suspek kes amuk dan bunuh berjaya ditangkap |
KUALA LUMPUR
– Dalam tempoh 40 minit, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai
masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan
sekitar Taman Melati, Gombak, di sini, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej
swasta, meninggal dua di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk
seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.
Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah
syarikat rokok, membuat penghantaran ke sebuah kedai di Stesen LRT
Gombak.
Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.
Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen
LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar
barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan
Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen
lokasi kejadian pertama.
Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang
bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan
menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
mangsa yang ditikam hingga mati oleh suspek |
Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju
dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah
kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun.
Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar
Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun
dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.
Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang
ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.
“Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman, tetapi lebih
kepada masalah individu yang mengalami masalah jiwa dan bertindak di uar
kawalan,”katanya.
No comments:
Post a Comment