Salam Sejahtera,
Penghulu segala bulan datang lagi, Ramadan Al Mubarak. Ia disambut dengan penuh kerinduan, kesyukuran dan kegembiraan. Atas rasa kegembiraan inilah, Rasulullah s.a.w bersabda pada saat munculnya Ramadan dengan katanya yang bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan penghulu segala bulan. Telah datang kepadamu bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu." (Riwayat at-Tabrani).
Di negara yang gemilang ini, menjelangnya bulan Ramadan juga merupakan bulan munculnya segala macam jenis juadah berbuka puasa. Malah kadang-kadang kelihatan lebih banyak gerai dari pembeli. Meriah memang cukup meriah! Sebut apa saja jenis kuih...lompat tikam, puteri lilin, putu mayung, putu piring, lopes, lapis, peniram, sarang tebuan, pelita, talam, ketayap, talam, telinga monyet, cucuq udang, cucur badak, kuih bom!...dan banyak lagi akan muncul menjelangnya bulan puasa ini.

Walau apapun, bersyukurlah selalu. Sebab kamu yang paling tahu siapa dirimu. Sebab kamu yang yakin akan kekuatanmu. Kerana kamu juga yang menyedari kelemahanmu.
Walau apapun, bersyukurlah selalu. Sebab kamu yang paling tahu siapa dirimu. Sebab kamu yang yakin akan kekuatanmu. Kerana kamu juga yang menyedari kelemahanmu.
Jadilah sekukuh karang di laut, seperkasa helang terbang bebas di angkasa, sebesar paus meredah ombak, segagah pohon menjulang ke langit dengan akar memasak ke bumi, seharum melati yang sentiasa mewangi, seindah mutiara yang bersinar atau apapun yang kau mahu. Tetapi, tetaplah sedar bahawa kamu adalah seorang hamba, yang harus tunduk kepada Nya. Kerana itulah dirimu...
Selamat berpuasa.