March 15, 2013

P.I Bala meninggal dunia...(?)


Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.


~dipetik

NONE
P.I Bala meninggal dunia...(?)

March 14, 2013

Jacel Kiram dalam kategori cantik...(?)

Anak gadis 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III, yang sering menjadi jurucakap keluarga sebelum ini sejak krisis Sabah meletus kini menjejakkan kaki ke alam Twitter dan dengan mencetuskan pelbagai reaksi segera warga maya.

'Puteri' Jacel Kiram mula menggunakan akaun Twitter @jacelkiram semalam dan setakat artikel ini ditulis sudah menarik perhatian 2,792 orang sebagai pengikutnya.

Tweet pertamanya berbunyi: "Salam! Ini akaun Twitter rasmi saya" dan "Daulat Kesultanan Sulu".


InterAksyon melaporkan, tulisan itu dengan serta-merta mendapat reaksi pengguna Twitter sama ada yang mengalu-alukannya atau menyerangnya.

Berikut antara tweet yang di terimanya :

 @geminianeyes: Sejujurnya Cik @JacelKiram, adakah kamu harap kami akan alu-alukan kamu dengan tangan terbuka bila kami mendarat di pantai kami dengan senjata?

Jacel: @geminianeyes Maafkan saya... baca sejarah ia tak pernah jadi milik kamu! Malaysia tak pernah memiliki Sabah. Mereka masih membayar sewa.

@kinkywildcat: Salam @jacelkiram tolong beritahu abang kamu supaya balik ke Filipina. Terima kasih.

Jacel: @kinkywildcat Tolong beritahu kerajaan kamu supaya beri balik tanah kami.


Jacel Kiram

Larangan Logo Parti di HKL...(?)




Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Zaininah Mohd Zain mengarahkan kakitangannya agar tidak memasang pelekat parti pembangkang di kenderaan atau di premis hospital.

Larangan berkenaan, yang dikuatkuasa melalui surat bertarikh 4 Mac kepada ketua jabatan dan ketua unit hospital berkenaan, memberi amaran untuk mengenakan tindakan tatatertib ke atas kakitangan yang ingkar.

“Ketua jabatan atau ketua bahagian atau ketua unit adalah diminta untuk menasihatkan anggota di bawah jabatan atau seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan ini speenuhnya dan juga menasihati bahawa tiada anggota mereka yang melanggar arahan tersebut,” surat itu dipetik.


Surat larangan

March 13, 2013

WANTED... (?)


Alooo geng.. hormatlah sikit sensitivi keluarga mangsa yang baru kehilangan insan tersayang...jangan biadap...
Jangan sedap mulut je nak cakap. Ramai orang cakap sebab bercakap itu sebab bercakap itu mudah. Ramai juga orang mengumpat sebab memgumpat itupun mudah. Tapi tidak ramai yang sanggup mengorbankan diri demi menjaga keamanan negara..
Yang ramainya mangkok hayun yang nak memporak perandakan negara kerana dengki kepada orang lain... 
 
 
~dipetik dari sumber.. 
 
 
wanted 1
 
 
wanted II
wanted III
 
 
 
wanted IV
https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/540836_10200444294285290_783498726_n.jpg
wanted V

March 11, 2013

Johor DT tak sebulu...(?)


Viva Selangor !!


Suasana bilik persalinan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam, malam kelmarin difahamkan ‘menjadi panas’ apabila berlaku satu kekecohan yang kemudian tercetus khabar angin kononnya skuad Harimau Selatan mula hilang persefahaman antara pemain.

Walaupun butiran sebenar kekecohan itu tidak diketahui tapi ia difahamkan lebih menjurus kepada rasa marah pemain dan pegawai selepas dipalit kecewa tewas 1-4 kepada Selangor dalam saingan Liga Super.
Lebih perit, kedengaran ada yang menjerit, “Safiq....” dalam bilik berkenaan. Wajah kapten pasukan itu tampak kecewa dan seperti marah-marah selepas berjalan keluar dari bilik persalinan berkenaan.


Tiada pergaduhan

Apa pun senario yang mencipta keraguan itu pantas ditepis jurulatih pasukan, Fandi Ahmad apabila berkata kekecohan itu tidak berlaku dan tidak ada sebarang pergaduhan dalam bilik persalinan seperti dihebohkan.

“Semua itu tidak benar dan tidak ada sebarang pergaduhan antara pemain selepas perlawanan.

Memang benar saya bergegas masuk bilik persalinan selepas sidang media perlawanan tetapi saya dapati pemain saya bergurau sesama mereka.
“Tidak ada apa-apa yang berlaku dan suasana bising dalam bilik persalinan kerana pemain melepaskan tekanan selepas tewas pada perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.


b.harian

March 08, 2013

Terkini; 79 orang lagi ditahan...(?)

tragedi Lahad Datu


Lahad Datu, 8 Mac - Pasukan keselamatan menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, dekat sini, sejak 12 Feb lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata mereka ditahan di sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas kerakyatan mereka yang ditahan itu. "Siasatan masih dijalankan dan hasil soal siasat terhadap mereka telah membawa banyak kejayaan kepada Op Daulat untuk membanteras penceroboh itu," katanya kepada pemberita di markas sementara di Felda Sahabat 16, di sini hari
ini.

Sejak pencerobohan itu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh.-



BERNAMA

March 07, 2013

MNLF beri ‘amaran’ jika Sultan Sulu ditangkap...(?)

nur misuari- MNLF

Presiden Benigno Aquino III tidak akan dimaafkan kerana bersikap lepas tangan semasa Malaysia mengebom bertali-arus rakyat Filipina di Sabah, kata ketua pemimpin pemberontak Nur Misuari yang juga memberi amaran situasi  huru hara jika Sulu Sultan Jamalul Kiram III ditangkap dan pengikutnya diberkas.
 
Misuari merupakan ketua Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), sebuah gerakan politik Islam yang bertukar menjadi pemberontak pada 1969 berkata Aquino perlu lebih tegas dan menghentikan serangan Malaysia ke atas pengikut Jamalul, bukannya menyebelahi negara jiran mereka tersebut.

“Apa yang beliau lakukan sangat buruk,” kata pemimpin tersebut yang dipetik dalam The Philippine Daily Inquirer.

“Beliau bukan seorang mengetuai negara ini apabila menyebelahi musuh kepada orangnya sendiri.”

“Atas alasan apa beliau (Aquino) bekerjasama seiring dengan Malaysia, sebuah kuasa penjajah yang menduduki tanah orang kita?  Saya menentangnya, sangat menentangnya dengan seluruh jiwa saya. Saya harap Presiden mendapat nasihat dengan baik. Saya  harap beliau akan sedar. Jika tidak kami tidak akan memaafkannya,” kata beliau semasa sidang media semalam di kediaman Jamalul  di bandar Taguig, Filipina.

“Dan terdapat cubaan untuk menangkap Sultan, saya difahamkan. Biarkan mereka buat, negara ini akan dalam huru-hara jika  mereka meneruskannya. Saya janji kepada anda.”

Misuari juga mendakwa telah memberikan amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa penentangan  kumpulan penceroboh Sulu di Sabah “dianggap sebagai sebuah peperangan”.

Beliau menambah kesediaannya utuk menyuruh cucu lelakinya yang tinggal di Malaysia dan sesiapa sahaja yang dikatakan saudara  Najib untuk bercakap dengan perdana menteri tentang sebarang kemungkinan jalan perdamaian untuk menghentikan ketegangan.

Pegawai kerajaan Filipina berulangkali mengulangi kritikan yang keras ke atas pentadbiran Aquino kerana kegagalannya untuk melindungi nyawa rakyatnya sendiri, yang mana kebanyakkan rakyat Filipina percaya tuntutan mereka ke atas tanah di Sabah adalah munasabah.

Laporan The Inquirer juga berkata Misuari bersetuju dengan Kesultanan Sulu yang mendakwa Sabah “adalah tanahair kami”, tetapi menafikan beliau mencetus pencerobohan mereka di Sabah ataupun pengikutnya dalam MNLF menyertai pertempuran di Lahad Datu di mana kebanyakkan mereka dilapor mendapat latihan ketenteraan di Malaysia.

Menurut beberapa laporan di media Filipina, Misuari menyifatkan ia sebagai “gila” dengan membuat kesimpulan beliau bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan tersebut.

“Untuk sesiapa membuat spekulasi bahawa saya terlibat dengan pencerobohan (Sabah) adalah sesuatu yang gila,” kata beliau yang  dipetik dalam laman mikro Twitter milik saluran media Filipina, ABS-CBN.
“Misuari juga menafikan membiayai kumpulan Kiram di Sabah.

“Ia bukan cara saya untuk melakukan sesuatu perkara,” lapor saluran tersebut yang menggunakan penggendali @ANCALERTS.

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyokong kenyataan Misuari tersebut semasa sidang media semalam apabila mendakwa tiada bukti mengatakan pejuang MNLF yang dilatih Malaysia menyertai kumpulan penceroboh Muslim yang membuat tuntutan di Sabah.

“Kita hanya fokus kepada pengganas yang datang dari Sulu. Saya harap rakan-rakan kita berketurunan Sulu di Sabah dan seluruh negara tetap bersama-sama dengan kerajaan.
“Kita harus membezakan antara pengganas Sulu dengan orang Sulu yang berada di Sabah, sama ada mereka merupakan rakyat Malaysia berketurunan Sulu atau mereka yang mendapat taraf penduduk tetap di Sabah,” katanya.

Manila Bulletin semalam melaporkan Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda kumpulan pemisah itu, mengatakan MNLF  mempunyai senjata tersembunyi di dalam Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.

Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium di mana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan melalui  Malaysia, kata Acmad kepada akhbar tersebut.

Acmad dilaporkan tinggal di Sabah selama satu dekad dari 1976 hingga 1986 sebelum menyerah kepada bekas presiden Filipina pada ketika itu, Fidel V Ramos.

Bekas pemimpin militan itu memberitahu akhbar ramai komander pemberontak lama dan ahli mereka telah memilih untuk menetap di Sabah.

Kebanyakan mereka adalah dari Sulu, Tawi-Tawi dan semenanjung Zamboanga di selatan Filipina, katanya, sambil menambah orang-orang MNLF termasuk dari Maguindanao, Irano dan Maranao.

Acmad memberitahu, salah seorang komander kanan yang dilatih Malaysia menghubunginya beberapa hari lalu, memberitahu beliau sedang menyenaraikan pahlawan Tausug dan lain-lain untuk menyokong pengikut Agbimuddin Kiram dan keturunan kesultanan Sulu yang mendakwa memiliki Sabah.
“Saya cuba menghubunginya semalam melalui telefon tetapi tidak dapat lagi.

“Saya fikir beliau gagal untuk menembusi sempadan laut Malaysia dan Filipina,” Acmad dilaporkan berkata.
Kumpulan penceroboh bersenjata tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut hak mereka ke atas sebahagian kepulauan Borneo tersebut.

Sehingga semalam, masuk 22 hari sejak penceroboh tersebut mendarat, seramai 8 polis Malaysia dan 20 militan dilaporkan terkorban dalam insiden yang berlaku di tiga daerah di Sabah.

March 06, 2013

Penyanyi belasah suami hingga mati...(?)

Suspek..!


AMPANG - Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.
 

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata,  pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa  tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya,  mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat

Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian

March 05, 2013

Pasukan keselamatan lancar serangan di Lahad Datu...(?)

http://2.bp.blogspot.com/-HJqfcT434Qg/TZDRbIktwJI/AAAAAAAAALI/dMPmFQZe8CU/s1600/F+16+kedua.jpg
Jet pejuang ATM

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi ini.

Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara.
Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.

Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera. 

Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

Wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo melaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat beliau menginap.

Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.
Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. 

"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya.

Najib berkata, Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri mereka sebagai "Tentera Sulu" di Sabah telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

"Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan, pihak berkuasa negara ini akan bertindak," katanya.

Najib berkata, sejak pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari lepas, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. 

"Polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius," katanya.

Najib berkata, sebagai negara Islam yang cintakan keamanan, dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

"Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah," katanya. 

BERNAMA

March 04, 2013

Penceroboh Sulu Mati di belasah...(?)

tragedi lahad datu & semporna


Anggota keselamatan kita sedang bertungkus lumus memastikan kita semua dapat hidup selesa, dan tidur lena. Jadi, ayuh marilah kita sama-sama mainkan peranan dengan tidak menyusahkan mereka lagi. 

Khabar angin hanya akan memburukkan lagi keadaan. Seperti mana kita mahukan yang terbaik untuk anak dan keluarga kita, begitulah juga pasukan keselamatan kita.

Janganlah kita menjadi dalang menyebabkan keadaan menjadi kucar-kacir. Mainkanlah peranan sebagai rakyat yang patriotik dengan hanya menyampaikan berita yang telah disahkan oleh sumber yang rasmi. 

Sama-sama kita doakan agar pejuang kita dilindungi ALLAH S.W.T agar dapat mereka menjalankan tugasan mereka demi mempertahankan kedaulatan negara. cuma yang kita rasa terlepas pandang iaitu aksesori pemakaian pertahanan diri anggota keselamatan kita tidak mengerunkan....

March 01, 2013

Lahad Datu berdarah...(?)

 

i
Tembak-menembak dilaporkan berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina yang menduduki kawasan perkampungan berhampiran Lahad Datu, dan menyebabkan kematian, lapor media Filipina hari ini.
 
Laman web The Philippine Daily Inquirer melaporkan, dipetik stesen radio Sabah, mereka mendengar bunyi tembakan selepas jam 10 pagi hari ini, tanpa menamakan  wartawan berkenaan.

Laman web tersebut turut memetik kenyataan beberapa penduduk kampung yang melihat ada beberapa mayat dipindahkan, dan menambah pihak berkuasa Malaysia juga menolak untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

ii
Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

iii
Pengganas Sulu 10 mati, 4 cedera. Komando Malaysia 3 mati, dan salah seorang adalah Azman Rampong dari Semporna.

Lahad Datu & Semporna masih bertempur & dalam keadaan darurat. Sandakan hampir diserang pengganas dan dikatakan 2000 penyokong pengganas Sulu di daerah Sandakan bersedia untuk membuat huru-hara ( mengikut sumber risikan dari Malaysia Special Branch). Komando 69 Malaysia telah berjaya menyusup masuk ke dalam kubu tentera Sulu di Lahad Datu.


Sumber;
http://blogfyna.com