June 05, 2008

Statement yang perlu anda ketahui sempena Hari Kenaikan Harga Minyak Petrol di Malaysia

i

Dato’ Shahrir Samad memberitahu tujuan sebenar mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk menampung kos pembangunan Negara.

-Inilah jawapan paling ikhlas Dato' Shahrir berhubung kenaikkan harga minyak. Apakah hasil minyak semata-mata digunakan untuk menampung kos pembangunan yang mega dan terlampau?

ii

Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa 5 JUn 2008. Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.

Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar.

-Terima kasih daun keladi Pak Lah, lepas ni jangan lah naik lagi.

iii


Keputusan kerajaan menaikkan harga petrol 78 sen dan RM1 bagi diesel berkuat kuasa tengah malam ini sekali gus membatalkan larangan ke atas pemilik kenderaan asing membeli bahan api itu di kawasan sempadan di utara negara ini.


-tarik balik pulak dah... (?)


iv

Mulai esok, kos bahan api bagi kereta berkuasa 1,600 cc untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sejauh 350 kilometer meningkat daripada RM46 kepada RM67 berikutan kenaikan harga petrol yang diumumkan kerajaan hari ini.


-Peeeergh!! kena puasa pulak kalau nak travel balik kampung.

v

Noraziah Ibrahim, 37, berkata, kenaikan mendadak itu akan menambahkan lagi beban pengguna yang sedang berhadapan dengan masalah kenaikan harga makanan.

''Kenaikan harga barang makanan belum lagi selesai, sekarang rakyat perlu berhadapan dengan beban lain pula yang lebih berat,''

Asri Osman, 40, menyifatkan kenaikan minyak petrol RM0.78 dan diesel RM1 seliter adalah terlalu tinggi.

Katanya, kenaikan harga minyak setinggi itu sudah pasti akan meningkatkan harga semua barang keperluan yang lain.

"Kerajaan tidak patut menaikkan harga minyak setinggi ini dan perlu mengkaji semula harga ini.
"Dengan kenaikan harga petrol sehingga RM0.78 seliter, bukan sahaja perbelanjaan untuk minyak meningkat hampir sekali ganda, malah seluruh perbelanjaan harian turut naik,"

Pemandu teksi, Chong Mok Soo, 68, berkata, rakyat berpendapatan rendah seperti beliau tidak mampu menahan kesan kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi.

"Mana boleh tahan, esok mesti semua barang naik.

"Kalau boleh kita tidak mahu naikkan harga sewa teksi tetapi kalau diesel naik sampai RM1 seliter, mana boleh tahan,'' katanya.

-aku setuju sangat-sangat!

vi

Pemimpin parti pembangkang menyifatkan kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 40 peratus sebagai membebankan rakyat dan yang terburuk dalam sejarah negara.

Sementara itu, ganjaran memberi wang tunai kepada pemilik motosikal dan kereta pada akhir tahun tidak akan meringankan beban rakyat yang sebelum ini dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan seperti beras, ayam dan tepung.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pemberian RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc hanya menjimatkan RM2 sehari.

-So rakyat sekarang dapat apa? Dapat badi pilihanraya?

8 comments:

Masy said...

salam..
paklah mcm nak balas dendam je.. blahLah!~

Semut Api said...

masy

dendam yang tak kesampaian...

AbGJaS said...

Deanz,
Dgn kenaikan harga minyak ini, didapati hanya satu sahaja yg tak naik, malah menurun!!

Amende tu? Sokongan kpd Pak Lah!!

Semut Api said...

abg jas,

Semasa sidang akhbar, Perdana Menteri ditanya kemungkinan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan itu menyebabkan kerajaan pimpinannya kurang popular di kalangan rakyat.

“Ini bukan soal untuk popular, ini adalah langkah serius untuk keperluan rakyat. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak tetapi memastikan ‘situasi menang-menang’ untuk semua.''PM.

maknanya PM bersedia untuk menjadi tidak popular tapi belum sanggup untuk turun takhta...

shafarina said...

gelak lak baca komen abgjas

letih la deanz.. minyak naik satu, kata dah kaji apa2 semua.

last2 bila kita tibai balik, baru nak revise itu ini.

agaknya diorang ni pikir ape yek?

Semut Api said...

Wan,

aku pun tak tau la depa pikiaq apa...depa minum petrol kot..tu pasal pening sikit...

dengar khabar org gomen dapat gaji seteng-seteng...kalu bayak keta pun seteng dulu kat bank depa mau dak che Wan ? :)

Anonymous said...

itu la, sapa suruh bagi paklah menang????

Aku dah agak dah, depa tu orang banyak duit, cakap senang la. tapi yang menanggungnya kita juga.

Dia suruh kita ubah cara hidup la, itu lah, ni lah. Sepatutnya, Malaysia yang kaya raya dengan minyak ni takkan naikkan harga minyak. tengok macam negara negara OPEC. minyak dia ikut harga dia.

Paklah memang tak boleh jadi PM, sebab bila dia jadi PM, korang tengok apa jadi?
Ini bukanTradisi membela rakyat... ini dah jadi Tradisi Membelasah Rakyat namanya.


yang layak jadi PM..... ialah....
korang fikirlah sendiri.

Semut Api said...

Alid,

nanti ko bertanding Parlimen Tanjung...kasi tumbang itu Noh. aku tolong kempen. Ada berani bro?