August 16, 2005

LUAHAN DARI ISI PERUT AKU

JANGAN ADA BENCI (buat penulis blog)

i

jangan ada benci
kita datang kesini
tanpa velvet merah
tanpa mawar merah!

kita datang kesini
bukan dengan marah
tapi dengan hati pasrah
justeru itu kita harus belajar untuk tidak marah!

andai kita terbabas
jangan kau belasah aku
sekadar menegur silapmu
syukur kita belum punah!

jangan ada benci
komuniti ini bukan kominiti bangsat
yang bakal bejat!

kerana aku bukanlah yang terpilih
sedang aku menghinakan diri kepadamu
aku menjerit kau hanya membisu
kau tertawa aku terpaksa mendengar
benar-benar terkutukkah aku?

jangan ada benci
kataku walau kau benar-benar benci denganku
tak perlu kau meludahi aku
sampai tenggelam
bunuh saja aku !

Selasa Okt 07, 2003 1:22 pm



ii
JANGAN ADA BENCI

aku bukan benci pada mu
ambil semua yang kau mau
aku tidak akan mengeluh!

rejam, ludahi aku, pancung kepala ku
satu yang pasti
kau takkan dapat...cintaku
cintaku sudah terkubur jauh di dasar liang lahad
bersama cacing!

Rabu Okt 08, 2003 12:44 pm



iii

Jangan kau benci padanya
nanti dia marah

Jangan kau benci padanya
nanti dia patahkan tangan kakimu

Jangan kau benci padanya
nanti dia tampar kau hingga pekak telingamu

Betul, dia tak main-main
jangan kau benci dia

Buktikan!
biar aku saja yang benci dia
dia juga harus tau bahawa
aku pun samggup memenggal kepalanya!

Awas!
sekali lagi kukatakan:
aku lebih jahat dari Bush
aku lebih bangsat dari Blair
aku lebih sadis dari Sharon....

Jumaat Okt 10, 2003 12:44 pm


8 comments:

noorlara said...

Tengah dok fikir kot kot haku ni pernah benci ko atau sesiapa, kalau nak benci mesti ada alasan kan kan kan. tak usah ahh benci hanya mengurangkan rasa sayang dan rasa cinta

Anonymous said...

tak baik benci2 org nie...
benci2 nanti bole membawa kepada sayang...
jadi awas! jangan benci orang yek...kalau kita tak nak dibenci orang ...kita jugak jangan membenci orang...

Anonymous said...

tp ija..itu kan mmg lumrah manusia..kekadang kite x nak benci org,tp mungkin keadaan dia,sekitar atau diri kite sndiri memaksa kite mmbenci...
klu bole kite elakkanlah ye..bak kata deanz,Jangan Ada Benci.. :)

Noushy Syah said...

emm..benci tapi rindu..camne ???

Aku Bukan Bidadari said...

yeaaa dah updet :D

Semut Api said...

Noor,
Kita tidak saling membenci now, then & 4ever....

Ija & Masy,
Jgn ada benci...

Noush,
itu tandanya sayang..

Tiara,
a'ah dah..

Amy,
biasa la..keluar dari isi perut..

jed1 said...

Benci pada maksiat, benci pada mungkar...emmm walaupun benci tu sifat negatif amnya tapi boleh jadi positif jika kena pada tempatnya :)

Anonymous said...

askum deanz..
anda benci saya tak..
hehe..tak kut ..pasal saya tak benci anda..

makan kuci dalam bas
jgn benci2 nnti sesak napas..