. |
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kemenangan
Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat menunjukkan para pengundi
tidak boleh diambil mudah.
Dalam perutusan tahniah, Najib berkata, 'kemenangan luar
biasa' Trump membuktikan amalan pengundian pendapat serta ulasan media adalah
salah dengan menumpukan kepada mereka yang terpinggir.
"Kejayaan Trump menunjukkan ahli-ahli politik tidak
boleh mengambil mudah pengundi. Undian pendapat dan tokoh-tokoh politik, semua
memandang ringan di atas kekuatan sokongan beliau.
"Ikrar beliau kepada rakyat AS yang terpinggir - mereka
yang ingin melihat kerajaan lebih menumpukan kepada kepentingan dan kebajikan
mereka selain mengurangkan keterlibatan dalam campur tangan asing terbukti
bertentangan dengan kepentingan AS - membawa Trump untuk menduduki Rumah Putih,"
kata beliau dalam kenyataan.
Trump memenangi pilihan raya presiden AS sebentar tadi
dengan memperolehi 276 undi menewaskan pencabarnya, Hilary Clinton dari parti
Demokrat yang meraih 218 undi.
Memetik laporan AP, kerusi terakhir yang dimenang Trump
adalah Winconsin yang memberinya 10 undi electoral.
Dengan kemenangan itu, Trump yang merupakan bekas ahli
perniagaan bergelar jutawan dan personaliti program realiti televisyen itu
muncul sebagai presiden AS ke-45 selepas Barack Obama selain presiden paling
berusia yang pernah dimiliki oleh AS.
Kejayaan pada 70 tahun dengan kempen bertemakan 'Jadikan
Amerika Hebat Sekali Lagi' juga membolehkan Trump menafikan hasrat Clinton
untuk menjadi presiden wanita pertama AS.
~dipetik
No comments:
Post a Comment