May 20, 2005

SEBUAH TRAGEDI KLASIK

Salam...

Di negara ini kemalangan adalah salah satu dari pembunuh paling popular di kalangan kita. Statistiknya tidak pernah berkurangan dari masa ke semasa seiring dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya. Jumlah kematian serta kemalangan semakin menggerunkan apabila menjelang musim perayaan.

KLANG, SELANGOR
Keriangan seorang murid untuk menghadiahkan kerongsang kepada ustazahnya sempena Hari Guru hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia mati digilis treler di Lebuh Raya Shapadu, Kampung Rantau Panjang kira-kira pukul 1.15 tengah hari ketika Nur Salina Saparedi, 7, murid tahun satu SRA Rantau Panjang.

Lebih memilukan lagi apabila kejadian itu berlaku di depan mata ibunya sendiri, Arliza Mohd. Sani, 37, yang mahu menghantarnya hingga ke seberang jalan tetapi mangsa sendiri beria-ia melintas jalan bersama rakan-rakan lain.

Khabarnya lebuhraya tersebut telah mengorbankan puluhan nyawa penduduk sekitar. Kemuncak daripada peristiwa tersebut ratusan penduduk kampung membuat demontrasi setelah hampir 20 tahun penduduk di sekitar Rantau Panjang di sini bersabar dengan pelbagai kerenah lori-lori besar di Lebuh Raya Shapadu Lama, perasaan marah mereka yang dipendam selama ini akhirnya meletus.

Lantas riuh rendah lah sekitar kampung Rantau Panjang dengan stesyen TV, orang politik, rakyat biasa, berpangkat datuk dan YB tolong havoc sekali untuk sama-sama perihatin dan memberi 'perhatian' kepada media...


Na'uzubillah.....

Seperti biasa reaksi klasik secara sepontan Kementerian Kerja Raya, Kementerian Penganqkutan, PBT dan kerajaan negeri berjanji akan menyiasat perkara ini dan akan menguatkuasakan undang-undang secara lebih berkesan. Kemudahan prasarana yang sepatutnya ada juga perlu disegerakan dengan nada arahan mandatori!


TEMPLER PARK, RAWANG
Seorang suami dan bapa yang baru 15 minit meninggalkan anak-anak dan isteri untuk keluar berkerja mati serta merta di tempat kejadian setelah kereta yang dipandunya ditimpa muatan kayu sebuah lori ketika berselisih dengan lori tersebut.

Menurut siasatan polis lori yang membawa muatan kayu telah membawa muatan yang berlebihan dan tidak ditutup dengan kanvas atau pun diikat dengan betul.

Seperti biasa reaksi klasik secara sepontan Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Penganqkutan berjanji akan menyiasat perkara ini dan akan menguatkuasakan undang-undang secara lebih berkesan. Jabatan Pengangkutan Jalan diarahkan membuat rondaan lebih kerap memandangkan laluan tersebut merupakan laluan popular kenderaan berat dan sekali gus penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dgn lebih berkesan. Kementerian Pengngkutan pula berjanji akan menyemak garispanduan serta undang-undang sedia ada bagi muatan kenderaan berat bagi memastikan peristiwa ini tidak berulang.

Tetapi apa yang kita lihat masih banyak lagi kenderaan berat yang tidak mematuhi undang-undang muatan termasuk aspek keselamatan yang perlu bagi muatan yang di bawa. Apakah perlu ada lagi kemalangan yang sama berlaku ?


...gambar hiasan

LANCHANG, PAHANG
Sebuah bas ekspres dan sebuah lori bertembung di jambatan setelah lori yang membawa muatan minuman cuba mengelak penunggang motosikal yang sama-sama melalui jambatan tersebut. Kemalangan tragis ini juga telah mengorbankan nyawa manusia sebagai taruhannya.

Jika diperhatikan jalanraya di negara ini pada asasnya mempunyai dua lorong bertentangan arah perjalanan. Jambatan pula akan dibina disetiap laluan yang merentangai sungai atau taliair. Struktur jalanraya pula perlu ada bebahu jalan tetapi yang peliknya ia akan mengecil (tanpa bebahu jalan) apabila melalui jambatan. Keadaan ini pasti mengundang bahaya kerana bebahu jalan boleh di gunakan dalam keadaan terdesak atau kecemasan! Anda tidak percaya? Perhatikan sendiri berapa peratus daripada jambatan di negara ini yang berbahu jalan. Kebanyakannya mengecil dan merbahaya kepada pengguna jalanraya.

Seperti biasa sekali lagi reaksi klasik Kementerian Kerja Raya, aku masih ingat lagi dalam kenyataan melalui menterinya berjanji akan menyiasat perkara ini dan mengarahkan Jabatan Kerja Raya untuk membuat bancian ka atas semua jambatan di seluruh negara. Sehingga hari ini jambatan tetap tidak berbahu jambatan dan kita pun tak tahu apa hasil kajian tersebut (?) dan kemalangan yang serupa pasti akan berulang lagi, cuma mengunggu masa dan ketikanya sahaja...

Dan lebih memelikkan lagi setiap kali statistik kemalangan di laporkan, kecuaian pengguna jalanraya masih menjadi sebab utama punca kemalangan! ishhh! Pening kepala aku nak pikir ...




sekian, sekadar menulas.

10 comments:

ct said...

Kemalangan jalan raya. Siapa yang harus dipersalahkan??? Pengguna??? Hemmm...masing-masing angkat jari dan tuding kat orang lain...tu je le yang mampu...err..esok blk kpg, jumpa blk ari khamis...okes..chiow...

Deanz said...

betul tu ct..lama cuti..macam bau nasi minyak jer...

noorlara said...

Waalaikumussalam,

Alahai ko ni deanz macam baru duduk kat Malaysia le pulak, biasalah tu di sini kalau nak dapat cepat riaksi dan tindakan dari pihak berwajib atau orang yang berkenaan kenale masuk tv dulu dan diwarwarkan. Kekadang tu rasa patut gaks si karam Sigh Warya tu di anugerahkan sebagai salah sorang Tokoh Ma'al Hijrah walaupun memula heranle pulak. Ni lom lagik isu ketidakselesaan penghuni flat yang bukan saja di Kl tapi di merata tempat di malaysia yg tercinta ni, ish ish

Dee - dok kat umah biasa-biasa je

Deanz said...

hee...gaya cakap macam YB la...tau tak pe....

anni said...

deanz..x sampai ati erk..tgk bdk2 x salh cm tu jd mangsa..sian ngat tgk adik tuh...eii..:(

superdiman said...

accident slalunya associated with human recklessness.

tak kira sama ada kau penunggang, pembonceng, pemandu, penumpang atau kelindan, mahupun pejalan kaki, semuanya ada kecuaian masing2. Kau lihat, bagaimana ibubapa melintaskan anak2 mereka semasa ke sekolah.. kau pernah lihat mereka ajar cara yang betul?

tak.. mereka berlari melintas, terpaksalah kenderaan lain slow down malah kekadang terpaksa berhenti. mereka ajar anak mereka melintas cara sebegini.

Keselamatan di jalanraya bukanlah subjek yang perlu dipelajari sewaktu mendapatkan lesen, tetapi cara hidup yang perlu diterapkan sejak kecil.

menuding jari ke pihak berwajib adalah perlu untuk membakar kerusi empuk di pejabat yang sejuk yang membolehkan orang2 besar itu tidur nyenyak memikirkan padang golf mana yang hendak dicuba.

ikut pengalaman aku, kebanyakan kemalangan adalah kerana kecuaian, bukan faktor fizikal jalanraya atau kenderaan...

tak cukup polis trafik? bukan persoalan selagi manusia tak ubah sikap rakus di jalan raya.

Deanz said...

Anni..itu real punya pic..berlaku di negara kita..

Diman tq..
akan ku highlite pendapat mu sbg respon entri aku..

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... video editing schools

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Mcafee virus protection 2oo5 Illinois accutane attorney How to change starter motor for toyota tundra Time shares for las vegas Platinum creditcard watch me shine joanna pacitti

Anonymous said...

Kalau kat Malaysia bila berlaku kemalangan, semua menunding jari kat kerajaan sebab tak buat apa-apa. Bukan nak salahkan si mati/keluarga si mati sebab melintas jalan tak tentu hala. Dah jalan tu jalan raya, bukan tempat melintas...kalau nak melintas kena pandai-pandai lah tengok kiri-kanan. Kalau gatal sangat cuba lah melintas kat landasan keretapi/lebuhraya PLUS/runway kapalterbang...kalau kena langgar kapalterbang, salah pilot ka? Bangang rakyat Malaysia ni..."try to solve a social problem with a technical solution" tak akan berjaya...sikap tu kena tukar, patuh pada undang-undang.