October 03, 2005

3 SKALA RITCHER !

Salam Sejahtera,



Gaya, Mutu, Keunggulan. Bagaikan ledakan gunung berapi selangor meledakkan serangan! Itulah kesimpulan paling mudah atas kemenangan bergaya Selangor ke atas Perlis (3-0) di Stadium bkt Jalil malam semalam.

Selangor mencipta sejarah bola sepak tempatan apabila memungut gelaran ketiganya musim ini dengan menjuarai Piala Malaysia selepas menundukkan juara bertahan, Perlis. Ia adalah kejuaraan ke-30 buat gergasi Lembah Klang itu dalam saingan trofi itu, yang kembali dalam genggaman skuad Merah Kuning itu selepas kali terakhir memenangi pada 2002 dengan mengalahkan Sabah 1-0.

Sekali lagi, wira Selangor adalah bintang import dari Indonesia, Bambang Pamungkas apabila menjaringkan hatrik termasuk dua gol awal menerusi tandukannya pada minit ke-17, 51 dan 87, hasil sepakan sudut yang diambil rakan senegara Elie Aboy memberikan kemenangan buat Selangor sekaligus menghampakan aku untuk melihat anak jati Malaysia menyumbat gol.


Namun bagi aku wira sebenar Selangor adalah penjaga gol, Jamsari Sabian yang banyak menyelamatkan percubaan bahaya penyerang lawan khususnya Phillimon Chipeta dan Zacharia Simukonda walaupun Bambang telah di nobatkan sebagai Man of the Match pada malam itu.

Apapun syabas dan tahniah kepada Pengurus, Jurulatih, pemain dan penyokong Red Giant ~ Merah Kuning lambang kejayaan!

9 comments:

Meera Melati said...

deanz... aku sokong kau... JAMSARI memang wira Selangor....

dan pertahanan Selangor mampu utk menutup cakap2 org sebab 2 permata hitam Perlis dikawal ketat... bravo buat Nazrul & Tarmini...

kesian kat yusri... krn kehabisan idea terpaksa berlakon dijatuhkan oleh lawan dlm petak penalti... habuannya kad kuning utk dia...

Anonymous said...

salammm deanz...
saya tengok final masa kat kg..tgh makan kenduri sambil nonton tv..gempak man!!nasi entah kemana,mata entah kemana..
bila gol kedua masuk..ader pakcik tu jeritt 'goollll' dgn mulut penuh...pehtu dia gelak segan..kelakarrr!!!

deanz..thanks alots..

cenderawasih said...

tak suka bola! tak suka bola! tak suka bola!

Masy said...

tgk bola dgn mak, masing2 dok terjerit2 smpi nenek kite pon tperanjat..wakakakak..
akhirnya hanya diriku yg menonton..mak dah hanyut dlm ketiduran..kekekeekeke...

Semut Api said...

Maya,
Gua caya lu...


Lady,
moral of the story..berhati2 ketika menonton & makan.., Selangor menang beb!

Masy,
Slah seorang penyokong Perlis yg kecewa...

Semut Api said...

Weeeeiii sahabat..

lama tak dengaq habaq berita...satu lagi yg haru sipa usung bendera depa ...ish! ish!

Semut Api said...

Zal,
Aku pun tak suka coz bola bukan utk di makan... :D

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. http://www.botox-california.info/san_pedro_botox.html Arm chair leather sofa Help with my home surveillance system Botox tension headache botox and pain management gangbang Ipods in porsches Washington internet marketing Cholesterol effect venlafaxine Genetic brand for zocor

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... »