'Wooiii...cepat la sikit! Aku dah tak tahan ni..'
'Kejap la tengah syok ni...sibuk je la ko ni..'
'Aku dah abis dua batang rokok tunggu ko...punya la lama!'
'Aku sakit perut la...dah tujuh kali aku memerut dari malam tadi tau..'
'Cirit la tuh..'
'Ha'ah...menyumpit-nyumpit lagi ko....kah! kah! kah!'
'Hamlau punya budak! Pengotor la ko..cisss! Uweeekkk!! Dah la tu simpan esok lak, aku pun nak buang hajat jugak ni'
'Banyak la ko punya hensem, aku tak abis meneran lagi ni...pi la cari jamban lain!'
'Cehhh! Hampeh punya kawan....aduhhh! Nak terkucil dah....'
Kita selalu melihat tandas sebagai satu tempat yg kotor, berlendir, berbau, hanyir, hancin dan berbagai istilah lagi yang meloyakan tekak kita. Tahukan kita banyak aktiviti yang kita boleh lakukan semasa kita melepaskan hajat di tandas.
Dalam mengejar arus perubahan yg semakin pantas masa amat terbatas bagi kita. Tandas bukan sahaja tempat untuk kita bermenung sambil melepas. Bawalah akhbar bersama dan bacalah berita terkini sehelai demi sehelai, atau rancangkan apa yg akan kita lakukan selepas keluar dari tandas. Mungkin beberapa masalah kecil kita boleh selesaikan semasa proses pembuangan tadi...Ataupun bersms lah kepada rakan sekurang-kurangnya untuk bertanya khabar...tetapi awas jgn sampai telefon tangan anda terjatuh dalam lubang toilet! (sekadar menyebut beberapa contoh).
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata:
"Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
9 comments:
Assalamualaikum,
Tingatlaks aku masa kat MITI incharge Unit Logistik antaranya kena pastikan kebersihan tandas, tentu kaupun ingat lagik kan Deanz.
Apapun namanya bilik air patutnya kalau tak berbau wangi sekurang-kurangnya tak berbau lansung macam air mutlaq tu. Orang kebanyak menggunakan tandas awam atau premis yang lain macam tandas umah sendiri, tingat lagi sekali masa gi umah kawan nak tumpang buang air tetiba muka dia berubah jadi merah, aku pun batalkan niat sambil menahan penderitaan untuk melepaskan hajat demi menjaga air muka kawan. .
Tandas ooo tandas biarlah bersih kalaupun tak cantik macam kat hotel berbintang bintang dan umah orang besar-besar, kalau bersih apalagi wangi tentu syaitan tak suka dok dalam tandas lagi kan kan kan Deanz!
Dee - cuci tandas gak kat umah
Noorlara & Amy,
tau tak pe...itu pic toilet umah aku...boleh angkat toto dgn bantal pastu ..zzzz...
waa...u are talking bout toilet ha this time...:)
Malang Man,
kedatanganmu ku sambut dgn carpet merah...chewaah!! kerja2 amatur je bang..:)
Chik,
aku cuba mengubah persepsi kita ttg toilet bukan hanya tempat untuk melepas hajat..:)
dalam toilet pun boleh multitasking ye deanz hehehe..nihh zaman 3G, dalam toilet pun boleh meeting :D
yup! betul tu jed, biasanya kita hanya duduk meneran dlm toilet tapi sekarang kita boleh buat keputusan penting dlm toilet...heeee..
Boleh ke duduk dalam toilet lama-lama? dulu masa kecik2, ustaz cakap dalam toilet tak boleh duduk lama2, tutup kepala dengan kain bila dah selesai hajat cepat2 keluar...
Ada juga logiknya, kalau semua orang melepak dalam toilet lama2 nanti, orang lain yg 'emergency' boleh 'keguguran' di buatnya.
..Hehehe..hang biar betul Lid, keguguran apa tu, tapi mmg tak baik dok lama2 dlm toilet.
Lid, try menghalkum shoutbox baru..bole tak?
Excellent, love it! » »
Post a Comment