June 13, 2005

EMPAT SEGI

Salam Sejahtera,

Sama ada kita menyedari atau tidak dalam kehidupan kita seharian, sebenarnya kita dilingkungi oleh bentuk empat segi.

Bermula dari rumah yang kita huni, tidak kira berapa harganya, rumah setingggan, rumah murah mahupun banglo mewah, empat segi adalah bentuk paling tradisi. Beristirehat, menonton tv dan tidur di dalam bilik empat segi, di atas tilam, bantal dan di ulit mimpi di bawah selimut yang juga berbentuk empat segi.


Square Melon...Fuh! Sedapnya...

Seawal pagi mandi & gosok gigi di dalam bilik air empat segi, bergegas ke lokasi tempat kerja, memandu kereta kebanggaan negara juga berbentuk empat segi. Memasuki perkarangan ruang letak kereta, berlari ke pintu lif, menaiki lif terus ke mesin Punch Clock, mencapai kad perakam waktu…Yup! Pasti semuanya berbentuk empat segi!

Sibuk dengan tugasan seharian, fail, surat dan kertas kerja berselerakan di atas meja di depan PC :) Semuanya bersegi empat!

Begitulah realitinya hidup ini, sekadar memberi beberapa contoh betapa empat segi dan kehidupan saling simbiosis antara satu sama lain.

Di penghujung kehidupan juga , empat segi terakhir akan menyemadikan kita…

Anekdot,
Bumi yang kita pijak ini bukan empat segi, kenapa ye?



11 comments:

Anonymous said...

betoL ke x tembikai tuh..deanz///..cm tipu jerk..de ke empat segi erk..pest time tgk nih..:)

Semut Api said...

Salam..
Setahu aku timbakai ni hasil pertanian di Negeri China. Bentuknya empat segi kerana Melon ini dimasukkan kedalam bekas berbentuk empat segi juga...Ada sesapa yg ada info lagi?

Chika Chika said...

cinta empat segi ada tak?

jed1 said...

4 segi pun ada byk jenis deanz..4 segi sisi sama, 4 segi tepat, trapezium pun bersegi empat :D Kalau bumi bersegi sure akan jumpa hujung dunia hehe

Semut Api said...

Dior,
Chenta 4 segi tak de, tapi chenta 3 segi ada...antara Dior, Fahrin dan Semut..! (dengan nada seriussss)

Jed,
ada org kata, bentuk muka 4 segi murah rezeki..betoi ka? :)

Anonymous said...

en alid... ingin berkenalan ngan u..... leh? :-)

Aku Bukan Bidadari said...

tahu tak sebenarnya dunia empat segi bila kita tengah kusut, tengok tepi sudut,tengok kanan sudut,tengok atas sudut, tapi biler kiter gembira dunia jadi bulat dan besar sebesar-besarnya..dan kadangkala bila kita sepi dunia jadi tiga segi..percaya tak???

Semut Api said...

Lid,
tq info...tapi kalau perut bulat aku rasa tak stabil Lid coz mau berat belah depan bila jalan :)
Lid pasal pic hang hilang..ada orang nak berkenalan tu..

Tiara,
aku tak percaya dgn teori tu..pening aku fikir dari tadi mana hang dapat info tu?

Chika Chika said...

kenapa ada semut antara saya dan fahrin????

Anonymous said...

Excellent, love it! » » »

Anonymous said...

What a great site anal fuck