September 28, 2005

ALPHABET

Salam Sejahtera,

Ada apa dengan nama? Dipetik dari sumber yang aku sendiri kurang faham tetapi telah aku terjemahkan. Jom kita sama-sama kaunter balik apa ada pada alphabet nama kita?


A : Accept.
Terimalah diri anda seadanya.

B : Believe.
Percayalah terhadap kemampuan Anda untuk meraih apa yang Anda inginkan dalam hidup.

C : Care.
Ambil peduli pada kemampuan Anda dalam hidup.

D : Direct.
Fokuskan fikiran pada hal-hal positif yang meningkatkan kepercayaan diri.

E : Earn.
Terimalah penghargaan yang diberi orang lain dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik.

F : Face.
Hadapi masalah dengan benar dan yakin.

G : Go.
Berusaha memburu kebenaran.

H : Homework.
Membuat persediaan adalah langkah penting untuk pengumpulan informasi.

I : Ignore.
Abaikan celaan orang yang menghalang Anda mencapai tujuan.

J : Jealously.
Rasa iri dapat membuat Anda tidak menghargai kelebihan Anda sendiri.

K : Keep.
Terus berusaha walaupun beberapa kali gagal.

L : Learn.
Belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.

M : Mind.
Perhatikan urusan sendiri dan tidak menyebar gosip tentang orang lain.

N : Never.
Jangan putus asa.

O : Observe.
Amatilah segala hal di sekeliling Anda. Perhatikan,dengarkan,dan belajar dari orang lain.

P : Patience.
Sabar adalah kekuatan tak ternilai yang membuat Anda terus berusaha.

Q : Question.
Pertanyaan perlu untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu.

R : Respect.
Hargai diri sendiri dan juga orang lain.

S : Self Confidence, Self Esteem, Self Respect.
Percaya diri, harga diri, penghormatan diri & bebaskan diri dari ketegangan.

T : Take.
Bertanggung jawab pada setiap tindakan Anda.

U : Understand.
Fahami bahawa hidup itu ada naik turunnya.

V : Value.
Nilai diri sendiri dan orang lain, berusahalah melakukan yang terbaik.

W : Work.
Bekerja dengan tekun, jangan lupa berdo'a.

X : X'tra.
Usaha lebih keras.

Y : You.
Anda dapat membuat suatu yang berbeza.

Z : Zero.
Usaha tiada membawa hasil kosong juga.

September 26, 2005

VIVA SELANGOR !


Salam Sejahtera,



Syabas dan tahniah kepada pasukan Selangor! Empat gol daripada tiga rangkaian pemain import memastikan Selangor menjuarai saingan Piala FA 2005 apabila membenam cabaran juara bertahan Perak 4-2 di Stadium Shah Alam, malam semalam.

Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang berkualiti dengan penuh semangat kesukanan. Gegak gempita Stadium Shah Alam dengan sorakan Red Giant Fan Club di sambut dengan pekikan penyokong fanatik pasukan Seladang. Bola tetap bulat dan Selangor tetap menang penuh semangat! Fanatik pulak aku ahaksss!!

Aku yakin pada ketika itu ada orang yg agak terkilan dengan kemenagan Red Giant dengan tumpasnya Perak di bumi Selangor. Apa Khabor Anjung Lara? Tak terkejor ke? :D



"Kami menguasai 15 minit pertama tetapi selepas menjaringkan gol, ada perubahan kerana kami leka dan cuai di bahagian pertahanan. Ia menjadi punca Perak mengambil kesempatan."Namun saya berbangga dengan pemain-pemain yang sekalipun agak kelihatan letih di babak akhir namun dengan disiplin tinggi mereka dapat mengekang setiap asakan Perak," ~Dollah Salleh.




"Kedua-dua pasukan sebenarnya sama kuat. Namun pasukan yang membuat kesilapan dalam final selalunya kalah dan malang sekali ia pasukan Perak. "Tapi saya berbangga juga dengan persembahan pemain-pemain saya yang tidak mengenal putus asa dan mempamerkan bola sepak yang berkualiti di depan 80,000 penonton," ~ Toni Netto.



Di sebalik realitinya, aku sedikit terkilan, lima daripada enam jaringan dalam perlawanan tersebut tidak di jaringkan oleh anak jati Malaysia, mahupun pasukan Perak atau Selangor. Rata-ratanya pemain import menguasai jaringan pada malam itu. Elie Aiboy pula telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Pial FA. Hanya sebelum dua minit perlawanan berakhir, Mohd. Nor Ismail berjaya menjadi wakil tunggal penjaring gol.

Aku berharap benar pertemuan akhir Piala Malaysia pada 1 Oktober ini situasinya akan berubah. Apabila Selangor bertemu Singa Utara (Perlis) hanya satu yang aku harap tidak akan berubah, kemenangan mesti di tangan Red Giant!

Pastinya ini satu hadiah paling berharga buat rakyat Selangor seiring dengan kemajuan negerinya....Selangor maju 2005 ~ Viva..!!



September 23, 2005

TAK DE KEJE



...AAAAAAAaaaaa ChhhhhhhoooooOOOO !!!!! Snif...sniffff !!

HaaaHH... Selesema.. kena ujan balik solat tadi....ribut petir lak tu...

itu je tak de citer apa....

September 21, 2005

SIAPALAH AKU


Siapalah aku
pada senja yang merah ini
aku tidak mahu lagi berbicara
tentang sisa kenangan lalu
yang merobek hati luka berdarah

Siapalah aku
pada malam yang dingin ini
merenung ke dalam diri
sedar diriku yang kerdil dan hina
lalu kuhadapkan wajahku kepadaNya
agar aku diampuni

Sesekali pada subuh yang hening ini
kusedari siapalah aku
kalau hanya seorang hamba
hidup mati ditentukan Nya
punya kehidupan tapi hanya sementara.

Sabtu Okt 25, 2003
9:13 am

September 15, 2005

ANGKASAWAN & ROTI CANAI

Salam Sejahtera,

Program Angkasawan Pertama Negara untuk menghantar seorang angkasawan Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2007 bakal menjadi perintis kepada misi angkasawan negara ke bulan. Biarpun ia menelan belanja yang besar kita patut berbangga dengan penglibatan Malaysia dalam program ini. Sekiranya misi pertama itu nanti berjaya, tidak mustahil hasrat untuk melihat rakyat Malaysia menjejak kaki ke bulan akan menjadi realiti.

Peringkat pemilihan calon berkenaan telah dilakukan di Kuantan dengan sebahagian daripada 854 calon yang perlu melalui ujian pertama iaitu Larian Angkasawan dengan menamatkan larian sejauh 3.5 km dalam tempoh 20 minit.


Dalam pada itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, angkasawan tempatan yang pertama kali ke angkasa perlu membawa identiti negara.

Rancangan untuk membekalkan angkasawan negara dengan roti canai ketika berada di angkasa yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, akan diteruskan seperti dicadangkan! Betapa Roti Canai akan di naik taraf statusnya hingga ke angkasa lepas boleh dinikmati ..fuh!! Cayalah...

Persoalannya sekarang, apakah identiti negara kita yang boleh dibawa ke angkasa lepas dan di bawa bersama ke bulan serta boleh dinikmati di sana? Sekiranya identiti ini boleh diwakilkan dalam bentuk makanan selain dari roti canai apakah makanan yang sesuai?

Atau mungkin kita boleh fikirkan sesuatu yang lain dan boleh di jadikan identiti negara kepada angkasawan kita. Mungkin juga kita boleh membawa replika sebilah Keris Semenanjung lalu dipacakkan di bulan dan setiap kali bulan mengambang bayang-bayang Keris Semenanjung akan terpancar ke pelusuk dunia. Macam bayang-bayang kelawar dalan cerita Batman!

Apapun tahniah dan syabas kepada Malaysia...okey Chow dulu...

September 13, 2005

(?)

...Kemandulan idea (?)

Ada ketikanya keadaan ini terjadi. Semua draft yang ditulis menjadi tidak keruan...

Aku merasakan seperti kurang rasa , kurang reti, kurang visi...

Aduh ! Apa-apaan sih...

September 08, 2005

KENTUT

Salam sejahtera,

Kadang-kadang kita jarang memikirkan apa perkara rutin semula jadi yang berlaku kepada diri kita. Sebenarnya kita tidak pernah hirau pun impaknya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.

Kentut! biasa kita mendengar, tercium malahan kita sendiri sering melakukan aktiviti ini. Pernahkah kita terfikir bagaimana kentut boleh terjadi. Menurut satu fakta ilmu kedoktoran kentut berasal dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita hirup, gas yang memasuki usus dari darah, gas dari tindakbalas kimia dan gas hasil dari bakteri dalam perut.

Aku teringat kepada seorang brader se ofis aku satu ketika dulu yang tabiatnya memang suka menjaja kentut kehulu kehilir. Strange but true...hahaha...Alkisahnya brader ni jenis orang yang dah biasa terkentut tak kira walau dimana situasai dan tempat sekalipun. Brader ni orang panggil Brader Bond Belon.

Aku tak tau dari mana dia dapat gelaran ni, tapi aku rasa sebab dia minat filem 007 sampaikan atas meja dia penuh dgn pic James Bond. Gelaran Belon tu pulak sebab perut dia boleh di kategorikan sebagai boroi atau mungkin juga tabiat kegemarannya yang suka kentut merata-rata. Ya! Aku pasti, memang tak syak lagi.

Kenapa kentut berbau busuk? Kentut berbau busuk kerana kandungan hidrogen sulfida mengandungi sulfur. Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin busuklah kentut anda.

Apa yang aku pelik brader ni walaupun dah ditegur banyak kali tapi dia still maintain kentut merata-rata atau mungkin juga lubang dubur dia memang dah loose. Jadi apalah daya kami dalam keadaan terpaksa rela menerima tragedi ini sebagai satu gurauan busuk ofis kami.

Kentut menghasilkan bunyi kerana berlakunya vibration pada lubang dubur ketika gas di lepaskan dan kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan gas dilepaskan.

Pada dasarnya kelantangan bunyi kentut brader ni tak lah sehingga mencecah bacaan 9 pada Skala Ritcher dan langsung tidak mampu menggegarkan struktur bangunan ofis tapi ia cukup untuk menggegarkan lubang hidung kami.

Walaupun bau kentutnya juga tidak lah sebusuk bau bangkai anjing yang mati dan berulat dilanggar kereta Kancil lalu terlambung keseberang jalan di hi-way NKVE lalu di langgar pula oleh Gen 2 yang sering problem pada cermin tingkapnya, tapi bayangkanlah kalau dalam sehari purata kita kentut sebanyak 14 kali mau mereng gak kami seofis dibuatnya. :-D



Satu pagi kami pernah bergurau dengan brader ni. 'Apa istimewanya kentut abang sampai abang rasakan aromanya perlu dinikmati oleh semua orang?'

Dengan selambanya dia cakap 'Ko kalau nak tau kentut aku power tak power, pi ambik mancis api letak kat bontot aku pastu aku kentut...dah gerenti mancis ko menyala!'

Pecah perut kami gelak sambil menikmati roti canai di kedai mamak regular port kita orang menjamu selera sampai tersembur roti dari mulut kita orang! Apa pun kami memang suka berborak dgn brader ni. Lagi satu yang paling aku suka dia suka blanjer kita orang...kira sedekah juga la tu. Dengar khabarnya dia ada banyak rumah sewa di KL ni. Murah rezeki dia...

Bilakah saatnya kita biasanya terkentut? Pagi hari ketika baru bangun tidur nak pi mandi dan di kenali juga sebagai "Morning Thunder". Kalau intonasinya bagus, di suatu Subuh yang bening bunyi kentut boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah. tuuuuUUUTTT !! Fear Factor !

Kentut juga baik untuk kesihatan tapi ia juga boleh membatalkan wudhu' anda. Okey, Chow dulu...


September 05, 2005

TEL AVIV SETELAH MEREKA MENYUNDAL II

kawan
suka maupun duka
biar ku papah sendiri

kawan
di sini terlalu panas
kota ini terbakar
maruahnya berserakan
barangkali beruntung orang tuli dan buta
tak mendengar jerit tangis saudara
atau melihat titis darah merah

kawan
dua negera meranapkan cinta kami
bangsat sangatkah kami
benci sangatkah kepada kami...


KETIKA & WAKTU

Tika ini
sakit mengcengkam urat dan daging
sakit merebak ke kata dan mata

tika ini
Segala usaha telah ditelan
segala ikhtiar telah dicuba
segala nasihat sudah dihirup

namun sakit semakin galak
merayap ke hujung hayat
aduh ! demam lagi...




JANGAN ADA BENCI


Siapa pun tak mahu dibenci
Hidup hanya sekali
jangan dibiar menderita
dengan marah dengki, dendam

Binalah hidup yang satu kali ini
dengan bahagia
jangan ada benci
kita senang hati


koleksi Dec, 2004

September 01, 2005

SNN VERSI SELAMBER...


'Alooo kawan, lama tara mari! Ada sihat ka?'

'Sihat la mamak. Ada sikit bizi la...'

'Ini hari mau makan apa, saya bikin special punya, regular customer punya pasal'

'Buatkan saya roti telur kuah banjir sama itu teh tarik tak mau buih punya'

'Hahahaha...wokey siap!'



'Nah En. Dean, sekarang makan, panas2 lagi sedap'

'How's your bisnes mamak?'

'Ada sikit bagus juga la, Syukur Alhamdulillah juga...'

'Ya la mesti maju juga. Dulu u buka ini kedai sama u punya anak itu Rahman, sekarang mana pergi? Sudah buka roti canai corner lain punya tempat ka? Sekarang u ada itu staff baru Minah Indon ada manis juga'

'Hahaha...itu minah Indon sini mari mau kerja saya bagi la... Itu Rahman susah mau cerita la kawan. Saya ada sedih juga.'

'Apa pasal mamak?'

'Itu Rahman sudah jadi Drug addict juga. Saya banyak kali sudah marah sama dia. Sekarang dia langsung tara balik rumah, tak tau mana sudah lari. Lagi satu saya ada dengar itu Government mau kasi free itu drug, kondom lagi free. Ada betul ka itu kawan? Saya punya hati banyak susah juga'

'Saya pun susah mau komen la mamak. Ramai orang tara suka tapi Government mau praktik juga...kita tengok saja la...Sabar la mamak, doa sama Tuhan Allah kasi itu Rahman insaf. U punya wife macam mana?

'Ini lagi satu bikin saya punya kapla pening la kawan. Hari-hari saya gaduh juga. Ini Rahman punya hal. Saya punya wife cakap saya tara pandai jaga itu anak!'

'Mamak...mamak...u tau ka? Itu Ariel Sharon pun sudah tak mau gaduh, itu Gaza punya tempat dia sudah pindah. Tak mau gaduh sama Palestine lagi tau! Tapi u dari dulu sampai sekarang gaduh juga laki bini!'

'Saya pun sudah give up la En. Dean. Rumah saya sudah beli, kereta lagi tapi hari-hari dia bising juga. Nasib baik ada ini Nona Manis indon mari. Hari-hari ada senyum juga...Hahaha ! Saya ingat mau kawin sama dia. Ada ngam ka kawan?'

'Ah! Mamak ni kesitu pulak dia. Tapi kalau ada jodoh jangan lupa kasi tau sama saya...Errrrkk ! Alhamdulillah...'

'Sudah kenyang ka? Mau tambah?'

'Tak pe la mamak. Mau tanya sikit itu bendera Malaysia banyak cantik siapa sponsor? City Hall ka?'

'Aiseyyy kawan...sandiri beli la. Saya warganegara Malaysia mesti mau taroh itu bendera Merdeka Day punya celebrate. Syyyy! kawan itu TV3 punya news ada cakap, ada itu perempuan sudah pakai seksi, kasi tutup dia punya badan dengan bendera macam itu kemban juga. Saya banayak syok tengok..hahaha...! '

'Mamak... itu perempuan miskin punya orang. Lagi baik kalau itu TV3 bikin slot Bersamamu sebab itu perempuan tara baju...entah mana punya bendera dia rembat pastu dia buat kemban. Nasib baik ada bendera tau mamak, kalau tak mesti dia bogel punya!'

'Hahahah...itu mcam ka? Banyak pandai la lu kawan, baca ada tinggi juga'



'Okey la mamak berapa semua ni?'

'RM..... saja'

'Ayooo...sudah naik harga ka? Dulu teh sama roti baru RM....'

'Itu dulu kawan, sekarang semua barang sudah naik. Itu petrol punya hal'

'Hello mamak! Itu petrol naik mana ada sangkut paut dengan lu punya roti canai? Lu bikin ini roti dengan minyak petrol ka?'

'Jangan itu macam kawan...ada sikiiiiiit untung juga'

'Pandai la ko mamak, cakap je la ko nak tambah bajet nak kawin dengan minah Indon tu...tu pasal ko naik harga..Okey la nah ambik duit ni.'

'Tq kawan. Ada senang sini mari lagi kita boleh borak-borak'

'Yer la tu kirim salam sama itu Indon...ada maniiiiiis jugaaa...Hahahaha..!!!


~Di baca dengan slang dialog mamak- baru ada thrill~


August 29, 2005

31 OGOS - MERDEKA CARA KITA II

Salam Sejahtera,

Hari Kemerdekaan Negara kita diraikan setiap kali menjelangnya 31 Ogos yang melambangkan semangat patriotism, unity and rejoicing by Malaysias of all races and creeds.

Sambutan yang gilang gemilang ini biasanya disambut di Dataran Merdeka ataupun di Putrajaya. Yang Di Pertuan Agong dan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan are joined by amammoth croud in witnessing the parade.

Jalur Gemilang dengan bangganya berkibar di bangunan-bangunan pejabat, premis perniagaan, rumah, pusat pendidikan malahan juga kenderaan…Meriah!

Untuk memeriahkan lagi sambutan pada malamnya pancaran bunga api bergemerlapan di udara diiringi dengan stage shows, competitions and exhibitions are held in the various states.



Setelah 48 tahun negara merdeka, satu pertanyaan kepada kita yang aku perturunkan melalui sajak ini ;

48 tahun kita merdeka
setelah lebih 400 tahun kita dijajah
sambutannya masih sama

malam berkonsert
siang berarak
beli bendera
kibar bendera..
pernah kah kita
buat bendera
jual bendera (?)



August 25, 2005

DIRGAHAYU MALAYSIA-48 TAHUN MERDEKA


Sajak ciptaan saudara Ujang ni walau agak sinis tapi sesuai utk semua sebelum menjelang hari Merdeka ini...ayuh kita sama-sama hayati...




Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.
Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin merdeka.
Jika kau ingin merdeka,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.


UJANG
K.Lumpur 92.
(Sajak ini pernah dideklamasikan sempena Malam Merdeka di UPM).

August 23, 2005

sHa

Salam Sejahtera,

Seperti yang pernah aku katakan, dunia blogger bukan sahaja ruang untuk kita menagasah bakat dalam bidang penulisan. Dunia tanpa batasan ini juga telah menemukan aku kepada ramai kawan dari seluruh dunia amnya dan juga dari dalam negara sendiri khususnya.

Aku juga telah telah ditemukan dengan beberapa orang blogger dari negara jiran seperti Indonesia yang cukup sinonim dengan negara kita, Malaysia. Begitu juga aku telah menemukan Noush seorang warga Britain berketurunan Melayu yang secara tidak sengaja telah memasuki blog aku. Bermula dari situ beliau sendiri juga berminat untuk berBlog. Tahniah! Seperti katanya “The distance relationship....East meets west....the cycle begins” .

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan berita kematian seorang rakan blogger dari Indonesia iaitu SHA melalui seorang rakan blogger dari Indonesia. Beliau seorang Guru, masih muda tetapi aku tidak pasti apa penyakit yang dihidapinya.

Walaupun kami tidak pernah bersemuka tetapi saling berkomunikasi melalui blog masing-masing dan kelihatannya dia seorang yg periang dan aktif. Maaf SHA aku juga tidak sempat untuk mengikuti program Musical Baton dalam blog mu, mungkin juga aku juga kurang faham apa maksud mu... :D. Moga ia menjadi kenangan persahabatan kita lewat Blogspot tetapi Tuhan lebih menyayangi beliau. Moga rohnya aman di sana.



Tanggal 16 Ogos adalah kali terakhir beliau menulis di dalam blognya, seperti mengetahui saat kematiannya. Berikut adalah catatan terakhir beliau :

Semalam aku mimpi buruk banget,Saat terbangun aku takut hal ini akan terjadi,Padahal waktu aku mau tidur,Aku gak mikir apa-apa,Beberapa hari ini aku merasa tenang,Aku gak ada rasa khawatir apa-apa lagi,Aku serahkan semuanya kepada Tuhan...Entah kenapa mimpi buruk itu hadir lagi...Padahal sebelum tidur aku masih sempat chat.

Aku ketawa-ketawa waktu baca beberapa teman chat,Sebelumnya aku sempat sms dengan Dan, Kepada Dan aku bilang kalo capek banget,Kakiku linu dan aku chat sambil tiduran...Satu jam setelah chat aku gak tahan,Aku ngantuk... dan aku pamit tidur dengan Dan... zzZz Kira-kira jam lima, mungkin...Aku seperti ada di ruangan rumah sakit,Ada dua pasien yang harus operasi hari itu,Karena aku datang terakhir aku dapat giliran kedua,Dan akupun menungggu pasien pertama,Kira-kira tujuh jam kemudian,Seorang perawat menghampiri aku,Dan mengajak aku untuk masuk ruangan,Perawat itu melayani aku layaknya seorang pasien yang akan operasi,Bajuku dibuka dan rambut kepalaku dicukur habis,Cuma aku agak sedikit aneh,Baju operasi yang harusnya aku pakai.

Dalam mimpi itu aku gak liat di tubuhku,Aku hanya liat tubuhku dibungkus kain,Seperti simbok-simbok desa itu,Terus aku diajak ke kamar mayat,Kepada penjaga kamar mayat, perawat itu bilang; "pak, nunut mbungkus" Aku bingung tapi aku nurut saja,Aku lihat beberapa mayat berada di sana,Ada satu yang jelas banget ku ingat,Seorang mayat laki-laki bertubuh kecil yang badannya menghitam,Mungkin korban luka bakar...Perawat menunjukkan satu tempat kosong tempat mayat.

Aku disuruh tidur di situ,Saat aku akan naik ke tempat mayat itu,Ada satu mayat yang jatuh, seorang perempuan berkain kafan,Mukanya kelihatan jelas...Aku ketakutan... akupun lari...Anehnya mayat perempuan itu mengejar aku dengan posisi tidur,Aku ketakutan... takut sekali...Aku lari sekencang-kencangnya...Akupun belok ke pintu sebelah kanan,Mayat perempuan itu berusaha untuk membuka pintu yang kutahan...Untung...Saat aku ngolet kepalaku terantuk sandaran ranjang...Mimpi burukku berakhir...

Tidak ketinggalan juga SHA sering juga memberi komen kepada blog aku dan berikut adalah komen terakhir SHA dalam entri aku di bawah post Optimis :

topik yang menarik...Kamu tau deanz...Orang yang optimis yang selalu di depan... memimpin...
~sHa
04 August, 2005 14:12

Salam takziah dari kami di Malaysia buat Natasha dan familinya di Indonesia…

August 18, 2005

MERDEKA CARA KITA I

Dalam satu perutusan kemerdekaan Perdana Menteri Malaysia pernah berkata :-

"Malaysia adalah negara kita, hak kita, lambang maruah dan kedaulatan kita. Turun naik, jatuh bangun, maju mundur negara ini, hanya kita yang berhak menentukannya. Kita harus berusaha untuk memastikan bahawa masa depan Malaysia akan hanya dicorak dan diwarnakan oleh setiap warganya dan bukan orang lain."

Saya ingin membawa satu contoh bagaimana sebahagian daripada rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan. Beberapa golongan remaja yang bakal menerajui tampok kepimpinan negara yang mengaku kononnya diri mereka skinhead, punk, nazi dan sebagainya. Pertengkaran dan pergaduhan di kalangan mereka sering berlaku pada malam sambutan Hari Kemerdekaan.

gambar hiasan.

Cuba tanyakan, apakah erti kemerdekaan kepada mereka? Bagaimana cara mereka menonjolkan semangat patriotik? Apakah sekadar dengan mengusung, membungkus badan dengan jalur Gemilang, mengibarkan Jalur Gemilang sambil menjerit..Merdeka! Bagi mereka inilah cara mereka menunjukkan semangat patriotik, kosmetik semata-mata! penghayatan sebenar kurang atau mungkin tidak ada!!

Di manakah silapnya atau apakah puncanya masalah ini melanda? Persoalan ini perlu ditangani sebelum mencapai tahap kritikal dan tidak lagi dapat dibendung.

August 16, 2005

LUAHAN DARI ISI PERUT AKU

JANGAN ADA BENCI (buat penulis blog)

i

jangan ada benci
kita datang kesini
tanpa velvet merah
tanpa mawar merah!

kita datang kesini
bukan dengan marah
tapi dengan hati pasrah
justeru itu kita harus belajar untuk tidak marah!

andai kita terbabas
jangan kau belasah aku
sekadar menegur silapmu
syukur kita belum punah!

jangan ada benci
komuniti ini bukan kominiti bangsat
yang bakal bejat!

kerana aku bukanlah yang terpilih
sedang aku menghinakan diri kepadamu
aku menjerit kau hanya membisu
kau tertawa aku terpaksa mendengar
benar-benar terkutukkah aku?

jangan ada benci
kataku walau kau benar-benar benci denganku
tak perlu kau meludahi aku
sampai tenggelam
bunuh saja aku !

Selasa Okt 07, 2003 1:22 pm



ii
JANGAN ADA BENCI

aku bukan benci pada mu
ambil semua yang kau mau
aku tidak akan mengeluh!

rejam, ludahi aku, pancung kepala ku
satu yang pasti
kau takkan dapat...cintaku
cintaku sudah terkubur jauh di dasar liang lahad
bersama cacing!

Rabu Okt 08, 2003 12:44 pm



iii

Jangan kau benci padanya
nanti dia marah

Jangan kau benci padanya
nanti dia patahkan tangan kakimu

Jangan kau benci padanya
nanti dia tampar kau hingga pekak telingamu

Betul, dia tak main-main
jangan kau benci dia

Buktikan!
biar aku saja yang benci dia
dia juga harus tau bahawa
aku pun samggup memenggal kepalanya!

Awas!
sekali lagi kukatakan:
aku lebih jahat dari Bush
aku lebih bangsat dari Blair
aku lebih sadis dari Sharon....

Jumaat Okt 10, 2003 12:44 pm


August 12, 2005

AROUND MY WORKING STATION



Ada apa dengan nama? Sign board ni cukup penting kat ofis aku kerana rata-rata daripada kita bukan mengenali antara satu sama lain. Maklum la ofis bertingkat-tingkat dgn ratusan pekerja. Kadang-kadang tu cam muka tapi tak tau nama dan juga sebaliknya. Kecuali lah kawan-kawan rapat dan yg sewaktu dengannya...silap-silap port kita bole jadi Club Menghalkum!



Yang ni..biasa la tempat cari ilham. Harap maklum memang bersepah coz aku memang jenis rajin berkerja bukan rajin berkemas :D. Kalau aku kemas dah sure banyak benda lak jadi miss place..pelik kan. Dasar tikus membaiki labu...hahahaha...Bendera tu pulak memang dah dari Ogos tahun lepas lagi aku tampal kat situ...Terlebih semangat patriotik katakan. Dan sempena bulan kemerdekaan ni aku rasa memang cukup sinonim lah kalau aku tampal Jalur Gemilang kat situ..Merdeka!



This is my recycle bin. Benda ni penting coz segala sisa buangan bole di muatkan ke dalamnya kecuali yang tuuuttt....Botol mineral memang sentiasa ada atas meja dan dalam tong sampah, maklum la benda free. :D. Lagi pun Hari Jerebu Negara sedang melanda doktor nasihatkan agar kita banyak minum air.


Tapi kali ni aku rasa kita kurang didedahkan dengan info terkini tentang bencana ini dan jangkaan kita terhadap kesan serta tindakan yg perlu diambil sehingga arahan tutup sekolah juga tidak konsisten. Atau sememangnya kita belum cukup bersedia untuk menghadapi sebarang bencana tetapi cukup bersedia menerima aura program realiti TV. oooops!

....menjelang petang tong sampah ni akan penuh dengan berbagai sisa buangan termasuk la kulit rambutan, biji buah mata kucing, duku dan sebagainya...maklum ler musim buah katakan...Bawah meja tak payah cerita..macam-macam ada!

August 08, 2005

AUG 8, 2005


...Perjalanan ke kampung pagi itu berjalan lancar dengan diiringi jerebu tebal di sepanjang perjalanan. Jalan utama yang menghubungkan Lembah Kelang menuju ke Pantai Barat negeri Selangor setelah dua penggal pilihanraya telah siap 85% pembinaannya. Selangor Maju 2005 akan diistiharkan sempena bulan kemerdekaan tak lama lagi..so kena siap juga la jalan ni! Selesa dan nyaman tanpa tol....

Jerebu menyelubungi sekitar Tg. Karang

Satu lagi faktor yang menyumbang ketenangan perjalanan aku ialah keadaan jalan yg lengang kerana malam itu adalah final AF! Rata-rata anak jati Selangor yang berhijrah tak balik kampung sebab masing-masing nak tengok secara langsung melalui Astro. Kalau balik kampung belum tentu mak bapak depa melanggan Astro..dah sure kempunan punya!

Biasanya di minggu pertama macam ni jalan ni bersimpang siur dengan kenderaan mendesuppp balik kampung coz memasing nak test power kat jalan yang baru siap! AF punya pasal memasing tunda program balik kampung. Tapi tak pe la, elok juga kalau tiap-tiap minggu ada final AF lenganglah jalan balik ke kampung aku....vroooooooommmm !!!

Amy! jom kita racing sampai Sg Besar.. :D

August 05, 2005

AF OH AF!

Salam sejahtera,

Berikut adalah petikan asal dari pendapat peribadi aku mengenai AF di dalam Forum SIM :

Pagi ini apabila saya menyemak email, saya menerima email dari moderator SIM (merujuk kpd forum 'Akademi Fantasia Tersasar Jauh' -AFTJ). Seringkali saya melayari Sim tetapi terus terang saya katakan saya tidak pernah pun mengklik kepada tajuk AFTJ dan hari ini saya tertarik utk memberi sedikit komen.




Kalau ada yang mencadangkan untuk menubuhkan Kelab Anti AF aku orang pertama yang akan menyokongnya. Aku juga tidak mengikuti perkembangan AF secara detail..Cuma yg aku tau Mawi cukup popular bukan sahaja diperkatakan oleh para peminat fanatiknya tetapi juga oleh cendikiawan dan Umno juga khabarnya berminat setelah saya membaca beberapa akhbar tempatan. Baru -baru ini seorang rakan menelefon saya dar JB nak turun KL hujung minggu ni semata-mata hendak menonton AF secara langsung dan aku menjawab aku bukan fanatik AF! Maaf la kalau aku agak songsang dlam hal ini.

Saya hairan mengapa program realiti bersifat hiburan seperti itu mendapat sambutan hangat masyarakat Melayu berbanding hal-hal bersifat pengetahuan dan informasi. Program seumpama itu sepatutnya diterima sebagai hiburan semata-mata dan bukan sebagai perkara utama dalam kehidupan sehingga menjadi agenda utama dlm rutin harian makan, tidur, berak ,makan , mandi, kerja semua nya ...AF!

Tetapi apa yang dapat dilihat, ia sudah lari daripada landasan kesederhanaan dan tiada keseimbangan yang sepatutnya menunjangi kehidupan kita yang berdepan dengan banyak misi besar yang belum selesai. Hiburan popular yang entah kemana hala tujunya nampaknya lebih kuat mempengaruhi masyarakat kita..

Dalam akhbar hari ini pun TPM memperkatakan hal ini..aku belum sempat baca sepenuhnya..Fikirkanlah....


Pendapat ini adalah dari aliran pemikiran aku sendiri dan tidak bertujuan mempengaruhi sesiapa pun terutama peminat AF @ Mawi....Sori erk semua..mohon ampuuunn!! Khabarnya AF akan berakhir hujung minggu ni. Sekian.

August 03, 2005

OPTIMIS


Salam Sejahtera,

Optimislah...kadang kita merasa, bahawa kitalah orang yang paling sengsara, menghadapi setiap masalah yang tidak berujung pangkal. Dugaan dan cabaran adalah asam garam kehidupan.

Kadang kita merasa iri pada mereka yang hidup dengan serba sempurna, melihat gaya hidup mereka yang seperti tanpa masalah. Punya kebendaan, kerjaya, kedudukan dan seolah-olah apa yang diimpikan sentiasa dapat direalisasikan.


Pernahkah kita lihat seorang anak kecil duduk sendiri di tepi jalan bermain dalam dunia fantasinya (bukan Akademi Fantasi!) dengan baju lusuh tidak berselipar dan kelihatan comot. Menjelang malam dan apabila hujan mulai turun lantas ia berlari menuju pondok buruk tempatnya berteduh, menggigil kesejukan sendiri menanti kepulangan ayah ibu yang keluar mencari rezeki demi kesinambungan hidup esok hari.

Pernahkah kita lihat seorang nenek yang duduk merenung jauh masa depan di pondok buruk hampir roboh, tiris (istilah popular dalam perhimpunan Umno baru-baru ni) dek tujahan air hujan. Punya anak tetapi tidak pernah menjenguk sekadar bertanya khabar...malu dengan kemiskinan yan menimpa.

Justeru itu, jangan sesekali merasa bahawa kitalah yang paling sengsara. Biarlah kuli @ cikai kita jauh lebih beruntung daripada orang lain barangkali. Punya pekerjaan sebagai sumber rezeki.


Mulailah hari dengan jiwa besar, dengan senyuman, dengan optimis. Jadilah manusia berprestij menjelang masa depan yang gemilang, hadapi setiap cabaran dengan kesungguhan dan ketabahan. Optimislah ...



July 31, 2005

koleksi JGN ADA BENCI

i

JANGAN ADA BENCI

aku tidak benci pada cinta
kerana cinta itu anugerah

aku tidak benci pada nafsu
kerana cinta bukan nafsu
nafsu bukan cinta

tapi seperti katamu
hati-hati main api!
jangan ketawa...
aku tidak pernah melawak...

Isnin Jan 12, 2004 1:11 pm

ii

JANGAN ADA BENCI

siapa dia
aku sendiri tidak kenal

siapa dia
yang terhumban jauh
di sudut rumah
dari dalam bilik
di depan meja
di atas kerusi

tapi aku tidak pernah marah
apalagi membenci
kerana aku
hormatkan falsafahnya
'adalah baik menjadi penting
tapi adalah penting menjadi baik'

biarlah
dia begitu...

Rabu Jan 28, 2004 1:13 pm



iii

JANGAN ADA BENCI

siapa dia
aku sendiri tidak kenal
dari mana asal

siapa dia
yang mundar-mandir
di lorong hanyir ini
membawa saki baki benci dirinya

maka benarlah :
"kecantikan ialah musuh yang yang mengekori wanita ..."
(?)

Isnin Feb 16, 2004 2:17 pm

July 27, 2005

PERIBAHASA

Salam Sejahtera,

Peribahasa adalah ungkapan ringkas dan padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip atau peraturan hidup. Nenek Moyang kita cukup sinonim dengan peribahasa di mana mereka sering dikaitkan dengan penciptaan peribahasa pada zaman dolu-dolu. Peredaran dan perubahan zaman membuatkan generasi millenium kurang ambik pot tentang peribahasa yang tercipta mengikut latar zaman dan masyarakat pada masa itu untuk di jadikan panduan pada masa sekarang. Persoalannya adakah peribahasa masih lagi relevan di era millenium ini?

Mungkin kerana terlalu banyak peribahasa yang dicipta oleh nenek moyang kita, terkadang peribahasa tidak sesuai dengan arus zaman, bahkan saling bertentangan satu dengan lainnya.

Keris sebagai lambang ketuanan, kegemilangan dan kekuatan melayu satu ketika dulu...macam orang Umno lak aku.. :)


Contohnya, peribahasa Biar lambat asal selamat, masyarakat zaman ini mentafsir sebaliknya Biar cepat tapi selamat. Mesejnya, kita harus tangkas memanfaatkan peluang dalam dunia yang semakin pantas ini, apatah lagi peluang selalunya datang hanya sekali !

Jika ditanya kepada Pemburu Chenta ungkapan Takkan lari gunung dikejar juga harus diubah katanya...'gunung zaman sekarang ada kaki' (merujuk kepada girlfriend...hehehehe..) tapi seringkali hajat tak kesampaian kerana Hajat di hati nak peluk gunung, apa daya tangan tak sampai. :-D

Peribahasa Genggam bara api biar sampai jadi arang memang mampu membakar semangat juang darah keperwiraan kita pada saat mempertahankan maruah Agama, bangsa dan negara !Namun di sebalik realitinya, apakah kita benar-benar mampu dan perlu terus menerus maju berjuang tanpa berundur? Pada realitinya, ada saat kita perlu melangkah maju, namun ada pula saat berhenti sejenak, bahkan kalau perlu berundur yang bukan bererti kalah untuk pada suatu ketika yang sesuai kita perlu terus maju dan menang!

Jika difikirkan secara logik, peribahasa Rezeki secupak takkan jadi segantang adakah masih relevan lagi? Bukankah mengumpul rezeki itu juga satu ibadah? tetapi harus juga diimbangi dengan amalan ibadah secara spiritual kepadaNya. Sampai bila kita harus bercupak? Tidak bergantang, berlori, berkontena, bergudang dan seterusnya.....?



Aku...
Ayat biar power, dressing biar slumberrrrr.....! chow dulu...




July 25, 2005

SEMUTZAPI NEWS NETWORK (SNN)

Jenayah makin meningkat di Singapura

SINGAPURA
Kadar jenayah di Singapura secara keseluruhannya meningkat sebanyak 28 peratus sepanjang enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Antara kategori jenayah yang meningkat termasuk kes mencuri, memandu dalam keadaan mabuk, merompak, ragut dan merusuh.



Sementara itu, polis Singapura yang menjalankan rondaan akan meminta telefon bimbit orang ramai untuk diperiksa ekoran peningkatan kes kecurian telefon berkenaan di negara bandar raya itu. Pemeriksaan itu akan membabitkan nombor Pengenalan Telefon Bimbit Antarabangsa (Imei) yang ada dalam setiap telefon bimbit. Ia bertujuan mengumpul maklumat mengenai nombor berkenaan dan memasukkannya ke dalam pangkalan data. – Agensi

Anekdot,
Awas! Bagi anda yang ingin berkunjung ke Singapore telefon tangan bukan lagi alat privacy di sana dan anda juga akan menghadapi risiko kecurian telefon tangan.

775 Berulang lagi


LONDON
Tiga pegawai polis yang dilengkapkan dengan pakaian khas memasuki stesen kereta api bawah tanah di Warren Street, London semalam selepas dilaporkan berlaku letupan kecil. - Gambar Reuters.

Anekdot,
Peristiwa 911 telah menjadi sejarah hitam bagi negara Uncle Sam. Atas alasan itu Bush bernafsu serakah lantas menghancurkan Afghan dan Iraq bersama Pak Turut paling setia Tony Blair! Kota London pula bergegar minggu lepas walau tidak mengorbankan banyak nyawa tapi cukup membuatkan Blair tak senang duduk disusuli pula serangan yg kurang berjaya tidak sampai dua minggu selepas itu. Siapa pula yg akan menjadi serangan serakah Blair & Bush selepas ini...Iran barangkali (?).

Serang Mekah: AS dikecam

KUWAIT 21 Julai.
Umat Islam dari Indonesia hingga ke Asia Barat melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan seorang anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) bahawa AS boleh memusnahkan tempat-tempat suci Islam termasuk Mekah jika puak militan Islam melancarkan serangan nuklear ke atas AS.
Kebanyakan mereka berkata, kenyataan itu hanya akan memarakkan fahaman pelampau di kalangan umat Islam dan membuatkan umat Islam merasakan bahawa AS menganggap semua orang Islam sebagai pengganas.

``Mentaliti Amerika membayangkan sebuah agama menyerang sebuah agama lain dan di sini-lah bahayanya,'' kata seorang penganalisis politik Syria, Ahmed Al-Haj.


~ dipetik dari utusan online.


Anekdot,
Kenyataan ini membuktikan sememangnya AS bernafsu besar!

July 21, 2005

ANGIN PANAS (AP)

Apabila air mata Wanita Besi menitis...


...only four.



Tawa...



...dan tangis.

July 19, 2005

MENGULAR

Rutin seharian sebagai pekerja kadang-kadang memeningkan kepala kita. Sesetengah daripada kita berpuas hati dengan kerja, dengan pendapatannya dan segala hal yang meliputi kerjanya. Tapi di pihak lain, tidak semua orang mengalami hal yang sama. Banyak orang yang berkerja kerana ia sememangnya memerlukan pekerjaan, kerana perutnya harus diisi atau mungkin kerana sebagai sumber sara hidup keluarga.

Kita perlu mengetahui bahawa setiap tugas atau pekerjaan yang dilaksanakan bukan hanya sekadar mencari rezeki untuk hidup tetapi perlu menjadikan sebagai suatu ibadah.

Masalah ponteng kerja juga sering menghantui ketua jabatan atau bos sesebuah organisasi. Istilah yang popular di kalangan kita ialah mengular. Lepas punch pastu hilang entah kemana..mengularlah tu!


...jangan mengulau.

Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku...sikap, suasana kerja, persekitaran kerja, masalah dalaman dan banyak lagi. Apabila kita pemperkatakan tentang masalah-malasah ini, lantas timubullah suara-suara sumbang yang tak sedap didengar ;

'Kalau anda rasa tidak sesuai kerja di sini, awak bolehlah cari kerja di tempat lain'
'Kalau kami rasa anda tidak serasi kerja dicawangan ini, kita akan pindahkan ke cawangan lain'

Kata-kata ugutan seperti ini sering kita dengar sebagai jalan singkat untuk menutup mulut dan mesej supaya kita terpaksa rela dengan sebarang keputusan. Hulubalang Bodek juga cukup pintar memainkan peranan ketika ini.

'Kalau pengurusan sebenarnya tidak mampu mengurus pentadbiran, elok lah angkat bendera putih'

July 15, 2005

PEREMPUAN ITU

perempuan itu di situ
di depan sebuah restoran
duduk menadah rezki
sebelahnya seorang kanak-kanak
ketawa sesekali menangis
juga tertidur di bantal busuknya

aku cuma berlalu
cukup simpati
maaf, tapi aku tidak pernah membenci

semalam
perempuan dan kanak-kanak masih disitu
tulang empat keratnya masih kuat
juga masih muda
permpuan itu belum separuh umur
ah! dia perlu kuat berusaha bukan mengemis...

hari ini
cuma kanak-kanak itu
sugul benar wajahnya
dengan segenggam roti di tangan
"kenapa...
bergenang air matanya
"ibu meninggal semalam dilanggar kereta
ketika menyeberang jalan untuk membeli roti..."

ketika aku berlalu
dadaku sebak
kenapa baru hari ini
kuhulurkan sedekah
tapi bukan semalam
barangkali hari ini
dia masih punya ibu
jika punya wang untuk makan direstoran ini...

Khamis Feb 26, 2004 -9:28 am




JANGAN ADA BENCI

teraba aku
di rembang malam
mencari jejak yang hilang
terjungkir jatuh
tiada siapa sudi menyuluh

hanyir najis tubuhku
tiada siapa hulur bantu
hanya kerana aku
bukan seorang wanita

tiada siapa hulur payung
dalam pekat malam
dalam dingin hujan
ditengah kota ini
yang semakin tipis rasa hormat...

Selasa Feb 24, 2004 4:31 pm

July 12, 2005

PERNAHKAH?

Salam Sejahtera,

Pernahkah suatu ketika secara tidak sengaja kita telah menyakiti hati orang lain di sekitar kita. Kita melalui hari-hari mendatang tanpa mengetahui bahawa kelmarin, dua hari lalu, atau hari-hari sebelumnya lagi, entah berapa banyak orang yang tak berkenan dengan apa yang telah kita lakukan. Walau tanpa sedar, walau tanpa bermaksud demikian, namun hati yang terlanjur disakiti, sukar untuk dipulihkan lagi.

Pernahkah terpikir oleh kita, bahwa sedikit tingkahlaku kita yang kurang menyenangkan orang lain, membuat mereka merasa sedih, kecewa, kesal, atau bahkan marah pada kita. Tanpa kita menyedari, bahawa hari itu telah kita lalui dan berlalu tanpa sebarang rasa bersalah pun kita rasakan...



Kesalahan yang tak disengaja, kadang-kadang membuat kita sendiri berasa hairan. Bila kita melakukan? Betul ke kita telah bersikap kasar padanya? Mungkin kita tidak bermaksud begitu...Memang benarlah ungkapan 'yang menilai diri kita bukan kita sendiri tapi orang lain'.

Jalan paling mudah, perbaikilah diri, mulai saat ini sebab kita tidak pernah tahu bila kita pernah menyakiti orang lain secara tidak sengaja...

Wassalam.

July 08, 2005

MINGGU KEMALANGAN MALAYSIA



1 Julai
Murid dirempuh terus raptai


KEPALA BATAS:
Murid Sekolah Kebangsaan Kepala Batas (SKKB) di Taman Seri Serdang di sini, yang trauma selepas seorang lelaki melanggar sekumpulan rakan mereka, meneruskan raptai kali kedua untuk majlis penyampaian hadiah sekolah itu.

Guru Besar SKKB, Abdul Latiff Saidin, berkata raptai itu adalah kali kedua, selepas raptai percubaan pada hari kejadian berakhir dengan tragedi murid dirempuh kereta.

2 Julai
Pemuda laung kalimah sekuat hati sebelum nahas

DUNGUN:
“Saya melaungkan kalimah Allah sekuat hati sebaik melihat sebuah kereta tiba-tiba meluru masuk ke laluan saya,” kata pemandu bas Rosmazi Abdul Ghani, 38, menceritakan detik cemas selepas bas itu berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 72.6 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kampung Pulau Serai, di sini, petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.40 petang itu, kereta yang dipandu, Mohd Shafie Abdullah, 60, seorang kakitangan istana di Batu Buruk, Kuala Terengganu bertembung dengan bas berkenaan.Berikutan kejadian itu Mohd Shafie cedera parah di paha kanan, manakala isterinya, Wook Said, 60, dan cucu mereka, Siti Syahirah Rasol, sembilan bulan tidak mengalami sebarang kecederaan. Dua puluh lima penumpang bas itu juga terselamat.

3 Julai
Mati dirempuh kereta terbabas

KOTA BHARU -
Seorang kerani maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas dipercayai ketika sedang berlumba dengan sebuah kereta lain di Jalan Kuala Krai di sini, petang semalam.
Dalam kejadian itu, Kua Sew Cheam, 49, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kota Bharu kerana cedera parah setelah melambung kira-kira dua meter akibat dirempuh pada bahagian kaki.

4 Julai
Isteri mati dilanggar depan mata suami

KUANTAN -
Seorang suami terpaksa melalui pengalaman pahit menyaksikan sendiri isterinya maut di depan matanya setelah dilanggar sebuah kereta di Jalan Stadium, di sini hari ini.
Lebih menyayat hati, Md. Nasir Mamat, 52, tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan isterinya, Kamsiah Anuar, 54, sebaliknya hanya mampu mendengar jeritan isterinya ketika dilanggar.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi sewaktu dia dan isterinya baru pulang dari pasar tani berhampiran Stadium Darul Makmur.
Menurut Md. Nasir, isterinya ketika itu sedang berjalan di bahu jalan dan cuba melintas jalan apabila secara tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta.


5 Julai
Misteri RM1 juta lesap - Lori rempuh van perisai, dua pengawal syarikat keselamatan maut

BALING-
VAN syarikat kawalan keselamatan yang remuk setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Kulim-Baling dekat Kampung Bagan Sena, Sungai Karangan, Baling, semalam. Belum dipasti sama ada kemalangan ini disengajakan atau tidak. Dua pengawal keselamatan mati, dua lagi cedera dan wang tunai RM1 juta lesap.



Ibu saksi anak maut dirempuh

PASIR PUTEH
`Allah anakku... Acik!'' jerit seorang ibu hamil lima bulan Norma Jaafar, 28, cemas melihat anaknya melintas jalan menerpa ke arahnya sambil anak matanya menyaksikan sebuah kereta putih memecut laju.

Lebih menyayat hati apabila ibu malang itu terpaksa memapah tubuh anaknya yang berlumuran darah dan cedera teruk, memasukkannya ke dalam kereta, kemudian memandu sejauh kira-kira 500 meter bagi mendapatkan pertolongan kerana tiada yang sudi membantu.

6 Julai
Lelaki maut berpaut cuba halang kereta dicuri



TUMPAT
Seorang pembantu kedai maut apabila melompat ke atas cermin hadapan keretanya dalam usaha menyelamatkan kenderaannya itu daripada dilarikan oleh seorang lelaki di Kampung Bendang Keriang di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Ibrahim Mohd. Noor, 31, bertindak nekad dengan melompat ke atas cermin hadapan kereta Proton Iswara Aeroback ketika ia bergerak laju.

7 Julai

Empat maut dirempuh bas ekspres di Baling

BALING
Kegembiraan lima orang dari satu keluarga selepas menziarah saudara sepupu mereka yang lama tidak dikunjungi berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka yang menaiki sebuah kereta terbunuh dalam kemalangan dengan bas ekspres di persimpangan Lebuh Raya Baling-Kulim, dekat Kuala Pegang di sini petang ini.



Anekdot,
7 hari penuh tragedi kemalangan, berapa kerugian yang di catat?
RM1 Juta menjadi terlalu besar jika di banding dengan dua nyawa pengawal yang terkorban di Baling...(?)

July 05, 2005

KELAB PENGGEMAR DURIAN

Salam Sejahtera,

Musim durian tiba lagi. Raja buah ini mula menguasai pasaran tempatan buah-buahan Malaysia. Dulu, kedatangan musim durian amat ditunggu-tunggu oleh penggemarnya. Tetapi kini kehadiran durian terutama di ibu negara seperti tidak bermusim lagi.

Durian tidak lagi menjadi buah elit seperti satu masa dulu. Ia mudah didapati dimana-mana sahaja. Dari pasaraya besar, gerai tepi jalan sehingga gerai-gerai segera di depan rumah atau di pinggir dusun...semuanya fresh dan mudah dinikmati. Harga bukan lagi satu halangan ianya murah, berpatutan dan berbaloi membelinya!

Gerai-gerai payung di tepi jalan kadang-kadang boleh mendatangkan kekeliruan kepada kita untuk membezakan yang mana satu gerai durian dan yang mana satu payung speed trap polis ! ha ha ha...
peeeeergh! ...terliur...lebih enak dimakan begitu saja! ...nyum....nyum...

Baru-baru ini, Kelab Penggemar Durian (Durian Enthusiast Fan Club - DEFC) telah ditubuhkan. Kelab ini bertujuan utk menggalakkan penggemar raja buah ini bertukar pendapat sekaligus memahami lebih mendalam berkenaan durian. Ia juga bertujuan menggalakkan penanam durian mengekalkan dan meningkatkan lagi hasil tanaman mereka.


Bagi aku ini satu pengiktirafan bagi gologan tani dan buah-buahan tempatan negara kita. Tahniah!


Seperkara lagi, Untuk mendapatkan durian yang baik dalam satu longgokan durian memerlukan kemahiran yang tinggi untuk berbuat demikian. Kebanyakan peraih yang biasa membeli durian daripada pekebun mempunyai kemahiran ini. Menurutnya, kebanyakan buah yang ditebuk tupai adalah buah yang lazat dan berkualiti.