January 24, 2014

Di Sebalik Kisah Cikgu Choy...(?)


Cikgu Choy, dua dari kanan



Diskriminasi dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati.

Yang terbaru seorang guru muallaf telah diugut keselamatannya kerana beliau hanya menggunakan hak peribadinya sebagai seorang muslim untuk mengamalkan amalan agamanya sendiri tanpa menyakiti dan menghina bangsa lain.

Choy Yi San (Cikgu Choy), 25 tahun, berasal dari Seremban. Beliau merupakan anak kedua daripada dua orang adik-beradik. Beliau memeluk agama Islam ketika usianya 23 tahun. Pada mulanya, Cikgu Choy tidak bertudung kerana belum bersedia untuk mendedahkan keislamannya kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi pada awal tahun 2013 selepas menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan di sebuah institut perguruan.

Selepas setahun mengajar, beliau bertekad memakai tudung di sekolah sebagai salah satu azam di tahun baharu. Identiti baru sebagai muslimah sejati yang bertudung dan menutup aurat telah lama tersemat di hati sejak memeluk agama Islam.

Hari Rabu, 1 Januari yang merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014 adalah hari pertama beliau bertudung di sekolah. Kemunculan beliau bertudung ternyata tidak disenangi oleh pihak pentadbiran sekolah. Beliau telah menerima jelingan sinis daripada daripada beberapa orang termasuk Guru Besar, Chiew Swee Tuan.

Pada 6 Januari, Cikgu Choy ke pejabat Guru Besar untuk membincangkan agihan tugas guru kerana beliau dilantik sebagai PK Pentadbiran lantikan dalaman.  Guru Besar mengambil kesempatan pertemuan itu untuk menyoal dan memberi “nasihat” mengenai keIslaman Cikgu Choy. Antara “nasihat” beliau ialah masih berpeluang lagi untuk kembali ke agama asal, masih banyak pilihan lagi, kenapa hendak mengurung diri dalam agama Islam. Tetapi Cikgu Choy tidak langsung mengendahkan “nasihat” itu.

Pada 7 Januari, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Encik Pang telah datang ke sekolah untuk memeriksa perkembangan pertukaran jubin Bilik Sumber Sekolah. Beliau tersempak dengan Cikgu Choy dan bersapa seperti biasa walaupun agak terkejut dengan penampilan Cikgu Choy yang bertudung, kemudian beliau ke pejabat Guru Besar.

 DIUGUT BUNUH

 Tidak lama kemudian, Guru Besar meminta Cikgu Choy ke pejabatnya. Pada awal pertemuan, Encik Pang memberi pandangan negatifnya mengenai keIslaman Cikgu Choy. Keadaan semakin tegang dan serius apabila Cikgu Choy menerima 3 ugutan dari Encik Pang yang melibatkan maruah dan keselamatan Cikgu Choy jika tidak membuka tudung semasa bertugas.

 Pertama: Jika beliau tidak membuka tudung, beliau dan keluarganya akan dimalukan di sekolah.

 Kedua: Jika beliau masih tidak membuka tudung, pihak sekolah akan memanggil wartawan lalu beliau dan keluarganya akan dimalukan di hadapan wakil media itu dan disiarkan di akhbar.

 Ketiga: Jika beliau masih tidak membuka tudung, En Phang akan menembak Cikgu Choy dan kemudian En Phang akan menembak mati dirinya sendiri.

Cikgu Choy dinasihati untuk membuat laporan polis kerana ugutan bunuh bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Beliau kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat.

Selepas laporan polis dibuat, pihak PPD bertindak segera dengan menukar Cikgu Choy ke sekolah lain di Kota Tinggi atas alasan keselamatan. 

Menurut Cikgu Choy lagi, kes ini bukan isu terpencil di sekolah tersebut bahkan terdapat beberapa orang murid perempuan beragama Islam di sekolah itu yang dilarang bertudung oleh pihak sekolah. Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Guru Besar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang mengatakan beliau menghormati pemakaian tudung oleh orang Islam.

Suatu yang dikesali ialah tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak pengurusan sekolah terutamanya En Phang. Meskipun siasatan polis sedang dijalankan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan sekolah kerana pihak sekolah telah menafikan hak asasi seorang muslimah bahkan melakukan tindakan ekstrim dengan pelbagai ugutan memalukan dan mengancam keselamatan.

Apakah dengan tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa ini bermakna memberi laluan luas kepada mana-mana institusi bukan Islam untuk melakukan pelbagai diskriminasi terhadap pekerja Islam yang bekerja di bawah seliaan mereka?




January 23, 2014

Nurul tuntut fasakh...(?)

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat


DUNIA maya hari ini kecoh apabila digemparkan dengan desas-desus mengenai rumah tangga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang didakwa menuntut cerai daripada suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Nurul Izzah merupakan anak kepada Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dikatakan membuat permohonan untuk bercerai secara fasakh menerusi satu tuntutan di sebuah mahkamah syariah hujung tahun lepas.

Menurut laporan beberapa portal dan blog, Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai telah menerima tuntutan berkenaan pada Khamis lepas dan memohon penangguhan selama dua minggu bagi membolehkan beliau menyediakan kesnya. Usaha pihak media untuk menghubungi pasangan itu gagal.

Nurul Izzah, 33 tahun dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 tahun dinikahkan pada 9 Mei 2003.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman Anwar, di Bukit Bandaraya, dekat sini.

Hasil carian dan pemeriksaan lanjut susulan kekecohan ini hari ini menunjukkan wujudnya kes permohonan cerai di antara Nurul Izzah dan suaminya. Kes difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Ketika dihubungi, jurucakap mahkamah mengesahkan telah pun dijadualkan untuk didengar di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ab Malek Awang.

Fasakh ialah satu kaedah penceraian dalam Islam yang hanya boleh dimohon oleh pihak isteri kepada mahkamah atau kadi untuk membatalkan sesuatu perkahwinan itu atas sebab dari perbuatan suami dalam keadaan tertentu.


sumber:mynewshub

Kuala Lumpur paling bahaya...(?)


Selangor, Johor dan Kuala Lumpur menduduki tempat tiga teratas dengan indeks jenayah tertinggi. Namun dari segi indeks jenayah per 100k populasi, ternyata Kuala Lumpur di tangga pertama. Manakala negeri paling selamat di Malaysia adalah Sabah :) 


negeri paling bahaya malaysia
...(?)

January 22, 2014

1Malaysia Oh Tanah Air ku...(?)

Prime Minister Najib Abdul Razak has also made it a point to visit the iconic Batu Caves temple on Thaipusam


The annual Thaipusam festival never fails to bring traffic at Batu Caves and its surrounding areas to a crawl.
The Hindu homage to Lord Muruga draws more than a million people, among them devotees, tourists and Malaysians of all faiths.

Since taking over the reins in 2003, Prime Minister Najib Abdul Razak has also made it a point to visit the iconic Batu Caves temple on Thaipusam, which is a public holiday in several states.

This year, Thaipusam fell on a Friday (Jan 17), which is also the day that Muslims perform their Solat Jumaat in mosques.

And the traffic congestion as a result of Thaipusam saw a slew of racist and derogatory remarks made on Twitter .

Among others, one tweet says: " Bodoh punya keling (derogatory term for Indians) paria baruah anjing! Thaipusam kau, kau cuti. Aku nak pergi Solat Jumaat, kau tak bagi. Keling sakai anjing. "

(Stupid pariah Indian dogs. It is your Thaipusam, you go on leave. I want to go carry out Friday prayers, you do not allow. Keling sakai dogs.)

'Politicians to blame'
Screen captures of these messages have now gone viral.
Observers have blamed politicians from race-based parties for the regression in racial ties due to the playing up of racial and religious sentiments to garner votes.

Umno and its leaders often shoulder the lion's share of the blame.
Some have claimed that Umno has chosen to up the racial and religious ante as its leaders are aware that it is the only formula that can ensure the party continues to remain in power.

Prior to this, MIC lodged a police report against a Facebook user, "Man Namblast", who posted a status on Jan 18 that read: " Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave. " (Tens of thousands of devils are marching up the steps of Batu Caves).

.

January 20, 2014

Kenapa Filen Anak Rosmah Diharamkan...(?)

Thumb 5f5e
filem The Wolf of Wall Street
PERKASA melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan "lucah" dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz.




Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat.




"Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya.




"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.



Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini.



Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) kelmarin melaporkan, The Wolf of Wall Street kelmarin dilaporkan diharamkan di Malaysia ekoran kandungan dan bahasa yang eksplisit.




Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.


Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.







Riza anak Rosmah Mansor

Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan.


Justeru Syed Hasan berkata, PERKASA menyokong pengharaman filem kerana ia pastinya dilakukan dengan teliti oleh pihak berwajib negara.



"Negara ini bukan negara yang mudah mahu mengharamkan sesuatu perkara terutama filem luar tetapi semua filem luar perlu faham tapisan sesebuah filem perlu dilakukan sebelum dibenarkan ditayangkan.



"Difahamkan filem tersebut terlalu banyak adegan-adegan lucah dan ia tidak sesuai sekali ditayangkan di panggung-panggung di negara ini," kata beliau.


January 13, 2014

Saat Kelahiran...(?)

http://yorkisoc.files.wordpress.com/2010/08/prophet_muhammad__s_p_b_u_h_by_callligrapher.jpg 

Nabi Muhammad saw lahir tidak seperti manusia lainnya,  perut ibunya membelah lalu keluarlah cahaya dari dalam perut ibunya yang begitu terang lalu terlihat Nabi saw dalam keadaan bersujud. 

Menurut riwayat lain, Nabi Muhammad saw lahir dengan meletakkan dua tangannya di lantai, mengangkatkan kepalanya ke langit sebagai pertanda ketinggian martabatnya dari semua makhluk. 

Beliau lahir dalam keadaan bersih, sudah berkhitan, sudah terpotong tali pusarnya, wangi, bercelak mata dengan kekuasaan Allah swt. Menurut sebagian ahli sejarah, Beliau dikhitan oleh Abdul Muthalib sesudah berusia 7 hari dalam suatu upacara jamuan dan sekaligus menamakannya dengan “Muhammad”.
Serentak dengan kelahiran Nabi Muhammad saw, singgasana Kaisar di Madain runtuh, api sembahan orang Majusi di Persia yang sejak 1000 tahun menyala, menjadi padam. Menurut riwayat lainnnya juga, ketika kelahiran Nabi saw, berhala-berhala disekitar Ka’bah jatuh lalu bersujud karena kelahiran Nabi saw...

Walluhua'alam...

January 10, 2014

Minima RM4000...(?)

Kajian ini telah dibuat oleh The Malaysian Insider yang mana ia menunjukkan anggaran kasar individu yang perlu tanggung kos sara hidup dengan membandingkan pendapatan gaji bulanan seseorang.


Diagram di Bawah menunjukkan kos yang ditanggung individu/satu kelaurga dalam sebulan mengikut sebahagian negeri-negeri Malaysia:


perbandingan mingikut bandar

Dan ini pula adalah satu pendapat orang ramai yang boleh digunapakai :





...?
 
Bagi tahun 2014, membuatkan orang ramai semakin terhimpit dengan bebanan dengan kenaikan kos sara hidup apabila dijangka menghadapi kenaikan harga Tol, sewa bas sekolah, kadar cukai taksiran dan sebagainya.



January 09, 2014

Potongan Badan Manusia Jatuh Dari Langit...(?)

Seram, Potongan Tubuh Manusia Jatuh dari Langit Jeddah
mayat dari langit

Bahagian badan manusia jatuh dari langit di Jeddah pada hari Ahad, dan pihak polis mengatakan bahagian badan manusia itu mungkin milik penumpang haram yang cuba menyusup di roda kapal terbang.

"Polis menerima panggilan telefon orang awam pada jam 2:30 pagi dari saksi melaporkan ketulan badan manusia jatuh dari langit, " kata jurucakap polis Jeddah Nawaf Bin Naser al- Bouq dalam satu kenyataan.

Polis meneruskan untuk mengawal kawasan tersebut untuk siasatan , menurut jurucakap itu.

Siasatan awal menunjukkan bahawa mayat " jatuh dari pendaratan kapal terbang ," kata Bouq , sambil menambah bahawa siasatan sedang berjalan.

Dalam usaha untuk menyeberangi sempadan, sesetengah orang menyusup masuk kerana kurang pantauan di lapangan terbang dan menyusup masuk kebahagian gear pendaratan pesawat. Kebanyakan mereka mati membekuk ketika pesawat mencapai ketinggian, tetapi beberapa daripada mereka hidup dilaporkan.

Pada tahun 2010 , ketua keselamatan lapangan terbang Beirut meletak jawatan selepas kematian seorang lelaki yang berjaya menyelinap ke landasan tanpa dikesan dan bersembunyi di dalam bahagian roda jet Saudi.

Badan manusia ditemui oleh seorang pekerja penyelenggaraan di Riyadh yang memeriksa gear pendaratan Saudi milik Nas Air Airbus 320 selepas ia mendarat di sana.

(AFP)