perempuan itu di situ
di depan sebuah restoran
duduk menadah rezki
sebelahnya seorang kanak-kanak
ketawa sesekali menangis
juga tertidur di bantal busuknya
aku cuma berlalu
cukup simpati
maaf, tapi aku tidak pernah membenci
semalam
perempuan dan kanak-kanak masih disitu
tulang empat keratnya masih kuat
juga masih muda
permpuan itu belum separuh umur
ah! dia perlu kuat berusaha bukan mengemis...
hari ini
cuma kanak-kanak itu
sugul benar wajahnya
dengan segenggam roti di tangan
"kenapa...
bergenang air matanya
"ibu meninggal semalam dilanggar kereta
ketika menyeberang jalan untuk membeli roti..."
ketika aku berlalu
dadaku sebak
kenapa baru hari ini
kuhulurkan sedekah
tapi bukan semalam
barangkali hari ini
dia masih punya ibu
jika punya wang untuk makan direstoran ini...
Khamis Feb 26, 2004 -9:28 am
JANGAN ADA BENCI
teraba aku
di rembang malam
mencari jejak yang hilang
terjungkir jatuh
tiada siapa sudi menyuluh
hanyir najis tubuhku
tiada siapa hulur bantu
hanya kerana aku
bukan seorang wanita
tiada siapa hulur payung
dalam pekat malam
dalam dingin hujan
ditengah kota ini
yang semakin tipis rasa hormat...
Selasa Feb 24, 2004 4:31 pm
10 comments:
ermmm berat tanggungan perasaan ko tu deanz, tapi kalau bener ko yg kebasahan dan kesejukan dalam pekat malam nan hujan tu sure haku akan menyambut tanganmu kita pekena teh o panas tanpa gula ngan rojak yang menteri ko suke tu
noorlara - deanz silalah ke blog aku -anjunglara.blogsport.com (takde www) bawak kawan kawan ko sekali dan ajak kawan-kawan ko bawak kawan-kawan mereka sekali dan....ahaks
simpati pada nasib kanak2 itu...
Kawan..usah meratap pada yang cerita lalu, kerana setiap cerita adalah kehendaknya..jadikan pengajaran agar tidak berulang lagi..semoga cerita gembira kembali bersatu..dihati mu
aduss... byk puisi daa.. sy ada byk koleksi puisi. Tu pon time sek dlu rajin masuk pertandingan. Tp skang da tak de masa...
Dior,
pekabo? amacam angin ukm?
Sedih baca sajak perempuan itu. Masalah jugak pasal pengemis ni sebab byk yang bawah sindiket haram. Ada member aku pernah nampak pengemis2 ni dihantar dgn BMW ke pasar mlm. Tu yg bila nak sedekah pun pk 2-3x...kalau pengemis yg sama mengemis di pasar mlm smpai 2-3 tahun mmg musykil..Tapi sedekah je la seadanya dgn niat baik
...hidup kena kreatif Jed. :-)
menarik sajak pengemis tu. menyentuh nubari. kisah benar ke?
yes! Zalisa dari pengamatan & pemerhatian sendiri..
This is very interesting site... Ppc campaign site read start replies sacramento toyota trucks Crop and style totes Erotic slots &aposdebt Explosive car tuning 7 cd cover William hill sportsbook review Pictures medieval kitchens
Post a Comment