December 30, 2013

Ada Apa Di Tahun 2014...(?)

Happy New Year 2014, selamat tahun baru Indonesia
Selamat tahun baru

Saya boleh faham jika ramai malas mahu fikir tentang azam tahun baru, walaupun kita sudah hampir di ambang 2014.

Barangkali ada yang mahu mengisytiharkan tahun 2014 sebagai ‘Tahun Bersusah Hati”. Lebih tepat kalau disebut ‘Tahun Naik Harga’. Tentunya pembaca budiman tahu kenapa.

Kata orang, yang turun hanya hujan. Lain daripada itu semuanya naik. Ada yang sudah naik dan ada yang ‘berbaris’ untuk naik.


Tidak lama selepas PRU13, ramai terpinga-pinga apabila harga minyak RON95 naik 20 sen seliter, kemudian harga gula pula naik 34 sen sekilogram.


Tindakan pantulannya, pelbagai harga barang, makanan dan kos perkhidmatan turut naik.


Tambang bas, sewa bas sekolah, sewa teksi, sewa lori, harga ayam, roti canai, teh tarik dan macam-macam lagi harga barang dan upah perkhidmatan yang disedari atau tidak, naik atau mahu dinaikkan.


Tahun depan juga nampaknya boleh dilabel sebagai ‘Tahun Misali’ dari aspek kenaikan harga dan bayaran perkhidmatan.


Kadar tarif elektrik akan naik, tambang transit aliran ringan (LRT) akan naik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikuatkuasakan (pada 2015), perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam proses untuk ditandatangani dan berita terbaharu dan paling mencabar ialah kadar tol di 15 lebuh raya di seluruh negara juga akan naik.

Ada yang menyebut kenaikannya ialah antara 50 sen dan RM1.


Yang muktamad belum diketahui, tetapi Sinar Harian, akhbar cakna yang memilih tajuk muka depan ‘TOLONGLAH JANGAN NAIK’ kelmarin dan ‘TAK PERLU NAIK’ semalam, menyiarkan kadar kenaikan tol yang menjadi spekulasi.


Antaranya Lebuhraya Smart (naik RM1), Sungai Besi Besraya (naik RM0.70) dan Kuala Lumpur-Putrajaya (naik RM1). Semuanya belum sah, namun ia tetap membimbangkan pengguna biasa.


Menurut menteri, yang juga bekas ahli korporat, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, pengguna jalan raya yang anggap kenaikan tol itu terlalu tinggi boleh guna jalan alternatif.


Tidak diragui beliau berniat baik, tetapi malangnya, dalam ‘cuaca panas’ seperti ini, nasihatnya itu jadi bumerang.


Ada pengguna yang cabar beliau tunjukkan jalan alternatif yang tidak perlu bayar tol untuk ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya kepada mereka yang tinggal di kawasan Kajang, umpamanya.


Selain kawasan itu dan di Lembah Klang, tentu ada banyak lagi kawasan di mana pengguna jalan raya tidak boleh elak lebuh raya bertol.


Maaf cakap, bila membaca nasihat Abdul Wahid, teringat pula kenyataan seorang menteri yang pernah menasihatkan pengguna supaya jangan makan ayam jika harga ayam naik.


Teringat juga riuh-rendah berlaku berikutan isu menetapkan jangka hayat kenderaan di jalan raya, baru-baru ini.


Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan yang berusia terdedah kepada pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.


“Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima dan 12 tahun,” katanya.


Kenyataannya mengundang pelbagai reaksi. Banyak pihak - ahli politik, NGO dan individu - tidak setuju sekiranya kenderaan lebih 12 tahun diharamkan di jalan raya.

Mereka menentangnya atas alasan jika ia dikuatkuasakan, rakyat biasa akan menanggung hutang hingga selepas mati.


Bagi yang kaya dan mampu, barangkali ia bukan suatu masalah, tapi bagaimana dengan orang biasa yang tidak banyak wang, tapi perlu membayar hutang, bil dan sebagainya yang makin meningkat?


Ada kah statistik menunjukkan kenderaan lama menyebabkan banyak kemalangan?

Setahu kita, kereta lama lebih digunakan pada jarak dekat. Yang banyak terlibat dalam kemalangan ngeri ialah kenderaan baru.


Maknanya kemalangan berlaku bukanlah kerana usia kenderaan, tetapi akibat cuai dan kelajuan.


Apa pun agak selesa sekejap apabila Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi memberitahu Dewan Negara baru-baru ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan polisi jangka hayat kenderaan.


Katanya, sebarang cadangan berhubung perkara itu perlu diperhalusi dari aspek sosioekonomi kepada rakyat.


Dalam kes ini, pemilik kereta lama, buat sementara, boleh berasa lega dan tidur lena, tetapi ini tentunya bukan penamat bagi segala masalah berkaitan kenaikan harga dan kos hidup.


Lepas ini entah apa pula barang yang akan naik harga.

Tongkat dagu dan tunggu.

SElaMat TahUn bARu 2014...
.

Farush Khan@Sinar Harian.

December 18, 2013

Senarai Kadar Tol Baru Mulai 1 Jan 2014...(?)

Tol naik

Kadar Tol Baru Mulai 1 Jan 2014 

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Sin Chew Daily, Menteri Kerjaraya, Datuk Fadillah Yusof telah mengesahkan kepada bahawa kadar tol akan meningkat antara 50 sen kepada RM2 berkuatkuasa mulai 1 Januari , 2014.

 Senarai 15 Lebuh Raya Dengan Kadar Tol Baru Mulai 1 Jan 2014 Adalah Seperti Berikut: 

1. Lebuhraya Pantai Baru (NPE), 
2. Damansara Puchong - Highway (LDP ), 
3. Lebuhraya Bertingkat Ampang- Lumpur Kuala ( AKLEH ), 
4. Lebuhraya Sprint,
5. Lebuhraya Shah Alam Expressway ( KESAS ), 
6. Putrajaya KL- Lebuhraya ( MEX) , 
7. Sungai Besraya Highway Besi, 
8. Terowong Smart, 
9. Kajang Highway ( SILK ), 
10. Kajang Seremban- Highway ( LEKAS ), 
11. South Klang Highway Selatan ( SKVE ), 
12. New North Klang Straits bypass ( NNKSB ), 
13. Senai- Desaru Expressway (SDE ), 
14. Guthrie Corridoor (GCE ) dan
 15. Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR ). 

Kadar tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan akan diselaraskan pada tahun 2015 manakala kadar tol bagi NSE Hubungan Tengah, Linkedua dan Butterworth- Kulim Expressway tidak akan diselaraskan sebelum 2015. 

Tiada Pelarasan kadar Tol Untuk Tempoh Enam Tahun

Beliau berkata, kuantum kenaikan kadar adalah lebih tinggi pada kali ini kerana tiada penyelarasan kadar dilakukan untuk tempoh enam tahun bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya walaupun penyelarasan dibenarkan dalam setiap tiga tahun di bawah perjanjian konsesi. 

Ikut Jalan Alternatif Kalau Tak Nak Bayar Tol Tinggi 

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan biasa. Tak perlu susahkan diri melalui lebuh raya bertol. Hmmmm!!!! 



~dipetk dari sumber

December 11, 2013

Tranformasi Felixia Yeap bikin gempar...(?)


Felixia Yeap bikin gempar satu Malaysia apabila imej beliau yang seksi dalam bikini dan aksi ghairah kini 'digantikan' dengan imej berhijab dan berpakaian Muslimah. 

Beberapa Bulan Lepas, Felixia Menyatakan Yang Beliau Gemar Memakai Baju Muslimah (Baju Kurung) 

Felixia Juga Baru-Baru Ini Banyak Bergambar Dengan Memakai Hijab. Felixia Yeap yang terkenal sebagai model Playboy Bunny dilihat mula mengenakan baju yang menutup aurat seperti baju kurung dan tudung. Hal ini bukan saja mengejutkan para pengguna Twitter dan Facebook, malah Felixia yang sebelum ini pernah bergambar seksi berbikini, kini dilihat jauh lebih cantik dan menawan apabila berhijab.

 

 Ibgdnvn 

  

 


December 09, 2013

Kereta PM Kena Langgar...(?)


kereta rasmi PM


Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.

“Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini"


Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu.
Mohmad berkata siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah

-Bernama

December 05, 2013

Erma Fatima Bayar Saman Rabecca Guna Duit Syiling 5 Sen...(?)

Isu pergaduhan antara selebriti Rabecca Nur Al-Islam dan Erma Fatima berkesudahan di mahkamah dan Rabecca menang dalam saman Erma Fatima yang akhirnya saman tersebut dibayar oleh Erma Fatima dalam jumlah RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen berserta kitab Al-Quran seolah-olah menyindir Rabecca.

wang syiling 5 sen yang dibayar oleh Erma Fatima kepada Rabecca Nur Al-Islam)


PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.
“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.

Erma Fatima bersama wang saman berbentuk syiling 5 sen dimuatnaik di Instagram

Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.

Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.
“Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah?
“Biarlah… apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya,” tegasnya.


di petik dari sumber

November 29, 2013

Siti Aishah Abdul Wahab Finally Meets Her Sister Kamar Mahtum After 30 Years

  • The 30-year wait to meet her sister came to an end for former teacher Kamar Mahtum when she managed to meet her Siti Aishah Wahab in an undisclosed location in London.
     
  • Zakaria also said Kamarmahtum had asked her sister to write letters to family members that she still remembers back in Malaysia. Siti Aishah was also given assurance that the Malaysian High Commission will assist her accordingly in any matter needed.
     
  • "Kamar Mahtum gave Aishah a prayer rug. Aishah was asked to write to her family in Malaysia," he was reported as saying, and did not give any more details.
     
  • The elder sister of rescued Malaysian slavery victim Siti Aishah Abdul Wahab handed over a letter to her through Malaysian High Commissioner to the United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong.
     
  • "She might have changed but I have a feeling it is her. I will still think of her as my sister if it is really her," the former teacher said. Siti Aishah, she pointed out, has paid for all her mistakes.



    Big thumb b4be
    Siti Aishah Wahab
     

November 22, 2013

Jus katak...(?)

Jus katak..


Katak biasanya hanya digunakan sebagai makanan yang digoreng atau dibuat sup. Tapi bagi masyarakat di Bandar Peru, katak jadikan minuman yang mampu membangkitkan stamina. Jus ini terdiri dari berbagai macam ramuan salah satunya adalah daging katak segar.

Dengan mencampurkan telur puyuh, madu, daging katak dan pelbagai ramuan lain kedalam blender dan diblender sampai semuanya halus menjadi seperti smoothie. Walaupun belum diketahui manfaat nyatanya namun masyarakat Peru percaya daging katak mampu membangkitkan ghairah.

November 19, 2013

Villa Nabila; Remaja hilang ditemui..(?)

villa nabila johor bahru
 
 
Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.

Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On. Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai. Tiada media lain bersama kami.

Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti.

Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.
 
 
Sumber
mazidulakmal.com

November 14, 2013

Cucu Bakar Motorsikal Datuk...(?)

bakar motorsikal datuk


Cubaan seorang cucu untuk mencuri motosikal jenis Honda EX5 datuknya tidak berhasil apabila kenderaan yang diletakkan di belakang sebuah rumah di Kayu Ara Pasong, di sini, tiba-tiba terbakar.
 
Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu disedari nenek suspek yang kemudian bertindak meminta pertolongan seorang anak yang tinggal bersebelahan untuk memadam api dari merebak ke bahagian dapur.

Wanita berusia 62 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Zainab berkata, dia dan suami masih trauma dengan kejadian tersebut.

Dia juga tidak menyangka cucu yang dijaga sejak sebulan lalu sanggup bertindak sedemikian selepas permintaan untuk meminjam motosikal datuknya ditolak pada petang sebelum kejadian.

Menurutnya, lebih mengecewakannya, perbuatan cucunya itu juga nyaris menyebabkan rumah kayu didiami terbakar.

Dia begitu terkejut apabila melihat motosikal yang diletakkan di dapur terbakar dan segera mengejutkan suaminya yang sedang tidur ketika itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zahaliman Jamin mengesahkan kejadian itu.

Suspek yang merupakan cucu mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut selepas mangsa membuat laporan kejadian di Balai Polis Kayu Ara Pasong.


October 30, 2013

Di Mana Penghujung Tembok Besar China...(?)

Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia. Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China. Tetapi adakah anda tahu dimanakah letaknya hujung Tembok China?

 

Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia. Rentetan peristiwa dan tragedi mewarnai pembinaannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China iaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Kekaisaran China. Memerlukan waktu puluhan tahun iaitu dari 220-206 SM untuk menyiapkan tembok raksasa ini.
 

Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China. Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon`s Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil.

 

Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut Bohai.


October 28, 2013

FB Pembunuh Pegawai Ambank dikesan...(?)

 

Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.

 Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran.

  

 

Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakkan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya, Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.

 

Diharap Facebook Ardi Hamza ini memudahkan untuk pihak berkuasa menjejak pembunuh kejam yang masih bebas ini. Ayuh, sebarkan!





di petik dari sumber.




October 25, 2013

Apa Harapan Rakyat pada Bajet 2014 ...(?)

Pembentangan Bajet 2014 akan dibuat pada 25 Oktober 2013 oleh Datuk Seri Najib, PM kita. Setiap tahun kita mahu tahu apa perancangan kerajaan akan lakukan untuk memajukan negara dan yang lebih penting ia akan bermanfaat kepada rakyat jelata.
pembentangan+bajet+2014
Bajet 2014
Pada pandangan aku apa yang menjadi harapan untuk Bajet 2014 kali ini adalah, pertamanya rakyat mahu dengar berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebab dalam pilihanraya lepas PM ada menjanjikan akan menaikkan jumlah bayaran BR1M kepada RM1200. 

Selain itu yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam setiap tahun adalah Bonus untuk hujung tahun nanti. Minta-minta dapatlah lagi RM500 yer, untuk anak sekolah.

Mungkinkah permohonan CEUPACS akan diterima, iaitu untuk kerajaan mengkaji semula elauan COLA dan Elaun Perumahan penjawat awam akan diterima oleh kerajaan.

Isu penurunan dan pengawalan harga rumah juga dijangka menjadi sebahagian intipati Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh PM nanti.

Dan lagi satu yang sepatutnya menjadi perhatian PM adalah soal pinjaman, dimana sebelum ini BNM telah membuat syarat yang ketat dengan menghadkan tahun maximun untuk pinjaman. Jadi apa tindakan kerajaan untuk membantu rakyat di dalam hal ini.
 
di petik dr sumber..

Amuk di Gombak...(?)

 suspek kes amuk dan bunuh berjaya ditangkap

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh 40 minit, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej swasta, meninggal dua di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.

Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak.

Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama.

Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

mangsa yang ditikam hingga mati oleh suspek

Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun.
Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.

Saksi kejadian, seorang peniaga dikenali sebagai Farid, 30, berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali.
 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi.
Katanya, terdapat tiga kesan tikaman di bahagian badan dan tangan pada mangsa terakhir sementara suspek cedera di bahagian kepala.

 “Kita dapati suspek yang berasal dari Segamat Johor ini, berada dalam keadaan tidak normal dan mengalami masalah ‘kejiwaan’ berkemungkinan berkaitan dengan ajaran yang dituntut.

“Siasatan awal mendapati, suspek bebas daripada rekod jenayah, bagaimanapun ujian akan dilakukan sekiranya suspek berada di bawah pengaruh dadah.

“Kita juga akan libatkan jabatan agama, dan kaunseling bagi menentukan tahap kesedaran suspek ketika kejadian, sama ada normal atau tidak,”katanya.




Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

 “Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman, tetapi lebih kepada masalah individu yang mengalami masalah jiwa dan bertindak di uar kawalan,”katanya.

Mangsa yang cedera dan suspek dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan.

October 22, 2013

Sabah tetap dituntut...(?)

Kiram burial
Kematian Sultan Sulu Jamalul Kiram


Kematian Sultan Sulu Jamalul Kiram III (gambar) bukan penamat kepada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, kerana terdapat tujuh lagi individu yang mempunyai tujuan seperti Kiram, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid menegaskan, tindakan pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu pada Februari lalu adalah berkemungkinan disebabkan "tangan ghaib" di belakang Kiram.

"Kematian Jamalul Kiram bukan sahaja kita tidak boleh anggap pencerobohan Sulu akan tamat. Ada tujuh pihak rasa mereka nak ambil alih (Sabah). Dalam perkara ini polis dan tentera akan ambil tindakan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di Kuala Lumpur hari ini.

Naib Presiden Umno itu bagaimanapun tidak mendedahkan tujuh individu yang dimaksudkan beliau, sebaliknya berkata kesemua mereka itu mempunyai niat serupa seperti Kiram kerana mendakwa mereka adalah pewaris Kesultanan Sulu.

"Kita jangan rasa terlalu selesa bila Kiram meninggal dunia," katanya.

Jamalul Kiram III, 75, dilaporkan telah meninggal dunia semalam akibat kegagalan fungsi organ.

Pada Februari lalu, pengikut Jamalul Kiram menceroboh perairan Lahad Datu, di Sabah dan mengakibatkan pertempuran dengan pasukan keselamatan negara.

“Ayah saya Sultan Jamalul Kiram III telah kembali kepada penciptanya kira-kira jam 4 pagi ini 20 Oktober, 2013," tulis anak perempuannya, Puteri Jaycel Kiram-Hasan melalui laman Facebook miliknya.

Jurucakap Kesultanan Sulu Abraham Idjirani berkata, menjelang kematiannya, Kiram telah mengarahkan dua adik beradiknya agar bersatu.

Kiram telah bercakap dengan Bantilan Sultan Esmail Kiram dan Raja Mudah Agbimuddin Kiram melalui telefon, kata Idjirani.

“Dia meminta kedua-dua adik beradiknya itu agar berusaha untuk mengembalikan Sabah kepada orang Filipina," kata Idjirani melalui telefon, lapor Yahoo News.

Pencerobohan pengganas Sulu itu telah mengakibatkan kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Ketua dan beberapa ahli kumpulan pengganas Sulu itu juga telah didakwa di mahkamah.
Kerajaan Malaysia juga sedang memburu adiknya, Raja Agbimuddin Kiram.

Idjirani juga dilaporkan berkata, pihaknya sedia berunding dengan kerajaan Malaysia dengan syarat ada penyertaan masyarakat antarabangsa. - 21 Oktober, 2013.


September 27, 2013

Isteri Mat Yo mohon maaf kepada rakyat Malaysia...(?)

Isteri Mat Yo mohon maaf


“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.


“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.


Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.


“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?


Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya .


Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.


“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.


“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.


Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.


Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.


Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.


Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.



...(?)
  • Kenap tak minta maaf dengan pengawal keselamatan terbabit?
  •  Dua individu miliki video?
  • Siapa yang merakam? Ada individu lain dalam kereta?

September 25, 2013

Kos Jamuan Raya Rumah PM & RM...(?)


rumah_terbuka_perdana_menteri_kabinet_malaysia
Raya Rumah PM





RM2.88 juta - ini kosnya bagi menjamu 80,000 tetamu yang melawat kediaman perdana menteri semasa sambutan rumah terbuka hari raya Aidilfitri, Parlimen diberitahu hari ini.

Dalam jawapan bertulis, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang.

Anggota Parlimen Seremban Anthoney Loke yang bertanya soalan itu kemudian berkata beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana tidak tahu sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak.

"Bagaimanapun, saya mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi rakyat, terutama yang berkunjung ke rumah perdana menteri dan isterinya, sebelum makan, mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya.

September 12, 2013

Ada apa di sebalik PELITA NASI KANDAR..(?)

nasi kandar pelita
 
Mungkin ramai yang tahu tapi ramai juga yang tak tau. The Star bertarikh 24 September 2012 muka surat 22 melaporkan bahawa pemilik PELITA NASI KANDAR, DATUK D.RAMESH melakukan pecah tanah untuk pembinaan sebuah kuil.

Dengan kata lain, pemilik PELITA NASI KANDAR adalah seorang HINDU. Hasil jualan daripada PELITA NASI KANDAR telah digunakan untuk pembinaan KUIL HINDU.

Memandangkan pemilik dan tujuannya telah diketahui, mulai saat ini, tidak perlulah lagi kita pekena atau menjamu selera di mana-mana premis PELITA NASI KANDAR LAGI.

Yang mana sudah terlanjur dan menjadikan makanan serta minuman di PELITA NASI KANDAR sebagai darah daging, mohonlah taubat kepada Allah Taala kerana kejahilan dan kelekaan kita berusul periksa.

Masih banyak restoran milik umat Islam yang kita boleh pergi berbanding ke restoran-restoran sebegini.
*dipetik dari sumber

September 11, 2013

Kesan kenaikan petrol ...(?)

kesan minyak naik 20 sen
Perlaksanaan kadar surjcaj udara untuk penghantaran mel domestik ke Sabah dan Sarawak untuk surat mel bukan standard. Pos Malaysia Berhad akan menguatkuasakan kadar surcaj bagi penghantaran item melebihi 500 gm mulai 16 September 2013.

501 GM-1 KG sebelum RM3.50, selepas RM5.00
1 KG - 1.5 KG sebelum RM5.50, selepas RM8.50
1.5 KG -2 KG sebelum RM5.50, selepas RM10.00

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 1-300-300-300

September 04, 2013

Hina dan hina lagi...(?)


hina Islam lagi..?
 
 
Berikut adalah petikan dari status pengguna Facebook Adlin Binti Abd Jalil:

Assalamuaikum sayang-sayangku! Makcik ingin menjemput sayang2 sekelian ke Restoran Geletek Allah yang dianjurkan oleh Parti Geletek Allah yang baru-baru ini telah dirasmikan halal oleh JAKIM. MEnu spesel hari ini ialah "Allah Guling". Anak-anak sekelian dijemput menjamu selera di REstoran Geletek Allah dan sila berikan referens MHSAW dan anak boleh dapat diskaun 80% dan hadiah istimewa seperti tasbih, Al-Quran, sejadah dari Mekah, air zam zam dan banyak lagi!

Salam sayang, 
MHSAW

Mohon dilaporkan kepada pihak berkuasa...

September 03, 2013

Pump minyak di langgar...(?)

Pam minyak dilanggar, akibat kecoh isi minyak
petrol naik 20 sen
 

Akibat kenaikan harga minyak malam tadi, kekecohan berlaku di seluruh negara sehingga menyebabkan sebuah pam minyak di Batu Buruk, Kuala Terengganu dilanggar.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta terlanggar pam minyak di stesen berkenaan menyebabkan kaca dan plastik bertaburan.

Petang semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen lagi menjadikannya masing-masing RM2.10 dan RM2.00 seliter.

Ia bakal diikuti oleh kenaikan harga tarif elektrik dan juga pelaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas ini.

Ekoran itu, pengguna menyerbu stesen minyak di seluruh negara menyebabkan kekecohan berlaku sehingga tengah malam tadi.

Menurut saksi, kejadian di Batu Buruk itu berlaku ketika semua berebut-rebut untuk mengisi minyak selepas pengumuman mengenai kenaikan harga itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya , berkata kerajaan BN perlu menggunakan kuasa yang ada bagi mengawal kenaikan harga barangan khususnya selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Katanya, rakyat sanggup bersusah-payah bersama kerajaan kalau kerajaan menunjukkan pembetulan pada sikap borosnya yang keterlaluan.

"Malangnya ini bukan kesnya. Kenaikan harga minyak ini mesejnya mudah iaitu rakyat mesti ubah gaya hidup, kerajaan boleh terus berboros,” katanya. – 3 September, 2013.