December 14, 2007

PENGORBANAN

...Keduanya sudah bersiap, Ibrahim sudah bersiap dengan pedang tajam yang terhunus di tangan kanannya untuk menyembelih. Sedang lsmail sudah bersiap merebahkan dirinya di atas sebuah batu besar membukakan lehernya untuk disembelih.

Sekadar untuk sedikit meringankan beban penderitaan batin dari kedua manusia besar itu, lsmail mengusulkan kepada bapanya agar mengikat kedua tangan dan kedua kakinya, baju yang menutupi badannya dibuka lalu ditutupkan ke wajah mukanya sendiri. Ismail mengusulkan pula agar perintah itu segera saja dijalankan, dengan mengasah pedang lebih dahulu agar lebih tajam.

Setelah mengucapkan salam selamat tinggal, lsmail mewasiatkan bajunya itu nanti diserahkan kepada ibunya, agar baju itu dapat dicium oleh ibunya bila merindukan dirinya. Dan baju itulah pula sebagai pusaka untuk ibu yang ditinggalkannya.

Tiba tiba dari atas puncak bukit itu terdengar suara memanggil namanya: “Hai Ibrahim, sungguh engkau sudah siap untuk melaksanakan perintah Tuhan dalam mimpimu. Kami akan memberi ganjaran setimpal dengan ketaatanmu itu.”

Ibrahim segera menoleh ke tempat datangnya suara itu, ia melihat Malaikat turun ke bawah membawa seekor kibas yang gemuk dan sihat. Berkata Malaikat itu: “Hai Ibrahim, sembelihlah kibas ini sebagai ganti anakmu Ismail itu makanlah dagingnya, jadikanlah hari ini hari raya bagimu berdua, dan sedekahkanlah sebahagian dari dagingnya untuk fakir miskin sebagai korban.”

Darah tertumpah di atas batu membasahi bumi, bukan darah Ismail, tetapi darah seekor kibas yang gemuk dan sihat. Begitulah caranya Allah menebus korban Ismail dan korban Ibrahim. Ditebus Allah dengan satu penyembelihan agung, satu macam penyembelihan yang amat agung maksud dan pelaksanaannya.




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada umat Islam seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Pada hari yang berbahagia ini, marilah kita sama-sama mengingati saudara-saudara kita yang telah berkorban demi kebaikan saudara-saudara yang lain. Menangkah kita di Hari Raya Korban ini?


11 comments:

shafarina said...

Banyak yang dah terkorban

- anak dara yg belum kawen di tgn pakwe
- kemalangan jlnraya sbb merempit
- maruah sbb ikut perjuangan songsang
- duit semata2 mahu kumpul harta dunia


Doakan supaya aku dan kamu dan kawan2 kita dan muslimin muslimat semuanya berkorban kerana Allah SWT

Semut Api said...

Wan,

ada satu lagi jenis korban...
-korban kerana banjir..

Semoga kita semua dalam lindunganNya.

Anonymous said...

salam aidiladha deanz

Semut Api said...

Ellie,
Txs...korban apa tahun ni..Jangan korban airmata dah la..

Masy said...

salam deanz,
berkorban jgn sampai terkorban pulak~

slmt balik kg (^_^)v

AbGJaS said...

Salam Deanz,
Molek sekali kita mengingati sejarah.

Namun tak ramai kita menghayati ruh sejarah korban Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. tersebut.

Hatta semasa menyembelih korban itupun ada yg riak dan bertegang urat kerana agihan yg tak merata.

Semut Api said...

Masy,
Berkorban utk terkorban, bukan pengorbanan ke? Palestine contohnya..

selamat sampai ke kpg juga..


Abg Jas,
sejarah betapa besarnya erti pengorbanan..

depa berebut ekor lembu ke? ish....ish.. :D

`Selamat hari raya~

Orked said...

salam..tahun ni saya berkorban juga...korban ego..syukur rasa lebih tenang..

Semut Api said...

Jie...
Selamat hari raya juga...macam tragis jer bunyi dia.. :D

Blank said...

Deanz,
apa kata, demi satu pengorbanan, you email me your true self photo?

Semut Api said...

BC,

Pandai la awak yer... :D
okey...dont worry.