Pembentangan Bajet 2014 akan dibuat pada 25 Oktober 2013 oleh Datuk Seri
Najib, PM kita. Setiap tahun kita mahu tahu apa perancangan kerajaan
akan lakukan untuk memajukan negara dan yang lebih penting ia akan
bermanfaat kepada rakyat jelata.
Bajet 2014 |
Pada pandangan aku apa yang menjadi harapan untuk Bajet 2014 kali ini
adalah, pertamanya rakyat mahu dengar berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M), sebab dalam pilihanraya lepas PM ada menjanjikan akan menaikkan
jumlah bayaran BR1M kepada RM1200.
Selain itu yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam setiap tahun
adalah Bonus untuk hujung tahun nanti. Minta-minta dapatlah lagi RM500
yer, untuk anak sekolah.
Mungkinkah permohonan CEUPACS akan diterima, iaitu untuk kerajaan
mengkaji semula elauan COLA dan Elaun Perumahan penjawat awam akan
diterima oleh kerajaan.
Isu penurunan dan pengawalan harga rumah juga dijangka menjadi
sebahagian intipati Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh PM
nanti.
Dan lagi satu yang sepatutnya menjadi perhatian PM adalah soal pinjaman,
dimana sebelum ini BNM telah membuat syarat yang ketat dengan
menghadkan tahun maximun untuk pinjaman. Jadi apa tindakan kerajaan
untuk membantu rakyat di dalam hal ini.
di petik dr sumber..
No comments:
Post a Comment