January 08, 2008

Setuju, Nafi & Pengakuan

i
Agak lama tidak menulis apa-apa. Sedikit sibuk dengan urusan-urusan ofissial dan peribadi yang mencorak cernakan hari-hari yang berlalu. Amat berharap semuanya tidak akan berakhir dengan kemurungan. Dalam sibuk pontang panting di awal tahun tetiba PM isytihar Thaipusam hari cuti juga bagi warga KL/Putra Jaya. Elok sangat la tu..sebagaimana komennya "Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sehingga menyukarkan orang ramai hendak pergi kerja. Namun kita bersabar atas dasar saling menghormati upacara sambutan kaum lain," katanya.

Tapi aku hari-hari meredah jem, tak kira Thaipusam ke tidak...macamana tu? Namun begitu, aku pun berharap sangat agar keputusan ini juga atas dasar suci hati, ikhlas culas tanpa sebarang pengaruh sentimen dan isu. Sebagai warga Malaysia yang berakal aku juga boleh menilai dan menimbang apa yang sekilas, apa yang tersirat.

ii
Dunia ini kian keji. Hari demi hari, manusia semakin kejam dan mementingkan diri. Sesetengah dari kita dilahirkan bodoh kerana kebodohan adalah pemangkin kepada kepandaian. Tetapi sesetengah dari kita terlebih bodoh. Itu masalah besar!


Seperti orang lain, aku juga perasan macam aku bagus. Seperti orang lain, aku ada banyak perkara yang ingin aku kritik. Biasalah tu. Semua orang macam tu. Kita semua sentiasa betul sebab betul itu subjektif. Lingam kata "Kelihatan seperti saya, suara macam saya" "mungkin saya minum terlalu banyak, kawan-kawn saya kata, saya suka cakap benda-benda mengarut apabila minum wain".

Loh pula cakap "Dia tak mabuk atau berlakon semasa di rakam". Mana satu betul? Berbalik kepada subjektifnya istilah betul, maka dua-dua betul. Aku betul, dia betul, Lingam pun betul! Jadi nak buat macam mana? Bak kata Mawi, buat bodoh je lah.

iii
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat melayu bahawa ia berasal dari perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin liar yang bertindak mengganggu manusia.


Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di tv, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.

Dalam drama bersiri TV3, pontianak diangkat sebagai Super Hero yang mampu membantu mereka yang dalam kesusahan. Besar jasanya. Masyarakat moden di beri kepercayaan baru terhadap persepsi hantu pontianak...dan Zarina An-Julie juga mengaku beliau adalah pontianak yang lemah dan manusia biasa yang bukan Super Hero dan sering berbuat khilaf...

Tak apalah, lebih baik bersetuju mengaku dari menafi...


1429

Lelaki pertama telah menerajang dan memukul sambil mengacu sepucuk rifel ke kepala seorang wanita yang luka cedera, darah keluar daripada hidung dan telinganya lalu pengsan. Dia berpaling dan berkata,

"Akulah yang paling kejam!"

Lelaki kedua bangun dan merogol wanita itu tanpa rasa belas, memijak dan terus menembak bertubi-tubi ke kepala mangsa sehingga wanita itu mati. Dan dia berkata...

"Adakah ada lagi orang yang lebih kejam selain aku?".

Lelaki ketiga pula bangun tersenyum sambil menjawab,

"Akulah yang paling kejam kerana aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah saudaraku sendiri"

Perempuan itu adalah Palestine.
Lelaki pertama adalah Sharon.
Lelaki kedua adalah Negara Barat.
Lelaki ketiga pula adalah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan melihat.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1429. Siapa yang peduli ?