January 23, 2006

PM PUN DAPAT MEMO

Salam sejahtera,

Sembilan menteri Kabinet bukan Islam menghantar memorandum kepada PM supaya Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dipinda sebagai sesuatu yang `luar biasa'.

Isu membabitkan perkara itu timbul berikutan kematian pendaki Everest Sarjan M.Moorthy atau Muhammad Abdullah apabila balunya, S.Kaliammal, dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau. Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam.

PM dengan nada tegas menyatakan, ``tidak harus dan tidak mungkin dipinda!''


TPM pula menyifatkan tuntutan yang dilakukan oleh menteri-menteri terbabit tidak sesuai dan tidak `manis' dilakukan kerana ini bukan amalan pentadbiran kerajaan. Isu ini sensitif dan tak wajar untuk dibangkitkan dengan cara itu. Cara bermesyuarat adalah alternatif terbaik.


Berikutan keputusan PM, sembilan menteri Kabinet bukan Islam menarik balik memorandum kepada Perdana Menteri yang meminta supaya undang-undang berkaitan pertukaran agama disemak semula dengan memberi jaminan bahawa tidak berniat sama sekali untuk memberi tekanan kepada kerajaan dengan mengemukakan memorandum bersama dan sebaliknya adalah untuk mencerminkan pandangan, cadangan dan kebimbangan bagi pihak masyarakat bukan Islam.

Dalam pada itu, Datuk Seri Rafidah Aziz membuat kenyataan lisan tanpa Memorandum. Beliau berkata, tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri supaya menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama sebagai wajar.

Bagi sesetengah daripada kita isu ini tidak mendatangkan apa-apa gangguan dalam urusan seharian malahan untuk ambil tahu sekadar menyicip berita juga tidak sama sekali tetapi ia mengenai masa depan kedaulatan sebuah agama...

13 comments:

wan said...

politik - as usual, UGLY

Masy said...

nk komen cam smlm, tp da x ingat. sape soh delete :p

Deanz said...

Wan,
Politik menjadi kotor bila ia bergerak atas dasar kepentingan sendiri.

Masy,
Kalau tak silap u komen abt Datuk Seri R, Mungkin beliau ada alasan tersendiri. Mungkin juga Datuk seri R betul atau sebaliknya...(?)

anoushka radzwil said...

emmm..talking abt politics?? It's alwayz dirrrrr--ty!No matter where.

Deanz said...

noush,
How Blair can survive with Parti Buruh until now? :D

Masy said...

tp klu wat camtu, bimbang plk agama2 laen pon wat tuntutan yg sama. mesti dorang nk kesamarataan dlm hal2 sensitif mcm ni..

betul x?

www.AlidSorento.com said...

Aku sokong kalau Akta berkaitan tukar agama di tukar, terutamanya Islam, ubah ajelah undang2 supaya orang Islam dan anak2 orang Islam tidak dibenarkan sama sekali menukar agama mereka, susah sangat ke?

Deanz said...

masy,
itula yg depa tgh dok usya sekarang ni...

Alid,
Dari dulu depa dok adjust Lid tapi byk sangat ding dong dia...macam susah sgt pulak...

anoushka radzwil ross said...

Tony Blair pun dlm dilemma jugak sekarang, banyak his own Mp's yang against him sekang but then he's so smart that he can manipulate others especially with the strong support from outsider such as Bush...kroni trdekat dia...

Deanz said...

Noush,
txs info, so the conclusion; Politics is smart not dirty... (?)

ChikaDior said...

politik : kecoh....

Deanz said...

Dior,
Politi:kecoh-5 tahun sekali :D

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »