Salam Sejahtera,
Optimislah...kadang kita merasa, bahawa kitalah orang yang paling sengsara, menghadapi setiap masalah yang tidak berujung pangkal. Dugaan dan cabaran adalah asam garam kehidupan.
Kadang kita merasa iri pada mereka yang hidup dengan serba sempurna, melihat gaya hidup mereka yang seperti tanpa masalah. Punya kebendaan, kerjaya, kedudukan dan seolah-olah apa yang diimpikan sentiasa dapat direalisasikan.
Kadang kita merasa iri pada mereka yang hidup dengan serba sempurna, melihat gaya hidup mereka yang seperti tanpa masalah. Punya kebendaan, kerjaya, kedudukan dan seolah-olah apa yang diimpikan sentiasa dapat direalisasikan.
Pernahkah kita lihat seorang anak kecil duduk sendiri di tepi jalan bermain dalam dunia fantasinya (bukan Akademi Fantasi!) dengan baju lusuh tidak berselipar dan kelihatan comot. Menjelang malam dan apabila hujan mulai turun lantas ia berlari menuju pondok buruk tempatnya berteduh, menggigil kesejukan sendiri menanti kepulangan ayah ibu yang keluar mencari rezeki demi kesinambungan hidup esok hari.
Pernahkah kita lihat seorang nenek yang duduk merenung jauh masa depan di pondok buruk hampir roboh, tiris (istilah popular dalam perhimpunan Umno baru-baru ni) dek tujahan air hujan. Punya anak tetapi tidak pernah menjenguk sekadar bertanya khabar...malu dengan kemiskinan yan menimpa.
Justeru itu, jangan sesekali merasa bahawa kitalah yang paling sengsara. Biarlah kuli @ cikai kita jauh lebih beruntung daripada orang lain barangkali. Punya pekerjaan sebagai sumber rezeki.
Mulailah hari dengan jiwa besar, dengan senyuman, dengan optimis. Jadilah manusia berprestij menjelang masa depan yang gemilang, hadapi setiap cabaran dengan kesungguhan dan ketabahan. Optimislah ...
7 comments:
ini idea dari borak2 kitorg smlm ye...tp betul...bersyukurla dgn ape yg ade..:)
amboiiiiiiiii semalam jd pemerhati PBB ek.. terus dpt idea.. hikhikhik..
betul Deanz aku selalu Optimis, cuma aku manusia biasa ada masanya rasa kecewa tetap menjengok pintu rasaku.
tapi yg paling kecewa bila orang kata kita lupa diri hanya kerana kita mampu hidup ceria, ketawa dan gembira. sedangkan dia tak tahu, di hati ini penuh dgn kelukaan. cuma kerana aku Optimis, aku tetap nak hidup CERIA. pedulik haper aku... wakakaka...
***sekali lagi aku nak sepah2kan umah deanz.***
kita susah ada org lagi susah, kita senang ada org lagi senang...dlm life-cycle ni mcm2 keadaan boleh kena kat kita...dan yg terbaru kurang lagi budget aku bila harga minyak naik dan tarif letrik pun nak naik gak...dan paling bosan alasan harga minyak masih terendah di antara negara2 asean..boring..boring
mmg la kita kena sentiasa optimis dlm semua hal..
tapi kadang2 bila emosi lebih menguasai diri maka hilanglah segala pertimbangan diri dan optimis diri sediada...
walau apa pun...jadilah yang terbaik untuk diri sendiri...
Masy, Maya..
ha'ah idea dari sessi borak korang.
Jed,
Klu kita tanya dgn 'orang minyak' depa kata patut harga petrol naik sbb klu tanpa subsidi gov kita kena baya rm2.45 sen seliter...mahal tuuu..!!
Nak buat mcmana Jed takkan nak isi dgn air pulak kottt... :D
Ija & Amy,
Optimislah jangan prejudis...
topik yang menarik...
Kamu tau deanz...
Orang yang optimis yang selalu di depan... memimpin...
best regards, nice info » » »
Post a Comment