July 04, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal aidil wal faidzin…



.

Ramadan bulan ibadah akan meninggal  kita semua, Syawal bakal menjelma. Seluruh umat Islam bakal merayakannya dengan penuh rasa syukur.

Tidak kira apa status, tidak kira tua atau muda, tidak kira sehat atau sakit, kaya atau papa kedana. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Kita manusia biasa, apa yang kita lalui pasti selalu dibuntuti oleh emosi dan nafsu. Tiada pemberian yang terindah selain kata maaf. Tiada perbuatan yang termulia selain memaafkan. Semoga semangat berhari raya kali ini akan membawa satu kekuatan dan inspirasi kepada kita di masa akan datang .

Marilah kita sama-sama melapangkan dada membuka pintu maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan.  Kedewasaan bukan bererti hidup tanpa kesalahan.

Dengan segala kerendahan hati. Mohon maaf atas segala keterlanjuran andai ada yang terlepas kata, tersalah tulis, tersalah terjah, terlalu bias atau apa sahaja yang boleh menghiris hati dan perasaan.  Begitu juga saya  menerima permohanan maaf dari kalian semua dengan redha atas apa yg telah berlaku…insyAllah.


Selamat Hari Raya Aidilfitri,  Minal aidil wal faidzin…


.

June 15, 2016

Disgruntled Walmart employee fired shot before taking manager hostage



AMARILLO, TX (KFDA) - A Walmart employee upset over a missed promotion took his manager and another employee hostage Tuesday before he was fatally shot by police, according to the Amarillo Police Department.

Authorities have identified the employee as 54-year-old Mohammad Moghaddam, and cited the promotion dispute as a strong motive for the hostage situation that eventually led to his death.

An early investigation has led police to believe that Moghaddam entered the store located near I-27 and Georgia around 11 a.m. and fired at least one gunshot toward the ceiling. He then forcibly took the manager into an office in the back of the store, possibly belonging to the second employee who was held hostage.


Shortly after, multiple police agencies from across the area quickly responded to the scene. Personnel from APD, Department of Public Safety, the Randall County Sheriff's Office and others blocked off the surrounding area to motorists as they secured the area.

?

SWAT officers entered the Walmart shortly after noon and found one of the hostages uninjured near the office. The tactical team made their way inside of the office and reportedly found an armed Moghaddam and the manager inside. Moghaddam was then shot by two SWAT officers and is believed to have died immediately.
Neither of the hostages suffered injuries.

Officials say the two SWAT officers have been placed on administrative leave per normal protocol. Further investigation into the incident is ongoing.

A spokesperson for Walmart released the following statement Tuesday afternoon:
"As soon as we heard about the situation at our store in Amarillo, Texas, we acted immediately. All customers and our two associates who were held hostage are safe. This was a very difficult situation and we are thankful for the quick response from law enforcement."

For customers inside the store, the situation was a sobering reality.
Tara Aguilar said she was walking inside the Walmart when a gunshot was fired and the store was locked down.

"I just can't believe it would happen here," Aguilar sad. "Whether it be an employee or whatever, I mean you just never know what's going to happen."



Copyright 2016 KFDA. All rights reserved.

May 31, 2016

Jahil atau apa...(?)


Mak cik Peah dan rombongannya mengerjakan umrah bersama rakan-rakan sekampung yang sefahaman aliran politik telah disponsor pemergian mereka untuk menunaikan Umrah. Tiba di Muzium Firaun ketua rombongan memberi sedikit taklimat kepda peserta rombongan…

“Di muzium khas ini menyimpan khazanah dinasti Firaun yang dikeluarkan dari piramid-piramid dan kuil-kuil Firaun. Ini adalah ruang khas ‘The Royal Mummies’ atau Mumiyat Malakiah. Di sini terdapat lebih kurang 9 mumia yang diambil dari piramid-piramid. Salah satunya Ramses II atau Ra’mases II. Dipercayai itulah Firaun yang memburu Nabi Musa a.s. ketika beliau a.s. membawa keluar 60,000 Bani Israel keluar dari bumi Mesir dan kemudian mati tenggelam di Laut Merah. Dialah antara mayat yang masih kelihatan paling sempurna”

Mak cik Peah mendengar dengan rasa kagum dan simpati atas apa yang menimpa raja Firaun tersebut seraya menyampuk...

“ish..ish.. kesian yer Firaun ni! Al Fatihah..Bismillah….. “

Ketua rombongan terkedu sambil rakan-rakan rombongan yang lain menggeleng-geleng kepala…


.
Selamat berumrah & selamat berpuasa untuk 5 hari yang mendatang..

Apa Khabar Sg. Besar?


.

October 29, 2015

Pandir Zaman Cyber (lah sangat...)


Cerita-cerita dongeng Pak Pandir sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri bahkan diiktiraf masyarakat luar sejak awal 1900an lagi apabila cerita cerita ini dikumpulkan dalam satu buku bertajuk “Cherita Jenaka” Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock pada 1908.
Lihat sahaja watak Pak Pandir iaitu orang yang sinonim dengan “kebodohan”. Masih teringat kisah Pak Pandir yang disuruh Mak Andeh untuk menjemput Pak Haji dan Pak Lebai ke rumahnya kerana dibuat kenduri tahlil kematian anak mereka.
Kerana Pak Pandir tidak mengenali rupa Pak Lebai dan Pak Haji, Mak Andeh menerangkan, yang berserban itu Pak Haji, yang simpan janggut tu Pak Lebai. Maka berakhirlah dengan Pak Pandir membawa pulang seekor kambing jantan yang disangkanya Pak Lebai (berjanggut) dan seekor burung pipit Uban yang “berserban” di atasnya.

.

Namun sebodoh-bodoh Pak Pandir, beliau juga licik orangnya, masih teringat kisah Pak Pandir dengan gergasi. Apabila Pak Pandir secara tak sengaja (mungkin sengaja tanpa niat) membunuh anak gergasi, Sebodoh-bodoh Pak Pandir, bodoh lagi sang gergasi!
Telatah kebodohan Pak Pandir moden dan “kebijaksanaan” Pak Pandir di zaman Cyber (lah sangat…) mungkin sinonim kepada sesetengah peneraju@pemimpin masa kini. Bodoh sombong syok sendiri!
Kisah Pandir moden di zaman Cyber (lah sangat..) memberi pengajaran kepada kita, walaupun seseorang itu meneraju, tetapi belum tentu arif tentang soal strategi perjalanan ke zaman Cyber (lah sangat ..)
Maka tidak hairan sekiranya akan ada pengikut Pandir merayau tanpa baju telanjang bulat setelah baju kertasnya koyak rabak di zaman Cyber (lah sangat…) Persoalan “siapa” Pandir Moden zaman Cyber Jaya usah dibahaskan, namun belajarlah dari kisahnya dengan hati dan fikiran yang terbuka..

Harap Maklum.

August 07, 2015

PPPR, SPRM VS PDRM...(?)


Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) kecewa dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dalam siasatan dikendalikan suruhanjaya itu.
Pengerusinya, Tan Sri Johan Jaafar, berkata adalah perlu SPRM dibenar menjalankan tugas seperti termaktub dalam Akta SPRM 2009 sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.

...?



"Situasi terkini yang menyaksikan kehilangan kepercayaan dan keraguan masyarakat terhadap SPRM hanya boleh diatasi dengan memberi peluang kepada suruhanjaya ini untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut atau gentar.

Persepsi orang ramai bahawa pegawai penyiasat SPRM kini sedang disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Johan berpendapat bahawa semua pihak yang diberi kepercayaan untuk membuat siasatan perlu bekerjasama demi mencari kebenaran.

Media sebelum ini melaporkan polis mengambil keterangan beberapa pegawai kanan SPRM termasuk Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zain berhubung kebocoran kertas draf pertuduhan siasatan ke atas SRC International.

Kelmarin, kediaman tiga pegawai kanan SPRM turut diselongkar anggota penyiasat dari Unit Siasatan Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Bukit Aman.