December 29, 2007

SELAMAT DATANG 2008

Disember 2007 sampai ke penghujungnya. Rata-rata menunggu kehadiran 2008 dan ingin terus melupakan 2007. Ada yg tak sabar menunggu tahun baru gamaknya bila kalender lama mula ditanggalkan dan kalender baru mengambil tempat. Digantung tinggi megah setinggi azam dan harapan mereka untuk tahun seterusnya 2008.


Terasa cepat setahun telah berlalu bila melihat kembali kepada tekad dan azam yang belum ditunaikan. Ada yang hangat-hangat tahi ayam, ada yang kantoi di tengah jalan, ada yg tertulis cantik tapi tak dilunaskan..lantas menjadi igauan 2008, mengganggu indahnya sunyi malam, meracau dalam panas dan terangnya siang untuk menentukan hala tuju perjalanan hidup seterusnya.
9



Adakah kegagalan lalu itu tanda kekalahan? Adakah ketewasan itu tidak perlu di kongsi bersama? Adakah tekad dan azam kita yang lalu telah tertunai? Ya atau Tidak? 2007 mungkin bukan tahun terbaik di dalam hidup kita. Masih terlalu banyak hal yang boleh kita perbaiki, masih banyak perkara yang mampu kita buat lebih baik lagi.


SELAMAT TAHUN BARU 2008. Lihat lah dunia dari mata burung bukan dari dalam tempurung...






10 comments:

AbGJaS said...

Salam Deanz,
Selamat Tahun Baru buat Deanz n famili. Beruntunglah mereka yg tahun ininya lebih baik dari tahun lepas.

Abgjas rasa Deanz bukan pengunjung setia Dataran Merdeka di malam tahun baru...

shafarina said...

Selamat tahun baru juga, tahun baru hijriah juga akan tiba tak lama lagi kan.

Moga tahun depan lebih baik dari tahun ni...

Semut Api said...

Abgjas,

selamat tahun baru juga...

saya memang bukan pengunjung Dataran Merdeka...tapi pengunjung KLCC, Bangsar, Hartamas dan semua tempat di seluruh negara..kalau tak pergi nanti membazir pula dah belanja juta-juta... ;D


Wan,
Tahun baru hijrah ada tembak-tembak bunga api tak?

...dan akan kekal lebih baik untuk tahun-tahun seterusnnya..

Masy said...

salam tahun baru tuan busut,
kalendar lama tetap tersimpan, sayang pulak nak buang. sambil tu bole belek2 berapa byk OT dah dibuat dulu.. hehehe

apa azam tahun ni? (soklan stendet)

Semut Api said...

mas,

Kalau OT claim setahun sekali kira macam bonus juga la...

...berazam agar ada perubahan besar yg tak di sangka-sangka (?)

Selamat tahun baru juga..

Anonymous said...

Salam Deanz...
OD nak ucapkan selamat menyambut tahun baru, semoga diberkati, dirahmati dan sukses selalu. Amin.

Anonymous said...

Gostei muito desse post e seu blog é muito interessante, vou passar por aqui sempre =) Depois dá uma passada lá no meu site, que é sobre o CresceNet, espero que goste. O endereço dele é http://www.provedorcrescenet.com . Um abraço.

Semut Api said...

Salam Od,

txs atas doa dan ucapan tahun baru..

selamat tahun baru juga..

Noushy Syah said...

Salam Abg Deanz,
Selamat Tahun Baru 1429H..wishing you all the best and may Allah bless you and family always.

H U P D A T E!!!

Malas blogging dah yea?

Semut Api said...

Noush,

Selamat tahun baru juga...aminnn...

dah update dahhhh...