Zaid Ibrahim |
Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim (gambar)
hari ini menyeru kepada pengundi untuk mengenepikan amaran yang
dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan di bawah Datuk
Seri Anwar Ibrahim akan menghancurkan Malaysia.
Dalam blog
yang diterbitkan, Zaid mengatakan Dr Mahathir dan Anwar menghentam
sesama sendiri dan mengatakan Anwar lebih baik dari segi integriti
moral, perhubungan dengan masyarakat luar bandar dan pengaruh Islam.
Zaid dalam blognya mengatakan jika Anwar menjadi perdana menteri, ia adalah “kekalahan terbesar” Dr Mahathir.
“Dr M tidak boleh menerima hakikat bahawa individu yang beliau
tentang dengan seluruh jentera kerajaan masih lagi pemimpin politik yang
lebih popular dari beliau,” kata Zaid lagi.
Ahli politik yang mempunyai sejarah politik berwarna warni, dari
menjadi menteri di Umno kepada pemimpin di PKR, mengatakan PR seharusnya
diberi peluang untuk memerintah, walaupun Dr Mahathir berulang kali
mengkritik tentang pakatan pembangkang yang sukar untuk membentuk
kerajaan.
Zaid bersetuju Anwar “tidak banyak melakukan perkara baik” ketika
beliau menyertai Umno, atau semasa beliau menjadi menteri pendidikan
atau timbalan perdana menteri. “Beliau bukanlah seorang pelopor,” kata
Zaid lagi.
“Beliau sombong, feudalistik, keras kepala, dan lebih berminat untuk
memperkukuhkan kedudukannya dalam parti berbanding perubahan.”
Namun begitu, Zaid menambah bahawa pengalaman traumatik semasa karier
Anwar hampir berhenti apabila beliau dipenjara, dipukul serta dimalukan
kerajaan sudah pasti mengubah dirinya menjadi lebih baik.
Anwar kini seorang “yang berbeza”, dan kali ini, Anwar mengetahui apa
beliau perlu lakukan, terutamanya tentang mengubah pemikiran dan
menukar kerajaan yang lebih bersih dan sederhana, menurut Zaid dalam
blog tersebut.
“Mereka tidak mahu pemimpin yang korup dan kayakan diri sendiri,
parti dan keluarga,” kata Zaid. “Anwar dan ahli keluarganya tidak kaya,
dan mereka hidup serba sederhana,” tambah beliau lagi.
Zaid berkata pengalaman Anwar telah menjadikan beliau menjadi
terkenal dalam politik, dan mengenali lebih rapat dengan pedalaman di
Malaysia dan golongan miskin di bandar apabila beliau bergerak di
seluruh negara membawa perjuangannya.
Zaid berkata Anwar sangat mengambil berat dan ketulenan dalam memperjuangkan keadilan, berdasar pengalaman beliau sendiri.
“Mereka benar-benar berjuang dan kita boleh percaya. Beliau sudah berubah, tetapi Dr M tidak,” katanya lagi.
Zaid adalah menteri kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi dipecat
pada tahun 2008, selepas beliau meletak jawatan membantah keputusan
kerajaan untuk menggunakan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk
menangkap ahli politik pembangkang, blogger dan wartawan.
Dr Mahathir menjadi penyokong kuat untuk Datuk Seri Najib Razak, dan
pengaruhnya di dalam parti telah menutup rancangan transformasi dengan
bermain isu perkauman.
No comments:
Post a Comment