June 29, 2005

DAUN PINTU



Pintu adalah elemen penting dalam struktur sesebuah bangunan atau rumah. Pintu juga selalu sinonim dengan konsep rezeki.

Kalau aku diminta menggambarkan sebuat pintu, aku akan menggambarkan pintu yang besar dengan daun pintu yag luas mudah di buka dan mudah serta selesa untuk di masuki pada bila-bila masa saja...

Pintu yang berkunci akan terbuka hanya apabila seseorang datang dengan membawa kunci yang tepat dan sesuai.



Suatu hari…

‘Bila kamu masuk? Tiba-tiba sahaja ada di depan ku’

‘Aku masuk kerana memang pintunya sudah terbuka...dan aku datang hanya untuk mengucapkan salam kepada mu’

Sejak hari itu pintu itu terus terbuka. Walaupun aku sama sekali tidak berniat untuk membuka pintu.

Sejak itu, perbualan hanya di depan pintu. Lebih selesa rasanya begini. Orang lain rasa tidak selesa dengan cara begini, tidak beradat kata mereka hanya berbicara di birai pintu. Persilakan saja tamunya masuk ke dalam.

Aku juga hairan kenapa aku tidak pernah mengajakmu duduk di ruang tamu dan berborak semahunya. Pada aku itu tidak penting kerana ia tidak merubah suasana hati kita sama sekali...

7 comments:

Anonymous said...

erm..dalam maknenye ni.....
pernah berada d pintu org,sebelah kaki da masuk rumah,akhirnya keluar setelah ada seseorang keluar dr dapurnya...so sad....

-Masy-

Anonymous said...

makne nye borak kat depan pintu ke gitu...org tua2 dulu kate...anak dara x elok dok depan pintu..n macam2 lagih...heheh..:P untok anak dara la..untok teruna x tau laplak..:P

Semut Api said...

Masy,
bacalah apa yg tersirat..

Anni,
Kalau orang lelaki buat camtu..nanti puteri Gunung Ledang datang meminang :)

Semut Api said...

Lid,
ko sesekali menulis, Peeeeergh!! penuh makna la...cayalah..toche..toche..

DarkWan said...

cbox is offline for maintanance.

maafkan saya kerana menukil di sini. sekadar melawat, link dilihat dari Chika.

Semut Api said...

Darkwan,
tq melawat, menukillah dimana-mana sahaja....

Anonymous said...

Best regards from NY! » » »