Salam Sejahtera,
Dalam kehidupan seharian kita, Sama ada menyedari atau tidak kita sering tak ambil pot tentang pengalaman masa lalu. Mungkin kita lebih mengutamakan teori kehidupan yang kita pelajari dan dalami selama ini tetapi kita sering melupakan pengalaman yang kita alami sendiri atau pengalaman orang lain sebagai pengajaran yg paling baik buat kita.
Secara mudahnya mana mungkin secara logiknya kita perlu jatuh untuk kali kedua di dalam perjalanan yg sama ke dalam lubang yang sama walaupun kebarangkalian itu ada.
Hidup ini bukan sperti satu permainan computer, kalau kita gagal dipertengahan jalan kita masih boleh turn back untuk kembali hidup dan meneruskan perjuangan.
Belajar sendiri dari kesilapan boleh menyebabkan kita lebih menghargai sifat berhati-hati kerana kita telah merasakan betapa sakitnya jatuh, betapa lama sembuhnya luka, betapa penderitaan yang perlu di tanggung. Maka benarlah kata pepatah bahawa pengalaman adalah guru yang paling baik. Pengalaman juga adalah sebuah Universiti Kehidupan buat kita.

So, kalau memang pengalaman adalah guru yang paling baik, dan boleh membuat kita menjadi lebih dewasa dan lebih mantap tentang sebuah pelajaran kehidupan, kenapa kita masih sering mengulangi kesilapan bodoh yang boleh menjejaskan integriti sendiri?
Sedarkah kita bahawa ia boleh menjejaskan hubungan baik yang telah berkurun terbina. Kata maaf sering menyusuli sebagai pelengkap sebuah keterlanjuran. Adakah maaf aksesori paling cantik untuk menutup sebuah kecacatan, kebodohan dan kedangkalan diri sendiri?

Mungkin untuk hal-hal yang jauh dari melibatkan kecederaan diri atau nyawa membuatkan orang cenderung menganggap mengulangi kesilapan sebagai perkara enteng meskipun impak sebenarnya cukup besar kepada karisma diri dan persepsi orang lain terhadap kita.
Hmm…entahlah, atau mungkin memang seseorang harus jatuh tersungkur lalu parah terlebih dahulu baru mengerti bagaimana harus berhati-hati (?)
~Selamat menjalani ibadah puasa~
19 comments:
hmm... how should i comment your perfect post?
bila nak grad univ kehidupan nihh?? :D
emm... benar deanz, pengalaman adalah guru yg sahih, ita tak akan membenarkan - pisang berbuah dua kali....
Zal,
Moral of the comment is no comment.
Jed,
Anytime, anywhere...sendiri grad :D
Ita,
Belajarlah dari pengalaman lalu...
deanz... kerana sifat manusia yg LUPA... justeru itu kita harus sentiasa berdoa agar ALLAH sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya pada kita. Keluarga dan sahabat juga memainkan peranan penting. Jangan nak tunggu org tu dak tersungkur dan tersembam ke bumi baru kita nak membantu dia. Jangan tunggu org tu dah kelemasan baru kita nak menyelamatkannya.
saje nk komen xde kene mengena dgn entry..
wawawawawa..lagu kan main sadis ni..putus chenta ke inche' abg??? ;)
sabau jelaaaa ekkk..!
Maya,
Sama-samalah berdoa, semoga kita tidak tergolong dlam golongan org yg mazmumah.
Masy,
Statement jelesssss !!!
deanz...things happens for some reasons!!!Think positive dude...emmm by the way...IMu..hehhehhe..:p
klu tak buat silap, camne nak belajar buat benda yg betul kan?
** 4 dulang choc chip cookies dibakar, baru 1 dulang yg perfecto! **
noush,
Some reason sometimes make trouble...
Kak Wan,
thats why universiti ini penting...
~dah mula wat kueh raya ke..kita datang nak tolong perabih ni :D
salamm deanz..
entri yg amat bagus..
dah baca terawal tapi tk daya nak komen..sorry..till now baru ader keyakinan unt memperkatakan sesuatu..
kedangkalan fikiran insan tidak mengira dia siapa..apa statusnya..brapa umurnya..apa jantinanya..semuanya tidak menjamin satu kesempurnaan..
adakalanya semakin tinggi ilmunya semakin dangkal kelogikan tindakannya.. tersungkur berulang kali namun masih ditahap itu..
dimana silapnya...?
Pengalaman mmg guru terbaik dlm satu2 kehidupan..dan pengalaman juga menjadikan kita seorang pemikir..
iman dan akal seharusnya berjalan seiring..
~masih bingung~
qis.... akak setuju...
dah ramai akak jumpa, yg berkelulusan tinggi tetapi hanya pd sekeping ijazah atau diploma, tetapi pemikiran masih dangkal...
Yup Lady & Maya betapa pengalaman masa lalu mencabar kedewasaan kita..
Tersungkur jatuh dan bangun semula dalam kehidupan adalah satu proses yg berulang kalau kita tidak pernah serik kepada sakit yg dideritai pada masa lampau.
Kesilapan membetulkan kita, kegagalan adalah jalan kepada kejayaan dan penderitaan memberitahu kita betapa agung ertinya sebuah kebahagiaan.
Noor,
Tanpa kegagalan kita tidak akan tahu betapa besarnya sebuah kejayaan...
best regards, nice info »
Cool blog, interesting information... Keep it UP Ebay boating Picture 2005 cadillac sts minivan center consoles 2004 volkswagen golf reviews http://www.pharmacy-6.info/Online-prescription-ritalin.html minivan parts massachusetts bankruptcy attorney Kid mini backpack Honda radio install fitness wear Generic brands of viagra online Plastic surgery for facial paralysis used minivan Hentai hardcore free xxx comix cartoons Infiniti az mesa http://www.j-lo-perfume.info/Minivan-discount-rentals-fort-smith-arkansas.html Transmission fliud service in a 1999 pontiac sunbird anal fuck
Enjoyed a lot! Protonix useage Valium posted by january 2005 url http://www.provigil-for-depression-treatment.info/buspirone.html cheap buspirone rx Library congress patents gateway laptops beautiful screens Removing door panel on chrysler cirrus Fenegriek vitamines Benq goedkope headsets Buy golly products sofas sectionals mesotherapy manassas va
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »
Post a Comment