October 25, 2005

JLN TAR & SYAWAL

JALAN TAR

Musim perayaan menjelang lagi & tengahari tadi aku berkesempatan menjelajah pelusuk Jalan TAR sekadar menjadi pemerhati bebas melihat gelagat orang-orang kita shopping sakan sebelum menjelangnya Syawal. Memang betul la orang kita ni suka sangat bab-bab berwindow shopping ni... dan yang paling ramai sekali orang perempuan..ntah apa yg dia cari aku pun tak tau..kehulu kehilir balik-balik muka yang sama, sampai aku cam.

Ini pic yang sempat aku snap, mana ada org laki..bole kira dgn jari kalau ada pun...alahaiii perempuan!


Lokasi sekitar Jln Masjid India. Siapa yg pakai baju purple tu?



...Crowd, squeeze, crammed & tengik! Yang tudung kuning tu, aku tengok kehulu kehilir tak beli pe punnn...

Apapun aku pi Jalan TAR dgn satu tujuan beli baju melayu. Dan dalam banyak2 kedai, kedai ni yang jadi pilihan aku sebab aku tengok mulut brader ni becok sangat promote baju melayu brand Mawi kononnya. Aku selamba jer cakap dengan dia "Aku tak minat Mawi mawi ni bang, baju bapak Mawi ada tak?"

Dia tergelak besar sambil tunjuk kat aku koleksi baju yg didakwa nya baju la Mawi. Aku tengok sama jer dengan kedai lain, sama je macam baju-baju melayu yg aku beli sebelum ni. Tak pasal-sal duit aku yang kopak nama Mawi juga yang popular.


"Brader aku tak kisah la baju ni nama Mawas pun aku beli gak...yang penting aku minat kaler dia"

Bodek punya bodek dapat kurang RM7 jer walau aku minta kurang RM10. Okey la jugak. Aku bayar then aku blah...Sekian.


Brader tokey kedai tengah sibuk menyelogkar...

SYAWAL ... Salam Aidilfitri...

Meninggalkan Ramadhan bulan semulia ini menjadikan kita sering teringat bahawa perjalanan kita semakin dekat. Sedangkan peninggalan kita semakin kurang. Justeru itu, sebelum tubuh reput dimamah usia dan menjelangnya Syawal yang bakal menjelang saya memohon maaf andai ada yang terlepas kata, tersalah tulis, terlalu bias dan apa saja yang boleh menghiris hati & perasaan.

Andai ini Syawal terakhir...
Biar Syawal kali ini menjadi saksi satu keluhuran budi dan ketulusan hati kita sesama insan, biar para malaikat turut sama menyaksikan, biar pokok-pokok berhenti beroyang, biar angin berhenti bertiup, biar laut tenang setenang hati insan yang memohon maaf sedar atas kesilapan yg dilakukan...maaf diterima dengan redha atas apa yg telah berlaku...insyAllah.

Andai ini syawal terakhir...
Kepada semua blogger, pengunjung dan pembaca blog ini ~

'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN dan SELAMAT BERKARYA'

Regards,
Red Antz

October 21, 2005

COBAAN !


Salam sejahtera,

Amalan berpuasa di bulan Ramadhan bukan sahaja mengajar kita tentang kesabaran, bahkan secara keseluruhannya puasa menguji sekuat mana keimanan kita terhadap Rukun Islam yang ke-3 ini dalam mengahdapi sebarang cobaan...


delicious...



marvelous...



syruppp...



eeerk ! Ahamdulillah...

Cara yang baik untuk mendapatkan ganjaran terbesar dari Allah, jalankanlah puasa ini dengan sebaik-baiknya, ertinya seikhlas-ikhlasnya, perbanyak amal kebajikan, banyak bersedekah dalam berbagai bentuk dengan niat semata-mata mencari keredhaan Allah dengan harapan mudah-mudahan kita keluar dari bulan Puasa ini menjadi manusia yang bersih sebersih bayi yang baru lahir dan jangan lupa 10 malam terakhir, malam al-Qadar. Amin...

Okey, permisi dulu yaa... :D

October 18, 2005

E.G.O

Salam sejahtera,

EGO;
The self, especially as distinct from the world and other selves. In psychoanalysis, the division of the psyche that is conscious, most immediately controls thought and behavior, and is most in touch with external reality.

Aku sebenarnya lemah dalam bahasa Inggeris, tapi dari sedikit pencarian aku tentang makna ego dalam bahsa Inggeris itulah yg aku dapat. Atau seringkali kita mendengar EGO membawa maksud pentingkan diri sendiri, bangga, takbur @ keras kepala pada tahap skala melampau atau terover!

Persoalannya sama ada betul atau tidak ego sering disinonimkan dengan sifat-sifat lelaki (?) konfius aku dibuatnya. Gender bias barangkali! Apakah perempuan tidak perlu dilabel sebegitu? (Ye laaa kalau perempuan di label begitu tapi taklah sekronik lelaki! Lelaki lagi...ishhh). Aku bukan pakar sakit mental untuk merungkai semua persoalan ini. Mintak maaf la sebelum Aidilfitri ni...

Fitrah kejadian manusia sememangnya di jadikan Allah ada sifat2 positif dan negatif tertentu. Sifat negatif juga perlu tapi bukan dalam kadar yang terlampau banyak. Kita perlu malu tapi biar bertempat. Kita perlu marah tapi bukan membaran. Kita perlu menjerit tapi bukan sampai nak pecah halkum! Kita perlu bersedih tapi jangan sampai pasif. Dan juga kita perlukan ego tapi bergantung kepada situasi. Lelaki & perempuan memang ada ego. Jangan nak memandai menafikan!

Si tua dan cermin ajaibnya...

Perempuan selalu mahu kelihatan cantik, sememangnya dia dijadikanNya punya ciri-ciri itu. Aku tak perlulah menyenaraikan semua tentang imaginasi kecantikan yg perempuan impikan...pejamkan mata dan bayangkan sendiri (kepada perempuan-perempuan).

Sounds pathetic enough kalau semua itu dilakukan demi mahluk bergender lelaki (do they have the same concern? i don't think so.) dan tidak salah pathetic juga kalau itu dilakukan sebagai sebahagian dari ego perempuan supaya kelihatan lebih menarik dari perempuan lain.

Mereka ada kalanya sanggup melakukan apa sahaja untuk impian itu. Berapa banyak product kosmetik kecantikan dalam negara ini. Semuanya bersaing untuk satu persaingan yang sihat! kununnya.... Nasib baik barangan kosmetik tak naik harga dalam bajet 2006 bebaru ni...hehehe..

Bukankah persaingan ini menunjukkan perempuan kurang percaya diri dengan apa yang kalian miliki, dengan anugerah yang telah diberiNya? Adakah sifat membangga yang boleh membawa kepada takbur ini tidak egois namanya?

Aku hanya menyentuh dari satu sudut sahaja, hanya satu! Nak kutuk, kutuklah...aku boleh menerima kutukan yang professional dan ilmiah yang selainnya aku telan, sendawa, masuk toilet, aku buang, aku flush!

Sekian, dimaklumkan.

October 14, 2005

SEMUT & PEREMPUAN


Sajak ini bukan perempuan
sajak ini sajak lelaki
untuk lelaki dan perempuan di Gj

Sajak ini sajak semut
bukan gula-gula
perempuan=gula-gula
di mana ada gula
di situ banyak semut

Gula-gula jadi hampas kerana semut !
mati semut kerana gula !
sajak ini bukan gula-gula
bukan semut
bukan perempuan
sajak ini sajak lelaki !

Isnin Okt 13, 2003 1:00 pm



PEREMPUAN

Bagaiman harus ku ucapkan terima kasih
kepada perempuan
kerana kau telah membunuh cinta dalam hatiku!

Bagaimana harus ku ucapkan terima kasih
kepadamu perempuan
kerana kau...
puisi ku tidak pernah sudah!


Selasa Okt 14, 2003 12:19 pm




Perempuan

Dari titik ketitik
kubina satu garisan
menjalinkan kasih antara lelaki dan perempuan

Dari titik ketitik
kubina sajak ini hingga
ke satu titik noktah penghujungnya
di lautan madu seorang perempuan
lalu ku noktahkan disini.


Selasa Okt 14, 2003 2:01 pm

October 12, 2005

ALLAHYARHAM

Beberapa tahun lalu...

'Hello, assalamualaikum!'

'Waalaikum salam'

'Minta maaf la mengganggu Encik...lagu ni, saya nak tanya sikit pasai pendaftaran syarikat....bla...bla...bla... Maklum la kita ni bukan biasa sangat dengan benda-benda macam nih'

'Ohh pendaftaran syarikat untuk pengagihan ***** tu ke encik? Jangan risau kami sedia membantu. Encik boleh datang untuk mengambil borang, kemudian isi selengkapnya bersama Form 24...bla...bla...bla...then submit semula kepada kita. Sekiranya semua in order kita akan daftarkan terus'

'Bunyi macam senang je encik. Harapan saya begitulah, maklumlah company kecik. Baru nak mula berniaga, manalah tau ada rezeki. Untung sabut timbui, kalau batu yang mai...alamat terlangkup la kita. Meniaga buluh kasap kata orang tu...hahahaha!'

'Tak per encik tak ramai Bumiputera yang berani berkecimpung dalam perniagaan nih. Kita perlu bersaing dengan bangsa lain'

'Wahhh..bersemangat hang cakap nooo...baguih la tu, sekurang-kurangnya saya jadi bersemangat nak meniaga. Tapi ada sikit problem la encik. Saya cukup tak pandai nak buat logo company nih...Buat-buat tak jadi, asyik ubah tang tu...pinda tang ni. Alih-alih bila dah siap saya tengok macam kapla dongga pulak...hahahaa'

'Hahahaha..tak per encik yang penting organise company mesti betoi. Nak tanya sikit la...i rasa macam biasa dengar suara encik nih...macam familiar sangat'

'Betoi ka? Hang biasa dengaq kat mana?'

'Kalau tak silap saya ni...Ismail Din, pelakon popular yang loghat utara dia very clear..mmm betoi tak?'

'Hahahaha...hang memang pandai. Betoi sangat lah tu. Kita borak macam dah kenai lama noo. Siapa nama encik ni? Senang la nanti kalau saya mai ofis kita bole jumpa, kita borak sampai tengah malam..hahahaha...'

'Saya ******din. Boleh la jumpa saya regarding registration tu'

'Haaa...cantik sangat la tu. Kita ni walau artis tapi kadang2 soru miss jugak en din, tu pasai la kita kena beringat sikit untuk masa depan...jadi saya pun set up la company ni. Dengaq cerita ada ramai juga rakan artis yang daftar ..betoi ka?'

'Ada la beberapa orang encik Ismail, yang saya ingat termasuklah Awie, Arwah Pak Busu, bekas dj radio RMKL tu..Sazali Said...lagi satu Yasmin Suraya..lebih kurang macam tu la yang saya ingat'

'Huiiii ! Ramai jugak nooo...Tak pa la en. Din..la ni saya berharap benar encik dapat membantu nanti kita jumpa bole makan-makan sekali, insyaallah...Assala mualaikum'

'Waalaikum salammm'



Aktor Allahyarham Ismail Din bersama Joyah.


BELASUNGKAWA ISMAIL DIN (1951-2005)
Tengah malam Selasa minggu lepas, Ismail menghembuskan nafas terakhinya di Makkah secara mengejut ketika beliau sedang bertasbih di depan Kaabah. Ismail dikhabarkan meninggal dunia sewaktu mengerjakan ibadat umrah di Makkah sejak ke sana pada Jumaat lalu. Allahyarham Ismail meninggal dunia dalam usia 54 tahun.
Allahyarham berangkat ke Tanah Suci bersama isteri pertamanya, Kalsom Idris, 58. Difahamkan, arwah memang sudah lama berhasrat menunaikan ibadat puasa di sana setelah gagal berbuat demikian tahun lalu gara-gara sibuk dengan kerjaya lakonannya. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makkah. Alfatihah untuk beliau...

October 10, 2005

UNIVERSITI KEHIDUPAN

Salam Sejahtera,

Dalam kehidupan seharian kita, Sama ada menyedari atau tidak kita sering tak ambil pot tentang pengalaman masa lalu. Mungkin kita lebih mengutamakan teori kehidupan yang kita pelajari dan dalami selama ini tetapi kita sering melupakan pengalaman yang kita alami sendiri atau pengalaman orang lain sebagai pengajaran yg paling baik buat kita.

Secara mudahnya mana mungkin secara logiknya kita perlu jatuh untuk kali kedua di dalam perjalanan yg sama ke dalam lubang yang sama walaupun kebarangkalian itu ada.

Hidup ini bukan sperti satu permainan computer, kalau kita gagal dipertengahan jalan kita masih boleh turn back untuk kembali hidup dan meneruskan perjuangan.

Belajar sendiri dari kesilapan boleh menyebabkan kita lebih menghargai sifat berhati-hati kerana kita telah merasakan betapa sakitnya jatuh, betapa lama sembuhnya luka, betapa penderitaan yang perlu di tanggung. Maka benarlah kata pepatah bahawa pengalaman adalah guru yang paling baik.
Pengalaman juga adalah sebuah Universiti Kehidupan buat kita.


So, kalau memang pengalaman adalah guru yang paling baik, dan boleh membuat kita menjadi lebih dewasa dan lebih mantap tentang sebuah pelajaran kehidupan, kenapa kita masih sering mengulangi kesilapan bodoh yang boleh menjejaskan integriti sendiri?

Sedarkah kita bahawa ia boleh menjejaskan hubungan baik yang telah berkurun terbina. Kata maaf sering menyusuli sebagai pelengkap sebuah keterlanjuran. Adakah maaf aksesori paling cantik untuk menutup sebuah kecacatan, kebodohan dan kedangkalan diri sendiri?

Mungkin untuk hal-hal yang jauh dari melibatkan kecederaan diri atau nyawa membuatkan orang cenderung menganggap mengulangi kesilapan sebagai perkara enteng meskipun impak sebenarnya cukup besar kepada karisma diri dan persepsi orang lain terhadap kita.

Hmm…entahlah, atau mungkin memang seseorang harus jatuh tersungkur lalu parah terlebih dahulu baru mengerti bagaimana harus berhati-hati (?)

~Selamat menjalani ibadah puasa~

October 07, 2005

KOLEKSI TADI

Tadi aku sekali lagi melihat kekejaman itu
Andai mereka tahu bumi ini bukan kepunyaan mereka
Darah itu pasti harum mewangi
Ingat! bumi Palestine ini bukan pentas kamu bertelanjang bogel sesuka mu !!

Khamis Okt 23, 2003 11:45 am




TADI

Aku letih
bila memikirkan tadi
esok...lusa...seterusnya bagaimana?

kerana tadi aku masih disini
tidak kemana-mana
di kangkang leka dan mimpi tadi

kerana tadi aku masih merangkak dan bertatih
aku menjadi obsess kepada esok!


Selasa Okt 14, 2003 1:53 pm

October 04, 2005

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum,

Ramadhan kini tiba lagi. Ramadhan datang setiap tahun silih berganti. Ramadhan tahun lalu telah pergi dan menjauhi kita dengan meninggalkan sejuta kesan bagi yang memanfaatkannya dengan seksama.

Ramadhan kini akan datang lagi, dengan membawa jutaan hikmah dan keistimewaan-keistimewaan di dalamnya. Pada setiap Ramadhan datang, kaum muslimin memuliakannya dengan ibadah, seperti: berpuasa, tadarrus Al-Qur'an, qiyamul lail, dan lain sebagainya. semua ini kita lakukan kerana kita menyedari akan pentingnya Ramadhan buat hidup kita.


Antara kebaikan berpuasa dari sudut kesihatan & agama ;

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.

2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia.

3. Puasa akan memberi kesegaran dan merehatkan otot-otot.

4. Puasa akan memanjangkan umur anda.

5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.

6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.

7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.

8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan menyebabkan darah kembali alkali.

9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.

10.Puasa boleh menurunkan berat badan.

11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.

12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata. Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.

Sekian, wassalam.

October 03, 2005

3 SKALA RITCHER !

Salam Sejahtera,



Gaya, Mutu, Keunggulan. Bagaikan ledakan gunung berapi selangor meledakkan serangan! Itulah kesimpulan paling mudah atas kemenangan bergaya Selangor ke atas Perlis (3-0) di Stadium bkt Jalil malam semalam.

Selangor mencipta sejarah bola sepak tempatan apabila memungut gelaran ketiganya musim ini dengan menjuarai Piala Malaysia selepas menundukkan juara bertahan, Perlis. Ia adalah kejuaraan ke-30 buat gergasi Lembah Klang itu dalam saingan trofi itu, yang kembali dalam genggaman skuad Merah Kuning itu selepas kali terakhir memenangi pada 2002 dengan mengalahkan Sabah 1-0.

Sekali lagi, wira Selangor adalah bintang import dari Indonesia, Bambang Pamungkas apabila menjaringkan hatrik termasuk dua gol awal menerusi tandukannya pada minit ke-17, 51 dan 87, hasil sepakan sudut yang diambil rakan senegara Elie Aboy memberikan kemenangan buat Selangor sekaligus menghampakan aku untuk melihat anak jati Malaysia menyumbat gol.


Namun bagi aku wira sebenar Selangor adalah penjaga gol, Jamsari Sabian yang banyak menyelamatkan percubaan bahaya penyerang lawan khususnya Phillimon Chipeta dan Zacharia Simukonda walaupun Bambang telah di nobatkan sebagai Man of the Match pada malam itu.

Apapun syabas dan tahniah kepada Pengurus, Jurulatih, pemain dan penyokong Red Giant ~ Merah Kuning lambang kejayaan!