October 05, 2007

RAYA DATANG LAGI

Salam Aidilfitri,

Bulan Syawal akan menjelang lagi, Bulan dimana umat Islam seluruh dunia menyambut kemenangan setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Bulan di mana tradisi saling kunjung mengunjung kerumah sanak saudara dan rakan taulan sambil bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Buang yang keruh ambil yang jernih.



Saling bermaaf berusaha memperbaiki hati dan jiwa kita supaya berperibadi mulia berjiwa luhur...disisi Tuhan. Tidak kira pandai atau bodoh, tidak kira miskin atau kaya, tidak kira tua atau muda, tidak kira sehat atau sakit, tidak kira kaya atau papa kedana...yang baik akhirnya diri kita juga.

Semoga semangat berhari raya kali ini akan membawa semacam satu kekuatan dan inspirasi kepada kita di masa akan datang di sepanjang hayat!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf atas segala keterlanjuran...

September 25, 2007

TRAGEDI RAMADAN

Salam sejahtera,

Seluruh Negara dikejutkan dengan berita penemuan mayat Allahyarham Nurin Jazlin, 8 tahun yang di sumbat ke dalam beg sukan setelah 27 hari hilang dipercayai diculik. Pembunuh kejam berhati binatang ini bukan sahaja menculik malah telah melakukan deraan seksual yang menjadi punca kematian Nurin. Moga damailah rohnya di Syurga dengan dikelilingai bidadari dengan wangian kasturi di taman Firdausi. Takziah untuk keluarga dan Al-fatihah untuk allahyarham Nurin.

Kesedihan ini juga dikongsi bersama oleh jutaan rakyat Malaysia yang turut bersimpati dengan keluarga Nurin dan berdoa agar si pembunuh diberkas dan dihukum setimpal perbuatan kejamnya! Bapa mangsa kepada satu tragedi yang hampir sama berlaku di Johor satu ketika dulu angkara perbuatan nafsu binatang pengawal keselamatan yang merogol dan meragut nyawa anaknya di pondok pencawang Tenaga Nasional berpesan seraya memberi amaran " Penjenayah ini lupa akan kekuasaan Tuhan" Jelas menunjukkan setiap perbuatan akan ada balasannya.

Secara peribadinya, dakwa dakwi, cuai muai, tuduh menuduh, ambil kesempatan dan yang paling pentingnya isu ini bukan modal politik bukanlah jalan penyeselaian kepada tragedi yang menimpa Nurin. Jejak dan berkaslah manusia haiwan ini!

انّا للہ و انّا الیہی رجیعون
Gambar dipetik dari blog http://nurinjazlin.blogspot.com/


Akhbar Utusan pada 24 September telah telah menyiarkan komen saudara SAAD HASHIM dari Ampang, Selangor. Kita telusuri sedikit petikan dari pendapatnya...

SEBAGAI seorang yang pernah tinggal di England lebih 20 tahun, maafkan saya jika sedikit pun tidak terperanjat dengan kejadian sedih yang menimpa adik Nurin Jazlin Jazimin.

Dan sehingga hari ini tuduh-menuduh masih berterusan, polis tuduh ibu bapa, orang ramai menuduh polis dan polis pula dikatakan sedang memikirkan kemungkinan mendakwa ibu bapa Nurin Jazlin kerana mengabaikannya.

Sebaliknya, tidak siapa pun memikirkan bahawa tragedi Nurin dan lain-lain seperti Nurul Hanis, Siti Nadirah, Norsyakila, Nurul Huda Ghani dan Haserawati Saridi, sedikit sebanyak merupakan musibah daripada ‘persekitaran sosial dan budaya’ yang kita sendiri ‘cipta’ sejak akhir-akhir ini.
Secara sinis kita boleh simpulkan bahawa jenayah-jenayah seks yang juga melibatkan kanak-kanak adalah berupa asam garam cara hidup kebaratan yang mementingkan konsumerisme dan hiburan.

Di Malaysia kita bagaikan tidak tidur langsung, penghidupan berjalan 24 jam sehari. Bagi anak-anak muda, kedai-kedai mamak nasi kandar sekarang dibuka sepanjang masa dan kalau perlukan apa-apa, kedai runcit 24 jam pun ada.

Saya tidak tahu di mana datangnya budaya ini. Di England sendiri pusat-pusat beli-belah dan gedung-gedung pakaian seperti Marks & Spencer ditutup pukul 6 petang atau selewat-lewarnya pukul 8 malam.

Kita di sini tak cukup dengan pusat beli-belah mewah dan ekonomi serta pasar malam dibuka hingga 10 malam, fenomena baru ialah budaya pasar larut malam dari pukul 9 malam hingga 2 atau 3 pagi. Kedai arak di England dan Amerika Syarikat (AS) dibuka pada masa- masa terhad. Kita di sini minuman arak boleh dibeli di kedai 24 jam sepanjang masa. Bukan itu sahaja pelbagai konsert hiburan diadakan di sana sini tak henti- henti.

Ini bermakna orang akan keluar rumah selalu sama ada hendak membeli-belah, berjalan-jalan berserta anak- anak malah paling teruk ada yang meninggalkan anak-anak di rumah bertemankan TV dan komputer sahaja.

Jadi suasana penuh hiburan ini yang tidak kurang pula dijanakan oleh dadah maka muncullah manusia-manusia bersifat haiwan yang sentiasa bermimpikan sesuatu yang mereka tidak dapat capai secara biasa.

Ada juga manusia haiwan ini yang berupa orang biasa, berkelulusan tinggi, berkeluarga tetapi melibatkan diri dengan gejala-gejala gila seks yang di luar kebiasaan termasuk seks dengan kanak- kanak iaitu golongan pedofilia.

Mungkin ada yang bersetuju kalau saya katakan suasana di Malaysia merupakan satu ‘syurga’ kepada golongan pedofilia atau mereka yang sentiasa berfantasikan seks dengan wanita-wanita cantik.

Mungkinkah sindrom Jill Dando berlaku di negara ini? Jill Dando ialah seorang penyampai berita dan pengacara rancangan jenayah di BBC yang cantik jelita dan disukai ramai.

Malangnya kecantikan Jill juga membawa malang baginya apabila seorang stalker atau peminat taksub menunggunya di rumah dan menikamnya dan Jill mati tak lama kemudian. Seluruh Great Britain tergamam dan tertanya-tanya apa yang sudah berlaku.

Pelbagai kejadian boleh berlaku kalau segala fantasi itu tidak dapat dibendung, lebih-lebih lagi kalau wanita pujaan itu didapati sudah ada yang punya dan boleh mencetuskan kemarahan dan cemburu yang membuak-buak.

September 12, 2007

RAMADAN AL-MUBARAK

Salam Sejahtera,

Penghulu segala bulan datang lagi, Ramadan Al Mubarak. Ia disambut dengan penuh kerinduan, kesyukuran dan kegembiraan. Atas rasa kegembiraan inilah, Rasulullah s.a.w bersabda pada saat munculnya Ramadan dengan katanya yang bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan penghulu segala bulan. Telah datang kepadamu bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu." (Riwayat at-Tabrani).

Di negara yang gemilang ini, menjelangnya bulan Ramadan juga merupakan bulan munculnya segala macam jenis juadah berbuka puasa. Malah kadang-kadang kelihatan lebih banyak gerai dari pembeli. Meriah memang cukup meriah! Sebut apa saja jenis kuih...lompat tikam, puteri lilin, putu mayung, putu piring, lopes, lapis, peniram, sarang tebuan, pelita, talam, ketayap, talam, telinga monyet, cucuq udang, cucur badak, kuih bom!...dan banyak lagi akan muncul menjelangnya bulan puasa ini.




Walau apapun, bersyukurlah selalu. Sebab kamu yang paling tahu siapa dirimu. Sebab kamu yang yakin akan kekuatanmu. Kerana kamu juga yang menyedari kelemahanmu.

Jadilah sekukuh karang di laut, seperkasa helang terbang bebas di angkasa, sebesar paus meredah ombak, segagah pohon menjulang ke langit dengan akar memasak ke bumi, seharum melati yang sentiasa mewangi, seindah mutiara yang bersinar atau apapun yang kau mahu. Tetapi, tetaplah sedar bahawa kamu adalah seorang hamba, yang harus tunduk kepada Nya. Kerana itulah dirimu...

Selamat berpuasa.

August 21, 2007

MALAYSIAKU GEMILANG

Negaraku
My Country

Tanah tumpahnya darahku
The land where I was born

Rakyat hidup
The people living

Bersatu dan maju
in unity and progress

Rahmat bahagia
blessing & happiness

Tuhan kurniakan
bestowed by God

Raja kita
Our king

Selamat bertakhta
may you reign in peace

Rahmat bahagia
blessing & happiness

Tuhan kurniakan
bestowed by God

Raja kita
Our king

Selamat bertakhta
may you reign in peace


Salam sejahtera & Selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan Negara Yang ke-50,

Usia kemerdekaan yang cukup matang seiring dengan perkembangan arus pembangunan. 'Malaysiaku Gemilang' begitulah temanya sambutan kali ini. Sambutan 50 tahun Kemerdekaan adalah satu sambutan yang seharusnya mesti dibanggakan untuk Malaysia dan seluruh rakyatnya. Ini kerana sambutan ini memperingati Malaysia dimerdekakan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957, atas usaha Ketua Menteri Malaya, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan para Pejuang Bangsa pada ketika itu.

Namun begitu, kebebasan intelek kita masih dibelengu penjajahan. Ledakan teknologi maklumat dilihat sebagai sumber pencetus informasi berhaluan kiri dan masyarakat blogger antara masyarakat kambing yang dihitamkan! Selepas blogger di beri taraf binatang, kemudiannya di labelkan sebagai goblok, selanjutnya dituduh pengecut dan dipondankan, kini telah disamataraf dengan golongan artis tapi cuma diibaratkan seperti penyanyi karaoke yang “syok sendiri” tanpa menyumbang apa-apa kepada pembangunan negara dan segala dosa alam siber tertanggung di bahu blogger (bukan semua).

Tetapi apabila akhbar The New Starits Times mendedahkan tentang projek PKFZ di Port Klang, terkemudian dari para blogger sebenarnya telah mengiktiraf kredibiliti penulis blogger. Siapa sebenarnya yang syok sendiri dan terus menjadi goblok?

Malaysiaku yang gemilang,

Dalam kepimpinan era sebelum ini, Datuk Musa Hitam sendiri merupakan sebahagian dari kalangan pemimpin yang berani menyanggah kepimpinan Dr. Mahathir biarpun ketika itu nadanya amat keras mahukan Melayu mesti berani menjadi kurang ajar! Dan ramai yang melihat beliau sebenarnya cuba membetulkan keadaan.

Malaysiaku yang gemilang,

Kita perlu mentafsir makna tersirat di sebalik pertentangan Tuah dan Jebat dalam sejarah Melayu. Serangkap puisi karya Raihani Mohd Saaid perlu kita renung-renungkan...

Jebat, aturkan satu persatu
ajarkan rajamu mengenal
putih, hitam atau kelabu
tuangkan kembali bisa ular
ke lidah para menteri
ajarkan Tuah makna setia
pada tempatnya

akhir sekali
ajarkan dirimu makna
menuntut bela
setitis aniaya selaut curiga
selaut darah rakyat Melaka

August 01, 2007

MEMBINATANGKAN BLOGGER!

Salam sejahtera,

Bermula dari soal siasat selama 8 jam terhadap Raja Petra (Pet) Raja Kamaruddin (bukan Kamaludin) blog dan laman berita web bebas menjadi tajuk berita yang hangat diperkatakan mengambil tempat di dada akhbar. Atas bidang kuasa yg ada pada polis menjadi kewajipannya untuk melakukan soalsiasat ke atas Pet untuk melihat sejauh mana wujudnya kebenaran penghinaan dan pencemaran.

Bertitik tolak dari situ, terhamburlah kenyataan kononnya kalangan penulis di halaman maya internet yang juga dikenali sebagai “bloggers” merupakan monyet-monyet di hutan rimba! Tanpa merujuk kepada genre, naskah & tema tulisan ramai di kalangan blogger tersentap dgn kenyataan tersebut. Makanya, aku dan juga jutaan penulis blog bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia telah di BINATANGKAN!

Sama ada anda menulis dalam isu agama, politik, kemasyarakatan, komen sosial, hiburan, sukan, genre sastera atau hanya catatan peribadi anda hanya dari kalangan haiwan! Sesedap mulut semudah bicara kenyataan ini terpacul dari mulut orang yg cukup di kenali di negara ini kerana popularitinya setaraf artis dan pernah dikaitkan dengan artis.



Portal berita maya dan blog kini sangat dirasai kehadirannya oleh golongan tertentu sehingga satu serangan psikologis dilancarkan. Tindakan ini sebenarnya bukan satu tindakan professional malah ia di lakukan oleh orang yg tidak memahami peredaran masa yg kini menuntut penggunaan IT secara meluas.

Justeru itu, tindakan mahkamah dan laporan polis terhadap blogger adalah sebahagian daripada proses pengesahan dan pengiktirafan blog sebagai sebahagian daripada institusi masyarakat yang berpengaruh. Blogger sebagai pelapor dan pengulas akan memainkan peranan yang semakin substantif untuk mempertahankan ‘kebebasan intelektual’ bagi menentang ‘perhambaan minda' bukan bermakna mencabar kepimpinan negara.


July 14, 2007

TUN M

Dear Tun,
May God Bless You and your Family
u are a great leader with great mind

Tun..
Malangnya kami semua sedang dilanda kegerhanaan...




Saya dan isteri saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengendali dan semua pembaca laman web ini yang telah menyampaikan ucap selamat dan yang telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami sempena ulangtahun hari jadi kami berdua.

Ingatan semua terhadap diri kami berdua amatlah kami hargai.

Dr Mahathir bin Mohamad & Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Putrajaya
Julai 13, 2007


July 04, 2007

PUBLISITI

Salam...

Ada berbagai cara untuk kita meraih publisiti. Golongan selebriti dengan gaya dan cara tersendiri, bukan sahaja bakat malah cerita di sebalik tabir sering disensasikan dan lebih menonjol berbanding kebolehan mahupun karisma.

Ada pula yang terhegeh-hegeh mencari publisiti murahan dengan mengambil kesempatan di atas popularati orang lain. Terhegeh-hegeh hanya kerana duit ataupun glamer. Disangkanya, dunia glamer akan membawanya terbang tinggi! Akan menyenangkan hidupnya dan merubah segala suratan takdir. Publisiti kepada golongan selebriti ada membawa labanya yang tersendiri. Namun tak mustahil, ia akan jatuh dek kerana belum serasi dengan dunia gemerlapan bintang atau mungkin lupa dengan ketinggian yg boleh membunuh! Media juga terlibat sama dalam mensensasikan publisiti. Bagi mereka golongan ini ada 'news value' .



Berbeza dengan publisiti yang di alami oleh Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Baginda dalam perbicaraan pembunuhan kejam Altantuya seorang warga Mongolia. Pada ketika ini publisiti meluas media tempatan dan luar negara meningkatkan rating news value sekaligus sistem perundangan negara kita (dalam kes ini) sedang dinilai oleh dunia.

Wartawan bertungkus lumus memberikan liputan selari dan terkini. Kedua dua belah pihak kelihatan berpuas hati dengan laporan media. Ketika ramai yang membuat berbagai teori tentang keberkaitan dan tidak keberkaitan (?) ada satu kenyataan daripada Razak Baginda yang menarik perhatian kita, beliau menganggap apa yang dilaluinya sebagai satu proses pemurniaan yang akan berkekalan. Dalam kekalutan itu juga Razak mula mengenali siapa rakan sebenar.

Secara teorinya, publisiti mudah diraih dengan berbagai cara serta peluang yang ada. Proses mengenal diri dan rakan waktu susah cara Razak juga satu teori yang boleh diterima pakai tetapi apakah kita sanggup menempuhinya?

June 20, 2007

SMART FLOOD

Salam Sejahtera,

Seminggu yang lepas Kuala Lumpur porak-peranda lagi. Kenderaan tenggelam, premis dilimpahi air dan keadaan trafik yang tiba-tiba “mati” akibat banjir selepas hujan lebat selama tiga jam. Ini entah kali yang ke berapa bandar raya yang dicanang sebagai maju ini dilanda banjir kilat sekali gus memusnahkan harta benda warga kota.

Sejak dua dekad lalu, banjir kilat adalah “mercu tanda” Kuala Lumpur dan bukanlah suatu yang mengejutkan. Harus di ingat banjir ini bukan acara Tahun Melawat Malaysia kerana lorong-lorong, kaki lima dan longkang memberikan bau hapak dan hanyir yang meloyakan ini memang boleh menarik perhatian orang.

DBKL @ Datuk Bandar tidak perlulah memberi penjelasan bahawa banjir Ahad lalu bukan saja limpahan Sungai Klang tetapi sungai-sungai lain sekitar Kuala Lumpur. Untuk apa? Warga Kuala Lumpur yang menjadi mangsa banjir tidak perlu tahu sungai mana yang melimpah. Itu bukan urusan mereka. Mereka hanya mahu banjir kilat selepas hujan tiga jam tidak berulang lagi.





Lantas ada yang mengaitkan banjir besar melanda ibu kota dengan keberkesanan terowong SMART yg bernilai hampir 2 billion. Ramai bertanya apa sudah jadi dengan terowong SMART yang digahkan sebagai penyelesai kepada banjir kilat di Kuala Lumpur.

Sebenarnya, terowong itu masih belum berfungsi sebagai saluran air bah. Yang beroperasi sekarang hanyalah laluan kenderaan denagn kadar tol RM2 sahaja sehala. ia dijangka siap satu persatu antara hujung bulan ini sehingga pertengahan 2009. Ingat! 2009 baru berfungsi sepenuhnya.

Nampaknya, terpaksalah penghuni KL terus bergelut dengan banjir kilat bagi tempoh yang belum kelihatan penghujungnya. Sebuah akhbar tempatan hujung minggu lepas juga turut melapurkan kurangnya kenderaan yg menggunakan laluan SMART setelah operasi tol dibuka dan laluan tanpa tol masih sesak seperti biasa. Maka kedengaranlah sosek sosek, rakyat Malaysia memang bermental subsidi! Tapi ada logiknya juga kenapa perlu membayar RM2 sedangkan terowong masih belum siap sepenuhnya.

Di sebaliknya kita perlu berfikir terowong SMART belum beroperasi sepenuhnya, hanya utk laluan kenderaan sahaja dan pengguna dikenakan tol sebanyak RM2. Jika beroperasi sepenuhnnya sebagai laluan kenderaan, laluan air dan mencegah kebanjiran air, maka rasionallah kadarnya perlu lebih dari RM2
(?).




June 11, 2007

LINA & JEANNE (ABDULLAH)


i.

Azlina Jailani @ Lina Joy, 42, wanita yang menukar agama kepada Kristian sejak 17 tahun lalu, gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya. Dalam keputusan mahkamah dengan majoriti 2-1, beliau perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.

Dalam satu kenyataan Pak Lah meminta rakyat supaya menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy dengan terbuka dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi emosi. Pelbagai reaksi diberikan oleh umat Islam dengan keputusan ini. Banyak pihak melahirkan rasa gembira dan syukur dengan keputusan yang telah dibuat. Bagi segelintir yang lain, tiada apa yang nak dibanggakan dengan keputusan Mahkamah ini kerana isunya adalah isu ‘nama’ bukannya isu ‘agama’ (?).

Kita perlu memahami isu ini lebih sedikit dari apa yang tersurat, bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah bukanlah soal bahawa seseorang itu ‘tidak boleh murtad’ tetapi penghakiman yang dibuat adalah berkenaan isu ‘perkataan Islam’ di dalam kad pengenalan, di mana Lina Joy tidak dibenar memadamkan perkataan tersebut di dalam myKadnya.

Keputusan itu memberi gambaran sesiapa sahaja yang ingin murtad masih boleh berbuat demikian, cuma mereka tidak dibenar menggugurkan perkataan ‘Islam’ di dalam kad pengenalannya, kecuali setelah mendapat izin dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Keputusan ini juga membawa implikasi bahawa seseorang itu masih boleh murtad dan mempunyai harapan untuk menukar status ‘Islam’ di dalam kad pengenalannya, jika diizinkan oleh Mahkamah Syariah.

Persoalannya, apakah keputusan Mahkamah ini telah berjaya mengembalikan Lina Joy ke pangkuan Islam? Apakah persoalan akidah umat Islam itu ditentukan oleh ‘nama’ atau ‘perkataan Islam’ yang tertulis di atas sekeping dokumen? Di mana yang longgar dalam sistem perundangan Hadhari kita?




ii.

Datin Seri Jeanne Abdullah dan Pak Lah selamat diijab kabulkan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana pada 9hb Jun lepas. Selamat pengantin baru buat pasangan no. 1 negara. Rumours yang bertiup kencang sebelum ini telah menjadi realiti walau pada awalnya dinafikan oleh tuan punya diri. Semua spekulasi oleh spekulator telah terjawab secara rasmi, seluruh rakyat menyambutnya dengan nada gembira tak kurang juga yang biasa-biasa saja. Normallah lelaki pasangannya perempuan dan di satukan melalui pernikahan.

Namun begitu rakyat Malaysia masih ternanti-nanti rumours yang lebih mengujakan dan pastinya menjadi fokus penting dalam sistem pemerintahan negara negara. Apabila Indeks komposit Bursa Saham kita mencecah 1,200 point ramai penganalisis mengatakan masa terbaik untuk bubar parlimen tapi dinafikan Pak Lah prestasi Bursa Saham bukan petunjuknya.

Bila agaknya Pak Lah nak buat rumours baru, nak bubar parlimen istihar PRU? Ramai yang dah tak sabar nak memangkah.





June 04, 2007

SAYANG SAYAAANG

Bagi sesapa yang ada kekasih ke, ayah ibu ke, isteri ke, suami ke, anak ke, cucu yang di kasihi ke, tanpa buang masa capai telefon masing-masing dan bisikkan dengan suara yg paling romantik yang bole korang buat (menggoda pun bole!) Perlu di baca dengan sebutan yang sama tetapi intonasi yang berbeza dan akan membawa maksud yang jelas dan mengesankan...:


'Sayang sayang...
sayang sayang sayang ?
sayang saaayang sayang...
kan sayaaang...'



moral;
Cakap ler dengan 1000 bahasa atau 1000 dialek sekalipun kalau tak sampai maksud, hampeh jugak! Sistem penyampaian mesti betul macam yang biasa kita dengar saranan orang No. 1 negara tuu..



May 28, 2007

SOALAN BOCOR


Pilih jawapan yang betul.

i. Keadaan siling bangunan Parlimen telah bocor dengan teruk.

ii.Paip di atas siling Ibu Pejabat Imigresen bocor dan airnya melimpah ke tingkat bawah.

iii.Penyambung T paip di kompleks mahkamah, Jalan Duta telah bocor dan pecah.

iv.Poket kita semakin bocor akibat harga barang semakin meningkat.

Jawapan.

A. Semua betul.
B. Semua terbukti betul.
C. i, ii, iii dan iv betul.
D. Semua tak betul melainkan betul.

May 21, 2007

BOCOR ATAS BOCOR BAWAH

Salam sejahtera,

Dalam mood yang lebih kurang sama dengan JELAK, here u are...

Dalam kita masih lagi menyambut kehangatan sambutan Hari Ibu, mengenang jasa dan segala pengorbanannya mengandung, melahir dan membesarkan kita. Secara tiba-tiba, ramai yang marah terutama kaum wanita dengan sikap kurang ajar ahli-ahli Parlimen Jasin dan Kinabatangan Barisan Nasional (BN) yang melakukan serangan gender dan seksis ke atas Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Terpacul dari mulut Said ‘Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga’ diikuti oleh Moktar bertempik ungkapan yang sama. Lu apa hal ni brader?! Gua rasa Dewan Parlimen sekarang macam suasana dalam gua zaman Flinston pulak! Atau mungkin betul ada pendapat mengatakan parlimen kita macam sarkas (?) Aku bersimpati dengan Pak Rais yang kempen budi bahasanya seperti tiada apa-apa nilai kalau begini cara ahli dewan berhujah. Mentaliti standard Mat Rempit! Mat rempit pun dah upgrade status sekarang ni, dah tunjuk terror terjun kat kutub nun... Kalau takat boleh terjun dalam Parlimen dek kerana undi rakyat, baik tak payah la... Ini sesuatu yang sangat memalukan!


Memang tidaklah hina dan lucah perkataan BOCOR (siling parlimen pun bocor juga) tetapi apabila digunakan untuk merujuk kepada kedatangan haid seorang wanita, ditempikkan secara terbuka pulak. Apa kes? Nak kutuk-kutuk la..tapi jangan mencarut, itu jer! Malu la kat budak-budak sekolah yang tengok perangai depa terkinja-kinja. Kamera pulak selalu zoom kat depa berdua ni. So, budak-budak yg tak kenai pun jadi kenai...hmmm..

Sepatutnya ketika negara sedang bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50 ayat-ayat berbaur diskriminasi gender dan serangan seksis itu tidak lagi timbul terutama di Parlimen. Parlimen bukannya kaki lima! bukannya kedai mamak roti canai yang janji tak naik harga tapi roti dah jadi nipis.Kuah dal pulak dah tawar! Tetapi tempat di mana segala dasar kerajaan digubal dan segala permasalahan rakyat dibangkitkan dan diketengahkan.


Bayangkan apa perasaan rakyat apabila melihat pemimpin mereka menyimpan kebijaksanaan yang ada sebaliknya bersikap kebudak-budakan hingga gagal mengambil kira sensitiviti orang lain.

Bung Moktar dan Mohd. Said mungkin tidak ingat bahawa golongan yang dikatakan ‘bocor setiap bulan’ itu adalah pengundi yang membantu meletakkan kedua-duanya di tempat di mana mereka berada sekarang. Kedua-dua juga mungkin terlupa bahawa isteri dan ibu mereka sendiri adalah wanita.

Dan hari Jumaat lepas kedua-duanya dengan rasa rendah diri dan kesal telah memohon maaf secara terbuka di depan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mohd Said berkata "Di sini saya ingin menyatakan bahawa penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam hujah barisan pembangkang terhadap saya, sering kali menyentuh soal maruah saya sebagai Ahli Parlimen" tetapi ingin aku menjelaskan, istilah BOCOR itu telah menyentuh jutaan maruah wanita negara ini bukan hanya maruah segelintir pembangkang dalam parlimen.

Bung Moktar pula berkata "Saya dengan rendah diri dan penuh tanggungjawab ingin memohon maaf kepada seluruh wanita sekiranya mereka tersinggung di atas ungkapan-ungkapan yang telah kami keluarkan. Kejadian itu terjadi ekoran provokasi yang berlaku di Dewan Rakyat" Siapa provok siapa sebenarnya? Entahlah...

'KIta bOlEh memAafKaN taPi JanGan sESekaLI MeLuPakaN...'

May 11, 2007

JELAK !

Kali ini aku menulis dengan penuh emosi... confuse gundah gulana. Orang kalau dah tak ada idea macam tu lah perangai, busuk! Buta mata, buta hati buta minda dari kebenaran yang sangat jauh walau sebenarnya boleh di capai dengan sejengkal jari hantu. Huh!

Sakit hati aku memandangkan perangai sesetengah manusia yang bertakhta, yang kehidupan mereka pernah bertembung dengan kehidupan aku. Aku teramat jelak dengan sikap bodoh sombong, berlagak yang melampau, keangkuhan yang terserlah sesetengah manusia yang aku kenali.


Carilah cermin atau belilah sendiri, ada yang murah, ada yang mahal, ada yang kecil, ada yang seukur tubuh, ada yang berbingkai, ada yg tidak. Belajarlah cermin diri. Tetapi aku tak fikir ada cermin yang boleh mereflekkan atau mempamerkan kebodohan keangkuhan dan penipuan diri yang memang hipokrit! Hempas saja kepala ke cermin biar pecah bersama serakan kaca lagi bagus. Lagi aman kita dibuatnya.

Hidup biar sedap...

April 27, 2007

MAY DAY

Salam Sejahtera,

Dulu kelmarin tak dapat menulis kerana ada pertemuan dengan seseorang, kelmarin pun tak dapat nak update blog. Semalam cuti umum dari segala kegiatan memblog sempena Pertabalnan Yang Di Pertuan Agong yang ke 13. Hari ini sempat menulis sebelum berhujung minggu untuk dua hari berikutnya...


...dan hari Isnin hari terakhir untuk bulan April sebelum bercuti untuk 2 hari berikutnya bersamaan 1hb Mei, Selasa dan Rabu sempena Hari Pekerja yang juga dikenali sebagai MayDay dan kebetulan bersamaan dengan Perayaan Vesak. Malaysia meriah dengan cuti.

1 Mei, pada awalnya dirayakan untuk memperingati mogok 350,000 orang buruh pada tanggal 1 Mei 1886 di Amerika Syarikat untuk menuntut waktu kerja 8 jam sehari. Pemogokan itu telah melumpuhkan urusan perniagaan, perhubungan, komunikasi dan segala macam urusan seharian.
















Dua hari mogok, polis membabi buta membelasah dan menembak pemogok yang bertempiaran lari, empat orang terbunuh dan ramai yang cedera parah. Keadaan ini menimbulkan amarah di kalangan buruh dan ramai yang bersetuju supaya mereka membalas dengan mengangkat senjata!

Keesokan harinya, pertempuran antara pemogok dan polis pun tercetus. Kelam kabut dan kekacauan semakin kalut, ramai buruh yang terbunuh dan tercedera. Polis menangkap lapan orang pemimpin buruh revolusi. Kelapan-lapan pemimpin itu ditangkap hanya karena keyakinan dan pendirian politik mereka. Semuanya dijatuhi hukuman mati! Itu cara standard Amerika.

Keadaan ini telah menimbulkan gelombang protes yg bukan calang-calang di kalangan buruh bukan sahaja di AS tetapi juga di negeri-negeri lain. Tahun 1889 Sosialis International pun kemudian mengistiharkan 1 Mei (May Day) sebagai hari demonstrasi (para buruh), dan sejak tahun 1890 pun setiap 1 Mei untuk pertama kalinya dirayakan sebagai Hari Buruh Sedunia sehingga kini.

~Selamat Hari Pekerja kepada semua~






April 19, 2007

SANGKA BAIK

Salam sejahtera,

Kadang-kadang kita sangat menyampah dengan tingkah laku orang lain sehingga membuatkan kita tidak produktif. Sedangkan dia langsung tidak berasa apa-apa, biasa-biasa saja dan begitu-begitu saja...


Sememangnya jika kita inginkan orang lain berbuat sebagaimana yg kita inginkan tapi tidak mencapai kriteria yang kita mahukan... so lihatlah dari sisi positif dari sikap dan perbuatan orang lain seperti kata mantan TPM dulu, seeing good at all things. Kita perlu bersangka baik dan kita tidak perlu jengkel mahupun mual dengan kelakuan orang lain...

April 09, 2007

PENJARA

Salam Sejahtera,

Penjara kadang-kadang bukan berbentuk jeriji besi yang kasar, keras dengan dentuman pintu yang menggerunkan. Tapi boleh juga berbentuk rutin harian yang mengekang kebebasan. Atas nama menjalani rutin, kita tidak sempat mengerjakan apa yang kita pernah angankan.

Kita mula terasing di tengah keramaian dan terkungkung diantara aktiviti yang padat.. akhirnya setiap hari kita hanya lelah.. berjalan dan terus berjalan tanpa rasa sihat...

March 23, 2007

BLOG; MASSA ATAU PERIBADI (?)

Salam Sejahtera,

Bulan ini sekali lagi merupakan ulangtahun kelahiran blog aku yang dibangunkan sejak Mac 2005. Sehingga saat ini, aku masih setia memblog dalam usia blog yang masih ranum. Menulis, membaca, mengkritik, menyokong adalah sebahagian daripada aktiviti di `dunia' ini. Semuanya memberi kesempatan untuk kita berfikir, menganalisa dan memutar otak. Satu hal lagi, masuk ke dunia blog, bagaikan mempunyai keluarga baru.

Penulis-penulis blog indi kebanyakannya bukan penulis professional mahupun wartawan taraf lima bintang tetapi secara virtual kelompok ini saling mengenali. Sungguhpun begitu ikatan emosional itu benar-benar ada. "Weblog makes people become a writers and publishers at the same time".


Blog juga boleh meledakkan konflik dan itu sememangnya wajar. Manakan tidak, PM sendiri mengulas tentang subur mekarnya weblog di Malaysia. Kerana tulisan dalam blog juga banyak isu-isu panas terpaksa di beri perhatian pihak berkuasa dan seterusnya siasatan dijalankan. Para wartawan juga dilarang mengcopy paste sebarang berita daripada laman blog sebagai bahan berita. Yang nyatanya Blog memberikan kebebasan kepada kita untuk berfikir bebas dan mengungkapnya ke dalam blog tapi harus diingat etika penulisan masih perlu di utamakan.

Persoalannya, apakah blog sama dengan media massa? Apakah benar pendapat yang mengatakan bahawa tulisan peribadi dlam blog yang "membahayakan" orang lain tanpa bukti, dan dibaca lebih dari 2 orang maka dia termasuk media massa, dan orang yang merasa "tersakiti" boleh menuntunya ke pengadilan?

Status blog masih samar-samar antara mana yang peribadi dan mana yang massa. Apa yang patut dipegang oleh bloggers hanya etika penulisan. Hukum alam...kesilapan, sesuatu yang baik dan buruk tetap berlaku di laman blog. Mari kita manfaatkan media ini sebaik-baiknya. selamat menulis...Cheers :)

March 19, 2007

LATAR BELAKANG

Salam Sejahtera,

Latar belakang pada skrin komputer aku biasanya sama dengan gambar dalam fotopages. Tiada yang spesifik dan selalu berubah-ubah mengikut tahap menyampah aku pada gambar di skrin. Kalau aku rasa bohsan aku tukar yang lain. Selain dari fotopages aku juga sering membackgroundkan foto-foto dari filem kegemaran aku...Matrix, LOTR, Infernal Affair, X-file, Dark Water...sebagai contoh laa...

Aku rasa ia tak begitu menggambarkan apa-apa serlahan attitude atau pun psikologi (bagi aku laa..) cumanya ia mengambarkan tahap kebosanan aku pada benda yang klise dan tidak berubah-ubah. Untuk memenuhi tuntutan tag dari Cik Mas, latar belakang pada skrin komputer aku buat masa ini adalah seperti di bawah. Lawa tak gigi rimau belaan ni?



Sekian.

March 12, 2007

lasam sejtahera,

aad suesatu ynag mraneik dlaam e mial ynag saay tariem diar soernag kaawn utunk kait baac, runegni dan faahmi dlaam fsara di bwaah. Olny gerat midns can raed tihs. Tihs is wiedr, but intrseetnig!

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can. i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.

The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm.



Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

So, kadepa pnegomne ynag misah stiea hraap jgua dpata menilus komne seraca pleik sepreti di asta. adkaah adna mimeliki phaonmneal pweor of mnid? miar kiat cbua. tq.

February 26, 2007

TAG DARI WAN

Aku tak tau sama ada ia pelik atau tidak...(?) Tapi bagi aku ia sesuatu yang bukan luar biasa bahkan orang lain mungkin juga melakukannya. Apabila ia menjadi kebiasaan dan merutin maka ia menjadi tidak pelik pada pelakunya. Maka adalah normal sekiranya ia pelik bagi orang lain tapi tidak pada diri kita. Kepada Wan yang mengetag, here u are ;
  • Membaca sambil 'membuang'.

Aku rasa jamban adalah salah satu tempat paling privacy yg aku boleh perolehi. Daripada membuang masa duduk melangu menikmati bau dan mendengar bunyi 'benda' jatuh kedalam lubang adalah lebih baik aku membaca akhbar harian tanpa sebarang gangguan dan minta maaf ler kalau ada orang di luar yang terpaksa menunggu lebih lama sebab aku tengah baca gosip sensasi artis glam Erra Fazira...

  • Tak suka potong rambut.

Ini satu situasi yang amat membosankan aku. Bayangkan anda hanya mampu duduk dengan badan berselimut dengan pergerakan yang cukup terhad. Nak goyang kepala takut silap-silap Encik Barber terpotong telinga...so, terpaksa control macho! Sebenarnya aku lebih rela potong rambut di kepala sendiri, at least aku bole buat aktiviti sendiri iaitu "memotong rambut sendiri".

  • ...dan kuku.

Ini satu lagi aktiviti yang menuntut kosentrasi lebih! Apa yg kita bole buat bila kita sedang memotong kuku? Paling kuat pun hanya boleh menonton tv, itu pun tak leh nak kosentret. Silap hari bulan bukan kuku saja yg terpotong tapi dengan daging kuku sekali. Tak ke haru di buatnya.


  • Suka bertanya (?)

Walau pun aku nampak pendiam tapi sebenarnya aku suka bertanya dan bertanya. Kadang-kadang aku bertanya benda yg nampak simple dan remeh tapi sebenarnya penting. Apa yang peliknya aku hanya suka bertanya tapi memang tak suka menjawab! So, minta maaf ler kepada mana-mana individu yang masih terhutang jawapan dengan aku...mohon halalkan. Tetapi harus diingat dalam setiap pertanyaan aku sebenarnya ada jawapan (?). Dan sememangnya aku dilahirkan untuk bertanya bukan untuk memberi jawapan...

  • Pantang jumpa!

Ini habit yang aku sendiri tak tau entah dari mana aku tersampuk. Aku sememangnya pantang jumpa...(jangan ingat bukan-bukan) kedai elektrik! Berjalanlah kemana saja, lalu depan kedai elektrik aku mesti singgah, melihat , membelek, study dan mengambil maklum terutama perkembangan terkini teknologi audio visual. Aku begitu teruja dengan kecanggihan teknologi terutama produk dari sebelah timur Asia sehingga kadang-kadang towkey kedai tak dapat nak terang apa yg aku nak tau. Penyudahnya dia tanya aku balik.

  • Aku tak tau apa lagi yang pelik pada diri aku, orang lain boleh menilai kottt...

Seperti mana yang di Rules & Regulations kan, each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. At the end, choose 6 people to be tagged and list their names. So now I am tagging ;

  1. Ariel Sharon (are u still alive?)
  2. GW Bush
  3. Mr. John Howard
  4. Forest Whitaker
  5. Osama Laden
  6. Nordin Mat Top

Gua permisi dulu...