Salam sejahtera,
Di negeri selangor kisah penganugerahan sebatang penyapu telah menjadi isu panas pentadbiran kerajaannya. Ramai yang tersinggung dan berasa hati tetapi tak kurang juga bersetuju dengan MB Selangor. Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail berkata, lebih baik VSS dari dapat sebatang penyapu kerana MDHS gagal mengutip hasil cukai dengan cemerlang. Awas, pilihanraya semakin dekat, jangan kerana sebatang penyapu habis semua 'kerusi' kena sapu!
Di sebalik isu ini ada sebuah kisah yg menarik tentang penyapu yang dianggap sial ini. Di harap ia dapat menjadi iktibar pada para suami supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan misi penipuan yang murni. Cerita ni walaupun hanya sebagai bahan lelucon ia ada iktibar di sebaliknya...
Kisahnya, seorang suami, akibat terlalu suka menggunakan alasan main golf bersama rakan seperniagaannya untuk menipu isteri, dia telah menjadi alpa dan leka. Pada satu hari yang malang, dia seperti biasa telah menggunakan alasan main golf pada malam harinya sebagai alasan paling selamat untuk berhore-hore dan berdangdut di sebuah kelab dangdut eksklusif.
Tanpa di sedari, pada malam ketika dia sedang nyenyak tidur, isterinya yang bijaksana telah memasukkan sebatang penyapu ke dalam beg golf suaminya. Keesokan paginya, dengan konfiden si suami telah keluar ke pejabat dan berpesan pada si isteri akan balik lewat kerana ada aktiviti bergolf pada malam harinya tanpa memeriksa beg golfnya terlebih dahulu. Terus dihumban ke dalam bonet kereta dan vroooom...!

Puas melalak dan bergelek dangdut, sampai di rumah terus tidor (kononnya letih main golf). Si isteri telah memeriksa beg sang suami dan mendapati batang penyapu masih elok di dalam beg golf tersebut. Maka, terbongkarlah rahsia sang suami yang durjana.
Keesokan paginya ketika sarapan, isteri pura-pura bertanyakan permainan golf yang berlangsung semalam pada sang suami yang masih belum sedar kekantoian penipuannya. Dengan konfiden dan bersemangatnya sang suami bercerita tentang game semalam yang mencabar. Bogeylah...eaglelah...birdielah...hole in one lah...bla bla...blah..
Tiba-tiba si isteri bertanya pada suami "Batang penyapu tu abang pakai lubang yang mana bang? Jauh tak distance pukul pakai batang penyapu tu?"
Gulp!! Maka tertelanlah si suami akan kuih donat yang tak berapa lembut itu tanpa sempat mengunyah kedalam lubuk perutnya. Sambil matanya bulat memandang raut muka isterinya yang putih membulat seperti bola golf juga! Oleh itu kepada para golfer yang tak berapa reti nak swing kalau nak menipu biarlah lambat asal selamat. Keperihatinan anda punca penipuan yang lancar dan berjaya.
Kepada MB Khir, aku mencadangkan agar para isteri menyelinapkan sebatang kayu penyapu ke dalam beg golf para suami orang-orang kuat kerajaan Negeri Selangor seperti Senator, YB, YDP, DO dan Pegawai-pegawai Kanannya. Agaknya pendekatan ini lebih pratikal untuk sebuah negeri maju daripada anugerah sebatang penyapu (?).
7 comments:
Hehehe..
Kantoi tak boleh nak buat apa dah yek.
Diorang ni, nak2 geng ppitidi mmg suka menebas. Meeting pun cari tempat yg boleh menebas. Pakej pun cari yg ada free tebasan.
Adeh, yg tu terlupa pandang lak MB kita ni yek.
Wan,
Aku rasa depa yg suka menebas kat padang golf tu..tapi cukai kutip ciput, elok juga kalau di kerah tebas rumput kat parit kampung aku :D
Hi Deanz,
Elok juga klu LHDN dpt penyapu byk2, tk pyh nk byr income tax..
deanz,
saya pernah mendengar kisah ceo yg memberi penyapu kepas semua heod of dept untuk membersihkan sikap malas pekerja mereka. penyapu juga di berisebgaia salah satu hadiah lucku draw di D&D.
abg jas,
Kalau macam tu aku nak bukak kilang penyapu pulak..
BC,
zaman sekarang dah tak pakai penyapu, depa pakai vacum...tak sesuai la untuk lucky draw :D
klu penyapu dihadiahkan utk MB Negeri yang itu, apa pulak agaknya respon beliau ye.. syok jugak kot.
Masy,
Nescaya dia akan jadi suami mithali yang rajin menyapu...
Post a Comment