November 29, 2012

Rozita Che Wan nafi bercuti bersama bekas menteri...(?)



Aktres cantik yang tidak pernah lekang dengan kontroversi, Rozita Che Wan tetap berdalih dan menafikan kisah bahawa dia telah pergi bercuti bersama seorang bekas menteri ke kota London pada 10 Oktober lalu, sekaligus menimbulkan spekulasi tentang status hubungan mereka.

Dipetik dari Berita Harian, aktres berusia 39 tahun ini telah menafikan segala tohmahan yang tersebar dan memberitahu tidak pernah mengenali bekas menteri tersebut. 

Rozita Che Wan terbang ke London dengan VIP..?

"Bekas menteri yang mana satu pula ni? Dari mana kamu dapat berita sebegini? Saya tak faham dengan orang yang gemar membuat cerita tentang saya. Saya sendiri pun tidak kenal lelaki itu dan saya dah jemu mendengar cerita macam ni," ujarnya.

Dalam sebuah laporan bertarikh 4 November, Rozita dan bekas menteri tersebut dilihat sedang duduk bersama di dalam bilik menunggu untuk golongan VIP di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada sekitar jam 9 pagi, sebelum bertolak ke London sejam selepas itu. 

Tambah laporan itu lagi, pemeriksaan jadual penerbangan yang dibuat menunjukkan nama Rozita serta bekas menteri tersebut berada di dalam penerbangan yang sama.

.

Menang, Potong Anu & Bogel...(?)


Fakta menarik di sebalik kemenangan Malaysia vs Laos (4-1)



  • Pada perlawanan malam ini, 28 November 2012, Piala Suzuki AFF,  Malaysia menang bergaya lawan Loas dengan 4-1. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Safiq dengan free kick yang cantik, Safee Sali, Wan Zack dan Khyril. 

  •  Malaysia berkongsi mata dengan Singapura yang sebelum ini kalah dengan Indonesia, 0-1. Tapi perbezaan gol menjarakkan Malaysia dan Singapura.


  
  • Mamat yang Namanya Arie Vans' telah berjanji akan potong anunya jika malaysia menang menentang Laos.
  • Sorang lagi minah akan bogel depan Pavilion kalau Malaysia menang dengan Laos. 

Betul punya semangat kesukanan....




November 27, 2012

Gambar anak Nabil...(?)


Pelawak tanah air, Nabil Ahmad kini bergelar ayah selepas isterinya Nazirah Ayub selamat melahirkan anak perempuan pagi semalam.

Dipetik dari sebuah akhbar tempatan, Nabil memberitahu bahawa isterinya melahirkan anak sulung mereka melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam. 

"Doktor cadang lahir dengan kaedah pembedahan memandangkan bayi sudah besar. Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi," ujar Nabil. 

"Sebenarnya, saya masih terkejut dan rasa hendak menangis kerana tidak jangka isteri saya akan bersalin secepat ini. Kalau mengikut pengiraan, dia dijangka bersalin dalam tempoh tiga minggu lagi. 

"Memandangkan kelahiran ini berlaku secara mengejut, saya masih belum sempat ambil cuti kerana ikut perancangan saya akan mula bercuti pada Disember depan." 

Nabil bersyukur dan gembira kerana isteri dan anaknya berada dalam keadaan selamat dan sihat.
Tambah pengacara program "MeleTop" itu, ditanya mengenai nama pilihan untuk anak sulungnya itu, Nabil berkata, mereka belum lagi mempunyai nama untuk anak mereka dalam masa terdekat ini kerana kelahiran yang berlaku secara mengejut. 

"Kami belum ada pilihan nama untuk anak ini lagi kerana tak sangka kelahiran berlaku terlalu awal, jadi tunggulah sehari dua lagi baru saya akan berikan nama," kata Nabil.

.

November 26, 2012

AFF : Di sebalik kekalahan Malaysia...(?)




Ketua jurulatih Datuk K.Rajagobal kecewa dengan persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Beliau berkata kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama ''Apek'' pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.

"Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain...sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini.

"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Tiga gol skuad Singapura dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta pemain naturalisasi dari Bosnia, Aleksandar Duric pada minit ke-75.

Mengulas lanjut, Rajagobal berkata keputusan tersebut memberikan kesukaran kepada mereka untuk mencari mata bagi melepasi peringkat kumpulan.

 

"Kita harus menempuhi jalan sukar selepas ini dan suka atau tidak, kita perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan," katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Singapura Radojko Avramovic berkata beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap skuadnya dapat terus mengekalkan momentum dalam menentang Indonesia Rabu ini dan Laos pada 1 Dis ini.

"Ini adalah permulaan baik dan saya tabik anak buah saya atas usaha cemerlang mereka. Kadang-kadang kami bernasib baik untuk menghasilkan jaringan dan adakala sebaliknya," katanya.
Mengulas pertemuan antara Laos dan Indonesia sebelum ini, Avramovic berkata beliau terkejut dengan prestasi Laos yang berjaya mengikat lawannya 2-2.

"Secara umum, Laos mengejutkan saya. Saya percaya mereka datang untuk memenangi semua perlawanan dan tenaga yang ditunjukkan oleh Laos pada perlawanan pembukaan adalah hebat," katanya.

Malaysia, selaku juara bertahan akan menentang Laos Rabu ini sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia pada 1 Dis ini.


Bernama
.

November 25, 2012

Naked man brings London to standstill...(?)

.

Police cordoned off the area for three hours as they tried to persuade him to come down

A naked man brought parts of central London to a standstill on Friday after he installed himself on a statue near Prime Minister David Cameron's office for nearly three hours.

He braved the November cold and gawking crowds to straddle the monument to Prince George, a 19th century military chief and one-time Duke of Cambridge, adopting various poses including balancing precariously on the prince's head.

Police were called to the statue on Whitehall, the street on which many government offices including Cameron's Downing Street residence are located, after reports that a man had climbed up and might have had a knife.

From midday to about 3pm, police cordoned off the area as they tried to persuade him to come down. Finally they got him into a police van, where he was detained under the Mental Health Act, police said.

.

November 24, 2012

Luar biasa...(?)


Semut makhluk kecil yang sangat luarbiasa. Fizikalnya kecil tapi punya semangat kekitaan yg cukup kuat, juga mampu mengusung bebanan yang berkali-kali lebih besar dari tubuh badannya. Dalam setahun semut mampu membena berpuluh-puluh busut yang berganda besar dari tubuhnya.


Manusia juga makhluk luar biasa yang dianugerahkan otak untuk berfikir, tapi seringkali berpecah belah. Dalam setahun manusia mampu membuang sampah berkali-kali lebih besar dari fizikalnya!
Antara semut dan manusia keluarbiasaannya mencipta jurang perbezaan yg cukup besar…


November 22, 2012

Prestasi Harimau Malaya membimbangkan... (?)

Semakin membimbangkan - itulah yang boleh disimpulkan mengenai prestasi skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF Suzuki 2012 yang bermula di sini, Ahad ini.

Melihatkan perkembangan prestasi anak buah Datuk K.Rajagobal menghadapi kempen tersebut yang berbaki empat hari lagi, skuad Harimau Malaya masih tercari-cari rentak dan kemampuan mereka untuk mempertahankan piala berkenaan menjadi tanda tanya.

Berdasarkan empat perlawanan persahabatan antarabangsa terakhir sejak awal bulan ini, jelas memperlihatkan betapa ''skuad impian'' negara itu tidak berada pada tahap sepatutnya dan mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bermula dengan dua kekalahan kepada Vietnam 0-1 dan Thailand 0-2, persembahan skuad Harimau Malaya terus hambar apabila sekadar masing-masing seri 1-1 bertemu Hong Kong dan terbaru menentang Bangladesh, semalam.

Situasi tersebut membuatkan peminat bola sepak negara tertanya-tanya mengenai keupayaan skuad Harimau Malaya dalam mempertahankan piala yang dimenangi dua tahun lepas itu.
Lebih parah, dua keputusan seri itu menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti Rajagobal kerana kedua-dua pasukan berkenaan berada di ranking ke bawah berbanding Malaysia yang berada pada ranking ke-163 dunia.

 

Untuk rekod, Vietnam berada pada ranking ke-138 dunia, Thailand (152), Bangladesh (171) dan Hong Kong (172). Pada edisi Piala AFF Suzuki kali ini, skuad Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Singapura dan Laos.

Malaysia akan membuka tirai perlawanan dengan menentang Singapura pada Ahad ini, berdepan Laos pada 28 Nov sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Dis.
Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kumpulan A pula terdiri daripada pasukan tuan rumah Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina.
Kemenangan Singapura yang berkongsi ranking dengan skuad Harimau Malaya, pada aksi persahabatan membelasah Pakistan 4-0 baru-baru ini serta keputusan seri 0-0 apabila Indonesia berdepan skuad bawah 23 tahun Cameroon perlu diambil serius skuad Harimau Malaya.

Sebelum ini, Rajagobal berkata ranking pasukan kebangsaan tidak penting dan menuntut anak buahnya mempamerkan aksi cemerlang tetapi persembahan skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan lepas meresahkan peminat yang masih dahagakan kemenangan.
Turut menjadi persoalan ialah strategi yang direncanakan jurulatih berusia 56 tahun itu dalam memilih kesebelasan utama negara bagi membawa cabaran Malaysia pada Piala AFF Suzuki kali ini.

Eksperimen demi eksperimen Rajagobal sepatutnya telah diterjemahkan menjadi ''resepi'' sempurna bagi membentuk pasukan kebangsaan yang mantap tetapi sebaliknya skuad Harimau Malaya masih menampilkan aksi longlai.

Persoalan turut timbul dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mengenai pemilihan pemain yang bakal menggalas cabaran negara pada kejohanan dwitahunan itu.

Ini kerana ada sebahagian mereka tidak berada pada tahap prestasi sebenar jika dibandingkan dengan aksi mereka bersama pasukan kelab dan negeri masing-masing.

Apa pun yang berlaku, jutaan peminat .skuad Harimau Malaya mampu bangkit dalam misi mempertahankan kejuaraan pada kejohanan bola sepak berprestij di rantau Asean ini.


-Bernama-

November 19, 2012

Satu bangsa yang sombong dan hina...(?)


Di negara Malaysia tercinta ini kita masih bebas santai melakukan sebarang aktiviti tanpa rasa cemas dan takut. Kita masih boleh bangun pagi menghirup udara segar, mandi dan bersiap ke tempat kerja sebagaimana rutin harian. Bebas mencari rezeki sepanjang hari. 

Waktu petangnya berjalan berlenggang di pasar malam sambil menjamu mata membeli apa sahaja barang keperluan, bebas makan dan minum di restoran Mamak 24 jam malah di restoran bertaraf lima bintang sekalipun tanpa rasa sekelumit cuak pun. 

Malah menjelang dinihari ada antara kita bebas melalak berkaraoke, berjoget berdansa hingga ke pagi tanpa rasa takut! Tetapi tidak bagi rakyat Palestine di Genting Gaza.

Mereka hidup dalam ketakutan, tidak ada tanda-tanda Israel akan menghentikan serangan di Genting Gaza, mahupun mematuhi arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengadakan gencatan senjata di wilayah Palestin itu. Jika PBB tidak mampu berbuat apa-apa terhadap Israel, siapakah yang mampu menghentikan keganasan rejim Zionis Yahudi di Genting Gaza?

AS dilaporkan telah pun menawarkan kontrak sewa kapal untuk membekalkan 3,000 tan peluru kepada Israel bagi menyokong kempen ketenteraan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di Genting Gaza. Jika itu keadaannya, siapakah lagi tempat penduduk Palestin hendak bergantung? Sekurang-kurangnya berilah peluang kepada mereka untuk membela dan mempertahankan diri sendiri.

Jika AS boleh membekalkan senjata kepada Israel…satu bangsa yang sombong dan hina ini untuk melakukan kekejaman ke atas penduduk Palestin, kenapa tidak negara-negara Islam membekalkan senjata kepada penduduk Palestin untuk mempertahankan diri mereka sendiri.

Negara-negara Arab yang berjiran seperti Mesir, Jordan dan Syria perlu bersedia membuka sempadannya bagi memberi laluan kemasukan senjata ke wilayah Palestin secara sah, manakala negara-negara Islam yang kaya seperti Arab Saudi dan Kuwait pula menyediakan dana bagi membeli senjata-senjata untuk keperluan penduduk Palestin mempertahankan diri.

Sekiranya, usaha ini juga turut disekat oleh PBB, AS dan sekutu-sekutunya, maka dunia memang bersikap double standard terhadap bangsa Palestin dan mereka sememangnya benar-benar mahu melihat penduduk Palestin hapus daripada muka bumi ini!


 boycott-israel-275x275
Anak-anak ISRAEL memberikan hadiah untuk anak-anak Palestine.

anak Israel 2 

…dan anak-anak Palestine menerima-nya dengan..

anak2libanon.jpg 

g13_17476497 

g31_17448799


g17_17492231

.
.

November 18, 2012

Israel strike Gaza... (?)


GAZA, Nov. 18-- 

Four Palestinians were killed and 10 others wounded on Sunday when Israeli missiles hit a building in Gaza city, local medics said.

Ashraf al-Qedra, spokesman of the Hamas-run ministry of health, told reporters that three Palestinian females, two women and a girl, and a bystander were killed and 10 others wounded in the Israeli airstrike on the building.

He said that the death toll has climbed to 56, half of whom were children, women and old men, and that more than 500 were wounded, 70 percent of whom were civilians since the Israeli aggression started Wednesday.


Palestinians extinguish the fire blazing in the car of Ahmaed Jaabari, head of the military wing of Hamas, after it was hit by an Israeli air strike in Gaza City

 

 

Israeli war jets continued intensive airstrikes on various targets, including rockets launchers and houses of Hamas militants, in the Gaza Strip for five days in a row.

Hamas armed wing al-Qassam Brigades claimed responsibility for launching more barrages of rockets from the strip on Israeli towns and cities, saying that one of the rockets hit northern Tel Aviv.


.

Tiada ‘kepemimpinan moral’ …(?)

Save the Rohingyas demonstration staged in Surabaya
.
Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi enggan bersuara mengenai penderitaan yang dialami oleh anggota Rohingya beragama Islam di barat negara ini.

Sebaliknya, Suu Kyi menegaskan beliau tidak akan menggunakan ‘kepemimpinan moral’ untuk menyokong mana-mana pihak dalam konflik agama dan etnik di Rakhine.

Penerima Anugerah Nobel Keamanan tersebut berkata, puak Rakhine beragama Buddha dan puak Rohingya Islam masing-masing ‘kecewa’ dengan tindakannya yang tidak memihak kepada mana-mana puak yang bertelagah itu.

 

“Saya menggesa semua pihak mengamalkan toleransi dan saya tidak rasa seseorang perlu menggunakan kepemimpinan moral mereka bagi mempromosi satu agenda tanpa melihat sumber masalah itu,” katanya kepada saluran televisyen BBC semalam.

Suu Kyi yang mengeluarkan kenyataan tersebut selepas bertemu Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso di sini berkata, beliau juga tidak boleh bersuara bagi pihak etnik Rohingya.

“Saya tahu orang ramai mahu saya memilih satu daripada etnik berkenaan, yang boleh menyebabkan kedua-dua pihak terbabit tidak menyukainya kerana saya enggan menyokong mereka,” katanya.

Pemimpin demokrasi itu yang kini merupakan Ahli Parlimen selepas perubahan dramatik kerajaan pada tahun lalu berkata, satu peruntukan undang-undang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melihat masalah lain.

“Penyelesaian konflik itu tidak akan dicapai sekiranya mereka terus membunuh antara satu sama lain dan membakar rumah,” katanya.


.

November 13, 2012

Di sebalik Tragedi Rohingya…(?)


http://www.sunni-news.net/upload/userfiles/images/english/8585.png


Barat telah buta terhadap penderitaan Muslim Rohingya di Myanmar (Burma) untuk menjaga kepentingan ekonominya di negara-negara Asia, menurut seorang penganalisis politik. 

Bagi kaum Muslimin, harapan bukan tertumpu pada negara-negara Barat, para penganalisis perlu menyindir Barat, kerana mereka adalah orang-orang yang paling vokal mengusung ‘Hak Asasi Manusia’ dan demokrasi. 

Orang-orang Rohingya saat ini sedang berada dalam episod yang paling bengis dalam sejarah mereka, dan penderitaan mereka adalah salah satu masalah yang paling mendesak di mana sahaja di dunia ini,” tulis Ramzy Baroud, dalam artikelnya yang diterbitkan PressTV, Senin (16 / 7/2012). 






http://en.humanrights-iran.ir/images/position24/2012/7/burma6.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-hrCWrv7S8rg/T-zTxs2QO1I/AAAAAAAAE_E/40-4IV1IotQ/s1600/Pemuda%2BMuslim%2BRohingya%2Bdibunuh.jpg



“Namun penderitaan mereka, nampaknya hadir dari keutamaan antarabangsa dan serantau,” kata Baroud. Baroud beranggapan bahawa diamnya dunia Barat atas tragedi berdarah yang menimpa Muslim Rohingya datang seiring “syarikat-syarikat Barat melompat ke Myanmar (dalam usaha) untuk mengimbangi pengaruh China atas ekonomi Myanmar,” tambah Baroud. 

Sementara itu, icon demokrasi Myanmar Ang San Suu Kyi hingga kini masih diam, menutup mata dan telinga atas kekerasan terhadap Muslim yang terjadi di negaranya. Ironisnya, dia mendapat hadiah keamanan di Oslo pada saat kekejaman terhadap Muslim Rohingnya sedang berlangsung di Arakan. 

Baroud juga menyindir media-media mainstream yang cenderung tenang berkaitan isu pembunuhan Muslim Rohingya oleh etnik Buddha Rakhine dan pasukan ‘keselamatan’ Burma, yang mempunyai sokongan penuh dari kerajaan Burma, mereka kelihatan tidak peduli terhadap penderitaan Muslim yang sedang berlangsung.


~dipetik; Helm Dahl
.

test...


testing... 1 2 3...