Jenayah makin meningkat di Singapura
SINGAPURA
SINGAPURA
Kadar jenayah di Singapura secara keseluruhannya meningkat sebanyak 28 peratus sepanjang enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Antara kategori jenayah yang meningkat termasuk kes mencuri, memandu dalam keadaan mabuk, merompak, ragut dan merusuh.
Sementara itu, polis Singapura yang menjalankan rondaan akan meminta telefon bimbit orang ramai untuk diperiksa ekoran peningkatan kes kecurian telefon berkenaan di negara bandar raya itu. Pemeriksaan itu akan membabitkan nombor Pengenalan Telefon Bimbit Antarabangsa (Imei) yang ada dalam setiap telefon bimbit. Ia bertujuan mengumpul maklumat mengenai nombor berkenaan dan memasukkannya ke dalam pangkalan data. – Agensi
Sementara itu, polis Singapura yang menjalankan rondaan akan meminta telefon bimbit orang ramai untuk diperiksa ekoran peningkatan kes kecurian telefon berkenaan di negara bandar raya itu. Pemeriksaan itu akan membabitkan nombor Pengenalan Telefon Bimbit Antarabangsa (Imei) yang ada dalam setiap telefon bimbit. Ia bertujuan mengumpul maklumat mengenai nombor berkenaan dan memasukkannya ke dalam pangkalan data. – Agensi
Anekdot,
Awas! Bagi anda yang ingin berkunjung ke Singapore telefon tangan bukan lagi alat privacy di sana dan anda juga akan menghadapi risiko kecurian telefon tangan.
775 Berulang lagi
LONDON
Tiga pegawai polis yang dilengkapkan dengan pakaian khas memasuki stesen kereta api bawah tanah di Warren Street, London semalam selepas dilaporkan berlaku letupan kecil. - Gambar Reuters.
Anekdot,
Peristiwa 911 telah menjadi sejarah hitam bagi negara Uncle Sam. Atas alasan itu Bush bernafsu serakah lantas menghancurkan Afghan dan Iraq bersama Pak Turut paling setia Tony Blair! Kota London pula bergegar minggu lepas walau tidak mengorbankan banyak nyawa tapi cukup membuatkan Blair tak senang duduk disusuli pula serangan yg kurang berjaya tidak sampai dua minggu selepas itu. Siapa pula yg akan menjadi serangan serakah Blair & Bush selepas ini...Iran barangkali (?).
Serang Mekah: AS dikecam
KUWAIT 21 Julai.
Umat Islam dari Indonesia hingga ke Asia Barat melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan seorang anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) bahawa AS boleh memusnahkan tempat-tempat suci Islam termasuk Mekah jika puak militan Islam melancarkan serangan nuklear ke atas AS.
Kebanyakan mereka berkata, kenyataan itu hanya akan memarakkan fahaman pelampau di kalangan umat Islam dan membuatkan umat Islam merasakan bahawa AS menganggap semua orang Islam sebagai pengganas.
Kebanyakan mereka berkata, kenyataan itu hanya akan memarakkan fahaman pelampau di kalangan umat Islam dan membuatkan umat Islam merasakan bahawa AS menganggap semua orang Islam sebagai pengganas.
``Mentaliti Amerika membayangkan sebuah agama menyerang sebuah agama lain dan di sini-lah bahayanya,'' kata seorang penganalisis politik Syria, Ahmed Al-Haj.
~ dipetik dari utusan online.
Anekdot,
Kenyataan ini membuktikan sememangnya AS bernafsu besar!
7 comments:
Assalamualaikum,
Akhirnya Singapura yg penuh ngan kesombongan terpaksa akur kepada realiti bahawa walaupun berbagai peraturan dan undang-undang dikenakan ke atas rakyatnya namun sebagai manusia mereka tidak dapat lari dari sifat kemanusiaan itu justeru mereka bukan robot. Paling sukar mengubah sikap manusia kecuali dengan asas dan amalan agama yang teguh dan berterusan.
Britain, sehabat manapun teknologi dan pertahanan mereka kalau Allah tak izinkan mana nak buatnya....
AS aku naik menyampah ngan mereka yg bertindak seolah olah dunia mereka yg punya
noorlara - suka makan durian D24 je
deanz, kalau beli handphone underwater takleh laa pegi singapore camtu..imei tak register hehehe
Noor,
Kes demam denggi di Singapura juga dilaporkan berganda dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas di negara yang dikatakan disiplin kebersihannya tinggi...
jed,
tapi yg banyak hp tanpa imei dari sebelah sana...
erm..agaknya mana pegi bdk spore yg bongkak sgt mcm negara dia perfect gler tu..?
summary report..:-
spore: sume negara mncari kesempurnaan,hakikatnye tiada yg sempurna melainkan Pencipta..
London: lps ni btambahla alasan nk sokong AS..bluekkk
AS: memang melampau!
takde satu pun di dunia ni PERFECT... kita ni semua hambanya... kalo Allah tu nak bagi dia bagi je.. tak kira ko sape...
askum...
kecanggihan teknologi mmbuatkan mereka mncari sasaran unt diuji..sedikit kesilapan dijadikan alasan untuk mereka menghalalkan cara..yang kecil ditindas yang besar ditandingi..
Fitrah maknusia dimana saja..mmg tak pernah puas dgn apa yg mereka ada..
amerika selamanya begitule...
Post a Comment