March 17, 2005

RM365 Juta, ITIS VS RMKL

Berikut adalah entri dari versi asal yg dapat diselamatkan di jurnal semutapi.easyjournal...





RM365 juta

Kuala Lumpur 13 Jan.
Sistem Maklumat pengangkutan Bersepadu (ITIS) berharga RM365 juta bakal beroperasi sepenuhnya di ibu negara pada pertengahan tahun ini meliputi kawasan seluas 234 kilometer persegi.

Dikatakan tercanggih di Asia Tenggara, sistem tersebut mampu membantu pengguna mengelakkan kesesakan lalulintas berpandukan maklumat terkini yang dipaparkan melalui sistem pesanan elektronik(VMS)sepanjang masa.

~dipetik~




ITIS

Selari dengan salah satu daripada objektif pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 untuk mempertingkatkan pengurusan sistem pengangkutan di Lembah Kelang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memilih Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) untuk mempertingkatkan perancangan serta aliran trafik di bandaraya Kuala Lumpur.

Pengerak utama ITIS ialah Pusat Pengurusan Pengangkutan (TMC) yang berperanan sebagai pusat atau nadi utama bagi keseluruhan sistem ITIS. TMC menerima, memproses dan menyebarkan segala data trafik yang diterima sepanjang masa.

Maklumat yang diterima mengenai keadaan trafik dan kesesakan lalu lintas akan dihantar ke TMC untuk dianalisis dan dinilai sebelum diinterpretasikan sebagai maklumat trafik yang mudah difahami.

Di masa yang sama, Advance Traveller Information System (ATIS) akan menyampaikan maklumat trafik terkini kepada pengguna jalan raya dalam bentuk peta kesesakan, peta kelajuan perjalanan dan peta kemalangan melalui Internet (menyokong perkhidmatan tanpa wayar) dan pusat panggilan.

Papan maklumat elektronik (VMS) yang dipasang di sepanjang jalan raya utama juga akan memaklumkan maklumat trafik terkini kepada pengguna-pengguna jalan raya.




RMKL-Stesen Interaktif Anda

RMKL telah bergerak maju ke hadapan dengan gelombang radio 97.2FM, stesen ini boleh didengar bukan sahaja di Lembah Klang tetapi boleh melepasi sehingga ke Seremban, Melaka, Sabak Bernam Selangor dan juga di sekitar Pahang. Di samping menyampaikan maklumat dan hiburan stesen ini juga telah membuka pendaftaran kepada semua pendengar RMKL yang di kenali sebagai 'Sahabat RMKL'.

Antara fungsi para sahabat RMKL adalah sebagai penyampai maklumat trafik di sekitar Lembag Klang. Jika dilihat dari liputannya yang luas, RMKL mampu menjadi penyampai maklumat paling berkesan kepada pengguna jalanraya di sekitar Lembah Klang. Peranan sahabat-sahabat RMKL yang telah mencecah puluhan ribu ahli adalah duta kecil paling efektif untuk menyampaikan maklumat trafik dari serata Lembah Klang menerusi talian DAPAT (32728) ke stesen RMKL.

Apa yang penting setiap mesej yang di sampaikan perlulah ikhlas dengan niat membantu menyelesaikan masalah kesesakan di Ibukota yang seperti tiada jalan penyelesaiannya. Kita bukan sahaja dapat membantu mereka yang sentiasa berkejar ke merata tempat dengan berbagai urusan resmi mahupun peribadi tetapi mungkin juga kita mampu menyelamatkan nyawa manusia dan membantu menyelesikan berbagai masalah lain yang berpunca dari kesesakan lalulintass. Bukankah ini juga satu amalan yang baik?

Apapun perkembangannya, antara RM365 juta, ITIS dan RMKL yang mana satu lebih berkesan membantu pengguna jalan raya di sekitar Lembah Klang. Adalah diharapkan projek sebesar ini mampu membantu merungkaikan kesesakan laulintas dan jangan sampai Papan Maklumat Elektronik (VMS) hanya sebagai tanda sepertimana batu nesan di tanah perkuburan (?).


Anekdot,

Sehari 3 jam dalam kereta, kalau seminggu? sebulan? setahun?...Aduh! Betapa masa yang ada perlu dihargai!

2 comments:

Anonymous said...

risau jugak jika asyik memerhatikan electronic board tu, tiba2 tercium bontot keta lain....aaaaa?

Semut Api said...

tu la pasal...pastu jalan tetap jem jugak! duit juta2 dah lebur...hehehe siap ni? bole kenalkan diri..