February 13, 2006

BUKAN 18SX

'Tiada kes tangkapan maksiat di Zoo Melaka'
Oleh Hasnira Hassan

MELAKA:
Zoo Melaka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjadikan kawasan itu sebagai lokasi maksiat dan bersedia membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membendung kegiatan itu.

Pengarahnya, Mohd Nawayai Yasak, berkata adalah sukar bagi pihaknya mengawal kegiatan pengunjung yang menyalahgunakan kawasan mereka sebagai pusat rekreasi keluarga dan pendidikan.Bagaimanapun, katanya, pemantauan sentiasa dijalankan bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang menyalahi undang-undang atau mencemar nama Zoo Melaka.

"Sehingga kini, belum ada sebarang kes tangkapan maksiat di Zoo Melaka...kita sentiasa memantau, sekadar pegang tangan dan duduk di bangku yang disediakan...kita masih bertolak ansur.

"Tetapi, jika aduan mengenai kegiatan maksiat, kita tidak boleh berkompromi, dan kita akan laporkan pada Jaim," katanya kepada Berita Harian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa Zoo Melaka dijadikan sebagai sasaran lokasi maksiat oleh remaja.



Lokasi : Parking lot Zoo Melaka , Masa : Ahad malam Isnin (3:28 a.m)

Bunga : 'Kat sini tak best la yang...lampu terang...'

Kumbang: 'Kita tengok dalam kereta jom, baru line clear'

Dalam kereta;

Bunga : Hmm...kat sini baru best bole tengok puas-puas..hehehe..'

Kumbang: 'mmmm..' (berfikir, seribu persoalan dalam kepala)

Bunga: 'Alaaa u ni kenapa wat muka macam tu...macam tak biasa jer..'

kumbang: 'Mmmm...Memang tak biasa'

Bunga: 'O.k kita tutup dengan jaket u bole?'

Kumbang: 'Boleh..boleh ' (masih berfikir)

Bunga: Bukak la zip tu...baru boleh tengok, slow la u nih..'

Kumbang:' Mmmm...tak biasa la...'

Bunga: 'Laaaaa awak niiii...bukak zip jaket tu, kita tengok dari bawah jaket jam tangan baru yang father i beli sempena birthday i ni. Cantik kan? Boleh menyala lagik...jap kaler merah..jap biru... Nak harap u hampeh!! Langsung tak ingat birthday i !'

Kumbang: Ha'ah cantik..cantiiiik sangat...' (Masih dalam kebingungan sambil tangannya memegang zip seluar )

*Apakah klasifikasi bagi senario di atas? U, 18SG, 18SX, 18PA atau 18PL?

February 08, 2006

LUAR BIASA

Salam sejahtera,

Semut makhluk kecil yang sangat luarbiasa. Fizikalnya kecil tapi punya semangat kekitaan yg cukup kuat, juga mampu mengusung bebanan yang berkali-kali lebih besar dari tubuh badannya.



Manusia juga makhluk luar biasa yang dianugerahkan otak untuk berfikir, tapi seringkali berpecah belah. Dalam setahun mampu membuang sampah berkali-kali lebih besar dari fizikalnya.



Antara semut dan manusia keluarbiasaannya mencipta jurang perbezaan yg cukup besar...

February 03, 2006

APE DAAA...


Salam sejahtera,

Hidup ini perlu kepada peraturan. Malah mematuhi peraturan merupakan fakta penting dalam mencapai kejayaan peribadi mahupun sesebuah organisasi. Tetapi kita sering berhadapan dengan berbagai kerenah dan alasan untuk menyimpang dari segala bentuk peraturan.

Peraturan sedia ada kadang-kadang tidak dapat membendung sikap sedia ada pekerja dalam sesebuah organisasi. Oleh itu adalah penting bagi kita memikirkan kaedah @ peraturan terbaik untuk mengatasinya.
  • Jangan sesekali menerima lagi 'surat sakit' (m.c) sebagai bukti bahawa anda sakit. Bila anda dapat pergi ke doktor bermakna anda dapat pergi ke tempat kerja.
  • Cuti kematian. Ini bukan alasan untuk tidak datang kerja, tidak ada yang dapat anda lakukan untuk saudara, jiran atau kawan-kawan yang telah meninggal. Harus diusahakan si mati meninggal di hari cuti umum atau di hari minggu.
  • Kematian diri sendiri. Hanya ini yang akan diterima sebagai sebuah alasan kematian. Namun demikian notis kematian perlu di beritahu sekurang-kurang dua minggu sebelumnya kerana adalah tugas anda untuk melatih orang yang akan menggantikan anda.

Di zaman teknologi perubatan semakin canggih ni ajal boleh adjust ke? Kadang-kadang aku terpikir apa yang nkorang fikir......tapi logik ke?


January 28, 2006

JAN 28

Does your name begin with: K?

You are secretive, self-contained, and shy. You are very sexy, sensual, and passionate, but you do not let on to this. Only in intimate privacy will this part of your nature reveal itself. When it gets down to the nitty-gritty, you are an expert. You know all the little tricks of the trade, can play any role or any game, and take your love life very seriously. You don't fool around. You have the patience to wait for the right person to come along. You are very generous, giving, often selfless. You are kind-natured sweet, which is found to be attractive by many. You are a good friend.

Kelahiran Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Kelahiran JANUARI...
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial.



Tanggal Satu~zodiak versi India...
MAKARA (15 January - 13 February)
Kalau melakukan kerja, Anda akan lupa segala nya, maklumlah dalam horoskop India, Makara bererti usaha dan memang anda jenis mahkluk yang suka berusaha dan bekerja keras walau tanpa hasil yang jelas. Tapi yang pentingnya usaha dulu lebih baik dari tewas sebelum berusaha. Dalam keadaan yang lain anda seorang penghayal kelas berat!

AQUARIUS
Ciri orang yang berbintang Aquarius adalah :Memiliki jiwa besar, suka bergaul dimasyarakat, belas kasihan tidak menaruh rasa dendam, bersifat sosial, mengabdi kpd masyarakat, cinta kepada saudara dan keluarga, tidak suka nyeleweng, mencintai damai, dapat menasehati orang lain, kreatif dlm mencari idea-idea yg baru. Suka akan ketenangan untuk mencari ilham dan inspirasi. Sehubungan dengan karya yg akan dilaksanakan. Bersifat sopan santun dan dan tidak egois.

Wassalam.

~ dipetik dari beberapa sumber.

`SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - 1427`

January 23, 2006

PM PUN DAPAT MEMO

Salam sejahtera,

Sembilan menteri Kabinet bukan Islam menghantar memorandum kepada PM supaya Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dipinda sebagai sesuatu yang `luar biasa'.

Isu membabitkan perkara itu timbul berikutan kematian pendaki Everest Sarjan M.Moorthy atau Muhammad Abdullah apabila balunya, S.Kaliammal, dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau. Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam.

PM dengan nada tegas menyatakan, ``tidak harus dan tidak mungkin dipinda!''


TPM pula menyifatkan tuntutan yang dilakukan oleh menteri-menteri terbabit tidak sesuai dan tidak `manis' dilakukan kerana ini bukan amalan pentadbiran kerajaan. Isu ini sensitif dan tak wajar untuk dibangkitkan dengan cara itu. Cara bermesyuarat adalah alternatif terbaik.


Berikutan keputusan PM, sembilan menteri Kabinet bukan Islam menarik balik memorandum kepada Perdana Menteri yang meminta supaya undang-undang berkaitan pertukaran agama disemak semula dengan memberi jaminan bahawa tidak berniat sama sekali untuk memberi tekanan kepada kerajaan dengan mengemukakan memorandum bersama dan sebaliknya adalah untuk mencerminkan pandangan, cadangan dan kebimbangan bagi pihak masyarakat bukan Islam.

Dalam pada itu, Datuk Seri Rafidah Aziz membuat kenyataan lisan tanpa Memorandum. Beliau berkata, tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri supaya menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama sebagai wajar.

Bagi sesetengah daripada kita isu ini tidak mendatangkan apa-apa gangguan dalam urusan seharian malahan untuk ambil tahu sekadar menyicip berita juga tidak sama sekali tetapi ia mengenai masa depan kedaulatan sebuah agama...

January 19, 2006

SEGUMPAL JANJI




Tiada apa yang aneh
Kalau hati menitiskan darah
luka terhiris
kerana hati juga segumpal darah

Tiada apa yang aneh
jika segumpal bom juga tidak meletup
Bagai janji bulan madu
yang hanya mimpi

January 13, 2006

GENERASI KE 8



Di Suatu pagi di sebuah gerai makan...

'Sengkuang, ko makan kat sini hari-hari tak jemu ke?'

'Nak jemu pasal apa? Aku dah selesa dengan menu kakak ni'

'Ye laa, kadang-kadang aku rasa ko tak adil dengan tekak ko'

'Tekak ku...halkum ku, tak sangkut paut dengan gerai ni. Paham tak? Lemau betul la ko ni! Tukar topic lain bole tak?'


'O.k laaa...Amacam kalau satu hari kita pi makan kat Grand Season ke? Macam makan dengan amoi hari tuuu'

'Ha'ah sape nak bayo? Kalau makan sponsor bole la. Tak pun pakai kad gores ko, amacam ada berani ka?

'Alah! kecik punya hal lah...kawan-kawan apa kesah. Hari ni kau blanjer, esok lusa aku pulak. Ko pun kan keturunan kaya-kaya takkan makan kat warung jerrr...Apa kelas!'

'Memang la...aku mengakui dengan bongkaknya kalau setakat tujuh keturunan harta aku tak habis makan tau..hahahaha...'

'Abis tu takkan hari-hari makan nasi lemak sehinggit kat warung jer...Tak ngeti-ngeti nak habiskan reta keturunan ko ke?'

'Masalahnya aku keturunan ke lapan! Ko paham tak? ..ke laaapan..Tu pasal aku sengkek!'

'Cisss! Nyesal aku jadi kawan ko!'

January 09, 2006

PENYEMBELIHAN

Suatu malam ketika Nabi Ibrahim bermalam di Muzdalifah. Di dalam tertidur sejenak itulah Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan Ibrahim untuk menyembelih anaknya sebagai korban.

Setelah ia terbangun, ia membisikkan kepada anaknya Ismail: “Hai anakku, aku bermimpi diperintah Allah untuk menyembelihmu, bagai manakah gerangan pendapatmu?” Ismail menjawab tanpa ragu: “Wahai bapaku, laksanakanlah apa yang diperintahkan Allah itu, dan aku akan tetap tabah, insya Allah.”

Keduanya bersiap untuk menjalankan perintah itu di saat itu juga. Keduanya berangkatlah menuju suatu tempat di daerah yang berbukit bukit, di kaki sebuah gunung, iaitu daerah yang disebut Mina (atau Muna) sekarang ini.


Akhirnya Ibrahim dan lsmail sampailah di suatu tempat di kaki sebuah bukit yang tinggi yang sekarang ini dinamai Bukit Malaikat (di Mina), dimana Ibrahim akan melaksanakan perintah Tuhan dengan menyembelih leher anaknya Ismail.


Keduanya sudah bersiap, Ibrahim sudah bersiap dengan pedang tajam yang terhunus di tangan kanannya untuk menyembelih. Sedang lsmail sudah bersiap merebahkan dirinya di atas sebuah batu besar membukakan lehernya untuk disembelih. Sekadar untuk sedikit meringankan beban penderitaan batin dari kedua manusia besar itu, lsmail mengusulkan kepada bapanya agar mengikat kedua tangan dan kedua kakinya, dan agar baju yang menutupi badannya dibuka saja, lalu ditutupkan ke wajah mukanya sendiri.

Ia usulkan pula agar perintah itu segera saja dijalankan, dengan mengasah pedang lebih dahulu agar lebih tajam, supaya tidak begitu lama akibat yang timbul karena penyembelihan ini. Setelah mengucapkan salam selamat tinggal kepada bapanya, lsmail mengusulkan pula, agar bajunya itu nanti diserahkan kepada ibunya, agar baju itu dapat dicium oleh ibunya bila ibunya merindukan dirinya. Dan baju itulah pula sebagai pusaka untuk ibu yang ditinggalkannya.

Sekarang tibalah saatnya untuk melaksanakan penyembelihan itu. Baru saja Ismail merebahkan lehernya di atas batu, dan Ibrahim bersiap mendekatkan mata pedang ke lehernya, tiba tiba dari atas puncak bukit itu terdengar suara memanggil namanya: “Hai Ibrahim, sungguh engkau sudah siap untuk melaksanakan perintah Tuhan dalam mimpimu. Kami akan memberi ganjaran setimpal dengan ketaatanmu itu.”

Ibrahim segera menoleh ke tempat datangnya suara itu, ia melihat satu Malaikat turun ke bawah membawa seekor kibas yang amat bagus, gemuk, sihat. Berkata Malaikat itu: “Hai Ibrahim, sembelihlah kibas ini sebagai ganti anakmu Ismail itu makanlah dagingnya, jadikanlah hari ini hari raya bagimu berdua, dan sedekahkanlah sebahagian dari dagingnya untuk fakir miskin sebagai korban.”

Darah tertumpah di atas batu membasahi bumi, bukan darah Ismail, tetapi darah seekor kibas yang gemuk dan sihat. Begitulah caranya Allah menebus korban Ismail dan korban Ibrahim. Ditebus Allah dengan satu penyembelihan agung, satu macam penyembelihan yang amat agung maksud dan pelaksanaannya.


Kerana seekor kibas saja tidak sepadan, maka Allah dengan perantaraan Nabi Muhammad s.a.w. memerintah kepada semua orang yang beriman dari dahulu sampai sekarang dan sampai hari kiamat agar menyembelih kambing sebagai korban dan ‘aqiqah. Korban hukumnya wajib bagi setiap orang yang melakukan ibadat haji, dan hukumnya sunnah mu’akkad bagi setiap Muslim yang tak melakukan ibadat haji.

Selain dari itu, kepada setiap orang Islam yang mendapatkan seorang anak, disunnahkan pula memotong kambing sebagai ‘aqiqah, ertinya sebagai tebusan bagi anaknya.

-dipetik.


Wassalam...

~SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA~

January 05, 2006

2006: ENTRI PERTAMA

Salam sejahtera,

Kita sudah meninggalkan tahun 2005 untuk memasuki fajar yang baru, tahun 2006. Seiring dengan perginya tahun 2005, berbagai peristiwa yang menghiasi tahun 2005 juga akan kita tinggalkan. Semuanya itu tidak akan berulang lagi, namun mungkin akan tetap meninggalkan kenangan suka dan duka.

Di penghujung tahun sehingga mejelangnya awal tahun, negara kita di kejutkan dengan beberapa kemalangan ngeri yang tiba-tiba sahaja mencatat jumlah kemalangan yang tinggi dan mengerikan dari kereta persendirian, lori, bas ekspres dan tidak ketinggalan juga motosikal. Perlu rasanya pihak polis melancarkan Ops Statik sepanjang tahun.


Isu GPMS yang belum reda, rompak, bunuh dan campak, banjir terburuk di utara sejak 30 tahun yang lalu, kesesakan di KL yang seakan tiada jalan penyelesaiannya tetapi ragut semakin berkurangan dan NUBE ada berita baik untuk kakitangan bank.

Sukan bolasepak juga tidak ketinggalan dari diperkatakan apabila pasukan Selangor tidak konsisten di awal musim telah menaikkan kemarahan penyokongnya. Nasib baik tidak ada insiden flying kick ala Cantona.

Di malam tahun baru peminat genre muzik metal di serbu polis. Sehari selepas itu satu sidang akhbar dibuat bagi mempertahankan apa yang mereka dakwa sebagai penggemar muzik blackmetal dan langsung tiada kaitan dengan satanism. 'Itu dah lari tune!' Dakwa salah seorang drpd mereka. Lantaran itu polis dikatakan salah serbu dan wartawan silap lapur.


Blackmetal sebenarnya merupakan salah satu genre metal yang terbahagi kepada death, heavy metal, speed, thrash dan grind. Apa yang menjadi kekeliruan semua pihak adalah "kumpulan ajaran sesat" yang mendakwa ahli blackmetal ini menjadikan muzik blackmetal ini sebagai asas untuk pergerakaan mereka yang sama sekali bertentangan dengan ISLAM dengan mengaku menyembah syaitan dan meminum darah kambing sebagai upacara rutin demi membuktikan "ketaatan" mereka kepada syaitan.

Aku malas nak ulas panjang tetapi mengatakan orang lain 'PARANOID' itu keterlaluan! Cuma aku berharap kalau tahun 2005 dikatakan 'Tahun Sumpahan Alam' tahun 2006 ini tidak menjadi tahun paranoid dek sumpahan Besi Hitam! Atau mungkin di tahun 2006 ini kita perlu lebih radikal untuk survive...

December 27, 2005

TAHUN BARU, AZAM BARU (?)

Salam sejahtera,

Apabila menjelangnya penghujung tahun kita merasakan bahawa masa ini berlalu begitu pantas sehingga kita tidak terasa bahawa hari sudah berganti minggu, minggu menjadi bulan dan bulan menjadi tahun. Tanpa kita sedari kita kini sudah di ambang penghujung tahun 2005 dan tidak beberapa hari lagi akan menjelang tahun baru 2006.

Biasanya setiap kali menyebut tahun baru ia sering dikaitkan dengan azam seseorang untuk meningkatkan usaha dan mencapai kejayaan yang lebih baik. Perkara-perkara positif sering di jadikan azam sebagai pelengkap soalan klise 'Apa azam baru tahun ni?' atau sememangnya menjadi tekad seseorang.

Ciri-ciri azam dan tekad sempena tahun baru termasuklah azam yang bermanfaat, memotivasikan diri sendiri dan bersifat sebagai matlamat jangka panjang. Azam baru ini mampu menaikkan tahap kehidupan seseorang individu, agar berusaha untuk mencapai lebih kemajuan dan meningkatkan akhlak, moral dan kualiti kehidupan.



Soalan yang sama juga sering di tanyakan kepada aku yang kadang-kadang aku rasa soalan tak perlu itu tak perlu dijawab dan tak perlu ditanya. Maaflah aku sememangnya tidak berazam di awal tahun seperti yang lazimya di lakukan oleh ramai orang. Cukuplah sekadar ucapan selamat Tahun Baru...

Aku lebih selesa memulakan tekad sebagai azam setiap kali menjelangnya tarikh kelahiran kerana aku rasakan detik kelahiran adalah tarikh permulaan kehidupan di alam nyata dan pada ketika itulah secara simboliknya survive kita bermula. Diantara kehidupan dan kematian adalah satu perjalanan yang perlu kita corakkan sebaik mungkin sebagai pengisian cemerlang kita sepanjang hayat.

Menjelangnya penghujung tahun ahli perniagaan sibuk menghitung semula keuntungan yang terkumpul sepanjang tahun, para pekerja sibuk menilai semula prestasi kerja untuk kenaikan gaji dan pangkat pada tahun hadapan dan tidak kurang juga ada yang mula berkira-kira port yang sesuai untuk celebrate countdown 2006.

Kita kadang-kadang lupa untuk menghitung sebanyak mana catatan positif di'sana' sepanjang 365 hari yang kita tinggalkan. Sebenarnya setiap drpd kita hanya pengumpul suka dan duka sepanjang hidup untuk dijadikan panduan masa depan. Selamat tinggal 2005, Selamat datang 2006 dan Selamat Tahun Baru kepada semua.

December 19, 2005

TEN PERCENT

TNB mahu naikkan tarif elektrik 10% tahun depan
Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR 15 Dis.
- Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini membayangkan telah memohon kepada kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 10 peratus mulai tahun depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohd. Noh yang enggan mengesahkan cadangan kadar kenaikan itu walaupun disoal bertalu-talu, menyatakan: ``Purata kepenggunaan elektrik bagi pengguna berpendapatan rendah di negara ini adalah sekitar RM15 sebulan manakala golongan berpendapatan sederhana pula kira-kira RM70 sebulan.

``Sekiranya, kita andaikan, berlaku perubahan pada tarif elektrik sebanyak 10 peratus, ia hanya menyebabkan pertambahan antara RM2 hingga RM7 sahaja.

``Kadar ini masih jauh lebih murah berbanding tarif elektrik di rantau ini.''

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan TNB di ibu pejabatnya di sini hari ini.

~Utusan Malaysia.

Kita sebagai pengguna, apakah langkah-langkah yang perlu di ambil sebagai strategi penjimatan untuk hari ini dan akan datang... (?)
  1. Gunakan tenaga elektrik seminimal mungkin, tanpa kipas angin, tanpa aircond, tanpa water heater, tanpa iron dan banyak lagi tanpa terutamanya aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan hanya menggunakan tenaga dalaman ataupun apa-apa keperluan yg kita rasakan boleh diabaikan tanpa penggunaan tenaga elektrik.
  2. Gunakan tenaga elektrik semaksima yang boleh. Pasangkan lampu setiap ceruk rumah selama 22 jam termasuk lampu sport light sekeliling rumah dan rehatkan 2 jam daripada 24 jam tenaga letrik Tenana Nasional untuk memastikan sebarang kecelakaan dapat dihindarkan. Tv anda juga boleh di onkan sepanjang masa walaupun tanpa penonton kerana kita sudah ada siaran 24 jam sama ada melalui stesyen tv berbayar atau percuma.

Saya berpendapat strategi ke-2 paling praktikal kerana ia akan menjamin pulangan RM yang diharapkan dan pastinya dapat menampung kos penyelenggaraan TNB yang tinggi. Kaedah ini sesuai untuk memastikan TNB tidak akan menaikkan tarif elektrik pada masa akan datang kerana kenaikan kali ini dan kutipan bil daripada pengguna dapat menampung kos penyelenggraan akan datang.

Bekalan petroleum bukan selama-lamanya boleh diperoleh dalam negara dan jika tidak dijimatkan Malaysia mungkin terpaksa mengimport petroleum pada 2009 untuk membekalkan tenaga elektrik.


Menurut Keng Yaik, sebanyak 65 peratus janakuasa elektrik di negara ini menggunakan gas yang dibeli untuk menghasilkan bekalan elektrik bagi memenuhi keperluan negara. Malaysia katanya, mendapatkan bekalan gas daripada Petronas dengan harga subsidi sebanyak RM6 bilion, jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

~utusan Malaysia.

Sekadar memberi beberapa contoh dan sekian sahaja. Anda ada cadangan lain?

December 15, 2005

...(?)


"Hoi Baghdad! lama nguyup mana pi? Aku ingat dah padam"


"Banyak la ko punya padam. Yang ko tu baru hari ni nampak ekor nak havoc line orang pulak!"

"Aku banyak hal kat luar la...tu pasal aku jarang melantit dengan korang. Paham tak sontoool!"

"Macam-macam hal la ko ni. Macam la satu dunia ni ko sorang jer kerja. Orang lain tak kerja? dok merebeeeh jer..."

"Tau tak pe, Tak tau bahaya"

The A team.

"Yang ko sesat sini pagi-pagi ni apa kes?"

"Aku biasak la...mentedarah tempat lain, buang tempat ko"

"Memang standard ko...dulu, kini dan selamanya..."

"Kah! kah! Kah! .....Tengahari ni free tak?"

"Ada port baru ke? Bole jugak aku letih semalam balik kampung"

"Apa channel la ko ni...Aku citer lain ko paham lain"

"Speak very clear la...Tengahari ni ko blanje aku ...ok?"

"Apa lobang? Asal jumpa ko je aku blanje. Bapak ayam pun jual bulu tau!"

"Wooii ! Bonus bukan abis makan, sedekah la sikit kat aku buat amal lepas-lepas raya ni"

"Taun depan la tunggu bulan posa nanti aku blanje ok? Banyak sikit pahala aku"

"Ha'ah! Yo la tu! Tau-tau petang ni ko padam...Aku kencing batu nesan ko"

"Berani?! Kalau ko tahan daulat aku buat la. Silap-silap bole buasir tau.."

"Kah Kah Kah...Kah...! ! "



* Hanya untuk bacaan tanpa sebarang prajudis, bukan untuk ikutan. Sekian... ;D

December 07, 2005

BERSAMAMU

Salam Sejahtera,

Kemiskinan merupakan masalah utama pembangunan yang sifatnya kompleks. Persoalan kemiskinan bukan hanya berdimensi ekonomi tetapi juga sosial, budaya, politik bahkan juga ideologi. Program tv Bersamamu yang boleh dianggap satu program sosial yang berjaya. Hulurkan tangan, ringankan beban menjadi tagline kepada program yang menyentuh hati ini.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan menyiarkan melalui kolumnya 'Cubit Manja Bersama Siti Jarum' berpendapat program ini tidak fokus untuk membetulkan sistem dalam masyarakat supaya semua rakyat menikmati hasil kemakmuran negara ini. Program ini begitu melodrama hingga saban minggu bertempayan air mata tumpah kerananya. Beliau juga turut menambah, Bersamamu bukan program untuk meraih simpati. Biarpun dipaparkan sengsara orang miskin, meraih simpati tidak harus dijadikan motif program ini. Itu pendapat beliau.

Di persidangan parlimen program ini pernah di sentuh oleh beberapa orang ahli kabinet dan ada yang melatah seolah-olah ada yang tidak kena dalam sistem masyarakat dan dasar kerajaan dalam isu yang dipaparkan dalam program Bersamamu.


Tidak keterlaluan kalau di katakan sememangnya Bersamamu boleh mengundang rasa sedih dan suasana ini telah berjaya meraih simpati penonton. Sememangnya program ini bukan program hiburan yang boleh mengundang hilai tawa penonton. Gegak gempita seisi rumah seolah-olah hidup hanya untuk ketawa ria sepanjang masa! Tetapi sejak akhir-akhir ini juga program hiburan juga sudah melodrama dan mampu megundang bertempayan air mata (meminjam kata-kata Siti Jarum). Lihat saja program realiti AF yang cukup tersohor di hati peminatnya, yang tua, muda, remaja, rockers...yang cantik yang cun secara tiba-tiba sebak bila peserta kesayangan mereka terundi keluar!

Apa masalahnya jika Bersamamu ada yang menganggap program sayu pilu yang menyebakkan apabila melihat realiti segelintir masyarakat kita masih ada yang kurang bernasib baik. Kais pagi, makan pagi..... Berapa banyak program hiburan yang telah sedia ada dan Bersamamu adalah alternatif lain yang perlu mengimbanginya.


Penyelongkaran Bersamamu berjaya menjadi pemangkin kepada agensi-agensi kerajaan untuk menilai semula dasar kerajaan yang sedia ada sekiranya masih terdapat kelemahan langkah menambah baik perlu dilaksanakan dengan tujuan untuk membetulkan sistem dalam masyarakat kerana seharusnya kita sedar takdir bukan satu hukuman dan program ini adalah titik permulaannnya.

Capai handset anda, taip :
  • Tabung2
  • Tabung5
  • Tabung10

kemudian send ke 33533

Sekian.

December 05, 2005

MARI BERPANTUN

Salam Sejahtera,


txs alot from far far away. "Mission dah complete" dia kata .Jenuh nak bagi makan makhluk ni... :D

Dari hulu ke Gunung Daik
Berhenti sekejap ke Pulau Pisang
Budi Baik di balas baik
Dalam hati di kenang orang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kampung Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung dadah
Negara yang baik bersepai juga...


Jed, aku tak pandai berpantun la..o.k tak?


November 30, 2005

SEBUAH KISAH MISTERI

Salam Sejahtera,

Di sebuah pekan kecil di pinggir bandar (not far far away). Seorang abang yang penyayang tetapi cukup membenci seekor kucing yang dipelihara oleh 3 orang adik perempuannya. Pantang nampak kucing menyelinap di depan mata di sumpah seranahnya si kucing macam binatang tu paham pulak bahasa manusia.

Suatu hari tanpa pengetahuan adik-adikya, dia memutuskan untuk membuang kucing itu sejauh 200 meter dari rumahnya. Namun setibanya si abang di rumahnya, kucing itu sudah berjalan melintasi halaman rumah... Pelik sungguh!

Keesokan harinya, Si Abang belum berputus asa lagi sambil berjogging dia mengendong kucing dan memutuskan untuk membuang lagi kucing itu sejauh 2 KM dari rumahnya dan meninggalkan kucing itu di taman. Tetapi ketika dia memasuki halaman rumahnya, kucing itu sedang bermain-main dengan adik-adiknya di halaman rumah!


Dia selalu cuba membuang kucing itu ke tempat-tempat yang lebih jauh tetapi setiap kali itu juga si kucing itu kembali ke rumah!

Akhirnya tanpa pengetahuan adik-adiknya disuatu malam, dia memutuskan untuk memandu keretanya sejauh 20 KM, lalu belok ke kanan, belok ke kiri, menyusuri lorong-lorong mati, merentasi jambatan, terowong, jalan separuh siap sehingga ke suatu tempat yang dianggapnya jauh sekali dari rumahnya. Lalu dia meninggalkan kucing itu di sana.

Beberapa jam kemudian Si Abang menelefon adiknya dan bertanya tentang kucing yg telah di buangnya, "Kucing engkau orang ada kat rumah tak?"

"Ya!", jawab salah seorang adiknya melalui handphonenya.

"Pasal abang tanya?"

Dengan nada kecewa Si Abang menjawab, "Bagi telepon pada kucingmu . Abang tersesat ni, nak tanya kucing tu macamana jalan balik rumah!"

Si Adik sangat konfius dengan apa yang di dengarnya, "Dah mereng ke abang aku ni?"


~Moral of the story...(?)~

November 24, 2005

LAST KOPEK !



SELONGSONG PELURU

Seorang ibu
memapah anaknya
yang menangis kelaparan

Selongsong peluru yang baru saja
ditembakkan ke dada bapanya
di pinggir rumah yang runtuh punah

Satu tragedi biasa
di bumi berdarah ini
Palestine...

Rabu Sept 03, 2003 2:04 pm

Ninjas in luv...


AKU

Aku masih punya hati
yang dapat membuatku bernyanyi
diiringi lembutnya suara
sang murai pagi
dan titisan embun
yang membasahi hari

Aku masih punya jiwa
yang mampu membuatku tertawa
walau hari-hari masih terasa hampa

Aku masih punya cinta
Yang biru mendayu-dayu di langit biru
Yang hijau terlukis di daun pisang
Dan semuanya kusimpan cuma untukmu
Sampai pagi menjelang esoknya.


Jumaat Sept 12, 2003 12:28 pm

November 21, 2005

PRO ATAU KONTRA (?)

Salam Sejahtera,

Merujuk kepada entri saya yang terdahulu bertarikh 5 Jun 2005 di bawah tajuk "JOM MENGONDOM, MENYUNTIK & MENDADAH" , berikut adalah pandangan/komen sdra/i Pensyarah dari sebuah IPTA. Berbanyak terima kasih diucapkan dan saya amat mengalu-alukan pendapat beliau ;

Anonymous said...

Saya pensyarah di sebuah IPTA dan sedang membuat penyelidikan ttg jarum dan kondom percuma diberikan pada penagih dadah. Saya tidak menyalahkan anda tidak bersetuju dengan hal ini. Kurangnya pengetahuan dan pembacaan ttg program ini mungkin menyebabkan anda masih kabur.

Sebenarnya, program ini bukanlah pemberian jarum percuma. Itulah silapnya media kita...apa yang benar ialah pertukaran jarum percuma. Jarum yang telah dipakai oleh penagih dadah akan ditukar dengan jarum yang bersih. Sebenarnya terlalu banyak yang hendak saya tulis dan terangkan, tetapi saya tidak ada masa yang mencukupi utk terangkan pada setiap orang.

Masyarakat perlu membaca, menyelidik seperti mana yang disarankan oleh agama Islam. Jangan bercakap tanpa asas dan menggunakan pandangan sendiri, sebaliknya kaji bagaimana pelaksanaannya di lakukan oleh mereka yang telah mengamalkannya.Iran, negara Islam sendiri bersetuju dan telah mengamalkannya demi menyelamatkan nyawa mangsa HIV/AIDS yang tidak berdosa. Itu lebih penting. Bukan bermakna menggalakkan pengguna dadah, tetapi apabila mereka diberi jarum percuma, maka secara tidak langsung mereka akan tampil ke hadapan ke klinik, dengan itu, kaunseling akan diberi...berbanding dengan mereka duduk di celah bangunan, buat perkara tak senonoh dan menyebarkan virus HIV pada org yang tak berdosa.

Cuba anda teliti betul2, dah berabad lamanya kita tangani dadah, tapi kenapa ia masih berleluasa? Nak tahu..bacalah banyak buku psikologi, apa yang dilakukan oleh kementerian kesihatan itu berlandaskan landasan psikologi utk penagih dadah. Kita tak mahu memaksa mereka berhenti sebab sejarah lalu menunjukkan ramai yang ambil semula dadah selepas dari pusat serenti...jadi, adalah baik jika mereka berhenti dengan kemahuan mereka sendiri..bagaimana caranya??? dengan pemberian jarum dan kondom percuma, banyak kebaikan yang akan mereka perolehi. Maaf, banyak lagi yang ingin di tulis tetapi saya tak banyak masa. semoga kita sama2 membantu mengatasi masalah yang melanda negara akibat najis dadah..

18 November, 2005 00:40

MawiWorld...'Belia benci dadah'

Saya mengakui apa yg saya tulis pada ketika itu sememangnya dari pandangan saya sendiri apabila timbul pelbagai persoalan mengenai isu itu dengan sedikit emosi. Khabarnya sosek-sosek di Lobby Parlimen juga byk pro dan kontranya. Jutaan rakyat Malaysia juga pada ketika itu terkejut dan tertanya-tanya. Apa ke jadahnya ini? Secara jelasnya ramai yg masih kabur.

Benar seperti yang sdra/i Pensyarah katakan kita perlu banyak menyelidik. Jangan tembak sembrono bila orang lain mengutarakan cadangan kalau tak tahu hujung pangkal. Bagi saya adalah lebih baik bersuara daripada duduk diam tanpa berbuat apa-apa dan blog ini adalah platform terbaik bagi saya.

Saya juga menyokong penuh usaha sdra/i Pensyarah utk membuat penyelidikan tentang isu ini. Isu untuk menangani Aids di kalangan penagih dadah dengan pemberian bantuan jarum dan kondom percuma memang sewajarnya dibaca dan diteliti, baik dan buruknya. Telitilah secara menyeluruh pro dan kontranya dari awal cadangan sehingga ke penangguhan perlaksanaan yang sepatutnya bermula Oktober 2005 lepas.

Sewajarnya seluruh rakyat Malaysia perlu di beri penerangan sejelasnya mengenai isu ini kerana apa yg kita takuti pihak tertentu akan menangguk di air keruh sbg modal politik dan akan mencacatkan konsep islam hadhari kerana ianya sangat berkait rapat dgn isu ini. Merujuk kepada isu kontroversi ini, kita berharap kepada Kementerian Kesihatan supaya memberikan serba lengkap penjelasan mengenai isu pemberian jarum, kondom dan dadah (metadon) secara percuma, agar rakyat lebih memahami situasi sebenar. Dengan itu, mereka akan dapat bertindak lebih rasional sama ada mengambil sikap menyokong, membantah atau mengambil sikap tunggu dan lihat.


Terus terang saya katakan, saya cukup kabur dengan apa yg sdra/i Pensyarah katakan "bukanlah pemberian jarum percuma" "apa yang benar ialah pertukaran jarum percuma". Apa bezanya? Menukar jarum lama kepada jarum baru yg dibekalkan oleh kerajaan, habis stock...tukar lagi. Di mana bezanya?

Terlalu banyak persoalan yg perlu di rungkaikan dan diperjelaskan bermula dari kaedah, perlaksanaan, kesan kepada sosio budaya, ekonomi dan banyak lagi perlu diterangkan sptmana yang sdra/i Pensyarah sendiri akui. Kita amat khuatir sekali apabila ada tanggapan kpd kerajaan kita yang terlalu pemurah dan penyayang.


Kenapa perlu diberikan kondom dan jarum percuma yang jauh lebih murah harganya kalau penagih sendiri mampu membeli dadah yang mahal, takkan tak mampu beli jarum dan kondom yang murah? Pada saya, kenapa rakyat yang bekerja keras perlu bayar cukai langsung dan tak langsung untuk dinikmati oleh penagih dadah yang rata-rata tak bekerja (dan tak bayar cukai)? Maka berdondang sayanglah para penagih, bakal penagih termasuklah pembekal jarum suntikan dan kondom yang bakal 'cerah masa depan'.

Kesimpulan dari apa yang tersurat di atas: Kaedah paling asas yang digunapakai oleh pihak berkuasa dan pengamal perubatan ialah pencegahan lebih baik daripada mengubatinya. Dan pemberian jarum suntikan percuma bukanlah salah satu antara banyak cara paling efektif untuk mengubati penyalahgunaan dadah. Tetapi kebarangkaliannya tetap ada...

Sekadar memberi pendapat, sekian. Wassalam.

November 16, 2005

KAD, E KAD VS SMS RAYA

Salam Sejahtera,

Hari ini dah masuk 14 Syawal, kita masih lagi dlm mood raya...Yang jauh kita rapatkan yang dekat kita mesrakan, begitulah antara pepatah Melayu yang sering didengar.

Bulan Syawal bulan yang mulia, kehadirannya amat dinantikan oleh semua umat Islam, semua kaum keluarga akan berkumpul, kunjung-mengunjungi sanak-saudara, rakan dan taulan bagi memohon ampun dan maaf, yang tua dituakan dan yang muda dimudakan, namun begitu tidak semua mereka ini akan dapat dikunjungi atau diziarahi.

Untuk mengekalkan hubungan silaturahim agar hubungan tali persaudaraan akan tetap terjalin, Kad Ucapan Selamat Hari Raya akan akan dikirim sebagai pengganti diri di Hari Lebaran untuk memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan.

Menjelang bulan Syawal kehadiran Kad Ucapan Selamat Hari Raya bagaikan dinanti oleh setiap individu daripada si pengirim dan sebilangan orang apabila banyak menerima kiriman Kad Hari Raya merupakan satu kegembiraan buat dirinya.

Kad Ucapan Selamat Hari Raya tetap menjadi pilihan walaupun pada zaman dunia tanpa sempadan, persaingan seperti e-mel & sms ucapan raya yang mudah dan cepat penghantarannya bukan menjadi suatu penghalang.

Kad ucapan seperti ini amat istimewa kerana kemunculannya hanya datang apabila tibanya Hari Raya sahaja dan ianya boleh diperolehi seminggu sebelum bulan Ramadan atau awal seminggu sebelum itu. Kad raya lebih tradisional and memorable...


Txs kepada yang sudi melayangkan kad kpd aku, sama ada melalui mail, email or sms, tak kira dari Syarikat, individu, rakan-rakan lama yang jauh dan yang dekat, rakan-rakan blogger dan yang bagi kad & duit raya tu pasal tak bagi RM50 X 5 keping ke... yang bagi mug dari Sarawak tu txs banyak-banyak..buat susah-susah jerk...dengan pertanyaan ' bila nak bagi hadiah rumah banglow pulak?' (sila jawab)... :D

November 09, 2005

SMART TAG

Salam Aidilfitri,

Terima kasih kepada yang sudi mengeTAG aku tempuh hari terutama Masy, Noush & Meen. Saya melihat tag mengetag ni sebagai salah satu cara untuk kita melihat di sebalik keperibadian seseorang. Walaupun realitinya agak berbeza tapi mungkin sedikit sebanyak dapat di terima pakai.

Apa pun aku cukup bersyukur dengan apa yang telah ditentukan olehNya dan apa yg aku perturunkan disini adalah hanya di sebalik realiti pemikiran aku semata-mata.

Entri ini bukan entri Hari Raya tapi entri untuk menjawab 7 tags, khusus untuk itu sahaja...

Tag Heuer ~ Smart Watches to Wear

Seven Things I Plan To Do Before I Die:
  1. Ke Tanah Suci Makkah
  2. Ke Sabah (di Malaysia, negeri ni aku belum jejak kaki lagi)
  3. Canton, China (Nak cari master of tai chi yang satu flight masa ke Miri dulu)
  4. Nak pastikan jalan di kampung aku ditar semula walau masih bole digunakan tapi dah teruk (YB takkan nak publish kat paper lagi kottt...) Fahaman politik bukan persoalannya!
  5. Pastikan wakil rakyat yang sempit fahaman politiknya tidak akan bergelar YB lagi untuk penggal-penggal seterusnya.
  6. Rumah besar yang ada kolam renang kat dalam dia.
  7. Sempat mengucap sebelum menghembus nafas terakhir.

Seven Celebrity Crushes:

  1. Kitaro (earth voice...)
  2. Bruce Lee (aku suka falsafahnya)
  3. Anthony Quinn (lakonan yg mengesankan dalam 'Lion of the Desert')
  4. Angelina Jolie (sexy lips... :D)
  5. Meg Ryan (hidung dia menarik perhatian aku)
  6. Sofia Latjuba (ketinggiannya seimbang dengan kecantikannya)
  7. Zhang zi-yi (kecil molek chanteeeq !)

Seven Traits I Look For In The Opposite Sex:

  1. Wanita yang sedar dia ada anutan agamaNya.
  2. Bukan dari keturunan Israel.
  3. Wanita yang ketika dia minum air kosong sekalipun akan kelihatan dengan mata kasar air yg diminumnya turun mengalir dari mulut melalui leher dan terus ke perut.
  4. Wanita yg berdiri di lampu terang tetapi cahaya lampu akan menjadi malap oleh kerana kecerahan air mukanya.
  5. Wanita yg berwajah serius tapi sentiasa tersenyum mengikut situasinya.
  6. Matured.
  7. Duduk, berdiri, baring sama tinggi (170 cm above) ...means sanggup bersusah payah bersama.

Seven Often Repeated Words:

  1. Insyaallah.
  2. Sengkuang betul !
  3. Nghuyup la tuh.
  4. Ada pulak yang aku sumpah jadi mangkuk tandas kang...!
  5. Buat kerja macam taik panjat tangga!
  6. Standard la tuuu...
  7. Ampuuuuuun...

7 people this tags goes to :

  1. Bush
  2. Blair
  3. Sharon
  4. Thaksin
  5. Saddam
  6. Osama
  7. Nordin Mohd Top

...Dengan pertanyaan, do you have a Blog?

Sekian untuk kali ini.

October 25, 2005

JLN TAR & SYAWAL

JALAN TAR

Musim perayaan menjelang lagi & tengahari tadi aku berkesempatan menjelajah pelusuk Jalan TAR sekadar menjadi pemerhati bebas melihat gelagat orang-orang kita shopping sakan sebelum menjelangnya Syawal. Memang betul la orang kita ni suka sangat bab-bab berwindow shopping ni... dan yang paling ramai sekali orang perempuan..ntah apa yg dia cari aku pun tak tau..kehulu kehilir balik-balik muka yang sama, sampai aku cam.

Ini pic yang sempat aku snap, mana ada org laki..bole kira dgn jari kalau ada pun...alahaiii perempuan!


Lokasi sekitar Jln Masjid India. Siapa yg pakai baju purple tu?



...Crowd, squeeze, crammed & tengik! Yang tudung kuning tu, aku tengok kehulu kehilir tak beli pe punnn...

Apapun aku pi Jalan TAR dgn satu tujuan beli baju melayu. Dan dalam banyak2 kedai, kedai ni yang jadi pilihan aku sebab aku tengok mulut brader ni becok sangat promote baju melayu brand Mawi kononnya. Aku selamba jer cakap dengan dia "Aku tak minat Mawi mawi ni bang, baju bapak Mawi ada tak?"

Dia tergelak besar sambil tunjuk kat aku koleksi baju yg didakwa nya baju la Mawi. Aku tengok sama jer dengan kedai lain, sama je macam baju-baju melayu yg aku beli sebelum ni. Tak pasal-sal duit aku yang kopak nama Mawi juga yang popular.


"Brader aku tak kisah la baju ni nama Mawas pun aku beli gak...yang penting aku minat kaler dia"

Bodek punya bodek dapat kurang RM7 jer walau aku minta kurang RM10. Okey la jugak. Aku bayar then aku blah...Sekian.


Brader tokey kedai tengah sibuk menyelogkar...

SYAWAL ... Salam Aidilfitri...

Meninggalkan Ramadhan bulan semulia ini menjadikan kita sering teringat bahawa perjalanan kita semakin dekat. Sedangkan peninggalan kita semakin kurang. Justeru itu, sebelum tubuh reput dimamah usia dan menjelangnya Syawal yang bakal menjelang saya memohon maaf andai ada yang terlepas kata, tersalah tulis, terlalu bias dan apa saja yang boleh menghiris hati & perasaan.

Andai ini Syawal terakhir...
Biar Syawal kali ini menjadi saksi satu keluhuran budi dan ketulusan hati kita sesama insan, biar para malaikat turut sama menyaksikan, biar pokok-pokok berhenti beroyang, biar angin berhenti bertiup, biar laut tenang setenang hati insan yang memohon maaf sedar atas kesilapan yg dilakukan...maaf diterima dengan redha atas apa yg telah berlaku...insyAllah.

Andai ini syawal terakhir...
Kepada semua blogger, pengunjung dan pembaca blog ini ~

'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN dan SELAMAT BERKARYA'

Regards,
Red Antz

October 21, 2005

COBAAN !


Salam sejahtera,

Amalan berpuasa di bulan Ramadhan bukan sahaja mengajar kita tentang kesabaran, bahkan secara keseluruhannya puasa menguji sekuat mana keimanan kita terhadap Rukun Islam yang ke-3 ini dalam mengahdapi sebarang cobaan...


delicious...



marvelous...



syruppp...



eeerk ! Ahamdulillah...

Cara yang baik untuk mendapatkan ganjaran terbesar dari Allah, jalankanlah puasa ini dengan sebaik-baiknya, ertinya seikhlas-ikhlasnya, perbanyak amal kebajikan, banyak bersedekah dalam berbagai bentuk dengan niat semata-mata mencari keredhaan Allah dengan harapan mudah-mudahan kita keluar dari bulan Puasa ini menjadi manusia yang bersih sebersih bayi yang baru lahir dan jangan lupa 10 malam terakhir, malam al-Qadar. Amin...

Okey, permisi dulu yaa... :D

October 18, 2005

E.G.O

Salam sejahtera,

EGO;
The self, especially as distinct from the world and other selves. In psychoanalysis, the division of the psyche that is conscious, most immediately controls thought and behavior, and is most in touch with external reality.

Aku sebenarnya lemah dalam bahasa Inggeris, tapi dari sedikit pencarian aku tentang makna ego dalam bahsa Inggeris itulah yg aku dapat. Atau seringkali kita mendengar EGO membawa maksud pentingkan diri sendiri, bangga, takbur @ keras kepala pada tahap skala melampau atau terover!

Persoalannya sama ada betul atau tidak ego sering disinonimkan dengan sifat-sifat lelaki (?) konfius aku dibuatnya. Gender bias barangkali! Apakah perempuan tidak perlu dilabel sebegitu? (Ye laaa kalau perempuan di label begitu tapi taklah sekronik lelaki! Lelaki lagi...ishhh). Aku bukan pakar sakit mental untuk merungkai semua persoalan ini. Mintak maaf la sebelum Aidilfitri ni...

Fitrah kejadian manusia sememangnya di jadikan Allah ada sifat2 positif dan negatif tertentu. Sifat negatif juga perlu tapi bukan dalam kadar yang terlampau banyak. Kita perlu malu tapi biar bertempat. Kita perlu marah tapi bukan membaran. Kita perlu menjerit tapi bukan sampai nak pecah halkum! Kita perlu bersedih tapi jangan sampai pasif. Dan juga kita perlukan ego tapi bergantung kepada situasi. Lelaki & perempuan memang ada ego. Jangan nak memandai menafikan!

Si tua dan cermin ajaibnya...

Perempuan selalu mahu kelihatan cantik, sememangnya dia dijadikanNya punya ciri-ciri itu. Aku tak perlulah menyenaraikan semua tentang imaginasi kecantikan yg perempuan impikan...pejamkan mata dan bayangkan sendiri (kepada perempuan-perempuan).

Sounds pathetic enough kalau semua itu dilakukan demi mahluk bergender lelaki (do they have the same concern? i don't think so.) dan tidak salah pathetic juga kalau itu dilakukan sebagai sebahagian dari ego perempuan supaya kelihatan lebih menarik dari perempuan lain.

Mereka ada kalanya sanggup melakukan apa sahaja untuk impian itu. Berapa banyak product kosmetik kecantikan dalam negara ini. Semuanya bersaing untuk satu persaingan yang sihat! kununnya.... Nasib baik barangan kosmetik tak naik harga dalam bajet 2006 bebaru ni...hehehe..

Bukankah persaingan ini menunjukkan perempuan kurang percaya diri dengan apa yang kalian miliki, dengan anugerah yang telah diberiNya? Adakah sifat membangga yang boleh membawa kepada takbur ini tidak egois namanya?

Aku hanya menyentuh dari satu sudut sahaja, hanya satu! Nak kutuk, kutuklah...aku boleh menerima kutukan yang professional dan ilmiah yang selainnya aku telan, sendawa, masuk toilet, aku buang, aku flush!

Sekian, dimaklumkan.

October 14, 2005

SEMUT & PEREMPUAN


Sajak ini bukan perempuan
sajak ini sajak lelaki
untuk lelaki dan perempuan di Gj

Sajak ini sajak semut
bukan gula-gula
perempuan=gula-gula
di mana ada gula
di situ banyak semut

Gula-gula jadi hampas kerana semut !
mati semut kerana gula !
sajak ini bukan gula-gula
bukan semut
bukan perempuan
sajak ini sajak lelaki !

Isnin Okt 13, 2003 1:00 pm



PEREMPUAN

Bagaiman harus ku ucapkan terima kasih
kepada perempuan
kerana kau telah membunuh cinta dalam hatiku!

Bagaimana harus ku ucapkan terima kasih
kepadamu perempuan
kerana kau...
puisi ku tidak pernah sudah!


Selasa Okt 14, 2003 12:19 pm




Perempuan

Dari titik ketitik
kubina satu garisan
menjalinkan kasih antara lelaki dan perempuan

Dari titik ketitik
kubina sajak ini hingga
ke satu titik noktah penghujungnya
di lautan madu seorang perempuan
lalu ku noktahkan disini.


Selasa Okt 14, 2003 2:01 pm

October 12, 2005

ALLAHYARHAM

Beberapa tahun lalu...

'Hello, assalamualaikum!'

'Waalaikum salam'

'Minta maaf la mengganggu Encik...lagu ni, saya nak tanya sikit pasai pendaftaran syarikat....bla...bla...bla... Maklum la kita ni bukan biasa sangat dengan benda-benda macam nih'

'Ohh pendaftaran syarikat untuk pengagihan ***** tu ke encik? Jangan risau kami sedia membantu. Encik boleh datang untuk mengambil borang, kemudian isi selengkapnya bersama Form 24...bla...bla...bla...then submit semula kepada kita. Sekiranya semua in order kita akan daftarkan terus'

'Bunyi macam senang je encik. Harapan saya begitulah, maklumlah company kecik. Baru nak mula berniaga, manalah tau ada rezeki. Untung sabut timbui, kalau batu yang mai...alamat terlangkup la kita. Meniaga buluh kasap kata orang tu...hahahaha!'

'Tak per encik tak ramai Bumiputera yang berani berkecimpung dalam perniagaan nih. Kita perlu bersaing dengan bangsa lain'

'Wahhh..bersemangat hang cakap nooo...baguih la tu, sekurang-kurangnya saya jadi bersemangat nak meniaga. Tapi ada sikit problem la encik. Saya cukup tak pandai nak buat logo company nih...Buat-buat tak jadi, asyik ubah tang tu...pinda tang ni. Alih-alih bila dah siap saya tengok macam kapla dongga pulak...hahahaa'

'Hahahaha..tak per encik yang penting organise company mesti betoi. Nak tanya sikit la...i rasa macam biasa dengar suara encik nih...macam familiar sangat'

'Betoi ka? Hang biasa dengaq kat mana?'

'Kalau tak silap saya ni...Ismail Din, pelakon popular yang loghat utara dia very clear..mmm betoi tak?'

'Hahahaha...hang memang pandai. Betoi sangat lah tu. Kita borak macam dah kenai lama noo. Siapa nama encik ni? Senang la nanti kalau saya mai ofis kita bole jumpa, kita borak sampai tengah malam..hahahaha...'

'Saya ******din. Boleh la jumpa saya regarding registration tu'

'Haaa...cantik sangat la tu. Kita ni walau artis tapi kadang2 soru miss jugak en din, tu pasai la kita kena beringat sikit untuk masa depan...jadi saya pun set up la company ni. Dengaq cerita ada ramai juga rakan artis yang daftar ..betoi ka?'

'Ada la beberapa orang encik Ismail, yang saya ingat termasuklah Awie, Arwah Pak Busu, bekas dj radio RMKL tu..Sazali Said...lagi satu Yasmin Suraya..lebih kurang macam tu la yang saya ingat'

'Huiiii ! Ramai jugak nooo...Tak pa la en. Din..la ni saya berharap benar encik dapat membantu nanti kita jumpa bole makan-makan sekali, insyaallah...Assala mualaikum'

'Waalaikum salammm'



Aktor Allahyarham Ismail Din bersama Joyah.


BELASUNGKAWA ISMAIL DIN (1951-2005)
Tengah malam Selasa minggu lepas, Ismail menghembuskan nafas terakhinya di Makkah secara mengejut ketika beliau sedang bertasbih di depan Kaabah. Ismail dikhabarkan meninggal dunia sewaktu mengerjakan ibadat umrah di Makkah sejak ke sana pada Jumaat lalu. Allahyarham Ismail meninggal dunia dalam usia 54 tahun.
Allahyarham berangkat ke Tanah Suci bersama isteri pertamanya, Kalsom Idris, 58. Difahamkan, arwah memang sudah lama berhasrat menunaikan ibadat puasa di sana setelah gagal berbuat demikian tahun lalu gara-gara sibuk dengan kerjaya lakonannya. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makkah. Alfatihah untuk beliau...

October 10, 2005

UNIVERSITI KEHIDUPAN

Salam Sejahtera,

Dalam kehidupan seharian kita, Sama ada menyedari atau tidak kita sering tak ambil pot tentang pengalaman masa lalu. Mungkin kita lebih mengutamakan teori kehidupan yang kita pelajari dan dalami selama ini tetapi kita sering melupakan pengalaman yang kita alami sendiri atau pengalaman orang lain sebagai pengajaran yg paling baik buat kita.

Secara mudahnya mana mungkin secara logiknya kita perlu jatuh untuk kali kedua di dalam perjalanan yg sama ke dalam lubang yang sama walaupun kebarangkalian itu ada.

Hidup ini bukan sperti satu permainan computer, kalau kita gagal dipertengahan jalan kita masih boleh turn back untuk kembali hidup dan meneruskan perjuangan.

Belajar sendiri dari kesilapan boleh menyebabkan kita lebih menghargai sifat berhati-hati kerana kita telah merasakan betapa sakitnya jatuh, betapa lama sembuhnya luka, betapa penderitaan yang perlu di tanggung. Maka benarlah kata pepatah bahawa pengalaman adalah guru yang paling baik.
Pengalaman juga adalah sebuah Universiti Kehidupan buat kita.


So, kalau memang pengalaman adalah guru yang paling baik, dan boleh membuat kita menjadi lebih dewasa dan lebih mantap tentang sebuah pelajaran kehidupan, kenapa kita masih sering mengulangi kesilapan bodoh yang boleh menjejaskan integriti sendiri?

Sedarkah kita bahawa ia boleh menjejaskan hubungan baik yang telah berkurun terbina. Kata maaf sering menyusuli sebagai pelengkap sebuah keterlanjuran. Adakah maaf aksesori paling cantik untuk menutup sebuah kecacatan, kebodohan dan kedangkalan diri sendiri?

Mungkin untuk hal-hal yang jauh dari melibatkan kecederaan diri atau nyawa membuatkan orang cenderung menganggap mengulangi kesilapan sebagai perkara enteng meskipun impak sebenarnya cukup besar kepada karisma diri dan persepsi orang lain terhadap kita.

Hmm…entahlah, atau mungkin memang seseorang harus jatuh tersungkur lalu parah terlebih dahulu baru mengerti bagaimana harus berhati-hati (?)

~Selamat menjalani ibadah puasa~

October 07, 2005

KOLEKSI TADI

Tadi aku sekali lagi melihat kekejaman itu
Andai mereka tahu bumi ini bukan kepunyaan mereka
Darah itu pasti harum mewangi
Ingat! bumi Palestine ini bukan pentas kamu bertelanjang bogel sesuka mu !!

Khamis Okt 23, 2003 11:45 am




TADI

Aku letih
bila memikirkan tadi
esok...lusa...seterusnya bagaimana?

kerana tadi aku masih disini
tidak kemana-mana
di kangkang leka dan mimpi tadi

kerana tadi aku masih merangkak dan bertatih
aku menjadi obsess kepada esok!


Selasa Okt 14, 2003 1:53 pm

October 04, 2005

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum,

Ramadhan kini tiba lagi. Ramadhan datang setiap tahun silih berganti. Ramadhan tahun lalu telah pergi dan menjauhi kita dengan meninggalkan sejuta kesan bagi yang memanfaatkannya dengan seksama.

Ramadhan kini akan datang lagi, dengan membawa jutaan hikmah dan keistimewaan-keistimewaan di dalamnya. Pada setiap Ramadhan datang, kaum muslimin memuliakannya dengan ibadah, seperti: berpuasa, tadarrus Al-Qur'an, qiyamul lail, dan lain sebagainya. semua ini kita lakukan kerana kita menyedari akan pentingnya Ramadhan buat hidup kita.


Antara kebaikan berpuasa dari sudut kesihatan & agama ;

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.

2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia.

3. Puasa akan memberi kesegaran dan merehatkan otot-otot.

4. Puasa akan memanjangkan umur anda.

5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.

6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.

7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.

8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan menyebabkan darah kembali alkali.

9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.

10.Puasa boleh menurunkan berat badan.

11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.

12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata. Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.

Sekian, wassalam.

October 03, 2005

3 SKALA RITCHER !

Salam Sejahtera,



Gaya, Mutu, Keunggulan. Bagaikan ledakan gunung berapi selangor meledakkan serangan! Itulah kesimpulan paling mudah atas kemenangan bergaya Selangor ke atas Perlis (3-0) di Stadium bkt Jalil malam semalam.

Selangor mencipta sejarah bola sepak tempatan apabila memungut gelaran ketiganya musim ini dengan menjuarai Piala Malaysia selepas menundukkan juara bertahan, Perlis. Ia adalah kejuaraan ke-30 buat gergasi Lembah Klang itu dalam saingan trofi itu, yang kembali dalam genggaman skuad Merah Kuning itu selepas kali terakhir memenangi pada 2002 dengan mengalahkan Sabah 1-0.

Sekali lagi, wira Selangor adalah bintang import dari Indonesia, Bambang Pamungkas apabila menjaringkan hatrik termasuk dua gol awal menerusi tandukannya pada minit ke-17, 51 dan 87, hasil sepakan sudut yang diambil rakan senegara Elie Aboy memberikan kemenangan buat Selangor sekaligus menghampakan aku untuk melihat anak jati Malaysia menyumbat gol.


Namun bagi aku wira sebenar Selangor adalah penjaga gol, Jamsari Sabian yang banyak menyelamatkan percubaan bahaya penyerang lawan khususnya Phillimon Chipeta dan Zacharia Simukonda walaupun Bambang telah di nobatkan sebagai Man of the Match pada malam itu.

Apapun syabas dan tahniah kepada Pengurus, Jurulatih, pemain dan penyokong Red Giant ~ Merah Kuning lambang kejayaan!