November 27, 2012

Gambar anak Nabil...(?)


Pelawak tanah air, Nabil Ahmad kini bergelar ayah selepas isterinya Nazirah Ayub selamat melahirkan anak perempuan pagi semalam.

Dipetik dari sebuah akhbar tempatan, Nabil memberitahu bahawa isterinya melahirkan anak sulung mereka melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam. 

"Doktor cadang lahir dengan kaedah pembedahan memandangkan bayi sudah besar. Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi," ujar Nabil. 

"Sebenarnya, saya masih terkejut dan rasa hendak menangis kerana tidak jangka isteri saya akan bersalin secepat ini. Kalau mengikut pengiraan, dia dijangka bersalin dalam tempoh tiga minggu lagi. 

"Memandangkan kelahiran ini berlaku secara mengejut, saya masih belum sempat ambil cuti kerana ikut perancangan saya akan mula bercuti pada Disember depan." 

Nabil bersyukur dan gembira kerana isteri dan anaknya berada dalam keadaan selamat dan sihat.
Tambah pengacara program "MeleTop" itu, ditanya mengenai nama pilihan untuk anak sulungnya itu, Nabil berkata, mereka belum lagi mempunyai nama untuk anak mereka dalam masa terdekat ini kerana kelahiran yang berlaku secara mengejut. 

"Kami belum ada pilihan nama untuk anak ini lagi kerana tak sangka kelahiran berlaku terlalu awal, jadi tunggulah sehari dua lagi baru saya akan berikan nama," kata Nabil.

.

No comments: