September 12, 2007

RAMADAN AL-MUBARAK

Salam Sejahtera,

Penghulu segala bulan datang lagi, Ramadan Al Mubarak. Ia disambut dengan penuh kerinduan, kesyukuran dan kegembiraan. Atas rasa kegembiraan inilah, Rasulullah s.a.w bersabda pada saat munculnya Ramadan dengan katanya yang bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan penghulu segala bulan. Telah datang kepadamu bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu." (Riwayat at-Tabrani).

Di negara yang gemilang ini, menjelangnya bulan Ramadan juga merupakan bulan munculnya segala macam jenis juadah berbuka puasa. Malah kadang-kadang kelihatan lebih banyak gerai dari pembeli. Meriah memang cukup meriah! Sebut apa saja jenis kuih...lompat tikam, puteri lilin, putu mayung, putu piring, lopes, lapis, peniram, sarang tebuan, pelita, talam, ketayap, talam, telinga monyet, cucuq udang, cucur badak, kuih bom!...dan banyak lagi akan muncul menjelangnya bulan puasa ini.




Walau apapun, bersyukurlah selalu. Sebab kamu yang paling tahu siapa dirimu. Sebab kamu yang yakin akan kekuatanmu. Kerana kamu juga yang menyedari kelemahanmu.

Jadilah sekukuh karang di laut, seperkasa helang terbang bebas di angkasa, sebesar paus meredah ombak, segagah pohon menjulang ke langit dengan akar memasak ke bumi, seharum melati yang sentiasa mewangi, seindah mutiara yang bersinar atau apapun yang kau mahu. Tetapi, tetaplah sedar bahawa kamu adalah seorang hamba, yang harus tunduk kepada Nya. Kerana itulah dirimu...

Selamat berpuasa.

17 comments:

Masy said...

salam ramadhan deanz.

x penah tgk lak kuih puteri lilin, puteri mandi adelah. ape kata blanje singgit hahaha

Anonymous said...

Salam ruan rumah. Selamat menyambut puasa. Jangan ponteng2. maaf zahir batin :)

Semut Api said...

Masy,
kalau kuih puteri lilin tu mana dapat seringgit...kalau kat sg udang mungkin bole dapat...

Zal,
selamat berpuasa juga..jgn lupa simpan duit raya untuk aku.. :D

activ8ions said...

yez yez ramadhan dtg lg, moga kita semua dpt mengharungi dugaan sepanjang bulan ini... barulh raya meriah ! :)

mmm.. minta kuih sepotong abg deanz.

shafarina said...

Selamat berpuasa dan beribadah ye Deanz.

Semut Api said...

Act,
banyak ke dugaan bulan posa ni?

Wan,
Selamaaaaaaaaaaaaaat......

Noushy Syah said...

Salam Ramadhan Abg Deanz...

Aip makan jgn sampai tersandar...hehhehe..

Maaf bermaaf Noushy pohon yea.

Anonymous said...

kueh2 tu sumer abg deanz yang buat ke~?? teeheehee...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

Semut Api said...

Noush,
Salam ramadan juga..Makan apa agaknya buka nanti..pecal ada tak kat sana?

Kuncup,
Kuih tu kat Seberang Tambak tak de tau..

AbGJaS said...

Salam Deanz,
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Kita makanlah sekadarnya, jgn sampai pahala sehari berpuasa tiris dek pembaziran semasa berbuka..

Semut Api said...

abgjas,
Aminnn...tapi masalahnya cium bau jer dah tergoda ..rasa nk makan semua... :D

Anonymous said...

Salam,

Hahaha...tersedak kita tetiba nampak sajak Jebat Dan Edmond Dantes tu kat blog ni.Terima kasih. Ada gak orang sudi perati sajak tu noooo!

Semut Api said...

Raihani @ Seniman Marhaen,

Hahaha...tersedak(?) (bunyi macam tak puasa je) Maaf pinjam sajak tanpa izin, mohon halalkan. Tak mampu rasanya nak bayar royalti... :D

Acid (mojiah709) said...

deanz,
you are mean! are you trying to temp me with those deliciuos and scrumptious food on your posting. I almost forgotten the names of some of those food 'kueh'.
some day I must get some of them for break-fast

Semut Api said...

GM,
Hahaha...kuatkan iman.Sebenarnya saya pun kurang arif dgn nama2 kuih ni. Sya terbaca di akhbar baru2 ni bazar Ramadan di Geylang tidak semeriah di sini..so..berbuka lah di seberang tambak.. :)

pinky said...

Salam...

Selamat berpuasa... :)

Semut Api said...

Pinky,
txs drop..selamat berpuasa juga..