata yang ada.



Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut. Kerana mulut adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai, memfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit berbicara, tapi banyak mendengar dan melihat.

Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita untuk mensyukuri dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Berikanlah cinta tanpa mengharapkan balasan, maka anda akan menemukan bahawa hidup ini akan menjadi lebih indah.


Tetapi dalam rutin harian kita juga sering mengeluh, 'Tak cukup tangan, tak cukup kaki aku nak buat kerja. Nko tak kesian ke kat aku?' Ungkapan ini agak pelik seperti kita tidak mensyukuri pemberianNya.

Apakah anda perlu mempunyai lebih dari dua tangan atau tiga kaki untuk menjalani hidup seharian? Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana kadang-kadang ia akan melibatkan aqidah...

February 17, 2006

SATU PILIHAN

Salam Sejahtera,

Kita tidak akan pernah menyedari harga sebuah persahabatan mungkin juga rasa kasih yang mendalam sampai saat berlakunya perpisahan. Namun alangkah tidak indahnya jika kita menyedari saat telah berlaku perpisahan. Mengapa kita tidak berusaha untuk menjaga apa yang kita hargai sebelum kita terlambat untuk menyedari?

Mungkin kita perlu sedar, lebih mudah mendapatkan apa yang kita mau daripada kita harus mempertahankan apa yang kita miliki. Andai masa boleh berputar kembali, bertahanlah walau sakit kerana paling tidak kita juga perlu teman untuk hidup kita nanti. Sesuatu yang pastinya mustahil...tak payah la nak cerita.


Kehidupan bukanlah jalan yang lurus dan mudah di lalui, dimana kita bebas lalu lalang tanpa halangan, tanpa perlu membuat pilihan apabila berada di persimpangan. Kita masih perlu memilih dan pastinya berlaku Kos Melepas! Tidak boleh tidak teori ekonomi ini pasti berlaku agar kita tidak bingung dan menyesal tapi sebaliknya kita perlu yakin dan konsisten terhadap pilihan.

Kesombongan macamanakah yang membuat dua jiwa merasa lebih baik diantara satu sama lain suatu ketika dulu?

~Monolog dengan bulan dari selatan...

February 15, 2006

SEMAKIN

Semakin aku berpikir
semakin aku tidak tahu apa yang aku pikirkan

Semakin aku resah
semakin hilang segala ungkapan yang ada

Semakin aku diam
semakin deras suara hujan
KL hujan lagi petang ini

i have no idea today
baik aku tidur...


February 13, 2006

BUKAN 18SX

'Tiada kes tangkapan maksiat di Zoo Melaka'
Oleh Hasnira Hassan

MELAKA:
Zoo Melaka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjadikan kawasan itu sebagai lokasi maksiat dan bersedia membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membendung kegiatan itu.

Pengarahnya, Mohd Nawayai Yasak, berkata adalah sukar bagi pihaknya mengawal kegiatan pengunjung yang menyalahgunakan kawasan mereka sebagai pusat rekreasi keluarga dan pendidikan.Bagaimanapun, katanya, pemantauan sentiasa dijalankan bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang menyalahi undang-undang atau mencemar nama Zoo Melaka.

"Sehingga kini, belum ada sebarang kes tangkapan maksiat di Zoo Melaka...kita sentiasa memantau, sekadar pegang tangan dan duduk di bangku yang disediakan...kita masih bertolak ansur.

"Tetapi, jika aduan mengenai kegiatan maksiat, kita tidak boleh berkompromi, dan kita akan laporkan pada Jaim," katanya kepada Berita Harian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa Zoo Melaka dijadikan sebagai sasaran lokasi maksiat oleh remaja.



Lokasi : Parking lot Zoo Melaka , Masa : Ahad malam Isnin (3:28 a.m)

Bunga : 'Kat sini tak best la yang...lampu terang...'

Kumbang: 'Kita tengok dalam kereta jom, baru line clear'

Dalam kereta;

Bunga : Hmm...kat sini baru best bole tengok puas-puas..hehehe..'

Kumbang: 'mmmm..' (berfikir, seribu persoalan dalam kepala)

Bunga: 'Alaaa u ni kenapa wat muka macam tu...macam tak biasa jer..'

kumbang: 'Mmmm...Memang tak biasa'

Bunga: 'O.k kita tutup dengan jaket u bole?'

Kumbang: 'Boleh..boleh ' (masih berfikir)

Bunga: Bukak la zip tu...baru boleh tengok, slow la u nih..'

Kumbang:' Mmmm...tak biasa la...'

Bunga: 'Laaaaa awak niiii...bukak zip jaket tu, kita tengok dari bawah jaket jam tangan baru yang father i beli sempena birthday i ni. Cantik kan? Boleh menyala lagik...jap kaler merah..jap biru... Nak harap u hampeh!! Langsung tak ingat birthday i !'

Kumbang: Ha'ah cantik..cantiiiik sangat...' (Masih dalam kebingungan sambil tangannya memegang zip seluar )

*Apakah klasifikasi bagi senario di atas? U, 18SG, 18SX, 18PA atau 18PL?

February 08, 2006

LUAR BIASA

Salam sejahtera,

Semut makhluk kecil yang sangat luarbiasa. Fizikalnya kecil tapi punya semangat kekitaan yg cukup kuat, juga mampu mengusung bebanan yang berkali-kali lebih besar dari tubuh badannya.



Manusia juga makhluk luar biasa yang dianugerahkan otak untuk berfikir, tapi seringkali berpecah belah. Dalam setahun mampu membuang sampah berkali-kali lebih besar dari fizikalnya.



Antara semut dan manusia keluarbiasaannya mencipta jurang perbezaan yg cukup besar...

February 03, 2006

APE DAAA...


Salam sejahtera,

Hidup ini perlu kepada peraturan. Malah mematuhi peraturan merupakan fakta penting dalam mencapai kejayaan peribadi mahupun sesebuah organisasi. Tetapi kita sering berhadapan dengan berbagai kerenah dan alasan untuk menyimpang dari segala bentuk peraturan.

Peraturan sedia ada kadang-kadang tidak dapat membendung sikap sedia ada pekerja dalam sesebuah organisasi. Oleh itu adalah penting bagi kita memikirkan kaedah @ peraturan terbaik untuk mengatasinya.
  • Jangan sesekali menerima lagi 'surat sakit' (m.c) sebagai bukti bahawa anda sakit. Bila anda dapat pergi ke doktor bermakna anda dapat pergi ke tempat kerja.
  • Cuti kematian. Ini bukan alasan untuk tidak datang kerja, tidak ada yang dapat anda lakukan untuk saudara, jiran atau kawan-kawan yang telah meninggal. Harus diusahakan si mati meninggal di hari cuti umum atau di hari minggu.
  • Kematian diri sendiri. Hanya ini yang akan diterima sebagai sebuah alasan kematian. Namun demikian notis kematian perlu di beritahu sekurang-kurang dua minggu sebelumnya kerana adalah tugas anda untuk melatih orang yang akan menggantikan anda.

Di zaman teknologi perubatan semakin canggih ni ajal boleh adjust ke? Kadang-kadang aku terpikir apa yang nkorang fikir......tapi logik ke?


January 28, 2006

JAN 28

Does your name begin with: K?

You are secretive, self-contained, and shy. You are very sexy, sensual, and passionate, but you do not let on to this. Only in intimate privacy will this part of your nature reveal itself. When it gets down to the nitty-gritty, you are an expert. You know all the little tricks of the trade, can play any role or any game, and take your love life very seriously. You don't fool around. You have the patience to wait for the right person to come along. You are very generous, giving, often selfless. You are kind-natured sweet, which is found to be attractive by many. You are a good friend.

Kelahiran Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Kelahiran JANUARI...
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial.



Tanggal Satu~zodiak versi India...
MAKARA (15 January - 13 February)
Kalau melakukan kerja, Anda akan lupa segala nya, maklumlah dalam horoskop India, Makara bererti usaha dan memang anda jenis mahkluk yang suka berusaha dan bekerja keras walau tanpa hasil yang jelas. Tapi yang pentingnya usaha dulu lebih baik dari tewas sebelum berusaha. Dalam keadaan yang lain anda seorang penghayal kelas berat!

AQUARIUS
Ciri orang yang berbintang Aquarius adalah :Memiliki jiwa besar, suka bergaul dimasyarakat, belas kasihan tidak menaruh rasa dendam, bersifat sosial, mengabdi kpd masyarakat, cinta kepada saudara dan keluarga, tidak suka nyeleweng, mencintai damai, dapat menasehati orang lain, kreatif dlm mencari idea-idea yg baru. Suka akan ketenangan untuk mencari ilham dan inspirasi. Sehubungan dengan karya yg akan dilaksanakan. Bersifat sopan santun dan dan tidak egois.

Wassalam.

~ dipetik dari beberapa sumber.

`SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - 1427`