January 08, 2008

Setuju, Nafi & Pengakuan

i
Agak lama tidak menulis apa-apa. Sedikit sibuk dengan urusan-urusan ofissial dan peribadi yang mencorak cernakan hari-hari yang berlalu. Amat berharap semuanya tidak akan berakhir dengan kemurungan. Dalam sibuk pontang panting di awal tahun tetiba PM isytihar Thaipusam hari cuti juga bagi warga KL/Putra Jaya. Elok sangat la tu..sebagaimana komennya "Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sehingga menyukarkan orang ramai hendak pergi kerja. Namun kita bersabar atas dasar saling menghormati upacara sambutan kaum lain," katanya.

Tapi aku hari-hari meredah jem, tak kira Thaipusam ke tidak...macamana tu? Namun begitu, aku pun berharap sangat agar keputusan ini juga atas dasar suci hati, ikhlas culas tanpa sebarang pengaruh sentimen dan isu. Sebagai warga Malaysia yang berakal aku juga boleh menilai dan menimbang apa yang sekilas, apa yang tersirat.

ii
Dunia ini kian keji. Hari demi hari, manusia semakin kejam dan mementingkan diri. Sesetengah dari kita dilahirkan bodoh kerana kebodohan adalah pemangkin kepada kepandaian. Tetapi sesetengah dari kita terlebih bodoh. Itu masalah besar!


Seperti orang lain, aku juga perasan macam aku bagus. Seperti orang lain, aku ada banyak perkara yang ingin aku kritik. Biasalah tu. Semua orang macam tu. Kita semua sentiasa betul sebab betul itu subjektif. Lingam kata "Kelihatan seperti saya, suara macam saya" "mungkin saya minum terlalu banyak, kawan-kawn saya kata, saya suka cakap benda-benda mengarut apabila minum wain".

Loh pula cakap "Dia tak mabuk atau berlakon semasa di rakam". Mana satu betul? Berbalik kepada subjektifnya istilah betul, maka dua-dua betul. Aku betul, dia betul, Lingam pun betul! Jadi nak buat macam mana? Bak kata Mawi, buat bodoh je lah.

iii
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat melayu bahawa ia berasal dari perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin liar yang bertindak mengganggu manusia.


Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di tv, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.

Dalam drama bersiri TV3, pontianak diangkat sebagai Super Hero yang mampu membantu mereka yang dalam kesusahan. Besar jasanya. Masyarakat moden di beri kepercayaan baru terhadap persepsi hantu pontianak...dan Zarina An-Julie juga mengaku beliau adalah pontianak yang lemah dan manusia biasa yang bukan Super Hero dan sering berbuat khilaf...

Tak apalah, lebih baik bersetuju mengaku dari menafi...


10 comments:

Anonymous said...

hmm..kita dengar..kita tengok..kita boleh nilai sendiri la yang mana lebih betul dikalangan yang betul tu

Semut Api said...

Meen,

...masalahnya ada yang perasan terlebih betul.

Masy said...

yaaa correct correct correct~

Semut Api said...

MASY,

yes..correct..kroni dia ke ni?

Unknown said...

wakakaka....

Blank said...

deanz,

ada betulnya tu....tapi dah cam tu, camna?

Semut Api said...

Zal,
awak gelak macam pontianak... ;D

BC,
...ikut je la..

jagoan said...

Selamat hari lahir yang ke 30. Ahaks!

Semut Api said...

Tok...ko pandai jer... :D

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih