November 13, 2012
Di sebalik Tragedi Rohingya…(?)
December 17, 2008
Notis Pindah !
Di maklumkan bahawa blog ini tidak runtuh dan musnah oleh sebarang tragedi tetapi telah bertukar dan beralih arah atas sebab-sebab kekangan dan keselamatan!
http://semutzapi.wordpress.com/
Maka oleh itu kepada rakan blogger dan pengunjung semua aku masih memblog dan maaf kalau kurang melawat blog anda semua. Saya sedang mencuba sedaya upaya untuk tetap keep in touch. Sekian.
September 19, 2008
Sekadar Ucapan Selamat Hari Raya
Sekadar ucapan biasa apabila menjelangnya Aidilfitri. Ucapan tanda kemenangan dan kesyukuran setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Suasana riang ria terlihat sini sana tua dan muda berpakaian serba baru miskin kaya pun turut bergembira.Kunjung-mengunjung satu sama lain sebuah desa bagaikan bersaudara teruskan amalan desa di kota, kesibukan kerja bukannya alasan, kita beraya selama sebulan.
Dalam kemeriahan suasana Aidilfitri kaum wanita lah yang nampak lebih happening baik dalam gaya berpakaian ataupun berfesyen. Tidak seperti lelaki, simple tetapi meyakinkan. Cumanya jangan keterlaluan berhias sehingga kelihatan seperti Kereta Berhias di jalan raya pada hari Raya.

Mohon maaf atas segala keterlanjuran yang disedari mahupun tanpa disedari kepada yang mengenali secara langsung ataupun tidak. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
September 17, 2008
Zaid Ibrahim; Jebat atau Nadim?

September 03, 2008
Anwar Ibrahim Dan Pak Lah Juga Berpuasa
August 27, 2008
Anwar Kembali ke Parlimen
* Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 51 *
August 20, 2008
Permatang Pauh; Selamat Mengundi
July 29, 2008
2010; Peralihan Kuasa ...(?)
Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa tiada konsep dan amalan 'peralihan kuasa' dalam pemerintahan Negara, sebaliknya pemimpin datang dan pergi mengikut sokongan ahli yang diterimanya. Beliau berasa hairan dan tidak pernah mendengar istilah itu sepanjang penglibatannya selama 50 tahun berpolitik .
Berikut adalah sebuah cereka pendek yang tidak setaraf karya satira politik tetapi mungkin boleh diambil iktibar daripadanya atau mungkin juga sekadar bahan lelucon.
Sekadar gambar hiasan juga tidak ada nilai satiranya.
Seorang General sedang mengajarkan salah seorang perajuritnya bagaimana cara untuk meletupkan sebiji bom granat.
General: "Mula-mula, genggamlah bom granat dengan erat, lalu tarik cincin pemicu granat, kemudian campakkan! Faham ?"
Perajurit: "Faham Generaaal !! "
General: "Sekarang, cuba buat aku nak tengok!"
Lalu perajurit tadi melakukan apa yang baru dipelajari dari Generalnya. Ia menggenggam granat dengan erat, lalu menarik cincin pemicu bom granat kemudian berteriak...
"Genderaaal ... tangkaaaap!!!"
Tiba-tiba penglihatan General menjadi gelap...
July 18, 2008
Anwar boleh guna khidmat doktor peribadi jika sangsi dengan HKL: Syed Hamid

June 18, 2008
Shit Lah !
Kadang-kadang aktiviti memerhatikan gelagat orang menjadi sangat menarik, tak tau kenapa. Sesetengah dari kita perasan yang diri kita betul selamanya. Kadang-kadang makhluk Tuhan yang bernama manusia bila berkata-kata ibarat dia lah Raja Kayangan yang bertakhta di puncak Singgahsana tanpa mengira kesan dan impak yang bakal di terima. Maka memang benarlah kata orang-orang pada suatu masa dahulu terlajak perahu boleh gostan tapi kalau terlajak kata...sendiri mau ingat. Kita hanya manusia yg tidak lari dari melakukan kesilapan. kata-kata yg terkeluar itu menunjuk kan peribadi mereka sendiri dan tetap show off yg anda sebenarnya mempunyai kelemahan seperti kes Rosnah Mat Aris...ni contoh je la...Itu salah satu kebodohan diri sendiri yg bukan datang dari Allah tapi dari sebuku otak yang jahil.
Okey lah, itu sedikit mukaddimah dari pemerhatian aku dari alam sekeliling, orang-orang sekeliling dan makhluk-makhluk Tuhan di sekeliling aku.
Satu lagi tabiat manusia ni walau setinggi mana darjat kepandaian atau kekuasaannya pun kadang bertindak ikut isi perut. Mulut telan apa sahaja yang disumbat, berlaku proses perkumuhan dalam perut, masuk dalam toilet, meneran secukup rasa...shittt terpacul keluar dari lubang dubur! Mudah kan? Nah! ambik kau. Ini hasil seni dari perut aku secukup rasa, warna dan baunya sekali. Kalau korang rasa okey, korang boleh balun sampai penuh tembolok! Yang penting tembolok mesti penuh. Izinkan aku mencarut sebentar, kerana jari jemari ku kadang-kadang tegar dengan frasa-frasa yg sebegini rupa.
Tapi kalau korang tak suka shit aku, nanti aku buat proses perkumuhan lain atau aku ubah gaya hidup...ooopss! Bukan gaya hidup tapi gaya pemakanan aku. Mudah kan? Sebab aku yang buat keputusan. So korang kena terima je lah. Hidup kena teruskan jugak kannn...
Sekarang ni Orang Siam, Orang Singapura, orang planet Pluto sekalipun kalau nak isi minyak kereta lori bas motor motorbot atau kalau nak minum minyak petrol pun dah boleh dah kat Malaysia ni. Tapi dengan syarat kena bayar lebih RM0.78 hingga RM1.00...tak banyak kan? sikit jer..Dulu memang tak boleh tapi sekarang dah boleh lah sebab dah tarik balik keputusan lama...boleh banyak untung tuh.
Tapi ramai orang tambah bising macam tak puas hati..semua Barang Naik, nampak tambah kacau bilau, itu tak kena, ini tak kena. Apa ke jadahnya nih! Relax la bro, nanti kita orang fikirkan product shit yang baru yang lebih lazat lagi. Korang akan dapat sekitar RM150 hingga RM650..kira macam bonus tak langsung juga la tu dan kita janji harga barang takkan naik, caj itu takkan naik, caj ini lagi la tak patut naik! itu tak naik, ini tak naik...blablablablablabla...
Tup tup...kecoh pulak gaji kakitangan gomen nak bayar ciput ciput. Tiba-tiba jer senak perut rasa nak tershit, tarik seluar dalam terus lepas! Ye la takkan nak simpan kot tak baik untuk kesihatan tuh! NUTP dalam satu kenyataanya berkata kebanyakan ahli NUTP tidak bersetuju kerana pembayaran gaji dua kali sebulan itu menyukarkan pengurusan kewangan kakitangan awam. Masalah utama yang rakyat hadapi adalah peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang. Walaupun gaji dibayar dua kali, jumlahnya tetap sama dan ia tidak akan meringankan beban, malah menyukarkan lagi mengurus kewangan. Lain lah kalau sebulan di bayar dua kali gaji penuh, baru lah cekap urusan kewangan.
Apa pun budaya buat keputusan dulu, kaji kemudian nampak mula menjadi trend baru dalam pentadbiran negara dan nampak sangat haru biru jadinya. Aku pun boleh buat keputusan kalau setakat nak shoot shit kat mana-mana lepas tu, orang nak terpijak ke, nak terpalit ke... korang settle sendiri...Shit lah!
June 05, 2008
Statement yang perlu anda ketahui sempena Hari Kenaikan Harga Minyak Petrol di Malaysia
Dato’ Shahrir Samad memberitahu tujuan sebenar mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk menampung kos pembangunan Negara.
ii
Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.
Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar.
-Terima kasih daun keladi Pak Lah, lepas ni jangan lah naik lagi.
iii
Keputusan kerajaan menaikkan harga petrol 78 sen dan RM1 bagi diesel berkuat kuasa tengah malam ini sekali gus membatalkan larangan ke atas pemilik kenderaan asing membeli bahan api itu di kawasan sempadan di utara negara ini.

Mulai esok, kos bahan api bagi kereta berkuasa 1,600 cc untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sejauh 350 kilometer meningkat daripada RM46 kepada RM67 berikutan kenaikan harga petrol yang diumumkan kerajaan hari ini.
Noraziah Ibrahim, 37, berkata, kenaikan mendadak itu akan menambahkan lagi beban pengguna yang sedang berhadapan dengan masalah kenaikan harga makanan.
''Kenaikan harga barang makanan belum lagi selesai, sekarang rakyat perlu berhadapan dengan beban lain pula yang lebih berat,''
Asri Osman, 40, menyifatkan kenaikan minyak petrol RM0.78 dan diesel RM1 seliter adalah terlalu tinggi.
Katanya, kenaikan harga minyak setinggi itu sudah pasti akan meningkatkan harga semua barang keperluan yang lain.
"Kerajaan tidak patut menaikkan harga minyak setinggi ini dan perlu mengkaji semula harga ini.
"Dengan kenaikan harga petrol sehingga RM0.78 seliter, bukan sahaja perbelanjaan untuk minyak meningkat hampir sekali ganda, malah seluruh perbelanjaan harian turut naik,"
Pemandu teksi, Chong Mok Soo, 68, berkata, rakyat berpendapatan rendah seperti beliau tidak mampu menahan kesan kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi.
"Mana boleh tahan, esok mesti semua barang naik.
"Kalau boleh kita tidak mahu naikkan harga sewa teksi tetapi kalau diesel naik sampai RM1 seliter, mana boleh tahan,'' katanya.
Pemimpin parti pembangkang menyifatkan kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 40 peratus sebagai membebankan rakyat dan yang terburuk dalam sejarah negara.
Sementara itu, ganjaran memberi wang tunai kepada pemilik motosikal dan kereta pada akhir tahun tidak akan meringankan beban rakyat yang sebelum ini dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan seperti beras, ayam dan tepung.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pemberian RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc hanya menjimatkan RM2 sehari.
-So rakyat sekarang dapat apa? Dapat badi pilihanraya?
May 28, 2008
Hanya Untuk Hari Ini...
May 11, 2008
Masjid Negara: Sebuah Catatan Selepas Solat Jumaat
Lama tidak menjejakkan kaki ke masjid Negara, fenomenanya masih sama seperti dulu-dulu juga. Jalan sekitarnya menjadi sesak menjelangnya waktu Solat Jumaat. Jalan susur bersebelahan masjid juga masih seperti dulu sesak sesau dengan peniaga jalanan dengan berbagai produk jualan, sebut apa sahaja barang jualan yg terlintas di benak hampir semuanya ada di sini. Suasananya sama seperti Jalan Pasar di Pudu, tak jauh bezanya. Paling banyak gerai makan dan inilah masanya penjual pancung leher pembeli yang kelaparan. Kalau tak percaya cuba try test tengok! Seminggu sekali makan kat depan masjid Negara apa salahnya? Daging masak kurma dengan acar timun pahit lagi tawar hanya RM8.00. Masih murah bagi warga ibukota yang berpendapatan tinggi seperti aku…(uweeekkk…muntah hijau!) sedangkan kat café ofis boleh dapat dalam sekitar RM4.50!
14:21
Satu lagi fenomena yang tak berubah dari dulu dan seakan menjadi trade mark kaki lima Masjid Negara ialah kehadiran pengemis jalanan dari berbagai gender dengan berbagai gaya dan gelagat. Senang cerita modus operandi si pengemis ni memang boleh mendatangkan simpati kepada sesiapa sahaja. Mereka sememangnya mempunyai skill untuk mengekspolitasi si penderma.
Lalu aku terpandang seorang pengemis muda berseluar jeans, bert-shirt warna biru dan bercap yang di pakai secara terbalik…Wah stailo pengemis nih! Aku tengok dalam tupper wear yang dia letak depan dia boleh tahan RM dan syiling yang dia dapat dan mungkin juga itu hanya sebahagian kecil kutipan pada tenghari Jumaat itu tetapi sebahgian besarnya mungkin disimpan dalam beg sandang yang ditindih pehanya sebagai alas duduk…(?).
Aku berani mengandaikan pendapatan dia pada tengahri Jumaat itu sahaja mungkin lebih RM50.00. Satu pendapatan yg cukup lumayan hanya berbekalkan tupper wear plastik dan mimik muka sememeh. Dan hari itu juga dia mampu makan nasi beryani gam di resroran Haslam tapi aku hanya makan di kaki lima masjid Negara di bawah terik matahari…sadis tuhh! Syukur Alhamdulillah ada juga rezeki aku.
Padahal secara fisikalnya, aku tak nampak apa-apa kecacatan pada tubuhnya dan sememangnya dia tergolong layak sebgai orang yang mampu bekerja, tidak buta, tidak kudung dan tidak tua mahupun uzur yang lain. Bahkan aku berani mengatakan kalau dia ada motor kapchai merempit sepanjang Jalan Raja Laut atau Jalan Kuching atau jalan-jalan rempit yang sewaktu dengannya, sekali petik tujuh belas minah rempit sanggup bonceng kapchai dia sambil menonggekkan punggung mencelah berseliweran di celah-celah kesesakan lalulintas. Percayalah cakap aku!
Lantas apa kejadahnya dia mengemis? Cuma aku tengok dia nampak comot la dengan gigi tak pernah bergosok kot, kuku hitam tak berpotong, daki lebih tebal dari bedak Farah Fauzana. Itu sahaja kekurangan dia…tapi tu semua bole make over kannn…
14:35
Tut…tut…
Member ofis baru aku yang susur galur keturunannya Malbari mix Jepun hantar mesej…’Woi! Pisang goreng aku mana? Ko pegi tebang pokok pisang dulu ke? Aku dah kebulur ni…’. Heh! Apahal la dia ni tengahari buta makan pisang goreng. Tak paham betul aku. Okeylah Intipati dari catatan aku, bukan semua pengemis adalah pengemis. Namun semua terpulang kepada sikap serta persepsi kita sendiri untuk menderma atau tidak. Di sisi lain, kerajaan BN, PKR, Pas atau DAP yang disebut-sebut bertanggung jawab terhadap kesejahteraan rakyatnya juga harus berfikir keras untuk mengatasi masalah ini, bukan hanya diam tidur melihat pengemis-pengemis yang mungkin menjadi simbol kemiskinan negara…
Sekian.
May 03, 2008
Hidup Ini Satu Pilihan
Bermula sebelum lahir, kita memang sudah di beri pilihan oleh Yang Maha Kuasa, menjadi lelaki atau perempuan, menjadi anak orang kaya atau anak orang miskin, setelah sekolah menjadi cerdik atau bodoh, setelah bekerja menjadi bos atau kuli, setelah mati masuk surga atau mungkin neraka.
Kita sedar bahawa hidup memang penuh dengan pilihan, apabila harga beras melompat lebih tinggi lalu kita di sarankan agar memilih alternatif lain sumber asas makanan kita dari beras mungkin kita perlu makan sayuran hijau untuk lebih vegetarian (relevankah?) atau mungkin kita perlu makan hati saja untuk terus membiarkan harga beras naik (?)
April 14, 2008
Babi-babi Mengawan, Membunting dan Beranak di Selangor
Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali…lama tidak menulis, sejak PRU ke 12 kali ini baru berkesempatan menulis kerana hidup juga perlu perubahan sebagaimana perubahan yang mengejutkan dalam PRU yang baru lepas dan kesannya masih panas sehingga ke hari ini.
...bekas MB Selangor yang namanya Mohammad Khir bin Toyo (Datuk Seri) yang rumah persinggahannya sering aku lalui setiap kali balik ke kampung halaman di penghujung negeri Selangor ini sebenarnya masih cuba test market di pasaran politik setelah gagal menyandang semula jawatan sebagai orang nombor satu di negeri paling maju di negara ini.
Secara tiba-tiba, babi-babi di Selangor menjadi popular, projek ternakan babi berskala besar bernilai RM100 juta telah menjadi tajuk utama di media elektronik. Seiring dengan isu ini bekas MB Selangor juga tiba-tiba menjadi lebih popular berbanding dengan MB Selangor yang berjaya mendapat mandat rakyat meneraju negeri Selangor. Sama ada ia secara kebetulan atau strategi ala-ala artis yang suka membesarkan sensasi berbanding bakat semulajadi, Mohammad Khir bin Toyo mendapat publisiti meluas apabila beliau sendiri mengesahkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda, kemudiannya sering memberi kenyataan yang bertentangan dengan MB Selangor yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seterusnya projek lima bintang ternakan babi yang perbincangan awalnya sejak zaman pemerintahan Mohammad khir lagi menjadi lebih sensasi.
Dan saya juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat datang kedunia Blog (maaf, mungkin ucapan ini agak terlewat) kepada Mohammad khir yang baru melancarkan laman blognya. Sebagai blogger baru, Ahlan Wasahlan kami ucapkan dan tahniah!

Wahai bekas MB Selangor, panel penganalisis politik mengulas semasa malam menjelangnya keputusan PRU ke 12 yang lalu ada mengatakan secara ikhlas dan telus, bahawa media arus perdana terlalu memprovok parti pembangkang sehingga ke satu tahap rakyat tidak boleh menerima bahkan mencebik apa yang disogokkan oleh media. Impaknya, PRU ke 12 yang nampak tenang dan kelihatan masih menyebelahi parti pemerintah tiba-tiba memuntahkan keputusan yang sangat mengejutkan banyak pihak.
March 04, 2008
Marilah mari pergi memangkah...
'Rilek la...bukan KL namanya kalau tak jem. Harga sebuah kemajuan yang perlu kita bayar...selalu DJ radio cakap mcm tu. Maklum le negara dah maju'
'Ada org buat kempen pilihanraya kot...tu pasal jem teruk nih'
'Mungkin jugak la, ramai orang tak siuman dekat-dekat election nih...hehehe...ko ngundi kat mana?'
'Aku tahun ni berkecuali, tak pangkah sape-sape...lagi pun aku dah kecik hati dengan SPR'
'Pasal pulak?'
'Aku dah call SPR nak cek nama aku undi kat mana tapi SPR still tak update, still undi kat tempat lama. SPR putrajaya aku dah call, pastu depa suruh call SPR Selangor...pun sama. Padahal aku dah isi borang update, bagi copy ic. Depa buat apa dengan ic aku?'
'Depa buat hutang kat Ah Long guna ic ko kooot...hehehe..'
'...lagi pun aku tak nak kecikkan hati sesapa, kalau aku undi BN, nanti org PAS kecik hati. Aku pangkah PAS org Anwar marah, aku sokong DAP korang kecik hati pulak...so senang ceritanya aku tak pangkah sesapa, aku jadi pemerhati bebas walaupun aku tak sokong parti Bebas..sekian'
'Boleh pakai juga ideologi hampeh ko...sekarang ni kita dah dekat sejam stuck kat sini, pukul berapa kita nak sampai?'
'Macam ni lah, kalau ko ikut barisan ni memang besok pagi baru sampai...jadi ko keluar je barisan masuk bulatan...cepat sikit sampai'
'Tajam maksud tuhhh...hahahaha..!!
February 13, 2008
Bila Buah Nak Gugur ?
08.45 am
Kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Entah bila buah yang dah masak ranum ni nak gugur. Orang pun dah naik mual nak tunggu gugur...dah tak ada thrill macam tak ada ummphh pulak dah...asyik khabar angin jer...tak hujan-hujan pun!
12.45 pm
Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.
January 08, 2008
Setuju, Nafi & Pengakuan
Tapi aku hari-hari meredah jem, tak kira Thaipusam ke tidak...macamana tu? Namun begitu, aku pun berharap sangat agar keputusan ini juga atas dasar suci hati, ikhlas culas tanpa sebarang pengaruh sentimen dan isu. Sebagai warga Malaysia yang berakal aku juga boleh menilai dan menimbang apa yang sekilas, apa yang tersirat.
ii
Dunia ini kian keji. Hari demi hari, manusia semakin kejam dan mementingkan diri. Sesetengah dari kita dilahirkan bodoh kerana kebodohan adalah pemangkin kepada kepandaian. Tetapi sesetengah dari kita terlebih bodoh. Itu masalah besar!
Seperti orang lain, aku juga perasan macam aku bagus. Seperti orang lain, aku ada banyak perkara yang ingin aku kritik. Biasalah tu. Semua orang macam tu. Kita semua sentiasa betul sebab betul itu subjektif. Lingam kata "Kelihatan seperti saya, suara macam saya" "mungkin saya minum terlalu banyak, kawan-kawn saya kata, saya suka cakap benda-benda mengarut apabila minum wain".
Loh pula cakap "Dia tak mabuk atau berlakon semasa di rakam". Mana satu betul? Berbalik kepada subjektifnya istilah betul, maka dua-dua betul. Aku betul, dia betul, Lingam pun betul! Jadi nak buat macam mana? Bak kata Mawi, buat bodoh je lah.
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat melayu bahawa ia berasal dari perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin liar yang bertindak mengganggu manusia.
Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di tv, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Dalam drama bersiri TV3, pontianak diangkat sebagai Super Hero yang mampu membantu mereka yang dalam kesusahan. Besar jasanya. Masyarakat moden di beri kepercayaan baru terhadap persepsi hantu pontianak...dan Zarina An-Julie juga mengaku beliau adalah pontianak yang lemah dan manusia biasa yang bukan Super Hero dan sering berbuat khilaf...
Tak apalah, lebih baik bersetuju mengaku dari menafi...
1429
"Akulah yang paling kejam!"
Lelaki kedua bangun dan merogol wanita itu tanpa rasa belas, memijak dan terus menembak bertubi-tubi ke kepala mangsa sehingga wanita itu mati. Dan dia berkata...
"Adakah ada lagi orang yang lebih kejam selain aku?".
Lelaki ketiga pula bangun tersenyum sambil menjawab,
"Akulah yang paling kejam kerana aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah saudaraku sendiri"
Perempuan itu adalah Palestine.
Lelaki pertama adalah Sharon.
Lelaki kedua adalah Negara Barat.
Lelaki ketiga pula adalah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan melihat.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1429. Siapa yang peduli ?
December 29, 2007
SELAMAT DATANG 2008
Terasa cepat setahun telah berlalu bila melihat kembali kepada tekad dan azam yang belum ditunaikan. Ada yang hangat-hangat tahi ayam, ada yang kantoi di tengah jalan, ada yg tertulis cantik tapi tak dilunaskan..lantas menjadi igauan 2008, mengganggu indahnya sunyi malam, meracau dalam panas dan terangnya siang untuk menentukan hala tuju perjalanan hidup seterusnya.
9
Adakah kegagalan lalu itu tanda kekalahan? Adakah ketewasan itu tidak perlu di kongsi bersama? Adakah tekad dan azam kita yang lalu telah tertunai? Ya atau Tidak? 2007 mungkin bukan tahun terbaik di dalam hidup kita. Masih terlalu banyak hal yang boleh kita perbaiki, masih banyak perkara yang mampu kita buat lebih baik lagi.
SELAMAT TAHUN BARU 2008. Lihat lah dunia dari mata burung bukan dari dalam tempurung...
December 14, 2007
PENGORBANAN
Sekadar untuk sedikit meringankan beban penderitaan batin dari kedua manusia besar itu, lsmail mengusulkan kepada bapanya agar mengikat kedua tangan dan kedua kakinya, baju yang menutupi badannya dibuka lalu ditutupkan ke wajah mukanya sendiri. Ismail mengusulkan pula agar perintah itu segera saja dijalankan, dengan mengasah pedang lebih dahulu agar lebih tajam.
Setelah mengucapkan salam selamat tinggal, lsmail mewasiatkan bajunya itu nanti diserahkan kepada ibunya, agar baju itu dapat dicium oleh ibunya bila merindukan dirinya. Dan baju itulah pula sebagai pusaka untuk ibu yang ditinggalkannya.
Tiba tiba dari atas puncak bukit itu terdengar suara memanggil namanya: “Hai Ibrahim, sungguh engkau sudah siap untuk melaksanakan perintah Tuhan dalam mimpimu. Kami akan memberi ganjaran setimpal dengan ketaatanmu itu.”
Ibrahim segera menoleh ke tempat datangnya suara itu, ia melihat Malaikat turun ke bawah membawa seekor kibas yang gemuk dan sihat. Berkata Malaikat itu: “Hai Ibrahim, sembelihlah kibas ini sebagai ganti anakmu Ismail itu makanlah dagingnya, jadikanlah hari ini hari raya bagimu berdua, dan sedekahkanlah sebahagian dari dagingnya untuk fakir miskin sebagai korban.”
Darah tertumpah di atas batu membasahi bumi, bukan darah Ismail, tetapi darah seekor kibas yang gemuk dan sihat. Begitulah caranya Allah menebus korban Ismail dan korban Ibrahim. Ditebus Allah dengan satu penyembelihan agung, satu macam penyembelihan yang amat agung maksud dan pelaksanaannya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada umat Islam seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Pada hari yang berbahagia ini, marilah kita sama-sama mengingati saudara-saudara kita yang telah berkorban demi kebaikan saudara-saudara yang lain. Menangkah kita di Hari Raya Korban ini?
December 01, 2007
GILA MISS CALL
'Semalam aku letak atas ni...pagi ni tak ada, takkan jatuh bawah kot...'
'dari pagi aku tengok ko terkorek-korek bawah meja tu pehal, cuba cerita sikit apa masalah ko, bro?
'Pendrive aku hilang la...semalam ada atas ni'
'tu la masalah ko, dari mula-mula aku kenal ko sampai sekarang memang pelupa, kasut lupa letak la, kunci la, handphone tertinggal la, lupa punch la, lupa bini la....'
' Ooops jangan lebih-lebih ek...gurau kasar nampak. Ko ada nampak tak pendrive aku?'
'mmm...macam ni la bro, lu cuba miss call pendrive tu..kot-kot berbunyik'
'kepala hutak ko! Ko pernah telan tong sampah tak?!'
'KAH KAH KAH KAH...Sori aaa bro gua tak nampak'
November 19, 2007
KISAH SEBATANG PENYAPU
Di negeri selangor kisah penganugerahan sebatang penyapu telah menjadi isu panas pentadbiran kerajaannya. Ramai yang tersinggung dan berasa hati tetapi tak kurang juga bersetuju dengan MB Selangor. Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail berkata, lebih baik VSS dari dapat sebatang penyapu kerana MDHS gagal mengutip hasil cukai dengan cemerlang. Awas, pilihanraya semakin dekat, jangan kerana sebatang penyapu habis semua 'kerusi' kena sapu!
Di sebalik isu ini ada sebuah kisah yg menarik tentang penyapu yang dianggap sial ini. Di harap ia dapat menjadi iktibar pada para suami supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan misi penipuan yang murni. Cerita ni walaupun hanya sebagai bahan lelucon ia ada iktibar di sebaliknya...
Kisahnya, seorang suami, akibat terlalu suka menggunakan alasan main golf bersama rakan seperniagaannya untuk menipu isteri, dia telah menjadi alpa dan leka. Pada satu hari yang malang, dia seperti biasa telah menggunakan alasan main golf pada malam harinya sebagai alasan paling selamat untuk berhore-hore dan berdangdut di sebuah kelab dangdut eksklusif.
Tanpa di sedari, pada malam ketika dia sedang nyenyak tidur, isterinya yang bijaksana telah memasukkan sebatang penyapu ke dalam beg golf suaminya. Keesokan paginya, dengan konfiden si suami telah keluar ke pejabat dan berpesan pada si isteri akan balik lewat kerana ada aktiviti bergolf pada malam harinya tanpa memeriksa beg golfnya terlebih dahulu. Terus dihumban ke dalam bonet kereta dan vroooom...!
Keesokan paginya ketika sarapan, isteri pura-pura bertanyakan permainan golf yang berlangsung semalam pada sang suami yang masih belum sedar kekantoian penipuannya. Dengan konfiden dan bersemangatnya sang suami bercerita tentang game semalam yang mencabar. Bogeylah...eaglelah...birdielah...hole in one lah...bla bla...blah..
Tiba-tiba si isteri bertanya pada suami "Batang penyapu tu abang pakai lubang yang mana bang? Jauh tak distance pukul pakai batang penyapu tu?"
Gulp!! Maka tertelanlah si suami akan kuih donat yang tak berapa lembut itu tanpa sempat mengunyah kedalam lubuk perutnya. Sambil matanya bulat memandang raut muka isterinya yang putih membulat seperti bola golf juga! Oleh itu kepada para golfer yang tak berapa reti nak swing kalau nak menipu biarlah lambat asal selamat. Keperihatinan anda punca penipuan yang lancar dan berjaya.
Kepada MB Khir, aku mencadangkan agar para isteri menyelinapkan sebatang kayu penyapu ke dalam beg golf para suami orang-orang kuat kerajaan Negeri Selangor seperti Senator, YB, YDP, DO dan Pegawai-pegawai Kanannya. Agaknya pendekatan ini lebih pratikal untuk sebuah negeri maju daripada anugerah sebatang penyapu (?).
October 05, 2007
RAYA DATANG LAGI
Bulan Syawal akan menjelang lagi, Bulan dimana umat Islam seluruh dunia menyambut kemenangan setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Bulan di mana tradisi saling kunjung mengunjung kerumah sanak saudara dan rakan taulan sambil bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf atas segala keterlanjuran...
September 25, 2007
TRAGEDI RAMADAN
Seluruh Negara dikejutkan dengan berita penemuan mayat Allahyarham Nurin Jazlin, 8 tahun yang di sumbat ke dalam beg sukan setelah 27 hari hilang dipercayai diculik. Pembunuh kejam berhati binatang ini bukan sahaja menculik malah telah melakukan deraan seksual yang menjadi punca kematian Nurin. Moga damailah rohnya di Syurga dengan dikelilingai bidadari dengan wangian kasturi di taman Firdausi. Takziah untuk keluarga dan Al-fatihah untuk allahyarham Nurin.

Akhbar Utusan pada 24 September telah telah menyiarkan komen saudara SAAD HASHIM dari Ampang, Selangor. Kita telusuri sedikit petikan dari pendapatnya...
SEBAGAI seorang yang pernah tinggal di England lebih 20 tahun, maafkan saya jika sedikit pun tidak terperanjat dengan kejadian sedih yang menimpa adik Nurin Jazlin Jazimin.
Dan sehingga hari ini tuduh-menuduh masih berterusan, polis tuduh ibu bapa, orang ramai menuduh polis dan polis pula dikatakan sedang memikirkan kemungkinan mendakwa ibu bapa Nurin Jazlin kerana mengabaikannya.
Sebaliknya, tidak siapa pun memikirkan bahawa tragedi Nurin dan lain-lain seperti Nurul Hanis, Siti Nadirah, Norsyakila, Nurul Huda Ghani dan Haserawati Saridi, sedikit sebanyak merupakan musibah daripada ‘persekitaran sosial dan budaya’ yang kita sendiri ‘cipta’ sejak akhir-akhir ini.
Secara sinis kita boleh simpulkan bahawa jenayah-jenayah seks yang juga melibatkan kanak-kanak adalah berupa asam garam cara hidup kebaratan yang mementingkan konsumerisme dan hiburan.
Saya tidak tahu di mana datangnya budaya ini. Di England sendiri pusat-pusat beli-belah dan gedung-gedung pakaian seperti Marks & Spencer ditutup pukul 6 petang atau selewat-lewarnya pukul 8 malam.
Kita di sini tak cukup dengan pusat beli-belah mewah dan ekonomi serta pasar malam dibuka hingga 10 malam, fenomena baru ialah budaya pasar larut malam dari pukul 9 malam hingga 2 atau 3 pagi. Kedai arak di England dan Amerika Syarikat (AS) dibuka pada masa- masa terhad. Kita di sini minuman arak boleh dibeli di kedai 24 jam sepanjang masa. Bukan itu sahaja pelbagai konsert hiburan diadakan di sana sini tak henti- henti.
Ini bermakna orang akan keluar rumah selalu sama ada hendak membeli-belah, berjalan-jalan berserta anak- anak malah paling teruk ada yang meninggalkan anak-anak di rumah bertemankan TV dan komputer sahaja.
Jadi suasana penuh hiburan ini yang tidak kurang pula dijanakan oleh dadah maka muncullah manusia-manusia bersifat haiwan yang sentiasa bermimpikan sesuatu yang mereka tidak dapat capai secara biasa.
Ada juga manusia haiwan ini yang berupa orang biasa, berkelulusan tinggi, berkeluarga tetapi melibatkan diri dengan gejala-gejala gila seks yang di luar kebiasaan termasuk seks dengan kanak- kanak iaitu golongan pedofilia.
Mungkin ada yang bersetuju kalau saya katakan suasana di Malaysia merupakan satu ‘syurga’ kepada golongan pedofilia atau mereka yang sentiasa berfantasikan seks dengan wanita-wanita cantik.
Mungkinkah sindrom Jill Dando berlaku di negara ini? Jill Dando ialah seorang penyampai berita dan pengacara rancangan jenayah di BBC yang cantik jelita dan disukai ramai.
Malangnya kecantikan Jill juga membawa malang baginya apabila seorang stalker atau peminat taksub menunggunya di rumah dan menikamnya dan Jill mati tak lama kemudian. Seluruh Great Britain tergamam dan tertanya-tanya apa yang sudah berlaku.
Pelbagai kejadian boleh berlaku kalau segala fantasi itu tidak dapat dibendung, lebih-lebih lagi kalau wanita pujaan itu didapati sudah ada yang punya dan boleh mencetuskan kemarahan dan cemburu yang membuak-buak.
September 12, 2007
RAMADAN AL-MUBARAK
Walau apapun, bersyukurlah selalu. Sebab kamu yang paling tahu siapa dirimu. Sebab kamu yang yakin akan kekuatanmu. Kerana kamu juga yang menyedari kelemahanmu.
August 21, 2007
MALAYSIAKU GEMILANG
Salam sejahtera & Selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan Negara Yang ke-50,
Usia kemerdekaan yang cukup matang seiring dengan perkembangan arus pembangunan. 'Malaysiaku Gemilang' begitulah temanya sambutan kali ini. Sambutan 50 tahun Kemerdekaan adalah satu sambutan yang seharusnya mesti dibanggakan untuk Malaysia dan seluruh rakyatnya. Ini kerana sambutan ini memperingati Malaysia dimerdekakan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957, atas usaha Ketua Menteri Malaya, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan para Pejuang Bangsa pada ketika itu.
Namun begitu, kebebasan intelek kita masih dibelengu penjajahan. Ledakan teknologi maklumat dilihat sebagai sumber pencetus informasi berhaluan kiri dan masyarakat blogger antara masyarakat kambing yang dihitamkan! Selepas blogger di beri taraf binatang, kemudiannya di labelkan sebagai goblok, selanjutnya dituduh pengecut dan dipondankan, kini telah disamataraf dengan golongan artis tapi cuma diibaratkan seperti penyanyi karaoke yang “syok sendiri” tanpa menyumbang apa-apa kepada pembangunan negara dan segala dosa alam siber tertanggung di bahu blogger (bukan semua).
Tetapi apabila akhbar The New Starits Times mendedahkan tentang projek PKFZ di Port Klang, terkemudian dari para blogger sebenarnya telah mengiktiraf kredibiliti penulis blogger. Siapa sebenarnya yang syok sendiri dan terus menjadi goblok?
Malaysiaku yang gemilang,
Dalam kepimpinan era sebelum ini, Datuk Musa Hitam sendiri merupakan sebahagian dari kalangan pemimpin yang berani menyanggah kepimpinan Dr. Mahathir biarpun ketika itu nadanya amat keras mahukan Melayu mesti berani menjadi kurang ajar! Dan ramai yang melihat beliau sebenarnya cuba membetulkan keadaan.
Malaysiaku yang gemilang,
Kita perlu mentafsir makna tersirat di sebalik pertentangan Tuah dan Jebat dalam sejarah Melayu. Serangkap puisi karya Raihani Mohd Saaid perlu kita renung-renungkan...
Jebat, aturkan satu persatu
ajarkan rajamu mengenal
putih, hitam atau kelabu
tuangkan kembali bisa ular
ke lidah para menteri
ajarkan Tuah makna setia
pada tempatnya
akhir sekali
ajarkan dirimu makna
menuntut bela
setitis aniaya selaut curiga
selaut darah rakyat Melaka
August 01, 2007
MEMBINATANGKAN BLOGGER!
Bermula dari soal siasat selama 8 jam terhadap Raja Petra (Pet) Raja Kamaruddin (bukan Kamaludin) blog dan laman berita web bebas menjadi tajuk berita yang hangat diperkatakan mengambil tempat di dada akhbar. Atas bidang kuasa yg ada pada polis menjadi kewajipannya untuk melakukan soalsiasat ke atas Pet untuk melihat sejauh mana wujudnya kebenaran penghinaan dan pencemaran.
Bertitik tolak dari situ, terhamburlah kenyataan kononnya kalangan penulis di halaman maya internet yang juga dikenali sebagai “bloggers” merupakan monyet-monyet di hutan rimba! Tanpa merujuk kepada genre, naskah & tema tulisan ramai di kalangan blogger tersentap dgn kenyataan tersebut. Makanya, aku dan juga jutaan penulis blog bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia telah di BINATANGKAN!
Sama ada anda menulis dalam isu agama, politik, kemasyarakatan, komen sosial, hiburan, sukan, genre sastera atau hanya catatan peribadi anda hanya dari kalangan haiwan! Sesedap mulut semudah bicara kenyataan ini terpacul dari mulut orang yg cukup di kenali di negara ini kerana popularitinya setaraf artis dan pernah dikaitkan dengan artis.
Justeru itu, tindakan mahkamah dan laporan polis terhadap blogger adalah sebahagian daripada proses pengesahan dan pengiktirafan blog sebagai sebahagian daripada institusi masyarakat yang berpengaruh. Blogger sebagai pelapor dan pengulas akan memainkan peranan yang semakin substantif untuk mempertahankan ‘kebebasan intelektual’ bagi menentang ‘perhambaan minda' bukan bermakna mencabar kepimpinan negara.
July 14, 2007
TUN M
Saya dan isteri saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengendali dan semua pembaca laman web ini yang telah menyampaikan ucap selamat dan yang telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami sempena ulangtahun hari jadi kami berdua.
Ingatan semua terhadap diri kami berdua amatlah kami hargai.
Dr Mahathir bin Mohamad & Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Putrajaya
Julai 13, 2007
July 04, 2007
PUBLISITI
Berbeza dengan publisiti yang di alami oleh Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Baginda dalam perbicaraan pembunuhan kejam Altantuya seorang warga Mongolia. Pada ketika ini publisiti meluas media tempatan dan luar negara meningkatkan rating news value sekaligus sistem perundangan negara kita (dalam kes ini) sedang dinilai oleh dunia.
June 20, 2007
SMART FLOOD
Seminggu yang lepas Kuala Lumpur porak-peranda lagi. Kenderaan tenggelam, premis dilimpahi air dan keadaan trafik yang tiba-tiba “mati” akibat banjir selepas hujan lebat selama tiga jam. Ini entah kali yang ke berapa bandar raya yang dicanang sebagai maju ini dilanda banjir kilat sekali gus memusnahkan harta benda warga kota.
Sejak dua dekad lalu, banjir kilat adalah “mercu tanda” Kuala Lumpur dan bukanlah suatu yang mengejutkan. Harus di ingat banjir ini bukan acara Tahun Melawat Malaysia kerana lorong-lorong, kaki lima dan longkang memberikan bau hapak dan hanyir yang meloyakan ini memang boleh menarik perhatian orang.
DBKL @ Datuk Bandar tidak perlulah memberi penjelasan bahawa banjir Ahad lalu bukan saja limpahan Sungai Klang tetapi sungai-sungai lain sekitar Kuala Lumpur. Untuk apa? Warga Kuala Lumpur yang menjadi mangsa banjir tidak perlu tahu sungai mana yang melimpah. Itu bukan urusan mereka. Mereka hanya mahu banjir kilat selepas hujan tiga jam tidak berulang lagi.
Lantas ada yang mengaitkan banjir besar melanda ibu kota dengan keberkesanan terowong SMART yg bernilai hampir 2 billion. Ramai bertanya apa sudah jadi dengan terowong SMART yang digahkan sebagai penyelesai kepada banjir kilat di Kuala Lumpur.
Sebenarnya, terowong itu masih belum berfungsi sebagai saluran air bah. Yang beroperasi sekarang hanyalah laluan kenderaan denagn kadar tol RM2 sahaja sehala. ia dijangka siap satu persatu antara hujung bulan ini sehingga pertengahan 2009. Ingat! 2009 baru berfungsi sepenuhnya.
Nampaknya, terpaksalah penghuni KL terus bergelut dengan banjir kilat bagi tempoh yang belum kelihatan penghujungnya. Sebuah akhbar tempatan hujung minggu lepas juga turut melapurkan kurangnya kenderaan yg menggunakan laluan SMART setelah operasi tol dibuka dan laluan tanpa tol masih sesak seperti biasa. Maka kedengaranlah sosek sosek, rakyat Malaysia memang bermental subsidi! Tapi ada logiknya juga kenapa perlu membayar RM2 sedangkan terowong masih belum siap sepenuhnya.
Di sebaliknya kita perlu berfikir terowong SMART belum beroperasi sepenuhnya, hanya utk laluan kenderaan sahaja dan pengguna dikenakan tol sebanyak RM2. Jika beroperasi sepenuhnnya sebagai laluan kenderaan, laluan air dan mencegah kebanjiran air, maka rasionallah kadarnya perlu lebih dari RM2(?).
June 11, 2007
LINA & JEANNE (ABDULLAH)
June 04, 2007
SAYANG SAYAAANG
'Sayang sayang...
sayang sayang sayang ?
sayang saaayang sayang...
kan sayaaang...'
moral;
Cakap ler dengan 1000 bahasa atau 1000 dialek sekalipun kalau tak sampai maksud, hampeh jugak! Sistem penyampaian mesti betul macam yang biasa kita dengar saranan orang No. 1 negara tuu..
May 28, 2007
SOALAN BOCOR
Pilih jawapan yang betul.
May 21, 2007
BOCOR ATAS BOCOR BAWAH
Terpacul dari mulut Said ‘Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga’ diikuti oleh Moktar bertempik ungkapan yang sama. Lu apa hal ni brader?! Gua rasa Dewan Parlimen sekarang macam suasana dalam gua zaman Flinston pulak! Atau mungkin betul ada pendapat mengatakan parlimen kita macam sarkas (?) Aku bersimpati dengan Pak Rais yang kempen budi bahasanya seperti tiada apa-apa nilai kalau begini cara ahli dewan berhujah. Mentaliti standard Mat Rempit! Mat rempit pun dah upgrade status sekarang ni, dah tunjuk terror terjun kat kutub nun... Kalau takat boleh terjun dalam Parlimen dek kerana undi rakyat, baik tak payah la... Ini sesuatu yang sangat memalukan!
Memang tidaklah hina dan lucah perkataan BOCOR (siling parlimen pun bocor juga) tetapi apabila digunakan untuk merujuk kepada kedatangan haid seorang wanita, ditempikkan secara terbuka pulak. Apa kes? Nak kutuk-kutuk la..tapi jangan mencarut, itu jer! Malu la kat budak-budak sekolah yang tengok perangai depa terkinja-kinja. Kamera pulak selalu zoom kat depa berdua ni. So, budak-budak yg tak kenai pun jadi kenai...hmmm..
Sepatutnya ketika negara sedang bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50 ayat-ayat berbaur diskriminasi gender dan serangan seksis itu tidak lagi timbul terutama di Parlimen. Parlimen bukannya kaki lima! bukannya kedai mamak roti canai yang janji tak naik harga tapi roti dah jadi nipis.Kuah dal pulak dah tawar! Tetapi tempat di mana segala dasar kerajaan digubal dan segala permasalahan rakyat dibangkitkan dan diketengahkan.
Bayangkan apa perasaan rakyat apabila melihat pemimpin mereka menyimpan kebijaksanaan yang ada sebaliknya bersikap kebudak-budakan hingga gagal mengambil kira sensitiviti orang lain.
Bung Moktar dan Mohd. Said mungkin tidak ingat bahawa golongan yang dikatakan ‘bocor setiap bulan’ itu adalah pengundi yang membantu meletakkan kedua-duanya di tempat di mana mereka berada sekarang. Kedua-dua juga mungkin terlupa bahawa isteri dan ibu mereka sendiri adalah wanita.
Dan hari Jumaat lepas kedua-duanya dengan rasa rendah diri dan kesal telah memohon maaf secara terbuka di depan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mohd Said berkata "Di sini saya ingin menyatakan bahawa penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam hujah barisan pembangkang terhadap saya, sering kali menyentuh soal maruah saya sebagai Ahli Parlimen" tetapi ingin aku menjelaskan, istilah BOCOR itu telah menyentuh jutaan maruah wanita negara ini bukan hanya maruah segelintir pembangkang dalam parlimen.
Bung Moktar pula berkata "Saya dengan rendah diri dan penuh tanggungjawab ingin memohon maaf kepada seluruh wanita sekiranya mereka tersinggung di atas ungkapan-ungkapan yang telah kami keluarkan. Kejadian itu terjadi ekoran provokasi yang berlaku di Dewan Rakyat" Siapa provok siapa sebenarnya? Entahlah...
'KIta bOlEh memAafKaN taPi JanGan sESekaLI MeLuPakaN...'
May 11, 2007
JELAK !
Sakit hati aku memandangkan perangai sesetengah manusia yang bertakhta, yang kehidupan mereka pernah bertembung dengan kehidupan aku. Aku teramat jelak dengan sikap bodoh sombong, berlagak yang melampau, keangkuhan yang terserlah sesetengah manusia yang aku kenali.
Carilah cermin atau belilah sendiri, ada yang murah, ada yang mahal, ada yang kecil, ada yang seukur tubuh, ada yang berbingkai, ada yg tidak. Belajarlah cermin diri. Tetapi aku tak fikir ada cermin yang boleh mereflekkan atau mempamerkan kebodohan keangkuhan dan penipuan diri yang memang hipokrit! Hempas saja kepala ke cermin biar pecah bersama serakan kaca lagi bagus. Lagi aman kita dibuatnya.

