Tadi aku sekali lagi melihat kekejaman itu
Andai mereka tahu bumi ini bukan kepunyaan mereka
Darah itu pasti harum mewangi
Ingat! bumi Palestine ini bukan pentas kamu bertelanjang bogel sesuka mu !!
Khamis Okt 23, 2003 11:45 am
TADI
Aku letih
bila memikirkan tadi
esok...lusa...seterusnya bagaimana?
kerana tadi aku masih disini
tidak kemana-mana
di kangkang leka dan mimpi tadi
kerana tadi aku masih merangkak dan bertatih
aku menjadi obsess kepada esok!
Selasa Okt 14, 2003 1:53 pm
8 comments:
salammm
Tadi..
aku menangis lagi..
kalau kau menangis
kerana kau melihat..
aku pula menangis
kerana aku
adalah antara watak2
insani duniawi..
kalau kau fikirkan esuk lusa
aku jadi pemikir masa depan
antara tragedi hidup ku
dan tragedi dunia..
kalau disana..
warna dan hanyir darah
menyiat hidung..
disini..
warna kepiluan
menyisip hati..
entahlah..
~maaf..
Tadi...
Sebentar tadi aku bgn..
Letih memikirkan kenape dunia berpusing...
Lalu ingatanku pada Yg Maha Esa
Mengingatkan aku kepada mati...
Tiba2...
Aku menitiskan airmata
Kerana mengingatkan
Bahawa mati itu adalah benar...
Tadi
aku berbuka posa
bila masuk waktu berbuka
Tadi
aku berbuka posa seadanya
tadi, tadi dan tadi...
esok, esok dan esok...
apa yang kaulakukan tadi?
apa pula yang kulakukan tadi?
bagaimana dengan esok?
sama-sama kita langkahi bangsa biadap itu,
dengan perbaiki diri kita.
tadi..
mak aku tipon
masa aku tgh panaskan enjin kete
mak aku bagi no tipon
suruh aku tipon org bkenaan..
haahhaa...pemende yg aku repekkan niii..
Lady,
The Color of life. setiap pengalaman pasti berbeza hikmahnya.
Noush,
Nice try..bakat terpendam.
Jed,
syukur kita masih ada rezeki untuk di makan..
zal,
Tadi guru yang baik untuk hari esok..
Masy,
Tadi..
kereta ku di sini
tadi
kereta ku di calar tangan iri
tadi
aku sedih tak terperi...ahakss..
To all,
*Bulan Puasa ni kita layan sajak o.k gak..
jahaaaatt!!!!
Post a Comment