June 08, 2015

PWTC lokasi bahaya...(?)


PWTC sudah tidak selamat?

Banyak kawan saya dari Perlis yang datang ke PWTC semata-mata untuk mengikuti program dialog Nothing To Hide Jumaat lalu begitu kecewa kerana dibatalkan oleh polis pada saat-saat akhir. Ketika diumumkan pembatalan itu kata mereka, semua orang memenuhi kerusi dalam dewan. 

Sebagai makluman, sebahagian besar orang yang hadir ialah penyokong UMNO, tetapi tidaklah sebanyak yang datang semasa Perhimpunan Agong UMNO setiap tahun. 

Mengikut kenyataan polis, program itu terpaksa dibatalkan kerana faktor keselamatan. Sebelum ini kawan-kawan saya hanya menganggap di Perlis sahaja yang sudah tidak selamat apabila ada banyak kubur besar di Wang Kelian, penjahat boleh keluar dan masuk tanpa sekatan. Rupa-rupanya di PWTC pun tidak selamat. Kalau mengikut jumlah kehadiran, sebenarnya jauh lebih kecil berbanding setiap tahun PWTC "ditawan" oleh para perwakilan dan pemerhati UMNO yang datang dari seluruh negara. 

Maka timbul persoalan, kenapa semasa Perhimpunan Agong UMNO tidak bahaya tetapi kali ini yang juga dihadiri oleh orang UMNO bertukar menjadi bahaya? Saya tidak mempersoalkan kepakaran pihak polis yang mampu mengesan sesuatu tempat itu memberikan ancaman kepada keselamatan atau di sebaliknya. 

Cuma saya menganggap PWTC mencatatkan tahap keselamatan yang rendah berbanding Jalan Petaling (China Town) atau di Brickfield (Little India).

Sebabnya di kedua-dua tempat ini belum ada program yang diadakan di situ dibatalkan kerana faktor keselamatan walaupun kerap berlaku kejadian ragut dan pergaduhan. Sepatutnya polis beritahu kenapa tidak selamat di PWTC Jumaat lalu..


 -dipetik-
















May 07, 2015

Melayu berpuak; Memang gampang!

Melayu bukan sahaja berpecah kepada dua, malah lebih daripada itu. Piliharaya hampir serentak di Rompin & Permatang telah menyaksikan segala macam tohmahan yang muntah dari isi perut pengamal politik!
yang bakal menjadi korban masa depan hanya rakyat dan generasi akan datang…makanya tidak hairan suatu hari nanti ada yang berani kencing berdiri di batu nisan kuburan mereka.




Sama seperti di ruang organisasi pejabat, Organisasi besar jarang kedengaran orang curi tulang sebab rasa motivated dan tempat kerja menarik. Selalu ada free time. Boleh sembang-sembang, tak buat lawak sampah.  Masing-masing ada persaingan yang sihat.

Organisasi kecik…penuh dengan undang-undang mengarut dan ramai juga yang mengarut langgar undang-undang. Selalu stress sebab selalu kena tekan. Masing-masing berusaha nak naik dengan cara jatuhkan orang lain.  Sorang marah, semua marah.

Ini belum kira culture makan, culture pergaulan, culture on and off office hour. Ini adalah antara bias-bias yang bakal menghasilkan perang politik dalam organisasi. Yang tak tau hujung pangkal  tenganga macam orang gila. Tak pun macam katak tunggu lalat masuk dalam mulut. *Sendiri sentap*

Sama seperti sepohon pokok terasnya tetap satu, lantas kita berpisah di cabang... ke kiri dan ke kanan, Walau akan berpisah pula di ranting terasnya tetap satu! Begitukah perinsip kita ?


February 12, 2015

WhatsApp Group Anwar...(?)

Apa group lu joint?

Merajuk dan leave group bukan kesimpulan Melayu susah nak bersatu. Tun Mahathir pun pernah leave keluar UMNO. Merajuk dan keluar group itu cuma kesan, tapi banyak penyebab dan puncanya ...


1. Group kawan2 sekolah menengah.

Group ni paling ramai, dari kawan2 seklik aku masa sekolah sehinggalah budak batch aku yang aku tak pernah tegur langsung. Group ni hanya diconquer oleh satu klik yang kat sekolah dulu kira budak2 nakal, manakala yang lainnya jadi ahli senyap, termasuk aku. Kat dalam tu ramai yang dah jadi pro-kerajaan, so mengutuk PR tu sudah biasa. Aku tahu ada juga beberapa orang yang pro-pembangkang, tapi mereka tak melawan balik sebab nak jaga hati kawan lama.

Aku pernah leave group tu sebab perangai tak matang masa sekolah menengah diorang masih wujud seperti mengejek2 nama bapak, ejek dengan gelaran2 kita di sekolah dulu dan suka membahan orang dengan peristiwa2 zaman sekolah yang memalukan yang ingin kita lupakan, padahal sesetengah dari tu tak rapat langsung masa sekolah, malah pernah gaduh lagi, tiba2 sekarang nak bahan2 orang pulak.

2. Group kawan2 universiti.

Group ini tak ramai sangat sebab dalam kelas batch aku dulu hanya ada dalam 20 lebih pelajar lelaki. Group ni best sikit sebab kebanyakannya memang klik2 kita masa belajar kat universiti dulu, so masing2 memang paham dengan perangai masing2. Cuma yang tak bestnya bila ada seorang dua yang dah belajar jauh sikit, dah ada master, dah ada PhD, dah dapat title Dr, dah jadi pensyarah di sebuah universiti, tiba2 rasa diri macam hebat sangat dan terus melantik diri sendiri sebagai penasihat dan pengawas group.

Bila berdebat dan bincang apa2 isu, dia tak boleh terima pandangan orang lain dan merasakan hanya dia sahaja yang paling betul, sambil memperlekeh dan merendah2kan pandangan orang lain. Selalu bagi ayat2 motivasi yang dicedok dari Internet tanpa menulis kredit asal, nak menunjukkan kepada kawan2 lain yang kononnya dialah yang mereka ayat tu. Yang lagi poyonya, ada kawan2 yang lain memuji, membodek dan mengagung2kan mamat tu. Sebabkan terlalu menyampah, aku leave group.

3. Group kawan2 sepejabat.

Group ni takde la ramai sangat, adalah lebih kurang 10 orang je yang terdiri daripada pelbagai jawatan, so ada bos ada orang bawahan. Group ni bila ada gossip2 pejabat mesti akan dibincangkan dan jadi perbualan hangat. Kutuk mengutuk bos besar dan kakitangan lain tu perkara biasa. Cuma group ni aku leave bila ada beberapa geng Clash of Clan asyik borak 24 jam pasal game tu je sedangkan aku tak main pun. Sebab bosan sangat dengan berlambak2 notification yang takde kaitan menyebabkan bateri phone aku cepat habis, maka aku pun leave.

4. Group geng2 main futsal.

Group ni orang invite aku semata2 sebab aku pernah turun main futsal dengan diorang, sedangkan majoriti orang dalam tu langsung aku tak kenal. Bila perbualan asyik merapu, bincang topik2 yang tak matang, tambah diorang asyik kongsi gambar dan video lucah je, last2 aku leave je, lagipun aku dah tak join diorang main futsal.

5. Group jiran tetangga.

Group jiran tetangga ni selalunya aktif dengan berita2 berkaitan keselamatan kawasan taman perumahan, macam ada rumah kena rompak, ada rumah kena masuk pencuri, ada jiran kena ikat dalam rumah, ada rumah kena kopak time raya, ada orang negro gaduh kat padang, ada kenderaan dan individu yang mencurigakan sedang berlegar2 dan meronda2 di kawasan taman perumahan dan lain2. Group ni membuatkan aku semakin rasa tak selamat duduk kat situ.

6. Group ahli keluarga dan saudara mara.

Group ni boleh kata paling bosan dan senyap. Dalam tu ada adik beradik, mak bapak, pakcik makcik dan sepupu sepapat. Selalu aktif bila time nak puasa dan raya je. Time2 lain lebih banyak berkongsi tazkirah dan berita copy paste. Masing2 tak mau tunjuk perangai sebenar dengan ahli keluarga.


Begitulah kisah2 biasa dalam group WhatsApp. Orang join WhatsApp ni pun untuk suka2 berborak dengan kawan je, bukan sebab nak menyatukan Melayu ke apa. Nak menyatukan Melayu, pi masuk PERKASA...  :)


.

August 17, 2014

DUN Selangor Bubar ...(?)


anwar khalid azizah azmin

Seperti yang dijangka oleh kebanyakan pihak berdasarkan beberapa situasi, termasuklah amaran keras kepada Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin yang tidak dikuatkuasakan, PAS akhirnya membuat U-Turn apabila hasil mesyuarat AJK PAS Pusat mengumumkan bahawa TELAH SEBULAT SUARA untuk menarik kembali sokongan kepada Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Wan Azizah serta Azmin Ali.
 

Walaupun PAS telah dimaki hamun dan dicerca ekoran lambat membuat keputusan sama ada membiarkan PKR dan DAP terus menjajah parti tersebut, akhirnya keputusan yang dipengaruhi oleh kumpulan Anwarinas dalam Jawatankuasa PAS Pusat menyebelahi Anwar Ibrahim.
 

Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh PAS agar mereka diterima di dalam Pakatan Rakyat itu, tidak efektif sehinggalah DYMM Sultan Selangor kembali pada 27 Ogos nanti. Penyenaraian nama Wan Azizah dan Azmin Ali juga bukanlah mutlak memandangkan Khalid Ibrahim masih mempunyai satu lagi pilihan iaitu, membubarkan DUN Selangor atas nasihat DYMM Sultan Selangor. 

May 07, 2014

Wanita bawa bom...(?)

Seorang wanita ditahan oleh polis selepas mencetuskan kekecohan di dalam pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 ke Kuching, Sarawak petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata siasatan awal polis mendapati wanita berusia 41 tahun yang berasal dari Kuching dan bekerja di Semenanjung itu dalam perjalanan pulang ke kampung atas urusan keluarga.

Menurutnya kejadian berlaku pada jam 2.20 petang ketika kru penerbangan sedang menyiapkan penumpang sebelum pesawat berlepas.

“Pramugari telah menegur wanita terbabit agar meletakkan beg yang berada di hujung kakinya di tempat menyimpan barang di bahagian atas, namun wanita itu terus memarahi pramugari tersebut dengan mengeluarkan perkataan ugutan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

malindo air bom
Wanita bawa bom


Menurut Zaldino, pramugari memaklumkan perkara itu kepada juruterbang yang menghubungi pihak keselamatan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengeluarkan wanita itu dari pesawat.

“Penerbangan yang dijadualkan ke Kuching itu tertangguh selama 2 jam 22 minit dan pesawat itu selamat berlepas pada 4.42 petang tadi,” katanya dan menambah pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman esok.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi Malindo Air Raja Sa’aadi Raja Amrin ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian.

“Wanita itu mula marah-marah sebelum menaiki pesawat lagi dan memaki hamun pramugari selain menyatakan terdapat bom di dalam pesawat itu,” katanya kepada Bernama.

April 17, 2014

R.I.P Mr. Karpal


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini. 

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez. 

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah. 

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN 




April 14, 2014

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam...(?)

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam
 
Ashit Desai , seorang jurugambar berasal  dari India berkunjung ke Vietnam . Ia menemui adanya sebuah laluan keretapi yang menembusi sebuah penempatan padat penduduk di Vietnam dan mengabadikannya ke dalam gambar - gambar yang menakjubkan .

Apabila kita perhatikan pada gambar - gambar di bawah ini , nampak bahawa beberapa persempadanan masih tanpa palang keretapi. Bahkan masih menggunakan tenaga manusia untuk menjaga perlintasan kereta api .

Kerajaan Vietnam sendiri kini telah memperuntukkan dana kira - kira 1 bilion dollar untuk memperbaiki dan meningkatkan kemudahan keretapi mereka . Tercatat Vietnam mempunyai lebih daripada 3200 kilometer laluan keretapi .

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

Laluan Keretapi Melalui Penempatan Padat di Vietnam

April 07, 2014

Polis Memang efisyen, cepat & betul...(?)

Siapa kata Polis tak efisyen, cepat & betul...(?)

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.


“Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya hari ini.

Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” memuat naik status dan sekeping gambar cebisan daging dan wajah Rosmah yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu.



“Syed Saifullah” ditahan


Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah".

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya.

Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

March 25, 2014

Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di Lautan Hindi....(?)


Berita Terkini MH370: Misteri kehilangan pesawat MH370 – Foto Huffpost / Bloomberg / Gettys Image laporan Malaysian Insider 

satelit inmarsat kesan pesawat mh370 hilang
MH370
Kesan Doppler membantu penyiasat menentukan penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi tetapi mereka masih hairan mengenai sebab-sebab pesawat Malaysia Airlines bertentangan daripada destinasi yang ditujui – Beijing.

Mengapa Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang berakhir di Lautan Hindi? Bagaimana pesawat penumpang bersaiz lebar berpaling daripada rutin penerbangan menjadi “misteri penerbangan yang belum pernah berlaku sebelum ini”? Dan, siapa yang melakukannya?

Ini merupakan persoalan utama dalam minda penyiasat dan keluarga 239 orang penumpang dan anak kapal MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac tetapi hilang selepas sejam di udara.

Selepas 16 hari misi mencari antarabangsa yang bermula di Laut China Selatan, data satelit komunikasi penyiasat British dan serpihan ditemui satelit Amerika Syarikat, China dan Perancis akhirnya kedudukan terakhir MH370 dikenal pasti iaitu di bahagian selatan Lautan Hindi.

Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di kawasan pedalaman perairan itu hanya akan diketahui selepas penyiasat menemui kotak hitam pesawat Malaysia yang didaftarkan sebagai 9M-MRO itu.

Sehingga ia ditemui, usaha untuk mengesan laluan pesawat MH370 itu sebelum hilang daripada radar di Kota Baru ke Lautan Hindi menjadi sesuatu yang menakjubkan dengan sendirinya.

kotak hitam mh370
MH370

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir.

Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar setiap jam daripada pesawat selepas seluruh sistem komunikasi berhenti, menunjukkan ia terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing.

Dari masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat dapat menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan mengenai kemungkinan arah pesawat itu terbang.

Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes satelit ini, kata jurucakap.

Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini.
Kesan Doppler adalah mengapa bunyi siren kereta polis berubah selepas mendekati atau memotong pemerhati.

“Kami kemudian mengambil data yang kami dapati dari pesawat dan diplotkan terhadap kedua-dua trek, dan ia berat ke trek selatan,” kata Jonathan Sinnatt, ketua komunikasi korporat Inmarsat kepada Reuters.

Katanya, syarikat itu kemudian membandingkan teori laluan penerbangan dengan data diterima daripada Boeing 777 yang diketahui terbang laluan sama, dan ia dipadankan dengan tepat.

Beliau berkata, penemuan itu disemak dengan syarikat satelit lain sebelum diserahkan kepada penyiasat pada Isnin.

Jumlah data – hanya isyarat ping diterima oleh satelit tunggal setiap jam atau lebih – bermakna teknik seperti triangulasi menggunakan beberapa satelit atau GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global) tidak boleh digunakan untuk menentukan laluan penerbangan pesawat.

mh370 misteri
MH370


Mengesan

Ketua Pegawai Eksekutif All Source Analysis, Stephen Wood, berkata seolah-olah para penyiasat mengecilkan kawasan pencarian. “Tetapi ia masih kawasan besar yang mereka perlu lakukan pencarian,” katanya.

Katanya, insiden ini mungkin merangsang kajian semula peraturan penerbangan, terutamanya berkaitan dengan peralatan komunikasi dan keupayaan untuk mematikan transponder pesawat.

Tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan apa-apa kerana belum diketahui apa yang menyebabkan kapal terbang untuk beralih daripada laluan asal.

“Insiden seperti ini akan menyebabkan sesiapa sahaja yang menerbangkan pesawat komersial dengan penumpang akan menuntut kaedah baru untuk mengesan kargo berharga mereka,” kata Wood, seorang bekas pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai unit analisis DigitalGlobe Inc , sebuah firma imej satelit, sehingga Julai 2013.

 AL FATIHAH & TAKZIAH UNTUK KRU DAN KELUARGA MANGSA..


March 21, 2014

Chef Wan persenda penemuan MH370...(?)

Chef Wan
Chef Wan persenda penemuan MH370...(?)


Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai 'nasi lemak telanjang'.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi SAR diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

March 17, 2014

'Jet Li' di dalam pesawat MH370...(?)

Dunia meratapi kehilangan mengejut penerbangan Pesawat MH370 Malaysia Airlines KL- Beijing, Netflix dan The Weinstein Company mempunyai kemas kini terbaru iaitu aktor Ju Kun, seorang pakar seni mempertahankan diri veteran dan pembantu seni mempertahankan diri koreografer, adalah antara 227 penumpang pesawat MAS MH370 lapor Cinema Online.

Stuntman yang berusia 35 tahun, yang juga bekerja sebagai aksi Jet Li seiras  dan menjadi dalam filem-filem seperti “Fearless”, “The Expendables ” dan “The Forbidden Kingdom” dipercayai telah sama hilang di dalam pesawat Malaysia Airlines penerbangan pesawat MH370 KL-Beijing.

” Kami amat sedih dengan berita mengenai penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370. Ju Kun, yang di atas kapal, adalah merupakan sebahagian daripada pasukan produksi dan berbakat yang besar. Pemikiran dan doa kami adalah bersama keluarganya pada masa sukar ini, ” kata Netflix dan The Weinstein Company.


ju kun
'Jet Li' di dalam pesawat MH370

Ju Kun berada di Malaysia untuk bekerja bagi produksi ” Marco Polo “, Netflix dan pemula siri ini Weinstein Company dicipta oleh John Fusco yang dijadual memulakan pengeluaran dalam tempoh tiga minggu. Perancang seni mempertahankan diri baru sahaja selesai kerja-kerja di Pinewood Studios di Malaysia dan telah terbang ke rumahnya di Beijing apabila dia menaiki penerbangan tersebut.

“Kesemua kami di lokasi di Malaysia merasa hancur hati sementara kita menunggu saat menyeksakan ini,” kata Fusco.

Sekarang kita bersedia bersatu membantu isterinya, Li Ping sambil menanti jawapan di Kuala Lumpur. Hati dan doa kami juga dengan semua penumpang hilang lain dan keluarga mereka. “

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 membuat berita utama apabila ia telah hilang pada hujung minggu (8 Mac), 35,000 kaki di Vietnam. Tiada hubungan  telah berjaya dilakukan lagi, mendorong kebimbangan kemalangan atau terhempas. Cari usaha oleh pelbagai negara kini sedang dijalankan, tetapi tiada bangkai telah ditemui.

Sumber asal Yahoo News semoga pesawat dan Ju Kun  ditemui ...

March 13, 2014

‘Okay, roger. Good day’ – The last words from MH370...(?)

All appeared to be going well for MH370 shortly after it took off from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) about 12.40am on Saturday.

Its pilot Captain Zaharie Ahmad Shah, 53, told the Subang Airport ground control "Okay, roger. Good day" when he acknowledged receipt of the communication code for the plane's tracking, before the flight came under Ho Chi Minh City air traffic control.

Zaharie's short response was the last words heard from him before the aircraft disappeared from the radar.
According to a report in Malay daily Sinar Harian, National Air Traffic Control Centre (NATCC) assistant director Siti Sarah Lebai Abu was the last person in the country to communicate with Zaharie.

She said she never thought anything was amiss and everything went smoothly for flight MH370 for the first 40 minutes it was in the air.

Possible crash site found, verification in progress ?


"However, we failed to detect any radar signal from the plane after handing over to Ho Chi Minh City a few minutes later," she said.

Sinar Harian also quoted her as saying that never before in her 18-year career as an air traffic controller had she encountered a "total communication breakdown" with an aircraft.

Siti Sarah said all contact with the plane was lost after it entered the Igari island zone located between the east coast of Peninsular Malaysia and the southwestern coast of Vietnam.

She also said Malaysian air traffic controllers were not at fault in this incident.
"This is not a situation for us to fool around with. We are responsible for the lives of up to 800 people at any one time. We never slack off at work,” she added.

Zaharie, who joined Malaysia Airlines in 1981, has more than 18,300 flying hours, while his first officer Faroq Abdul Hamid, 27, has recorded a total flying time of about 2,800 hours since joining the airline seven years ago. Both have been described as experienced pilots.


Beachgoers walk past a sand sculpture made by Indian sand artist Sudersan Pattnaik at Puri beach, on March 14, 2014
Pray for MH370

Yesterday, Sinar Harian also reported that Civil Aviation Department (DCA) director-general Datuk Azharuddin Abdul Rahman had said that there was a new signal, but the information on it could not be shared yet.

He also said search and rescue (SAR) operations are still focused on the areas around Igari, although it had been expanded to 100 nautical miles around that location.

SAR operations are also ongoing in the Strait of Malacca and the Andaman Sea.
Yesterday, another Malay daily, Berita Harian, quoted military sources saying that MH370 was detected by airforce radar in Butterworth, flying north of the peninsula and heading towards the Sumatran waters at 2.40am on Saturday.

However, Royal Malaysian Air Force chief Rodzali Daud later denied that the air force had made such a statement.

MH370 flew from KLIA with 227 passengers and an all-Malaysian crew of 12 onboard. – March 12, 2014.


March 10, 2014

MH370; Kecerdikan ada had...(?)

Apa yang pasti ialah MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang (ATC Subang) pada jam 2.40 pagi. Ini disahkan oleh Malaysia Airlines.


Apa yang tidak pasti ialah apakah yang berlaku selepas itu.


Laporan pelbagai agensi berita antarabangsa juga adalah merupakan spekulasi dan bukannya sesuatu yang konklusif. Seorang yang celik media, akan berhati-hati membaca laporan media.


Media Vietnam, Tuoi Tre News yang menyiarkan gambar tumpahan minyak di Laut China Selatan menyebut, “Photos of oil slick in ALLEGED Malaysia Airlines plane crash.”


Mengenai penumpang yang menggunakan pasport curi milik rakyat Austria dan Itali, International Business Times menyebut, “We BELIEVE that the name and passport were used by unidentified person to board the plane,” a spokesman for the Austria foreign embassy told ABC News.


Sementara itu, Reuters pula melaporkan, “Malaysian plane PRESUMED crashed; questions over false ID.”


Perkataan “alleged”, “believe”, dan “presumed” yang digunakan dalam ayat-ayat di atas menunjukkan laporan itu bukanlah sesuatu yang konklusif.

pesawat mas terhempas di vietnam
MH370 masih misteri



Hanya orang yang buta literasi media akan menganggap laporan itu sebagai sesuatu yang muktamad.


Ada orang tuduh kerajaan sembunyikan fakta bahawa kapalterbang MH370 telah terhempas atau kemalangan. Orang ini sebenarnya hidup di zaman batu. Dalam zaman yang serba terbuka ini, perkara sedemikian tidak boleh ditutup dengan mudah. Kejadian ini bukan berlaku di dalam gua!


Sekiranya kerajaan membuat kenyataan MH370 terhempas, persoalan selanjutnya ialah “Di mana?” dan “Mana bukti MH370 terhempas?” Takkanlah kerajaan nak jawab “Di Laut China Selatan, dekat Vietnam.” Itu jawapan kedai kopi!


Tragedi ini sedang diikuti secara dekat oleh industri penerbangan termasuklah Boeing, agensi keselamatan penerbangan antarabangsa, kerajaan negara-negara yang rakyatnya terbabit dalam insiden ini, media antarabangsa, industri insuran dan pelbagai pihak yang berkepentingan dan mempunyai kaitan.


Kenyataan rasmi kerajaan tidak boleh dibuat seperti kenyataan Pak Malau di kedai kopi. Selagi kerajaan tidak dapat membuat rumusan yang konlusif mengenai apa yang berlaku, maka ia tidak akan membuat kenyataan sedemikian.


Sesetengahnya pula mempersoalkan “masa” yang diambil bagi menentukan apa yang sebenarnya berlaku. Sekiranya kita rajin mencari maklumat di internet, kita akan tahu bahawa ini bukanlah satu proses yang mudah. Apabila Air France 447 jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009, pihak penyelamat mengambil masa hampir dua tahun untuk menemui majoriti bangkai kapalterbang dan mayat penumpang di laut dalam.

Arni Marlina, waiting for more news regarding her family member on board of the missing MH 370 plane at Everly Hotel, Putrajaya. Pix by NSTP/ Ahmad Irham Mohd Noor.



Ada pula yang memperlekehkan negara kerana tidak menghantar kapal selam untuk mencari pesawat tersebut di laut. Ini adalah contoh orang yang tak faham mengenai fungsi pelbagai jenis kapal selam tetapi masih mahu mengkritik sesuatu yang dia sendiri tak arif.


Ambil contoh kapalterbang. Adakah kita akan menghantar kapalterbang Airbus A380 yang terbaru dan paling canggih ke medan tempur? Walaupun mahal dan canggih, Airbus A380 bukan dibina untuk tujuan tersebut!


Inilah jadinya apabila orang berlumba-lumba menunjukkan kebodohan di media sosial. Bak kata Albert Einstein: “Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan.”


March 03, 2014

Kemalangan Pertama di Jambatan Baru Penang...(?)

kemalangan kereta
kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah


Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam. 

 Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau. 

“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer. 

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.

February 20, 2014

Lama tak dengar cerita lu Kasim...(?)

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan yang dibuat intelektual kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang dianggap anti hadis.

kassim ahmad dan dr mahathir
Kasim Ahmad anti Hadis...(?)


Dr Mahathir berkata Kassim sering dilabel anti hadis kerana pihak yang menuduhnya gagal berhujah dengannya mengenai isu agama.

“Dia dilabelkan sebagai anti hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang kata.Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain.” katanya selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.
Katanya, sama seperti Kassim beliau juga sering dilabel dengan berbagai gelaran selepas hujahnya tidak diterima pihak tertentu.

“Saya juga dilabel sebagai anti cina, dituduh rasis dan macam-macam. Jadi walaupun saya berkata benda yang benar, saya tetap dianggap rasis,” katanya.
Tegas Dr Mahthir, beliau tidak menganggap Kassim sebagai seoarang yang anti hadis dan sebaliknya beliau sama seperti mana-mana orang Islam yang lain.

Mengulas laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap Dr Kassim, Dr Mahathir berkata perkara tersebut sudah menjadi amalan biasa di negara ini.
“Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.
“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.
“Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara,” katanya lagi.
Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad dilaporkan antaranya mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.


Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh Kassim dan mendakwa pihak pernah berdialog dengan intelektual Melayu itu pada tahun 1986.


Sumber Astroawani

February 18, 2014

Lanchau Lu...!

teresa kok
Teresa Kokkokkok...
Pengadil perlawanan, Sukri Abdul Rahman hanya menyebut ‘you selalu kacau’ dan bukannya 'lanchau lu!' tetapi pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang Tie mungkin tersalah dengar seolah-olah perkataan itu berbaur lucah.
Itulah makluman awal yang diterima Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Astaman Abdul Aziz berhubung dakwaan Kalang bahawa Sukri mengeluarkan kata-kata lucah terhadapnya ketika mahu bersalaman selepas tamat perlawanan Liga Super antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, Kuching, Sabtu lalu. 

Apa pun, katanya sekiranya dakwaan itu benar, pihaknya tetap akan mengambil tindakan terhadap pengadil terbabit. 

“Saya difahamkan Sukri menyebut ‘you selalu kacau’ namun pemain berkenaan mungkin salah dengar.


“Apa pun, kalau ada kesalahan etika kami akan ambil tindakan tetapi kami tidak akan merujuk kepada laporan media,” katanya semalam.

February 12, 2014

Beyoncé, Obama 'affairs'...(?)

obama beyonce affair ap doodle
Beyoncé, Obama 'affairs'




Beyoncé Knowles alleged affair with US President Barack Obama will not be the subject of an exposé by The Washington Post.

The singer and politician were the subject of sensational reports Monday after French photographer Pascal Rostain told French newspaper Le Figaro the world would soon learn of their romance.

"You know, at this time, the United States, there is something big that is happening. Besides, it'll go out tomorrow in the Washington Post, we can not say that it is the gutter press [reporting on an] alleged affair between President Barack Obama and Beyoncé. I can assure you that the world will talk about it," he was quoted saying by Jezebel.com.

The Washington Post subsequently dismissed the claims.
A spokesperson for the newspaper told the website it's "definitely not true" plans to run the story are underway.

France's Gala magazine is meanwhile running with the allegations. Editors reported President Obama and his wife, Michelle, are considering divorce.

Rostain has also defended his comments, noting speculation about French President François Hollande's affair with a movie actress was later confirmed when Hollande announced his split from First Lady Valerie Trierweiler.

"There are [photographs and] television images of the Obamas [in which they are] a little distant. It is legitimate to ask questions. We found the same thing [in images] between Holland and Trierweiler. Afterwards, there was the rumour. [Same] for Obama with Beyoncé, for example. Just because it's a rumour doesn't mean that one should not go into the field to check," Rostain said.

Spokespersons for Beyoncé and the White House have not commented on the latest claims.