TADI
Pagi tadi
ketika telefon itu berdering
ku angkat dari gagangnya
mersik suara mu
aku layu dalam dakapan
kata-katamu
petang tadi
telefon itu berdering lagi
ketika ku angkat dari gagangnya
ada getar di hujung suaramu
malam ini
telefon itu masih disitu
aku tak tahu
entah siapa yang akan memanggilku
kerana baru petang tadi
engkau di panggilNya...
Jumaat Okt 03, 2003 2:46 pm
Tadi
surah ini ku baca
ulang baca
dan baca
semoga sejahtera
yang hidup & yang mati
alfatihah...
Isnin Sept 29, 2003 1:36 pm
8 comments:
siapakah gerangannya yg awak maksudkan lewat bicara ini deanz? Terlalu sayu hati saya membacanya. Alfatihah utknya sekiranya 'dia' benar2 wujud.
salammm deanz...
saya suka coretan anda..
am touched...
bila telah tiba
pada satu paras waktu..
ufuk timur dan barat
tak bererti lagi..
kepergian itu
adalah azali..
alfatihah..
lady<<--tears...
uhuhhuhuhu..sape tu??
klu benar ada, ku kirimkan doa agar ditempatkan di kalangan para kekasihNya..
~i miss my abah..so much *sigh*~
Zal,
Alfatihah...
lady,
"kun faya kun..."
Masy,
Amin...
Al Fatihah..
appreciate yur loved one..
when u hv one ..
Kari,
txs...
-speechless-
..hening seketika.
Post a Comment