January 28, 2006

JAN 28

Does your name begin with: K?

You are secretive, self-contained, and shy. You are very sexy, sensual, and passionate, but you do not let on to this. Only in intimate privacy will this part of your nature reveal itself. When it gets down to the nitty-gritty, you are an expert. You know all the little tricks of the trade, can play any role or any game, and take your love life very seriously. You don't fool around. You have the patience to wait for the right person to come along. You are very generous, giving, often selfless. You are kind-natured sweet, which is found to be attractive by many. You are a good friend.

Kelahiran Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Kelahiran JANUARI...
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial.



Tanggal Satu~zodiak versi India...
MAKARA (15 January - 13 February)
Kalau melakukan kerja, Anda akan lupa segala nya, maklumlah dalam horoskop India, Makara bererti usaha dan memang anda jenis mahkluk yang suka berusaha dan bekerja keras walau tanpa hasil yang jelas. Tapi yang pentingnya usaha dulu lebih baik dari tewas sebelum berusaha. Dalam keadaan yang lain anda seorang penghayal kelas berat!

AQUARIUS
Ciri orang yang berbintang Aquarius adalah :Memiliki jiwa besar, suka bergaul dimasyarakat, belas kasihan tidak menaruh rasa dendam, bersifat sosial, mengabdi kpd masyarakat, cinta kepada saudara dan keluarga, tidak suka nyeleweng, mencintai damai, dapat menasehati orang lain, kreatif dlm mencari idea-idea yg baru. Suka akan ketenangan untuk mencari ilham dan inspirasi. Sehubungan dengan karya yg akan dilaksanakan. Bersifat sopan santun dan dan tidak egois.

Wassalam.

~ dipetik dari beberapa sumber.

`SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - 1427`

January 23, 2006

PM PUN DAPAT MEMO

Salam sejahtera,

Sembilan menteri Kabinet bukan Islam menghantar memorandum kepada PM supaya Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dipinda sebagai sesuatu yang `luar biasa'.

Isu membabitkan perkara itu timbul berikutan kematian pendaki Everest Sarjan M.Moorthy atau Muhammad Abdullah apabila balunya, S.Kaliammal, dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau. Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam.

PM dengan nada tegas menyatakan, ``tidak harus dan tidak mungkin dipinda!''


TPM pula menyifatkan tuntutan yang dilakukan oleh menteri-menteri terbabit tidak sesuai dan tidak `manis' dilakukan kerana ini bukan amalan pentadbiran kerajaan. Isu ini sensitif dan tak wajar untuk dibangkitkan dengan cara itu. Cara bermesyuarat adalah alternatif terbaik.


Berikutan keputusan PM, sembilan menteri Kabinet bukan Islam menarik balik memorandum kepada Perdana Menteri yang meminta supaya undang-undang berkaitan pertukaran agama disemak semula dengan memberi jaminan bahawa tidak berniat sama sekali untuk memberi tekanan kepada kerajaan dengan mengemukakan memorandum bersama dan sebaliknya adalah untuk mencerminkan pandangan, cadangan dan kebimbangan bagi pihak masyarakat bukan Islam.

Dalam pada itu, Datuk Seri Rafidah Aziz membuat kenyataan lisan tanpa Memorandum. Beliau berkata, tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri supaya menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama sebagai wajar.

Bagi sesetengah daripada kita isu ini tidak mendatangkan apa-apa gangguan dalam urusan seharian malahan untuk ambil tahu sekadar menyicip berita juga tidak sama sekali tetapi ia mengenai masa depan kedaulatan sebuah agama...

January 19, 2006

SEGUMPAL JANJI




Tiada apa yang aneh
Kalau hati menitiskan darah
luka terhiris
kerana hati juga segumpal darah

Tiada apa yang aneh
jika segumpal bom juga tidak meletup
Bagai janji bulan madu
yang hanya mimpi

January 13, 2006

GENERASI KE 8



Di Suatu pagi di sebuah gerai makan...

'Sengkuang, ko makan kat sini hari-hari tak jemu ke?'

'Nak jemu pasal apa? Aku dah selesa dengan menu kakak ni'

'Ye laa, kadang-kadang aku rasa ko tak adil dengan tekak ko'

'Tekak ku...halkum ku, tak sangkut paut dengan gerai ni. Paham tak? Lemau betul la ko ni! Tukar topic lain bole tak?'


'O.k laaa...Amacam kalau satu hari kita pi makan kat Grand Season ke? Macam makan dengan amoi hari tuuu'

'Ha'ah sape nak bayo? Kalau makan sponsor bole la. Tak pun pakai kad gores ko, amacam ada berani ka?

'Alah! kecik punya hal lah...kawan-kawan apa kesah. Hari ni kau blanjer, esok lusa aku pulak. Ko pun kan keturunan kaya-kaya takkan makan kat warung jerrr...Apa kelas!'

'Memang la...aku mengakui dengan bongkaknya kalau setakat tujuh keturunan harta aku tak habis makan tau..hahahaha...'

'Abis tu takkan hari-hari makan nasi lemak sehinggit kat warung jer...Tak ngeti-ngeti nak habiskan reta keturunan ko ke?'

'Masalahnya aku keturunan ke lapan! Ko paham tak? ..ke laaapan..Tu pasal aku sengkek!'

'Cisss! Nyesal aku jadi kawan ko!'

January 09, 2006

PENYEMBELIHAN

Suatu malam ketika Nabi Ibrahim bermalam di Muzdalifah. Di dalam tertidur sejenak itulah Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan Ibrahim untuk menyembelih anaknya sebagai korban.

Setelah ia terbangun, ia membisikkan kepada anaknya Ismail: “Hai anakku, aku bermimpi diperintah Allah untuk menyembelihmu, bagai manakah gerangan pendapatmu?” Ismail menjawab tanpa ragu: “Wahai bapaku, laksanakanlah apa yang diperintahkan Allah itu, dan aku akan tetap tabah, insya Allah.”

Keduanya bersiap untuk menjalankan perintah itu di saat itu juga. Keduanya berangkatlah menuju suatu tempat di daerah yang berbukit bukit, di kaki sebuah gunung, iaitu daerah yang disebut Mina (atau Muna) sekarang ini.


Akhirnya Ibrahim dan lsmail sampailah di suatu tempat di kaki sebuah bukit yang tinggi yang sekarang ini dinamai Bukit Malaikat (di Mina), dimana Ibrahim akan melaksanakan perintah Tuhan dengan menyembelih leher anaknya Ismail.


Keduanya sudah bersiap, Ibrahim sudah bersiap dengan pedang tajam yang terhunus di tangan kanannya untuk menyembelih. Sedang lsmail sudah bersiap merebahkan dirinya di atas sebuah batu besar membukakan lehernya untuk disembelih. Sekadar untuk sedikit meringankan beban penderitaan batin dari kedua manusia besar itu, lsmail mengusulkan kepada bapanya agar mengikat kedua tangan dan kedua kakinya, dan agar baju yang menutupi badannya dibuka saja, lalu ditutupkan ke wajah mukanya sendiri.

Ia usulkan pula agar perintah itu segera saja dijalankan, dengan mengasah pedang lebih dahulu agar lebih tajam, supaya tidak begitu lama akibat yang timbul karena penyembelihan ini. Setelah mengucapkan salam selamat tinggal kepada bapanya, lsmail mengusulkan pula, agar bajunya itu nanti diserahkan kepada ibunya, agar baju itu dapat dicium oleh ibunya bila ibunya merindukan dirinya. Dan baju itulah pula sebagai pusaka untuk ibu yang ditinggalkannya.

Sekarang tibalah saatnya untuk melaksanakan penyembelihan itu. Baru saja Ismail merebahkan lehernya di atas batu, dan Ibrahim bersiap mendekatkan mata pedang ke lehernya, tiba tiba dari atas puncak bukit itu terdengar suara memanggil namanya: “Hai Ibrahim, sungguh engkau sudah siap untuk melaksanakan perintah Tuhan dalam mimpimu. Kami akan memberi ganjaran setimpal dengan ketaatanmu itu.”

Ibrahim segera menoleh ke tempat datangnya suara itu, ia melihat satu Malaikat turun ke bawah membawa seekor kibas yang amat bagus, gemuk, sihat. Berkata Malaikat itu: “Hai Ibrahim, sembelihlah kibas ini sebagai ganti anakmu Ismail itu makanlah dagingnya, jadikanlah hari ini hari raya bagimu berdua, dan sedekahkanlah sebahagian dari dagingnya untuk fakir miskin sebagai korban.”

Darah tertumpah di atas batu membasahi bumi, bukan darah Ismail, tetapi darah seekor kibas yang gemuk dan sihat. Begitulah caranya Allah menebus korban Ismail dan korban Ibrahim. Ditebus Allah dengan satu penyembelihan agung, satu macam penyembelihan yang amat agung maksud dan pelaksanaannya.


Kerana seekor kibas saja tidak sepadan, maka Allah dengan perantaraan Nabi Muhammad s.a.w. memerintah kepada semua orang yang beriman dari dahulu sampai sekarang dan sampai hari kiamat agar menyembelih kambing sebagai korban dan ‘aqiqah. Korban hukumnya wajib bagi setiap orang yang melakukan ibadat haji, dan hukumnya sunnah mu’akkad bagi setiap Muslim yang tak melakukan ibadat haji.

Selain dari itu, kepada setiap orang Islam yang mendapatkan seorang anak, disunnahkan pula memotong kambing sebagai ‘aqiqah, ertinya sebagai tebusan bagi anaknya.

-dipetik.


Wassalam...

~SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA~

January 05, 2006

2006: ENTRI PERTAMA

Salam sejahtera,

Kita sudah meninggalkan tahun 2005 untuk memasuki fajar yang baru, tahun 2006. Seiring dengan perginya tahun 2005, berbagai peristiwa yang menghiasi tahun 2005 juga akan kita tinggalkan. Semuanya itu tidak akan berulang lagi, namun mungkin akan tetap meninggalkan kenangan suka dan duka.

Di penghujung tahun sehingga mejelangnya awal tahun, negara kita di kejutkan dengan beberapa kemalangan ngeri yang tiba-tiba sahaja mencatat jumlah kemalangan yang tinggi dan mengerikan dari kereta persendirian, lori, bas ekspres dan tidak ketinggalan juga motosikal. Perlu rasanya pihak polis melancarkan Ops Statik sepanjang tahun.


Isu GPMS yang belum reda, rompak, bunuh dan campak, banjir terburuk di utara sejak 30 tahun yang lalu, kesesakan di KL yang seakan tiada jalan penyelesaiannya tetapi ragut semakin berkurangan dan NUBE ada berita baik untuk kakitangan bank.

Sukan bolasepak juga tidak ketinggalan dari diperkatakan apabila pasukan Selangor tidak konsisten di awal musim telah menaikkan kemarahan penyokongnya. Nasib baik tidak ada insiden flying kick ala Cantona.

Di malam tahun baru peminat genre muzik metal di serbu polis. Sehari selepas itu satu sidang akhbar dibuat bagi mempertahankan apa yang mereka dakwa sebagai penggemar muzik blackmetal dan langsung tiada kaitan dengan satanism. 'Itu dah lari tune!' Dakwa salah seorang drpd mereka. Lantaran itu polis dikatakan salah serbu dan wartawan silap lapur.


Blackmetal sebenarnya merupakan salah satu genre metal yang terbahagi kepada death, heavy metal, speed, thrash dan grind. Apa yang menjadi kekeliruan semua pihak adalah "kumpulan ajaran sesat" yang mendakwa ahli blackmetal ini menjadikan muzik blackmetal ini sebagai asas untuk pergerakaan mereka yang sama sekali bertentangan dengan ISLAM dengan mengaku menyembah syaitan dan meminum darah kambing sebagai upacara rutin demi membuktikan "ketaatan" mereka kepada syaitan.

Aku malas nak ulas panjang tetapi mengatakan orang lain 'PARANOID' itu keterlaluan! Cuma aku berharap kalau tahun 2005 dikatakan 'Tahun Sumpahan Alam' tahun 2006 ini tidak menjadi tahun paranoid dek sumpahan Besi Hitam! Atau mungkin di tahun 2006 ini kita perlu lebih radikal untuk survive...