July 31, 2005

koleksi JGN ADA BENCI

i

JANGAN ADA BENCI

aku tidak benci pada cinta
kerana cinta itu anugerah

aku tidak benci pada nafsu
kerana cinta bukan nafsu
nafsu bukan cinta

tapi seperti katamu
hati-hati main api!
jangan ketawa...
aku tidak pernah melawak...

Isnin Jan 12, 2004 1:11 pm

ii

JANGAN ADA BENCI

siapa dia
aku sendiri tidak kenal

siapa dia
yang terhumban jauh
di sudut rumah
dari dalam bilik
di depan meja
di atas kerusi

tapi aku tidak pernah marah
apalagi membenci
kerana aku
hormatkan falsafahnya
'adalah baik menjadi penting
tapi adalah penting menjadi baik'

biarlah
dia begitu...

Rabu Jan 28, 2004 1:13 pm



iii

JANGAN ADA BENCI

siapa dia
aku sendiri tidak kenal
dari mana asal

siapa dia
yang mundar-mandir
di lorong hanyir ini
membawa saki baki benci dirinya

maka benarlah :
"kecantikan ialah musuh yang yang mengekori wanita ..."
(?)

Isnin Feb 16, 2004 2:17 pm

5 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Dean..
aku masih membenci..
hahahahhahaha..benci ini tak akan surut..(mungkin)

Anonymous said...

jgn benci2..x baik tau (mcm la x penah benci org..hehhe)

Semut Api said...

Bravo Alid,

Kesimpulan yang padat dan tepat...Jangan ada benci.

Anonymous said...

Setiap kali terpandang perkataan jangan ada benci di sini tiba2 hati menjadi sayu.
Anehnya di hati sememangnya tiada benci.
Entah kenapa kebencian telah lama tidak wujud di hati.
Tapi...
Kenapa pula mesti sayu ya?

Anonymous said...

Very nice site! » »