Salam sejahtera,
Kita sudah meninggalkan tahun 2005 untuk memasuki fajar yang baru, tahun 2006. Seiring dengan perginya tahun 2005, berbagai peristiwa yang menghiasi tahun 2005 juga akan kita tinggalkan. Semuanya itu tidak akan berulang lagi, namun mungkin akan tetap meninggalkan kenangan suka dan duka.
Di penghujung tahun sehingga mejelangnya awal tahun, negara kita di kejutkan dengan beberapa kemalangan ngeri yang tiba-tiba sahaja mencatat jumlah kemalangan yang tinggi dan mengerikan dari kereta persendirian, lori, bas ekspres dan tidak ketinggalan juga motosikal. Perlu rasanya pihak polis melancarkan Ops Statik sepanjang tahun.

Isu GPMS yang belum reda, rompak, bunuh dan campak, banjir terburuk di utara sejak 30 tahun yang lalu, kesesakan di KL yang seakan tiada jalan penyelesaiannya tetapi ragut semakin berkurangan dan NUBE ada berita baik untuk kakitangan bank.
Sukan bolasepak juga tidak ketinggalan dari diperkatakan apabila pasukan Selangor tidak konsisten di awal musim telah menaikkan kemarahan penyokongnya. Nasib baik tidak ada insiden flying kick ala Cantona.
Di malam tahun baru peminat genre muzik metal di serbu polis. Sehari selepas itu satu sidang akhbar dibuat bagi mempertahankan apa yang mereka dakwa sebagai penggemar muzik blackmetal dan langsung tiada kaitan dengan satanism. 'Itu dah lari tune!' Dakwa salah seorang drpd mereka. Lantaran itu polis dikatakan salah serbu dan wartawan silap lapur.
Blackmetal sebenarnya merupakan salah satu genre metal yang terbahagi kepada death, heavy metal, speed, thrash dan grind. Apa yang menjadi kekeliruan semua pihak adalah "kumpulan ajaran sesat" yang mendakwa ahli blackmetal ini menjadikan muzik blackmetal ini sebagai asas untuk pergerakaan mereka yang sama sekali bertentangan dengan ISLAM dengan mengaku menyembah syaitan dan meminum darah kambing sebagai upacara rutin demi membuktikan "ketaatan" mereka kepada syaitan.
Aku malas nak ulas panjang tetapi mengatakan orang lain 'PARANOID' itu keterlaluan! Cuma aku berharap kalau tahun 2005 dikatakan 'Tahun Sumpahan Alam' tahun 2006 ini tidak menjadi tahun paranoid dek sumpahan Besi Hitam! Atau mungkin di tahun 2006 ini kita perlu lebih radikal untuk survive...
5 comments:
tak sanggup nak tengok tangan tu.
arrgghhh..sungguh jahanam gmbr tgn tsebut..!!
arrgggghhh!!!
*lari*
Zal & Masy,
Awas ! Boleh berlaku kpd sesiapa sahaja..
dulu kecoh giler pasal black metal..pastu cool down jap...skrang dah nak kecoh balik..apa penyelesaiannya aku pun tak tahu, dah jadi nature org kita agaknya semua nak tunjuk muka bila satu2 isu heboh..semua nak bg pendapat, solution tapi segalanya hampeh bila isu lain lak timbul
salam jed,
Orang kita mmg sikapnya begitu, suka tambah kuah, hangit2 taik ayam..sikap yg sepatutnya perlu di ubah lama
Post a Comment