August 21, 2007

MALAYSIAKU GEMILANG

Negaraku
My Country

Tanah tumpahnya darahku
The land where I was born

Rakyat hidup
The people living

Bersatu dan maju
in unity and progress

Rahmat bahagia
blessing & happiness

Tuhan kurniakan
bestowed by God

Raja kita
Our king

Selamat bertakhta
may you reign in peace

Rahmat bahagia
blessing & happiness

Tuhan kurniakan
bestowed by God

Raja kita
Our king

Selamat bertakhta
may you reign in peace


Salam sejahtera & Selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan Negara Yang ke-50,

Usia kemerdekaan yang cukup matang seiring dengan perkembangan arus pembangunan. 'Malaysiaku Gemilang' begitulah temanya sambutan kali ini. Sambutan 50 tahun Kemerdekaan adalah satu sambutan yang seharusnya mesti dibanggakan untuk Malaysia dan seluruh rakyatnya. Ini kerana sambutan ini memperingati Malaysia dimerdekakan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957, atas usaha Ketua Menteri Malaya, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan para Pejuang Bangsa pada ketika itu.

Namun begitu, kebebasan intelek kita masih dibelengu penjajahan. Ledakan teknologi maklumat dilihat sebagai sumber pencetus informasi berhaluan kiri dan masyarakat blogger antara masyarakat kambing yang dihitamkan! Selepas blogger di beri taraf binatang, kemudiannya di labelkan sebagai goblok, selanjutnya dituduh pengecut dan dipondankan, kini telah disamataraf dengan golongan artis tapi cuma diibaratkan seperti penyanyi karaoke yang “syok sendiri” tanpa menyumbang apa-apa kepada pembangunan negara dan segala dosa alam siber tertanggung di bahu blogger (bukan semua).

Tetapi apabila akhbar The New Starits Times mendedahkan tentang projek PKFZ di Port Klang, terkemudian dari para blogger sebenarnya telah mengiktiraf kredibiliti penulis blogger. Siapa sebenarnya yang syok sendiri dan terus menjadi goblok?

Malaysiaku yang gemilang,

Dalam kepimpinan era sebelum ini, Datuk Musa Hitam sendiri merupakan sebahagian dari kalangan pemimpin yang berani menyanggah kepimpinan Dr. Mahathir biarpun ketika itu nadanya amat keras mahukan Melayu mesti berani menjadi kurang ajar! Dan ramai yang melihat beliau sebenarnya cuba membetulkan keadaan.

Malaysiaku yang gemilang,

Kita perlu mentafsir makna tersirat di sebalik pertentangan Tuah dan Jebat dalam sejarah Melayu. Serangkap puisi karya Raihani Mohd Saaid perlu kita renung-renungkan...

Jebat, aturkan satu persatu
ajarkan rajamu mengenal
putih, hitam atau kelabu
tuangkan kembali bisa ular
ke lidah para menteri
ajarkan Tuah makna setia
pada tempatnya

akhir sekali
ajarkan dirimu makna
menuntut bela
setitis aniaya selaut curiga
selaut darah rakyat Melaka

August 01, 2007

MEMBINATANGKAN BLOGGER!

Salam sejahtera,

Bermula dari soal siasat selama 8 jam terhadap Raja Petra (Pet) Raja Kamaruddin (bukan Kamaludin) blog dan laman berita web bebas menjadi tajuk berita yang hangat diperkatakan mengambil tempat di dada akhbar. Atas bidang kuasa yg ada pada polis menjadi kewajipannya untuk melakukan soalsiasat ke atas Pet untuk melihat sejauh mana wujudnya kebenaran penghinaan dan pencemaran.

Bertitik tolak dari situ, terhamburlah kenyataan kononnya kalangan penulis di halaman maya internet yang juga dikenali sebagai “bloggers” merupakan monyet-monyet di hutan rimba! Tanpa merujuk kepada genre, naskah & tema tulisan ramai di kalangan blogger tersentap dgn kenyataan tersebut. Makanya, aku dan juga jutaan penulis blog bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia telah di BINATANGKAN!

Sama ada anda menulis dalam isu agama, politik, kemasyarakatan, komen sosial, hiburan, sukan, genre sastera atau hanya catatan peribadi anda hanya dari kalangan haiwan! Sesedap mulut semudah bicara kenyataan ini terpacul dari mulut orang yg cukup di kenali di negara ini kerana popularitinya setaraf artis dan pernah dikaitkan dengan artis.



Portal berita maya dan blog kini sangat dirasai kehadirannya oleh golongan tertentu sehingga satu serangan psikologis dilancarkan. Tindakan ini sebenarnya bukan satu tindakan professional malah ia di lakukan oleh orang yg tidak memahami peredaran masa yg kini menuntut penggunaan IT secara meluas.

Justeru itu, tindakan mahkamah dan laporan polis terhadap blogger adalah sebahagian daripada proses pengesahan dan pengiktirafan blog sebagai sebahagian daripada institusi masyarakat yang berpengaruh. Blogger sebagai pelapor dan pengulas akan memainkan peranan yang semakin substantif untuk mempertahankan ‘kebebasan intelektual’ bagi menentang ‘perhambaan minda' bukan bermakna mencabar kepimpinan negara.